Labels

Monday, August 30, 2010

Buka Email Syarikat Di Rumah | Get Outlook 2007 to connect remotely WITHOUT connecting to a VPN

Sharing is Caring
Biasanya kalau ada email syarikat/korporate, kita hanya boleh buka kat pejabat sahaja kan..? Dan kita tak boleh bukak kat umah. Kalau nak bukak pon kene buka melalui web. Outlook mungkin hanya untuk keselamatan sahaja. Dan Outlook biasanya hanya boleh di sambungkan melalui Virtual Private Network sahaja. Dalam post yang lepas, aku ada ajar Buka Hotmail Guna Outlook | Open Hotmail Using Outlook kan. Kali ni, aku ajar cara sambungan untuk buka email korporat kat umah pulak guna Outlook.

Di sini bagaimana untuk membuat ia.

   1. Klik pada "Tools", kemudian "Options"

   2. Klik pada "Mail Setup" Tab
   3. Klik pada butang "E-mail Accounts…"

   4. Pada "E-mel" tab, klik akaun emel anda , dan kemudian klik "Change"

   5. Klik pada "More Settings"

   6. Klik pada "Connection" tab
   7. Dalam bahagian "Outlook Anywhere", pilih kotak "Connect to Microsoft Exchange using HTTP"
   8. Klik "Exchange Proxy Settings…"

   9. Maukkan alamat syarikat anda "Outlook Web Access" di dalam "Connection Settings". Misalnya, url.companyaddress.com

  10. Klik "OK"
  11. Restart Outlook

Kan senang, kat umah boleh bukak Outlook jerk, kot2 la rindu kat opis/kerja masa cuti.. Wakaka... Selamat berjaya.

Ketawakan Orang Bodoh

Sharing is Caring
Perlu ke? Macam la diri sendiri tu pandai sangat. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman. Ada kes, aku penah jugak kene camtu. Dalam hati aku, perlu ke nak gelakkan orang? Macam dia tu tak pernah belajar. Kalo dia marah sebab aku tak tau, ok la jugak. Mungkin dia nak suh aku rajin belajar lain kali. Ataupon dia tengah ada masalah lain, pastu aku ganggu dia. Tapi mentertawakan orang bukan cara kita nak tunjuk sokongan kita pada orang tu, tapi macam nak menjatuhkan moral seseorang. Bodoh sangat ke aku? Salah ke aku tanya dia soalan yang aku tak tahu?


Ketawa satu hal. Ada lagi satu, siap kuarkan perkataan bongok, bengong, bodoh dsb. WTH.. Hey.. Nak cakap orang bodoh sebab orang tu tak tau ilmu yang ko ada, tak semestinya ko ada ilmu yang orang tu ada. So, perlu ke ko cakap orang tu bodoh?

Sepatutnya, bila orang tanya soalan, kita kena la jawab sebaik-baiknya. Tegas takpe, tapi jangan la sampai menghina orang. Tak baik dol gelakkan orang yang tanya ko soalan. Motif ko gelak? Sebab dia tak pandai macam ko? Motif ko cakap dia bodoh? Sebab ko pandai sangat?

Saturday, August 28, 2010

Buka Hotmail Guna Outlook | Open Hotmail Using Outlook

Sharing is Caring

Sekarang tak perlu leceh lagi da nak bukak email. Guna jek Outlook 2007 untuk buka email. Tapi korang kene la ada akaun Hotmail sebab lain² akaun mail terhad sangat nak support.

Cara²nya adalah...

1. Download Outlook Connector kat SINI

2. Bila selesai, korang install la.

3. Lepas install tu, korang bukak Outlook 2007. Kat menu atas, klik kat Add New Account...


4. Masukkan maklumat email korang

5. Lepas klik butang OK, restart Outlook korang.

Klik kat menu File, pilih Exit

Bila da bukak semula Outlook

6. Lepas tu, korang leh nampak akaun email korang da ada dalam Outlook.

Thursday, August 26, 2010

Change Facebook Layout | Ubah Tema Facebook

Sharing is Caring
Hohoho.. Bosan kew ngan layout facebook korang? Yerla, hari² bukak, mana tak bosan. Bukak pon sebab nak connect ngan kawan² rite? Tapi aku punya Facebook bukak macam korang punya. Wakaka..

Login

Home

Profile

Ingat lagi tak aku ajar Add-ons Stylish Firefox | Restyle Web / Ubah Layout Laman Web ni? Korang buat la perkara sama macam yang aku ajar ni pada Facebook..

Cara²nya:
  1. Bukak laman www.facebook.com
  2. Right klik butang Stylish kat kanan bawah Firefox (Tutorial)
  3. Pilih Find styles for this site...
  4. Cuba la mana² tema yang korang suke..
Tapi.. Hanya korang jerk leh view macam ni. Sebab script untuk layout ni korang install kat PC korang jerk. Selamat Berjaya..

Wednesday, August 25, 2010

Add-ons Stylish Firefox | Restyle Web / Ubah Layout Laman Web

Sharing is Caring
Susah giler nak wat tajuk. Haha.. Aku nak ajar korang cara nak guna Stylish Add-ons Firefox. Kalo korang nak tau, Stylish ni bleh ubah laman web yang kita suka. Contohnya www.google.com.

Sebelum

i
 Selepas

Contohnya macam ni la.. Hehe.. Apa yang korang perlu buat, install add-ons firefox nama stylish. Ataupon, korang bleh terus pegi kat Stylish

Klik butang Add to Firefox


Pastu klik butang Install Now


Restart firefox


Klik gambar untuk paparan lebih seksi
Bila da restart firefox. Tengok bahagian bawah dan kanan firefox ada butang Stylish. Klik kanan, pastu pilih Find styles for this site...



Korang boleh download apa² theme yang tersenarai dan yang korang suka.


Banyak pilihan untuk korang pilih
Dah.. Siap... Selamat Berjaya..

Ranking Blog Naik 800% Di Alexa

Sharing is Caring
Semalam beruk aku terkejut.. Eh, aku yang terkejut beruk sebab aku try check domain aku kat Alexa. Skali aku tengok, rank aku da berubah. Bila aku check details, 800% tu naik. Pergh.. Memang ngetop la.. Kalau sbulan lepas aku nyer blog rank 19, 358,444

12-07-2010
semalam plak tarikh 25-08-2010 05-53-40 aku nyer rank 7,516,438

25-08-2010

Details
Tengok la.. Beruk mana tak terkejut.. Eh, aku bukan beruk OK... Wakaka.... Alhamdulillah.. Ni la berkat usaha keras aku.. Ececeh.. Seyes la, macam² aku wat untuk naikkan ranking.

Tuesday, August 24, 2010

Jom Luang Masa Kejap Baca Yasin Dengan Adik Muhammad Ahmad Zahid

Sharing is Caring


سُوۡرَةُ یسٓ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يسٓ (١) وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ (٢) إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣) عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤) تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥) لِتُنذِرَ قَوۡمً۬ا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡ فَهُمۡ غَـٰفِلُونَ (٦) لَقَدۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ عَلَىٰٓ أَكۡثَرِهِمۡ فَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (٧) إِنَّا جَعَلۡنَا فِىٓ أَعۡنَـٰقِهِمۡ أَغۡلَـٰلاً۬ فَهِىَ إِلَى ٱلۡأَذۡقَانِ فَهُم مُّقۡمَحُونَ (٨) وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ (٩) وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠) إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّڪۡرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحۡمَـٰنَ بِٱلۡغَيۡبِۖ فَبَشِّرۡهُ بِمَغۡفِرَةٍ۬ وَأَجۡرٍ۬ ڪَرِيمٍ (١١) إِنَّا نَحۡنُ نُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَنَڪۡتُبُ مَا قَدَّمُواْ وَءَاثَـٰرَهُمۡۚ وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ فِىٓ إِمَامٍ۬ مُّبِينٍ۬ (١٢) وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلاً أَصۡحَـٰبَ ٱلۡقَرۡيَةِ إِذۡ جَآءَهَا ٱلۡمُرۡسَلُونَ (١٣) إِذۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡہِمُ ٱثۡنَيۡنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزۡنَا بِثَالِثٍ۬ فَقَالُوٓاْ إِنَّآ إِلَيۡكُم مُّرۡسَلُونَ (١٤) قَالُواْ مَآ أَنتُمۡ إِلَّا بَشَرٌ۬ مِّثۡلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ مِن شَىۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا تَكۡذِبُونَ (١٥) قَالُواْ رَبُّنَا يَعۡلَمُ إِنَّآ إِلَيۡكُمۡ لَمُرۡسَلُونَ (١٦) وَمَا عَلَيۡنَآ إِلَّا ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِينُ (١٧) قَالُوٓاْ إِنَّا تَطَيَّرۡنَا بِكُمۡۖ لَٮِٕن لَّمۡ تَنتَهُواْ لَنَرۡجُمَنَّكُمۡ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (١٨) قَالُواْ طَـٰٓٮِٕرُكُم مَّعَكُمۡۚ أَٮِٕن ذُڪِّرۡتُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ۬ مُّسۡرِفُونَ (١٩) وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٌ۬ يَسۡعَىٰ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٢٠) ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرً۬ا وَهُم مُّهۡتَدُونَ (٢١) وَمَا لِىَ لَآ أَعۡبُدُ ٱلَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٢٢) ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦۤ ءَالِهَةً إِن يُرِدۡنِ ٱلرَّحۡمَـٰنُ بِضُرٍّ۬ لَّا تُغۡنِ عَنِّى شَفَـٰعَتُهُمۡ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يُنقِذُونِ (٢٣) إِنِّىٓ إِذً۬ا لَّفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (٢٤) إِنِّىٓ ءَامَنتُ بِرَبِّكُمۡ فَٱسۡمَعُونِ (٢٥) قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَـٰلَيۡتَ قَوۡمِى يَعۡلَمُونَ (٢٦) بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلۡمُكۡرَمِينَ (٢٧) ۞ وَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَىٰ قَوۡمِهِۦ مِنۢ بَعۡدِهِۦ مِن جُندٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ (٢٨) إِن كَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ خَـٰمِدُونَ (٢٩) يَـٰحَسۡرَةً عَلَى ٱلۡعِبَادِ‌ۚ مَا يَأۡتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَہۡزِءُونَ (٣٠) أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا قَبۡلَهُم مِّنَ ٱلۡقُرُونِ أَنَّہُمۡ إِلَيۡہِمۡ لَا يَرۡجِعُونَ (٣١) وَإِن كُلٌّ۬ لَّمَّا جَمِيعٌ۬ لَّدَيۡنَا مُحۡضَرُونَ (٣٢) وَءَايَةٌ۬ لَّهُمُ ٱلۡأَرۡضُ ٱلۡمَيۡتَةُ أَحۡيَيۡنَـٰهَا وَأَخۡرَجۡنَا مِنۡہَا حَبًّ۬ا فَمِنۡهُ يَأۡڪُلُونَ (٣٣) وَجَعَلۡنَا فِيهَا جَنَّـٰتٍ۬ مِّن نَّخِيلٍ۬ وَأَعۡنَـٰبٍ۬ وَفَجَّرۡنَا فِيہَا مِنَ ٱلۡعُيُونِ (٣٤) لِيَأۡڪُلُواْ مِن ثَمَرِهِۦ وَمَا عَمِلَتۡهُ أَيۡدِيهِمۡ‌ۖ أَفَلَا يَشۡڪُرُونَ (٣٥) سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ (٣٦) وَءَايَةٌ۬ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّہَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ (٣٧) وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ۬ لَّهَا‌ۚ ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ (٣٨) وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ (٣٩) لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ (٤٠) وَءَايَةٌ۬ لَّهُمۡ أَنَّا حَمَلۡنَا ذُرِّيَّتَہُمۡ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ (٤١) وَخَلَقۡنَا لَهُم مِّن مِّثۡلِهِۦ مَا يَرۡكَبُونَ (٤٢) وَإِن نَّشَأۡ نُغۡرِقۡهُمۡ فَلَا صَرِيخَ لَهُمۡ وَلَا هُمۡ يُنقَذُونَ (٤٣) إِلَّا رَحۡمَةً۬ مِّنَّا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ۬ (٤٤) وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّقُواْ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيكُمۡ وَمَا خَلۡفَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (٤٥) وَمَا تَأۡتِيہِم مِّنۡ ءَايَةٍ۬ مِّنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّہِمۡ إِلَّا كَانُواْ عَنۡہَا مُعۡرِضِينَ (٤٦) وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ قَالَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنُطۡعِمُ مَن لَّوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ أَطۡعَمَهُ ۥۤ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٤٧) وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٤٨) مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ تَأۡخُذُهُمۡ وَهُمۡ يَخِصِّمُونَ (٤٩) فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ تَوۡصِيَةً۬ وَلَآ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمۡ يَرۡجِعُونَ (٥٠) وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ يَنسِلُونَ (٥١) قَالُواْ يَـٰوَيۡلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرۡقَدِنَاۜ‌ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلۡمُرۡسَلُونَ (٥٢) إِن ڪَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ جَمِيعٌ۬ لَّدَيۡنَا مُحۡضَرُونَ (٥٣) فَٱلۡيَوۡمَ لَا تُظۡلَمُ نَفۡسٌ۬ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا ڪُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٥٤) إِنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ ٱلۡيَوۡمَ فِى شُغُلٍ۬ فَـٰكِهُونَ (٥٥) هُمۡ وَأَزۡوَٲجُهُمۡ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ مُتَّكِـُٔونَ (٥٦) لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧) سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨) وَٱمۡتَـٰزُواْ ٱلۡيَوۡمَ أَيُّہَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ (٥٩) ۞ أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٦٠) وَأَنِ ٱعۡبُدُونِى‌ۚ هَـٰذَا صِرَٲطٌ۬ مُّسۡتَقِيمٌ۬ (٦١) وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ۬ كَثِيرًا‌ۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ (٦٢) هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٦٣) ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (٦٤) ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥) وَلَوۡ نَشَآءُ لَطَمَسۡنَا عَلَىٰٓ أَعۡيُنِہِمۡ فَٱسۡتَبَقُواْ ٱلصِّرَٲطَ فَأَنَّىٰ يُبۡصِرُونَ (٦٦) وَلَوۡ نَشَآءُ لَمَسَخۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ مَڪَانَتِهِمۡ فَمَا ٱسۡتَطَـٰعُواْ مُضِيًّ۬ا وَلَا يَرۡجِعُونَ (٦٧) وَمَن نُّعَمِّرۡهُ نُنَڪِّسۡهُ فِى ٱلۡخَلۡقِ‌ۖ أَفَلَا يَعۡقِلُونَ (٦٨) وَمَا عَلَّمۡنَـٰهُ ٱلشِّعۡرَ وَمَا يَنۢبَغِى لَهُ ۥۤ‌ۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٌ۬ وَقُرۡءَانٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٦٩) لِّيُنذِرَ مَن كَانَ حَيًّ۬ا وَيَحِقَّ ٱلۡقَوۡلُ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٧٠) أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّا خَلَقۡنَا لَهُم مِّمَّا عَمِلَتۡ أَيۡدِينَآ أَنۡعَـٰمً۬ا فَهُمۡ لَهَا مَـٰلِكُونَ (٧١) وَذَلَّلۡنَـٰهَا لَهُمۡ فَمِنۡہَا رَكُوبُہُمۡ وَمِنۡہَا يَأۡكُلُونَ (٧٢) وَلَهُمۡ فِيہَا مَنَـٰفِعُ وَمَشَارِبُ‌ۖ أَفَلَا يَشۡكُرُونَ (٧٣) وَٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةً۬ لَّعَلَّهُمۡ يُنصَرُونَ (٧٤) لَا يَسۡتَطِيعُونَ نَصۡرَهُمۡ وَهُمۡ لَهُمۡ جُندٌ۬ مُّحۡضَرُونَ (٧٥) فَلَا يَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡ‌ۘ إِنَّا نَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ (٧٦) أَوَلَمۡ يَرَ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَنَّا خَلَقۡنَـٰهُ مِن نُّطۡفَةٍ۬ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٧٧) وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً۬ وَنَسِىَ خَلۡقَهُ ۥ‌ۖ قَالَ مَن يُحۡىِ ٱلۡعِظَـٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ۬ (٧٨) قُلۡ يُحۡيِيہَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬‌ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ (٧٩) ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلشَّجَرِ ٱلۡأَخۡضَرِ نَارً۬ا فَإِذَآ أَنتُم مِّنۡهُ تُوقِدُونَ (٨٠) أَوَلَيۡسَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يَخۡلُقَ مِثۡلَهُم‌ۚ بَلَىٰ وَهُوَ ٱلۡخَلَّـٰقُ ٱلۡعَلِيمُ (٨١) إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢) فَسُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٨٣) ٠


Ya-Seen
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yaa Siin. (1) Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (2) Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, (3) Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (4) Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (6) Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. (7) Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. (8) Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (9) Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10) Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. (11) Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. (12) Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami), (13) Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu. (14) Penduduk bandar itu menjawab: Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta. (15) Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu, (16) Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata. (17) Penduduk bandar itu berkata pula: Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (18) Rasul-rasul itu menjawab: Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau. (19) Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu. (20) Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayat petunjuk. (21) Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? (22) Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. (23) Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. (24) Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku). (25) (Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. (26) Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan. (27) Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka) dan tidak perlu Kami menurunkannya. (28) (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi. (29) Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya. (30) Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan). (31) Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (32) Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. (33) Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, (34) Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur? (35) Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (36) Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; (37) Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (39) (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40) Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat; (41) Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. (42) Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan; (43) Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. (44) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini) dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat, (mereka tidak mengindahkannya). (45) Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya). (46) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata. (47) Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu). (48) Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (49) Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya) dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. (50) Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (51) (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52) Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (53) Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. (54) Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (58) Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). (59) Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62) Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64) Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65) (Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66) (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. (67) Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (68) (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; (69) Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. (70) Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya? (71) Dan Kami jinakkan ia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan. (72) Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur? (73) Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu). (74) Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka. (75) Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan. (76) Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati), (77) Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (78) Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); (79) Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu. (80) Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. (81) Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82) Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)

Sweeping Rakyat Malaysia - BENDERA Memang Melampau

Sharing is Caring
Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) memang sudah betul² melampau bila sengaja membangkitkan kemarahan orang ramai lebih² lagi rakyat Malaysia. Diorang ni tak ingat jasa ke? Masa negara diorang kene tsunami, Malaysia tak putus² hulurkan bantuan pada diorang. Ada diorang sanjung bendera Malaysia? Ada diorang ucap terima kasih dengan menghulurkan cenderahati atau membuat demonstrasi ucap terima kasih? Bongok ko Bendera. Otak sempit kot.

Tindakan melampau terhadap bendera Malaysia
Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.
- MalaysiaKini (24/08/2010)

Demonstrasi ni menunjukan diorang marah kat Malaysia sebab merendah²kan maruah Indonesia masa insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos ritu bila polis Malaysia tahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ada sekor mamat dari kumpulan ni bagitahu wartawan bahawa diorang da cakap kat polis Indonesia supaya lepaskan rakyat diorang daripada tahanan atau diorang akan melakukan operasi Sweeping Rakyat Malaysia iaitu usir rakyat Malaysia.Korang usir la kalo dapat, usir sume orang Malaysia yang korang larikan ke Lombok tu. Pastu kitorg usir rakyat Indonesia kuar dari Malaysia. Boleh sengal? Kurang sket jenayah kat Malaysia. Orang Malaysia pon mudah sket nak carik makan kat negara sendiri. Ni x, penuh orang ko yang tak tau malu. Siap ada yang berniaga kat bazar Ramadhan lagi. Aku tengok, xda la laku sangat. Harap orang ko jerk pegi beli kat orang ko jual. Perangai macam haram, ada hati nak tunjuk hebat. Stop malukan negara korang. Rakyat korang pon ramai la kat Malaysia ni. Kitorang cukup bela nasib rakyat ko. Sal penahanan rakyat ko tu pon sebab diorang mungkin wat silap kat Malaysia. Means, Malaysia kene biarkan jerk rakyat ko wat sial kat Malaysia? Kalo macam tu, korang panggil balik hampir 1 juta rakyat korang kat Malaysia ni balik negara korang erk..

Aku bukan nak buka kemarahan mana² pihak, tapi lau ada masalah tu, selesai ngan cara profesional. Jangan terlalu melampau protes sampai menghina pihak lain. Nak tunjuk kekuatan pon, tengok la kelemahan diri sendiri dulu. Jangan silap langkah. Salam...

Saturday, August 21, 2010

Malaysia Perlu Berani Lakukan Pra-Hudud

Sharing is Caring
Takda belas kasihan lagi ke kita sebagai manusia tengok macam ni?


MasyaAllah.. Binatang pon tak buang anak macam ni. Dunia memang sudah akhir zaman, tapi adakah kita mesti terus menghancurkan dunia? Adakah kita mahu berkomplot dengan mereka yang menzalimi? Mahukah kita berdiam diri saja? Ya Allah.. Kau lindungilah aku dan kami semua dari segala perkara yang dimurkai oleh Mu ya Allah..

Statistik Buang Bayi Januari sehingga Ogos 2010
26 bayi lelaki
25 bayi perempuan
24 janin tidak pasti jantina
2 kes dijatuhkan hukuman
6 kes dalam perbicaraan
21 ditahan untuk siasatan

Aku AsrolMania tidak mahu berdiam diri begitu saja sebab aku takot dilabel bersubahat dengan gejala yang dimurkai olehNya. Tak banyak usaha yang aku lakukan kerana apa lah sangat kudrat aku. Tapi sekurang²nya cukuplah aku mengingatkan diri dan korang semua supaya jangan melakukan perkara yang terkutuk ini. Dalam blog aku ni, ingin aku luahkan sedikit pendapat aku untuk membanteras gejala ni.

Malaysia perlu berani lakukan pra-hudud.
Kenapa aku cakap pra-hudud? Oleh kerana zaman sekarang sudah maju, mungkin kurang sesuai melakukan hudud. Untuk permulaan, kita cuba la lakukan hudud untuk 2 3 kes yang berat. Kita tengok sejauh mana pandangan masyarakat. Terfikirkah kita, walaupon negara kita mempunyai undang², masyarakat tak bertanggungjawab masih berani melakukan jenayah. Kita mahu kawal tapi apa keputusannya? Setiap hari, jenayah makin meningkat. Sesuai lagikah undang² yang kita ada sekarang?

Di Nigeria. Dia dah kahwin, tapi kena tangkap tengah beromen dengan perempuan lain.
Kita rasa takot bila lihat hukum hudud bukan? Jadi, adakah kita akan terus melakukan jenayah? Kalo kita tidak berani, kenapa kita tak lakukan saja hukum hudud? Kalo kita tak berani melakukan 100% hukum hudud, kenapa kita tak lakukan sedikit hukuman seperti hudud atau pra-hudud?

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Jika kita risau 1 nyawa melayang kerana 100 sebatan, tidakkah kita risau beratus nyawa bayi melayang? Jika risau melakukan 100 sebatan, kenapa kita tidak lakukan separuh sebatan sebagai permulaan? Dan hukuman itu mestilah dilakukan dihadapan orang ramai.

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran". - Qatadah

Malaysia perlu berani. Kita berani bersuara menentang kezaliman luar negara, kenapa kita tidak berani bersuara menentang kezaliman dalam negara sendiri? Adakah kerajaan sedia ada sekarang takot pada rakyat? Jika kerajaan benar² sayang pada rakyatnya, kenapa mereka tidak bertegas pada kes kezaliman seperti ini? Ramai yang mengecam kezaliman kes buang anak. Tidakkah kerajaan turut sama mengecam?

Hudud begitu ditakuti, apa kita nak biarkan kezaliman ini berterusan? Mana asas Islam dalam jiwa Melayu kita? Mana asas Islam dalam kerajaan kita? Adakah kita di kerajaankan oleh golongan bukan Islam sehingga kita meletakkan asas Islam ke tepi? Aku bukan memfitnah kerajaan kita bukan Islam, tapi terfikirkah kita mana Islamnya kerajaan kita? Dan aku, AsrolMania, takkan menyokong kerajaan bukan Islam. Moga Allah melindungi kita semua dari bersubahat dengan mereka yang zalim.

"Allahumma La Takilni Iila Nafsi Tarfata 'Aini wa-Aslehli Sya'ni"
Ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau serah kepadaku untuk menjaga diriku walaupun sekelip mata, dan aku mohon Engkau supaya menjagaku. Wahai Tuhan baikilah keadaanku.

Friday, August 20, 2010

Apakah Maksud dan Fungsi DNS

Sharing is Caring
DNS adalah Domain Name System

Domain merupakan alamat internet kita. Contohnya www.google.com atau www.facebook.com. Namun, dalam dunia Internet, nama² domain tersebut akan ditukarkan kepada IP Address. Contohnya:

www.google.com (64.233.181.104)
www.facebook.com (66.220.153.15)

Kenapa DNS?
Ini kerana, manusia lebih mudah mengingati nama seperti google atau facebook. Sebaliknya, mesin/komputer, lebih cepat memproses nombor berbanding karakter/huruf.

CNAME (Canonical Name)
Ia merupakan gantian nama domain kepada nama domain lain. Contohnya, CNAME untuk asrolmania.blogspot.com adalah www.asrolmania.com. Ini bermakna, kedua² nama domain tersebut mempunyai alamat IP yang berkaitan tetapi tidak sama. Maksudnya, www.asrolmania.com menggunakan IP asrolmania.blogspot.com pada namanya.

Record(A) / A Record (Address Record)
Setiap domain seperti www.asrolmania.com memerlukan alamat IP tersendiri. Tetapi, jika www.asrolmania.com ingin menggunakan fungsi dari IP yang lain, www.asrolmania.com, perlu menyimpan IP asrolmania.blogspot.com pada domain tersendiri www.asrolmania.com. Maksudnya lagi, jika kita masuk www.asrolmania.com, ia menggunakan IPnya tersendiri contohnya 216.239.32.21, tetapi sebenarnya, www.asrolmania.com akan munggunakan IP lain untuk menggunakan fungsi lain seperti 64.233.183.191

Sekian.. Info ini 100% dari asrolmania.com. Jika ada pertembungan maklumat, sila kongsi bersama untuk meningkatkan mutu dan kualiti. Hehe..

Monday, August 16, 2010

Beratur Panjang Beli Tiket Balik Raya

Sharing is Caring

Khamis lepas aku da pegi seksyen 17, Shah Alam nak beli tiket balik raya Shah Alam – Kuala Terengganu. Tapi banyak kaunter da abes tiket. Sani Ekspress mula jual hari ni 16 Ogos 2010. Aku tak pernah nak beli on time dia jual tiket. Biasa aku beli lambat, tunggu tiket abes. Hahaha..

Lebih kurang kol7.30, aku kuar umah pegi amik dwet dan isi minyak motor dulu. Pastu terus ke seksyen 17. Sampai sana dalam kol7.50 camtu. Tengok depan kaunter, ada la selonggok orang. Aku cakap lam hati “ramai da tunggu, takpe la, tunggu je la..”. Aku pon hampiri lah kaunter, berdiri depan kaunter. “Eh, eh.. Takkan tak da barisan.” Detik lam hati aku. Usha punya usha, nampak orang bertur dari belakang kaunter. “Mak ai, beratur ke belakang? Kenapa tak depan ni jerk”. Aku pon berjalanlah nak beratur belakang kaunter. Skali aku tengok, orang da beratu panjang melengkung sampai ke depan balik da rupanya. Aku tak perasan. Aku pon pergi la beratur. Cuaca ok lagi, takda la panas sangat.

16082010567 Tak sampai stengah jam, da ramai macam ni da. barisan yang ada budak baju pink ngan kuning tu, dia belakang aku. banyang la macam mana barisan ni. Berpusing² da. Hahaha.. Agak lama jugak la menunggu. Sekarang da 1 jam lebih da aku berdiri.

Ada budak laki depan aku ni nak beli 3 tiket pergi, 3 tiket balik. Tapi ada akak kaunter datang check pre-tiket ni datang, da cakap 1 kepala 5 tiket jerk. Akak tu bagi cadangan suh aku tolong belikan 1 tiket, sebab aku beli 1 jerk. Aku pon cakap la, aku belikan tiket balik dak tu, jadi aku beli 4 tiket. Lam hati, harap² dia bagi dwet cukup, jangan aku plak kene tambah. Da la aku tak bawak banyak dwet. Hehe..

Gagak beterbangan atas kepala. Masa berdiri bawah pokok pon aku hati² jugak. Takot aku jadi jamban untuk gagak² tu. Haha.. Nak dijadikan cerita, aku jenguk atas, nampak gagak atas dahan, macam tepat atas kepala dak laki depan aku ni. Aku pon cuit la suh dia lari sket. Dan dan dia beralih, gagak tu pon berak. “Wo, sib bek ko sempat.” Wakaka..

Pinggang aku da sakit da ni.. Berdiri, macam da tak jauh sangat da. Tapi lama giler..

16082010569 Depan sana belakang kaunter tiket. Diorang depan ni barisan belakang.

 

16082010570 Ha, da nak sampai pon, tapi ada lam 15 minit kot nak sampai kaunter.

 

16082010571 Fuh.. Jauh lagi diorang ni.

 

Akhirnya, dapat jugak aku beli tiket balik raya. Huhu.. Aku rasa 2 jam aku berdiri. Kol 9.52 pagi, aku gerak pegi opis. Dahaga betol rini. Penat berdiri dan berpeluh.

Sunday, August 15, 2010

Akhirnya Bertemu Kawan Lama Yang Aku Rindu Sangat - Jejak Kasih

Sharing is Caring
Siaran untuk bulan puasa ni yang femes, Jejak Rasul. Tapi aku lain plak, Jejak Kasih. Macam tak percaya aku dapat jumpa balik kawan lama yang aku rindu sangat². Dia sangat sweet dan baik hati.  Nama yang aku kenal dulu Wong Yen Yin. Sekarang aku jumpa kat fesbuk, Angeline Eggers. Jauh larinya. Haha..

Iklan
Ada sapa² jumpa this gurl? rindu la kt dia... Wong Yen Yin.. time ni (2 3 thun lepas) dia sanggup dtg umah aku smata2 nk carik aku.. then lost contact.. huhu.. Added May 2
Ni lah iklan yang aku wat kat fesbuk. Gambar ni aku amik masa 5 tahun lepas kot. Masa ni aku masih study, aku balik kampung, then dia datang melawat aku kat umah. Masa ni pon aku da lose contact ngan dia. Katanya, dia dengar budak² study tengah cuti, so, dia nekad datang umah aku semata² nak carik aku. Nasib baik aku balik bercuti masa tu. Mak aku hapie sangat dia datang umah. Sebab dia baik dan pandai amik hati orang tua aku. katanya lagi dalam page blog aku..

Klik untuk terus access ke page
Sweet sangatkan? Hehe.. Lepas dia jumpa aku kat fesbuk, dia tinggalkan aku mesej kat inbox.

Mesej dari inbox
Dia juga tag gambar aku ngan dia masa form5.

"the pix that i always kept with me round the world whenever i stop to" - Wong a.k.a Angeline Eggers
Mak ai, rambut aku masa tu, banding ngan sekarang.

Ada gaya? Hehe..
Pape pon, moga aku ngan dia kekal jadi kawan sampai bila².. Itulah, orang berbudi, kita berbahasa. Aku tak pernah lupe semua kawan² baik aku dan aku sentiasa menghargai mereka..

Wednesday, August 11, 2010

Pesan Syaitan Pada Bulan Ramadhan

Sharing is Caring

Dia Penyimpan Mohor Besar Syaitan² dengan ini mengistiharkan, pada bulan puasa, para syaitan sekalian tidak turun ke bumi dan bercuti selama sebulan. Oleh itu, semua umat Islam di wajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika......
  • Ada umat Islam tak puasa, itu bukan hasutan Syaitan..
  • Pakai seksi², dedah aurat sana sini, bukan sebab syaitan yang suruh pakai..
  • Boros beli makanan kat bazar sampai buang sebab tak habis, bukan Syaitan suh beli banyak²..
  • Tak reti² nak solat 5 waktu, bukan godaan Syaitan tak bagi solat..
  • Buat maksiat siang malam, bukan Syaitan yang goda..
  • Duk ngumpat orang tiap² hari, bukan Syaitan yang berbisik suh mengumpat..
Wahai umat Manusia a.k.a Islam, sila² menginsafi diri. 
Kenali siapa diri anda. Syaitan takda, tapi perangai macam Syaitan, kita nak salahkan siapa? Dengan siapa kita berkawan sebelum ini, korang kenang²kan lah.. Bertaubatlah di bulan yang mulia ini. Kalau kita masih tidak berubah di bulan Ramadhan ni, fikirlah bahawa selama ini, pernah ke kita mendengar bisikan Malaikat, suruhan Nabi S.A.W atau perintah Allah S.W.T.?

Ambil masa seketika..
Kita fikir, sampai bila kita harus begini? Perangai macam Syaitan masih ada dalam diri kita. Adakah Syurga Allah bagi kita? Kehendak Allah siapa yang tahu.. Tapi sekurang²nya, cubalah beramal soleh, setidak²nya, hati tidak terus menjadi hitam.

Jika terlalu berat bagi kita ikut, ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
Kaya sebelum miskin - Bersedekah, dan menggunakan wang ke jalan Allah.
Sehat sebelum sakit - Melakukan ibadat terutamanya solat 5 waktu sementara kita masih gagah melakukan dengan kusyuk. Bila kita sakit, susah bagi kita lakukan dengan kusyuk
Muda sebelum tua - Buat perkara berfaedah supaya kita tak menyesal pada hari tua.
Lapang sebelum sempit - Beribadat atau bertaubat sewaktu kita mempunyai masa sebelum pintu taubat tertutup.
Hidup sebelum mati - Tiada lagi peluang untuk kita beribadat selepas kita mati.

Sunday, August 08, 2010

Aku Bukan Perokok

Sharing is Caring
Ada tegah sama sekali meniru aksi ini
Seorang wartawan mendekati Asrol Mania dan mengajukan beberapa soalan.


Wartawan vs Asrol Mania


Selamat sejahtera En. Asrol
Wa'alaikumsalam..

Hehe.. Assalamualaikum.. Maafkan saya.
Takpe.. No big deal..

Boleh saya tanya, En. Asrol ni perogol perokok ke?
Saya suka perkataan bergaris tu. Sebenarnya saya bukan perokok. Saya tak suka bau nyer..

Saya ada ternampak wajah En. Asrol sedang merokok di hadapan webcam. Boleh awak jelaskan? Sebab ada khabar menyatakan awak bukan seorang perokok, tapi boleh jelaskan mengenai gambar tersebut?
Owh.. Ya, betul tu.. Saya bukan perokok, gambar tu memang saya hisap rokok, tapi saya bukan perokok. Sama jugak, saya pernah merawat orang sakit tapi saya bukan perawat pesakit ataupun doktor.

Mendalam betul ayat tu. Boleh En. Asrol jelaskan lagi?
Boleh, seseorang yang selalu menghisap rokok boleh dikatakan perokok, tapi saya mengambilnya untuk tujuan lain. Suka² untuk mengambil gambar. Bukan saya selalu merokok pon.

Tidakkah ia menimbulkan ketagihan?
Bagi saya, ketagihan itu terpulang pada seseorang. Ada yang ketagih mengambil pil pelangsing untuk melangsingkan badan. Tapi ada yang mengambil untuk tujuan mengubati sakit perut, buang angin atau melawaskan hadas. Sama la macam saya, saya bukan mengambil atas dasar ketagihan, saya hanya mengambil rokok atas dasar suka² dan bergaya.

Betul juga tu En. Asrol. Saya harap, semua orang berpuas hati dengan penjelasan En. Asrol berikan.
Terima kasih. Saya berharap tiada pihak sengaja menimbulkan spekulasi negatif. Amik iktibar dari yang positif sahaja. Tak perlu selongkar segala keburukan orang lain. Terima kasih..

Saturday, August 07, 2010

Wednesday, August 04, 2010

Lunch di Seoul Garden

Sharing is Caring
Bapak best dapat makan free tengahari hari ni. Tapi kene masak sendiri la.. Wakaka... Eh ape? Asrol masak? Iyo la... Aku masak lor.. Hewhewhew.. Rini big bos blanja makan kat Seoul Garden.. Jauh giler aku pegi makan. Haha.. Makan kat Kerinchi jerk..


Ni la 1st time aku makan gaya orang kaya.. Makan kat dapur.. Lepas masak terus suap mulut. Haha..


 Memula, sediakan bahan² dulu.. Lepas tu, panaskan dapur..

Ewah².. Masak yerk pak cik...
Oit... Makan mentah² macam tu jerk? Sengal ke ape?
Seronok seh.. Dengan pakai baju opis nyer, prangai plak takleh blah.

Masak tomyam dan bakar daging
Memula makan tomyam.. Taruk sume segala seafood dalam kuah yang mendidih. Sebelum tu, bakar dulu segala bagai daging.. Belum abes makan, baju da bau asap da.. Best siot masak²..

Ramainyer... Sume ni opis mate dari 2 unit dalam 1 team.. Macam mana erk?
Acara masak trus makan ni abes pada kol2.30. Actually da abes awal da. Lepak² dulu tunggu big bos sampai. Hehe..

On da way balik, sempat lagi posing².. Aku kan giler camera.. Hahaha..



Credit tu Mubina dan Nset berkameranyer.. (Tak follow pon blog aku..) Setinggi-tinggi penghargaan kepada bos dan big bos kerana menaja. Hehehe...