Labels

Sunday, December 19, 2010

7 Ciri Tajuk Entri Terbaik

Kadang kala bila kita post
Takda orang pon datang komen
Padahal ada entri-entri tertentu ramai giler komen
Sebabnya
Tajuk memainkan peranan penting jugak
Ada tajuk yang sepatah
Ada tajuk yang da macam kesimpulan pon ada
Wakaka

Tajuk macam mana yang sesuai erk?
Asrol Mania da buat survey sendiri
Jom
Apa kata survey?

1) Tutorial
Jika entri kita berkaitan tutorial, kita sesuai letakkan perkataan Tutorial dalam tajuk kita. Biasanya perkataan Tutorial diletakkan dalam kotak sebelum tajuk. Contohnya:
[Tutorial] Memasukkan laman web ke dalam blog
Bila tajuk macam ni, pelayar mudah nampak entri tutorial. Dan mudah dicari menggunakan enjin carian.

2) Persoalan
Bila kita membuat persoalan, pembaca yang prihatin mudah tertarik kerana ingin memberi nasihat atau pendapat tersendiri. Contoh tajuk persoalan:
 Korang rasa aku kena terus terang atau tak?
Jika komen mereka mantap, pembaca lain mudah berkunjung ke blog pengomen tersebut. Kebanyakan pembaca blog mudah memberikan komen walaupon tidak membantu tetapi memberikan komen

Entah la nak cakap, benda ni subjektif la.
ataupon
Try search kat google. Ada kot

Thanks.. Baik takyah komen. Tapi kalau pembaca tak komen macam tu, kita pon kadang-kadang tak terfikir jugak. Hahaha...

3) Dwi bahasa
Tajuk dwi bahasa mudah tersenarai dalam enjin carian. Kerana, kadang kala, pelayar akan cari sesuatu maklumat dalam bahasa Inggeris. Pelik tapi itulah kenyataan. Penulisan tajuk dwi bahasa ada 2 cara:
  • Gabung 2 bahasa
Potong gambar menggunakan Photoshop | Crop picture using Photoshop
  • Campuran bahasa
Memudahkan post tersenarai dalam Search Engine Optimization (SEO)

4) Lucah / Makian
Jarang kita nampak tapi skali nampak mesti kita tengok kiri kanan dan klik laju-laju. Haha.. Lucah ni tak melampau la. Kenapa kita suka klik entri yang tajuk macam ni? Sebab jarang kita dapat info yang sensitif macam ni. Contoh perkataan yang digunakan: kemaluan, seks, lucah, bodoh, gila dan sebagainya. Kalo Asrol jarang nak klik entri macam ni sebab orang yang buat entri macam ni propa smata-mata or saja nak meraih simpati. Tapi kalo yang tak biasa or sporting, mesti klik. Samada nak kutuk balik atau layankan saja...

5) Statistik
Masukkan sekali angka dalam tajuk. Mesti ramai tertarik dengan angka. Apa jua entri kita, angka memainkan peranan penting. Sebab angka sebagai objek sokongan dalam entri kita walaupon entri kita bersifat penceritaan biasa. Contoh tajuk statistik:
10 000 orang masih tak sedar diri
Sakit betul hati aku macam ditikam 10 kali
Jam tangan RM2000 yang tak lawa

6) Sindiran Tajam / Sarcasm
Entri macam ni boleh jadi perdebatan hangat dari pembaca. Sindiran tajam pon ada 2 cara.
  • Reverse psycho
Kita tak setuju tapi tajuk macam setuju dan guna ayat menyindir. Tajuk macam ni kene hati-hati sebab ramai boleh salah faham. Contohnya:
Bestnya tak pakai tudung: Kan best kalau tak pakai tudung, boleh bergaya kat pasaraya. Mak ayah pon tak malu kalau jiran-jiran cakap anak diorang terlalu bersosial.
  • Terus terang
Yang ni kita cakap terang-terang lagi. Pembaca pon mudah faham dan ayat boleh menjadi sensitif. Contohnya:
Ko tak bertudung, tak jaga hati orang tua langsung: Ko tak fikir ke? Ko tak bertudung, bergaya pergi pasaraya. Mak ayah ko yang tanggung malu jiran-jiran duk cakap ko terlalu bersosial.

7) Perkataan Yang Sukar Didengari
Jika kita nak buat sesuatu entri, cuba cari perkataan yang orang susah nak dengar. Kalau ada la. Dalam Bahasa Melayu ni ada banyak perkataan yang jarang kita dengar. Yang tu la buatkan orang lain mudah nak tahu. Contohnya: 
Marcapada yang semakin rosak kerana kita
Mesti korang nak klik kan? Sebab nak tau apa maksud "marcapada". Dalam entri, kena la bagitahu apa itu "marcapada". Marcapada sebenarnya perkataan Bahasa Melayu yang bermaksud dunia sekarang ini. Kalo tak caya, try la cari dalam kamus dewan. Hehe.. Ada banyak lagi, tuntasnya(keseluruhannya), drastik(cepat), oligasi(semangat).. Skali skala boleh la buat tajuk entri macam ni.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment