Labels

Friday, September 18, 2015

Orang Nak Berniaga, Kita Nak Berniaga, Tapi Tak Pandai

Sharing is Caring
Etika dan Prosedur Bisnes Online / Dalam Talian

Salam
Beberapa hari lepas aku dapat berita, buah pinggang mak aku bocor. Jadi aku google la pasal masalah tu sebab aku tak tahu apa kesan dia, kenapa boleh bocor. Kemudian, aku dapat info orang promote untuk amalkan produk Vivix dari Shaklee. Bila aku usha harga, agak mahal jugak lah. Sebotol sampai RM400 lebih. Tapi, ada yang promosi, beli 2 botol, secara automatik dapat jadi ahli atau layak jadi ahli secara percuma dan kita boleh beli produk tu menggunakan harga ahli. Dapat la murah sikit. BUKAN NAK AMBIL KESEMPATAN KEPADA PENJUAL UNTUK DAPAT HARGA MURAH DARIPADA RETAIL PRICE. Dah cakap beli 2 dapat jadi ahli. Bagus la, tak salah kalau kita jadi ahli kan.

Sejak dari semalam aku duk cari info pasal produk Vivix Shaklee. Tanya kawan-kawan kot-kot boleh membantu.

Kawan A
Lambat reply, tanya harga tapi esoknya reply pasal kebaikan produk tu. Sedangkan kita dah usha produk tu, sebab tu tanya harga tanda nak beli. Harga 1 RM395. Bila tanya pasal beli 2 jadi ahli, harga 2 botol RM790. Maksudnya, tetap sebotol RM395.

Kawan B
Tanya sepatah jawab sepatah sampai aku terpaksa tanya 2 3 kali pasal beli 2 botol untuk keahlian. Kemudian dia balas, sekarang ada promosi, beli 2 botol RM765, percuma keahlian RM75 dan siap free multivitamin RM94, cukup bulan dapat bonus dalam bank bagai. Tapi yang ni pun problem jugak, dia cakap kalau nak nanti bank in kat dia tapi dia tak bagi no akaun.  Esoknya, mintak no akaun, baru bagi, tu pun bagi 1 akaun bank je.

Kawan C
Lagi melampau, harga retail rm503.50 tapi harga ahli vivix rm402.60. Katanya lagi, vivix mahal dh skrg, dulu 380 je..pas gst jadi 400 lebih. Kawan B cakap ada promosi, aku cuba la tanya pasal promosi. Terus senyap sampai sekarang. Nak berniaga ke taknak?

Jadi, pagi ni aku dah bayar kepada kawan B sebanyak RM770. Lebih beberapa RM tu amik kau je lah.

Aku pun biasa jugak berniaga online ni. Bagi aku, kalau kita berniaga ikhlas, apa salahnya berniaga tu bagi info yang terang lagi berguna. Ni macam nak lindung sesuatu je.

Bila orang macam berminat, terus je bagitahu cara pembelian, pembayaran, penghantaran dsb. Kan senang.

Orang nak berniaga kita nak berniaga. Tapi cara urusan tu langsung tak clear.

Ada plak cakap COD, tapi customer kena pergi tempat dia. Itu Self Collect. Maksud COD, Cash on Delivery. Kalau beli pizza hut pun, nama pun Delivery, dia hantar kerumah, pastu kita bayar.

Sedih orang macam ni..

Sunday, September 06, 2015

Ke Hulu Langat Kah Kita?

Sharing is Caring
Kali ni aku tunjuk kawasan ke Empangan Semenyih dulu ye.


21 minit dari rumah