Labels

Friday, January 30, 2015

Grab Xiaomi Redmi Note 4G LTE

Sharing is Caring
Salam,

Sejak beberapa bulan ni phone (Padfone 2) aku makin menjadi-jadi rosaknya. Kalau sebelum ni line phone kadang-kadang slow dan terputus tiba-tiba, masuk lift tiada line (sepatutnya ada line guna phone lain), bateri drain boleh sabar lagi lah.

Kat office bukan selalu aku cakap phone dalam lift. Lepas tu kat workstation aku ada pengecas, so, aku cas je selama aku duk kat office.

Tapi paling sakit hati bila orang call, diorang dan aku tak dapat dengar apa-apa pun. Lepas restart baru lah ok. Larat ke asik nak restart?

Baru-baru ni Lazada ada buat promosi Red ape entah. Tambah plak Lazada bagi diskaun RM25 kat staf TM. Lepas aku usha and review, malas nak amik tepon mahal-mahal yang boleh pakai setahun je. Aku nak try tepon murah-murah plak tapi spec yang mantap. Aku grab la satu Xiaomi Redmi Note 4G LTE.

Dari segi perisian tu tak la sehebat kebanyakkan android iaitu boleh pergi ke menu storage (Xiaomi hanya ada desktop) so, apa-apa klik kat shortcut desktop tu je. Tapi apa yang aku berminat dia punya processor dan ram. Janji dapat main game dan mesej tanpa lag atau sangkut-sangkut.


Sebelum beli aku check bila boleh dapat, katanya Rabu depan, means seminggu lebih jugak sebab KL kan cuti 2hb Feb. Aku beli Selasa lepas. Then aku beli, petang tu dapat mesej cakap dah fully shipped. Pantas jugak. Then, lepas 2 hari terus dapat semalam. Bagus juga service macam tu.

Konfius Pelan BB Social Celcom

Sharing is Caring
Salam,

Aku nak kongsi sikit apa yang terjadi kat aku ni. Hari tu aku ada subscribe pelan BB Social Daily dari Celcom. Katanya,


Kalau baca yang BlackBerry Social tu RM1/hari dengan access ke media sosial seperti Facebook, Twitter tanpa had. Kat sini dia tak bagitahu speed atau quota yang tanpa had tu. Aku pun subscribe lah dengan anggapan ianya quota.

Sebelum tu aku check baki sebelum nya RM17.87. Then lepas subscribe, jadi RM16.87


Lepas aku duk whatsapp dan facebook kejap-kejap, aku dapat mesej cakap aku dah hampir RM10 sehari. Aku pun check baki.. Nahhhhh..


Aku pelik jugak. Bila aku whatsapp saja, tanpa facebook, sebab aku ingatkan whatsapp akan free lah. Then aku dapat mesej percuma 22MB sebab aku dah melebihi RM10. Perghhhh.. Bila aku check balik, nahhhh lagiiiii.. Pe hallll?


Bek aku subscribe mingguan advance je RM8 seminggu. Sengal lah.. Camtu jerk curi duit customer. Sib bek line ko lebih baik, kalau tak, aku dah tukar provider biollll..

Sunday, January 18, 2015

Berdiam Itu Takda La Baik Sangat

Sharing is Caring
Salam,

Ada kesempatan ni aku nak luah la sikit. Kali ni bab DIAM ITU LEBIH BAIK.. Memang baik daripada duk mengata orang entah pape. Tapi aku nak cerita, kalau aku diam je, makan hati sendiri, tak baik untuk aku.

Nak cerita sikit, minggu lepas aku ada sentap dengan sorang kawan ni..

Dulu
Aku pernah la terkutuk dia, bukan niat nak kutuk direct, aku cuma cerita pasal orang lain supaya dia ambil IKTIBAR dari cerita aku. Secara tak sengaja, dia pandang aku terlalu puji orang lain dan membezakan kekurangan dia dan orang lain. Dia pula asyik merendah diri, kekurangan diri. Silap cara aku lah tegur dia.

Kini
Kami dah gaduh baik, gaduh baik.. Gaduh tu sebab teguran aku tu lah. Kemudian masing-masing berdiam diri. Amik masa dan buat hal masing-masing. Dah berbulan senyap, dia contact aku. Kami berbaiklah, lupa hal lama. Biasalah laki kan, kalo gaduh macam mana pun, bila berbaik, takda nak ungkit-ungkit dah.

Kalau dulu kitorang kerap lepak sama, kini tak dah. Lepas tu aku nampak gambar-gambar FB dia lepak dengan kawan-kawan opis dia kat Morib ke mana entah. Enjoy hapie-hapie kat pantai, main game. Aku tumpang gembiralah sebab sebelum ni dia macam susah nak enjoy sebab selalu keluar dengan aku. Tak pergi mana, tak enjoy macam tu.

Tengahari
Aku LIKE picture dia bebanyak.. Tanda aku suka tengok dia enjoy macam tu. Dalam hati aku, bagus lah, untung dia ada ramai kawan. Dia patut bersyukur. Dalam hati lah cakap.

Malam
Aku bukak FB, aku tengok status dia update pada petang, lepas aku duk like-like picture dia.


Walaupun dia tak tuju kat aku tapi key point dia

...its general status
Kau rasa? Sape yang terkena? Dah nama pon general status, sah-sah semua orang terkena/terasa. Tapi katanya dia tak tuju kat aku.

Kalau dia tuju kat seseorang, dia tak sepatutnya cakap GENERAL.. Dia patut guna perkataan/ayat yang menjurus maksud SPECIFIC PERSON. Contohnya:

  • Status untuk perempuan suka pakai tudung merah
  • Budak kampung aku, mohon terasa
  • Dituju khas kat budak ex5
  • #BudakShahAlam
Dah elok baik-baik, nak ungkit benda lama plak pe hal? Tu lah.. Berkawan nak beribu, nak jaga hati ramai kawan ingat mudah? Kata-kata tu penting, jangan asyik nak tembak orang. Last-last, cakap tuju kat orang lain, orang lain yang terasa.



Monday, January 12, 2015

Square Kufi Asrol Mania

Sharing is Caring
Bismillahirrahmanirrahim...

Salam korang.. Weekend ritu aku duk surf internet. Lepas tu terjumpa lah satu video nak buat kufi guna Illustrator. Sebelum ni aku penah buat tapi pakai software apa entah. Buat mudah tp nak save tak boleh, kena printscreen apa bagai. So, aku sempat buat logo Asrol Mania je.

Asrol Mania Kufi 2014

Kalau korang nak tau. Sejarah kufi ni dari kurun ke14 lagi dah ada. Iaitu orang buat atas duit syiling Islam lebih kurang.

Weekend lepas aku duk main-mainlah dengan Illustrator plak.

Kufi Illustrator

Dah buat macam-macam dah guna Illustrator. Sebenarnya tiru orang jugak, cuma aku ubah kolor je. Aku buat sendiri sebab senang nak edit guna Photoshop. Kalau amik yang google punya nak edit dah tak cantik dah..

Lepas tu, semalam dapat idea nak perelokkan kufi Asrol Mania tu. Nak tambah logo sendiri. Wat masa ni xda plan nak tukar logo Asrol Mania. Aku kene tetapkan pendirian.. Hahaha..


Logo bulat tu letak je tengah-tengah. Nanti nak watermark kat mana-mana gambar aku edit mudah sikit. Kufi dan logo masuk skali. Contohnya wallpaper desktop bawah ni.


Kurlas tak.. Haha.. Aku tengah pikir macam mana nak print dah tampal atau frame kat dinding rumah ni. Hurlm...

Thursday, January 08, 2015

Takziah 2015

Sharing is Caring
Bismillahir Rahmanir Rahim..

Salam Semua,
Selamat tahun baru 2015. Tak payah tanya azam, tak penah jalan punya. Kadang-kadang, yang tak diazamkan, itu yang tercapai.

Untuk tahun 2015 ni, permulaan yang sangat mendukacitakan iaitu pemergian sahabat yang suatu ketika dulu pernah jadi sahabat baik aku.. Aku kenal dia dari FB. Bermula dari bertegur sapa, lepas tu tukar-tukar cerita, usik mengusik. Pada awalnya dia cakap dia tak pernah jenjalan ke pantai timur. So, pada satu masa tu, aku nak balik ke Kuala Terengganu, aku pelawa lah dia sekali, at least ada teman aku balik Terengganu.

Dari situ, dia rapat dengan famili aku. Famili aku memang ramah dengan semua kawan-kawan aku. Kami semua dah biasa bawa balik kawan-kawan. Dah macam program anak angkat. Mak ayah aku plak suka biasakan diri suruh panggil diorang panggilan yang anak-anak panggil "Mie" untuk mak dan "Bak" untuk ayah. Dengan panggilan mesra macam anak-anak, jadilah rapat. Sangat rapat.

Pantai Lagun, Kuala Ibai

Masa ni bawa dia jenjalan kat Taman Monumen dan Masjid Kristal

Dalam perjalanan balik ke KL, singgah di Bukit Tinggi, Pahang


Nazirul Mubin
Nov 1985 - 6hb Jan 2015
Petang tu dalam pukul 3-4ptg macam tu, aku dapat tahu dari FB sahabat aku tu sakit. Terlantar di hospital. Aku cuba tanya kawan-kawan yang dekat dengan dia, Masing-masing tak berjawab. Sampailah aku balik kerja, kawan kami yang baik dengan dia juga, whatsapp aku bagitau sahabat aku tu dah meninggal. Dia pun tahu dari FB. 

Aku buka FB tengok dah ramai ucap takziah dan al-Fatihah. Aku cuba lagi tanya kawan-kawan dia yang lain. Salah sorang tu jawab, ada ketumbuhan dalam kerongkong. MashaAllah.. Patutlah kawan kami ada bagitahu masa bulan puasa ritu dia memang kurus kering. Arwah memang dah kurus, tp kali ni betul-betul kurus. Lepas rasa arwah whatsapp dengan mak aku, arwah ni bagitahu yang dia sakit, selalu demam.

Yang mendukacitakan aku, bulan 11 2014, Arwah ada whatsapp aku, minta hadiah birthday. Tapi aku menjawab sambil endah tak endah. Aku cakap besday aku dia tak kasi pun. Kalaulah aku tahu itu permintaan terakhir dia. Itulah yang sangat membuatkan aku menyesal. Ada kawan, aku tak hargai baik-baik. Bila tiada, barulah aku terasa kehilangan.

Sekarang aku hanya boleh panjatkan doa banyak-banyak moga roh arwah tenang di sana. Moga dia hanya mendapat ganjaran yang baik di akhirat.

Al Fatihah kepada Nazirul Mubin..