Labels

Saturday, February 27, 2010

Tanggungjawab seorang 'PAPA'

Sharing is Caring
Lepas ikan² aku mati lebih kurang 2 bulan lepas, aku beralih amik anak angkat baru. KURA-KURA.. Aku nak bela pon sebab rumate aku cam minat sangat ngan kura-kura. Aku lebih suka ikan.. Tekaan aku tepat rumate aku suke kura-kura bila dia rajin plak mandikan kura-kura aku tuh. Thanks Riszki.. Hehe.. Skarang, tanggungjawab aku sebagai papa kepada 2 ekor kura-kura nih ringan sikit la.. Petang tadi, aku beli la akuarium yang lebih besar atas nasihat rumate aku. Pastu, mulalah kerja-kerja Deco! Deco! Deco!... Tak pon, Deco Bersama Asrol.. Hahaha..

Khusyuk bebenor aku duk potong rumput plastik tuh..

Takda la amik masa lama sangat sebab plan dah ada dalam kepala nak deco camne.. Punya la susah nak train budak-budak ni nak suh duk leklok aku nak amik gambar. Ni la hasilnya..


Nampaknya makin susah la aku nak bersihkan taman nih.. Hey budak², jangan sepahkan batu dan jangan buang sampah merata-rata.. Hehehe..
 

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 2010, 12 Rabiulawal 1431

Sharing is Caring
 Salam Maulidur Rasul 2010, 12 Rabiulawal 1431

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, aku mengambil peluang untuk berkongsi sedikit mengenai sejarah kelahiran Nabi junjungan kita yang telah banyak berkorban untuk agama kita iaitu Agama Islam. Petikan di bawah ini aku amik dari Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W





Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana, di kota Mekah, seorang bayi yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Bayi itu yatim, bapaknya yang bernama Abdullah meninggal 7 bulan sebelum dia lahir. Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Muththalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian bayi itu dibawanya ke kaki Ka'abah. Di tempat suci inilah bayi itu diberi nama Muhammad, suatu nama yang belum pernah ada sebelum­nya. Menurut penanggalan para ahli, kelahiran Muhammad itu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah atau tanggal 20 April tahun 571 M.

Adapun sebab dinamakan tahun kelahiran Nabi itu dengan tahun Gajah, kerana pada tahun itu, kota Mekah diserang oleh suatu pasukan tentera orang Nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah, gabenor dari kerajaan Nasrani Abessinia yang memerintah di Yaman, dan mereka bermaksud menghancurkan Ka'abah. Pada waktu itu Abrahah berkenderaan gajah. Belum lagi maksud mereka tercapai, mereka sudah dihancurkan oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan burung ababil. Oleh kerana pasukan itu mempergunakan gajah, rnaka orang Arab menamakan bala tentera itu pasukan bergajah, sedang tahun terjadinya peristiwa ini disebut Tahun Gajah.

Nabi Muhammad saw. adalah keturunan dari Qushai pahlawan suku Quraisy yang berhasil menggulingkan kekuasaan Khuza’ah atas kota Mekah. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murr’ah dari golongan Arab Bani IsmaiL Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, di sinilah silsilah keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad saw. bertemu. Baik keluarga dari pihak bapak maupun dari ibu keduanya termasuk golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah-kabilah Arab.

Sudah menjadi kebiasaan pada orang-orang Arab kota Mekah, terutama pada orang-orang yang tergolong bangsawan, menyusukan dan menitipkan bayi-bayi mereka kepada wanita badiyah (dusun di padang pasir) agar bayi-bayi itu dapat menghirup hawa yang bersih, terhindar dari penyakit-penyakit kota dan supaya bayi-bayi itu dapat berbicara dengan bahasa yang murni dan fasih. Demikianlah halnya Nabi Muhammad s.a.w. beliau diserahkan oleh ibunya kepada seorang perempuan yang baik, Halimah Sa’diyah dari Bani Sa’ad kabilah Hawazin, tempatnya tidak jauh dari kota Mekah. Di perkampungan Bani Sa’ad inilah Nabi Muhammad s.a.w. diasuh dan dibesarkan sampai berusia lima tahun.

Kematian Ibu dan datuk
Sesudah berusia lima tahun, Muhammad s.a.w. dihantarkannya ke Mekah kembali kepada ibunya, Situ Aminah. Setahun kemudian, iaitu sesudah ia berusia kira-kira enam tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Madinah, bersama-sama dengan Ummu Aiman, sahaya peninggalan ayahnya. Maksud membawa Nabi ke Madinah, pertama untuk memperkenalkannya kepada keluarga neneknya Bani Najjar dan kedua untuk menziarahi makam ayahnya. Maka di situ diperlihatkan kepadanya rumah tempat ayahnya dirawat di waktu sakit sampai meninggal, dan pusara tempat ayahnya dimakamkan. Agaknya mengharukan juga cerita Aminah kepada anaknya tentang ayahnya itu; demlkian terharunya, sehingga sampai sesudah ia diangkat menjadi Rasul dan sesudah Ia berhijrah ke Madinah, peristiwa itu sering disebut-sebutnya.

Mereka tinggal di situ kira-kira satu bulan, kemudian pulang kembali ke Mekah. Dalam perjalanan mereka pulang, pada suatu tempat, Abwa’ namanya tiba-tiba Aminah jatuh sakit sehingga meninggal dan dimakamkan di situ juga. (Abwa’ ialah nama sebuah desa yang terletak antara Madinah dan Juhfah, kira-­kira sejauh 23 mil di sebelah selatan kota Madinah).

Dapatlah dibayangkan betapa sedih dan bingungnya Muhammad saw. menghadapi bencana kemalangan atas kematian ibunya itu. Baru beberapa hari saja ia mendengar cerita ibunya atas kematian ayahnya yang telah meninggalkannya ketika Muhammad saw. dalam kandungan. Sekarang ibunya telah meninggal pula di hadapan matanya sendiri, sehingga ia sudah tinggal sebatang kara, menjadi seorang yatim-piatu, tiada berayah dan tiada beribu.

Setelah selesai pemakaman ibundanya, Nabi Muhammad s.a.w segera meninggalkan kampung Abwa’ kembali ke Mekah dan tinggal bersama-sama dengan datuknya Abdul Muththalib.

Di sinilah Nabi Muhammad sa.w. diasuh sendiri oleh datuknya dengan penuh kecintaan. Usia Abdul Muththalib pada waktu itu mendekati 80 tahun. Dia adalah seorang pemuka Quraisy yang disegani dan dihormati oleh segenap kaum Quraisy pada umumnya, dan penduduk kota Mekah pada khususnya. Demikian penghormatan bagi kedudukannya yang tinggi dan mulia itu, sampai anak-anak­nya sendiri tidak ada yang berani mendahului menduduki tikar yang disediakan khusus baginya di sisi Ka’abah.

Disebabkan kasih sayang datuknya, Abdul Muththalib, Muhammad s.a.w. dapat hiburan dan dapat melupakan kemalangan nasibnya kerana kematian ibunya. Tetapi, keadaan ini tidak lama berjalan, sebab baru saja berselang dua tahun ia merasa terhibur di bawah asuhan datuknya, orang tua yang baik hati itumeninggal pula, dalam usia delapan puluh tahun. Muhammad sa.w. ketika itu baru berusia delapan tahun.
Meninggalnya Abdul Muththaiib itu, bukan saja merupakan kemalangsn besar bagi Muhammad saw. tetapi juga merupakan kemalangan dan kerugian bagi segenap penduduk Mekah. Dengan meninggalnya Abdul Muththalib itu, penduduk Mekah kehilangan seorang pembesar dan pemimpin yang cerdas, bijaksana, berani dan perwira yang tidak mudah mencari gantinya.

Sesuai dengan wasiat Abdul Muththalib, maka Nabi Muhammad saw. diasuh oleh pak ciknya Abu Thalib. Kesungguhan dia mengasuh Nabi serta kasih sayang yang dicurahkan kepada anak saudaranya ini tidaklah kurang dari apa yang diberikannya kepada anaknya sendiri. Selama dalam asuhan datuk dan pak ciknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji dan selalu membantu meringankan kehidupan mereka. 

Itulah sedikit sebanyak keperibadian Nabi Muhammad S.A.W kita.. Moga selepas ini, kita akan lebih terpengaruh untuk mengikuti jejak langkah Beliau yang amat mulia..

Jom Share Blog Chatbox

Sharing is Caring
Kita boleh chatting dalam room yang sama dari mana² blog yang guna Chatbox yang sama.. Jadi, aku nak share aku nyer Chatbox ngan korang semua supaya bloggers boleh berchatting dari mana² page blog. Mesti lagi meriahkan?

So, korang cume perlu copy code bawah ni lepas tu paste atau replace Chatbox korang.

<!-- BEGIN CBOX - www.cbox.ws - v001 -->
<div id="cboxdiv" style="text-align: center; line-height: 0">
<div><iframe frameborder="0" width="170" height="305" src="http://www5.cbox.ws/box/?boxid=583441&amp;boxtag=hehb3s&amp;sec=main" marginheight="2" marginwidth="2" scrolling="auto" allowtransparency="yes" name="cboxmain" style="border:#DBE2ED 1px solid;" id="cboxmain"></iframe></div>
<div><iframe frameborder="0" width="170" height="75" src="http://www5.cbox.ws/box/?boxid=583441&amp;boxtag=hehb3s&amp;sec=form" marginheight="2" marginwidth="2" scrolling="no" allowtransparency="yes" name="cboxform" style="border:#DBE2ED 1px solid;border-top:0px" id="cboxform"></iframe></div>
</div>
<!-- END CBOX -->


Kalau korang belum ada Chatbox dan tak tahu macam mana nak masukkan Chatbox, korang ikot langkah bawah ni..

1- Klik Layout > Page Elements > Add a Gadget
2- Pilih HTML/JavaScript
3- Masukkan tajuk Chatbox korang
4- Copy coding di atas, paste pada Content
5- Save

Ape lagi, jom kite share Chatbox yang sama.. Terima Kasih..

 

Thursday, February 25, 2010

Second Celebration Chinese New Year

Sharing is Caring
Kerja.. Kerja.. Kerja.. Means i need some time to ease my mind.. Betol tu, jangan kerah sangat otak wat kerja over limit, kadang² kene amik masa untuk rehatkan minda. Baru la kerja lebih produktif.. Haha.. Rini aku dan B..F...Forever aku jenjalan area Sunway untuk suka². Berdua jerk? Actually malas nak kuar ramai², banyak kepala nih, susah plak nak wat keputusan. Sorang cakap nak pegi sana, sorang cakap nak pegi sini, yang lain cakap nak pegi situ.. Aiyok.. Bek kuar berdua jerk.. Kene plak terpakai baju sama kolor.. Hakhakhak.. Breakfast kat A&W Sunway Pyramid.


Mengadap breakfast yang tak seberapa..Ekeke.. Sebelum tu da pegi makan kat kedai mamak.. Ni pon baru jerk lepas main game sementara tunggu masuk TGV tengok Niyang Rapik..
Jalan cerita agak menarik la.. Tapi ada la sket beberapa kesilapan.. Contohnya, yang paling aku xleh blah, time diorang OTW nak ke Niyang Rapik semula, diorang singgah la kejap untuk bermalam. Apa yang lawaknya, masak megi pon amik masa yang lama, dari petang yang cerah tue, sampai malam yang gelap. Aku rendam megi 15minit pon da kembang semangkuk. Hurm.. Korang tengok la sendiri camne yerk..

Lepas tengok wayang, kami ke Sunway Lagoon Wildlife. Tak rancang sebenarnya, so, tak prepare la baju nak basah², sebab tu pegi Wildlife Single Package jerk..

Explorer.. Hahaha..


Penat da berjalan, kami singgah la kat Pizza Hut Sunway Piramid.. Lama tak gi makan kat Pizza Hut. Teringin sangat² sebab time tue dahaga + penat.

 
 

Bila sume da kekenyangan.. Pe lagi.. Dwet pon da abes banyak da.. Balik ler.. Hahaha... Tapi sempat la bergambar kenangan sempena Hari Raya Cina.. Cakap Second Celebration Chinese New Year..

Saturday, February 20, 2010

Tepati Masa vs Janji Melayu

Sharing is Caring
Erm, pagi tadi ada la jugak hangin sket, punya la janji ngan kawan aku pukul 7.15, tepat² aku sampai. Dia tak sampai² lagi. Tu pon dia janji kol 7.00, aku cakap kol 7.15 la. Skali dia sampai kol 7.42. Aiyok.. Janji Melayu tol la.. Tolong la bro, respek la kawan ko sket. Kecian duk menunggu ntah pape. Btanggungjawab la sket. Ok..!

Tak susah tepati janji, cume perlu datang tepat pada masa. Aku jenis kalau janji tu, aku akan datang lebih awal. Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. Kalau la semua orang pikir macam ni, kan best.

XTVT: Bowling Muhibbah TM

Sharing is Caring
Wahhhh!! Penatnyer.... Main bowling sampai 4 games kat Megalanes Endah Parade, Bukit Jalil. Huhu.. Siap la esok, mesti lenguh tangan punya la.

Btw, aku cukup hapie rini wpon banyak bola tak cukup bulat & lane pon tak rata, jadi, bola aku banyak masuk longkang. So, aku tak kesah sangat la sebab bukan salah aku. Hahaha.. Team mate, korang memang hebat sebab kita menang jugak wpon dapat tempat ke 9 dari 21 team. Hehe.. Thanks uolls..

Nak tau pe hadiah kami dapat?

RM10. Berbaloi².. Haha.. Hadiah tak penting sangat, janji fun sebab dapat enjoy time kitorg ngah busy ngan kerja. Sampaikan on call suh masuk keje rini. Huhu.. Tapi tak masuk pon sebab tak sempat. Cuti, tetap cuti, time keje, kena la pulun sampai siap. Jangan malas²..

Friday, February 19, 2010

Bangunlah Untuk Solat Subuh - Qunut Tidak Wajib

Sharing is Caring
Ramai sebenarnya antara kita malas untuk solat subuh kerana Qunut. Sebenarnya, doa Qunut adalah hanya sunat Ab'adh mengikut Imam Shafie. Sunat Ab'adh adalah perkara sunat untuk menyempurnakan solat tetapi tak perlu sujud sahwi jika tertinggal. Sujud sahwi digalakkan untuk menyempurnakan perkara sunat yang tertinggal. Ini bermakna, jika kita tidak melakukan sujud sahwi, solat kita masih sah.

Secara tuntasnya saudara muslimin muslimat sekalian, jika kita melakukan solat subuh tanpa bacaan doa Qunut dan tidak melakukan sujud sahwi, maka solat subuh kita adalah sah. Dengan ini, saya nasihatkan diri saya dan anda semua supaya ringan²kanlah diri untuk melakukan solat lebih² lagi solat subuh yang selalu sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang.

Maklumat ini diambil dan dikongsi bersama kalian daripada Harian Metro Fikrah Dr Salam (21-Jan-10)
Jika idea dan pendapat saya bercanggah sila maklumkan dan betulkan. Saya hanya menyampaikan untuk berkongsi maklumat. Terima kasih kerana memberi perhatian.

Wednesday, February 17, 2010

Monday, February 15, 2010

Famili Day BBQ

Sharing is Caring
Hari ni la paling penat. Kaum cina yang sambut beraya, kami lak lebih².. Wakaka.. Act rini amik peluang bersama semua ahli keluarga buat BBQ kat umah Kak Long aku.. Semua ada kecuali adik laki aku sebab da pergi merantau, kerja.. Btw, tgk la sisipan yang aku sempat amik..
Amboi... Cam busy jerk..
Sodapnyer....
Anak buah yang ramai.. Huhu..

Ramai chef laki.. Hehehe..
Tak cukup tangan..
Camni la, laki masak, pompuan makan jerk kije.. Haha..

To all my famili, thanks sebab wat acara keluarga macam ni tika aku skali-skala balik kampung. Hehe.. Tunggu la aku balik lagi nanti(entah bila ag la dapat balik)..

Saturday, February 13, 2010

Facebook aku bikin kecoh dalam masa 1 hari

Sharing is Caring
Gambar yang aku add pada 19 Dec 2009 tetiba bikin hot dalam masa 1 hari semalam.. News feed terbaru Facebook kini lebih cepat menyebarkan aktiviti kawan kepada seorang kawan kita.
Ni la gambar yang bikin hot tu..

Hehe.. Memang hot kan? Ada yang tanya Gay k? Dengan sapa? Banyak lagi soalan.. Ada yang terkejut tapi ada juga yang dah terbiasa dengan dunia teknologi sekarang. Lebih mengejutkan aku, dalam masa 1 hari, aku terima lebih 300 komen, lebih 100 like dan 150 friend request pada 12 Feb 2010. 
 Tengok.. Makin bertambah komen, like, dan friend request.. Hurm.. Gambar ni jadi kontroversi. Ada yang matanya 'buta' sebab terpedaya dengan helah superimpose yang aku buat. Ada juga hatinya 'buta' sebab tak pandai menilai hasil seni. Tapi ada yang bagi gambaran positif.
Camni lah, ada yang pikir elok, ada yang tak.. Yang pikir tak elok tuh, jangan la main 'sembur' je kat orang. Cakap guna otak la. Tak tau hujung pangkal da nak 'sembur²' orang. Yang komen bukan² tuh, aku cakap kat korang, kalau da dasar otak kotor tuh, memang takkan nampak yang elok, dia akan nampak yang kotor je la.. Sdiri otak kotor, nak cakap orang otak kotor. Lu pikir la sdiri. Nak tunjuk baik tuh, pikir la yang baik² ajer.. Nasihat cara profesional la sket..

Moral:
Apa motif aku letak gambar macam ni? Bagi aku ia adalah seni. Geli jerk seni.. Hehe.. Kalau orang yang pandang benda ni seni, orang tu akan fikir benda tu positif, yer la, unik kan? Orang takkan berani kalau letak gambar betul, tapi aku berani letak sebab aku pandang ini kerja seni dan gambar superimpose. Ada yang cakap, cuba edit benda yang positif sket. Masalahnya kalau da pandangan tu negatif, aku edit la benda yang positif macam mana pon, dia tetap fikir negatif. Gambar ni memang nampak negatif, tapi cuba fikir positif, adakah semua orang boleh buat? Ada tak korang fikir, aku bagi idea positif pada korang untuk buat lebih baik? Berapa ramai yang terfikir untuk buat gambar macam ni? Ada tak korang rasa tercabar untuk belajar buat editing @ super impose macam ni? Ada tak korang cube untuk fikir idea yang lebih kreatif untuk buat yang lebih baik dari ni? Semua tu positif kan? Masalahnya pada orang yang otak negatif akan selalu fikir semua perkara adalah negatif. Jangan suka menjatuhkan moral orang lain, tapi sebaliknya cuba la bangunkan minda orang lain. Jadilah 1 Malaysia, sama jatuh, sama bangun.. Open la minda tu luas²..

P/s:
Kepada semua yang bagi komen positif atau negatif sekalipon, yang add aku jadi kawan dan like gambar tu, aku ucapkan ribuan terima kasih.. Aku amat hargainya.. Yang negatif, kita jadikan positif. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. Ada yang ingin belajar cara nak buat tu, tunggu la aku post kat sini, aku ajarkan korang camne nak buat. Pape pon.. Stay keep in touch dalam fesbuk dan blog aku.. Be my follower at blog.. Trima Kasih...

Tuesday, February 09, 2010

Thanks for 'pengeras' (Cadbury Dairy Milk)

Sharing is Caring
Selain ucapan maaf, ada jugak 'pengeras'. Apa yang aku leh cakap, aku cukup respek pada kawanku sorang nih. Memohon maaf adalah dituntut oleh agama jika kita membuat kesilapan samada sengaja atau tak. Tak cukup ngan ucapan maaf, aku dapat 'pengeras' tanda kemaafan. Aku tak nak cakap lebih, namun sekadar memuji pada orang yang memohon maaf tu.. Then, thanks for 'pengeras' nih..
Aku pon ingin memohon maaf kalau² ada sebelum ni aku luahkan rasa tak puas ati dengan cara tak betul atau buat dia turut terasa hati..

Moral:
Hiduplah dengan saling bermaafan (meminta maaf & memaafkan). Jangan terlalu mengharapkan orang meminta maaf dari kita sebaliknya belajarlah untuk mudah memaafkan orang lain..

Kawanku dah hilang ke-malu-an

Sharing is Caring
Hurm.. Korang tengok gambar nih, korang percaya tak aku chat ngan pompuan? Dak opis aku.. Hurm, budak² skarang da ramai hilang ke-malu-annya.. Ish ish ish.. Sib bek aku open minded.. Hehe..

Moral of this post:
Korang terima la kawan korang yang macam ni seadanya. Dia kegersangan kot.. Wakaka.. Kawan aku nih ok jerk walaupon prangai cam tak senonoh, tapi dia good girls go bad.. Ngee.. Lam IM macam ni tak pe la nak noty². Tapi luar jangan lebey². Orait.. Pada Kawanku nih, jaga lah batin anda.. Wakaka..

Monday, February 08, 2010

My new earphone (SONIGEAR)

Sharing is Caring
Bukan nak sangat pon bli earphone baru tapi tukar ngan mini usb webcam yang xleh pakai lepas beli sabtu ritu. Da xda stok lain da. So, amik la earphone nih. Ada kepentingan jugak la sebab sebelum ni aku pakai earphone mp3 aku je...

Tapi malas la, tiap malam aku pakai sebelum tido, so, tiap kali nak gi keje, kene periksa dulu bawak ke tak earphone sebab aku selalu pakai jugak earphone time kat opis. Dengar lagu sambil wat kije. Syok.. Hehehe.. Tadi pon macam xda banyak pilihan menarik, so, aku amik la..
SONIGEAR Metallic Purple
So, lepas ni aku da bebas 1 tanggungjawab rutin harian aku untuk pastikan aku bawak earphone. Hehehe..


Sunday, February 07, 2010

Motorku buat hal lagi..

Sharing is Caring
Tiap² bulan nak kene jumpe doctor motor.. Adoi, pe la nasib motor aku ni, da kat stahun da, tiap² bulan nak kene jumpe pomen. Ada jerk sakitnya. Kalau lah motor pon makan ubat, mau pengsan jugak la aku tiap² bulan. Ekeke... Tapi, skang pon, tiap² bulan nak kene operate. Hurm, hajat di hati nak angkat jerk motor baru.. Puas ati.. Hahaha..
Hurm.. Gambar lama aku amik.. Tahun lepas.. Skang aku da letak box kat belakang, senang nak isi pape lam tuh. Rim pon aku da tukar ngan rim sport. Nanti aku amik gambar terbaru aku update ngan gambar nih..

Saturday, February 06, 2010

Kunci ku patah...

Sharing is Caring
Ades, gara² nak makan biskut pagi² ari, aku cungkil la tin tu ngan kunci. Skali.. "Prakk" Patah da.. Huhu.. Sib bek x pakai kunci yang ngah dimangga kat grill. Lau x, memang x kuar la aku 1 ari nih.. Hehehe...
Huhu.. Sayangnyer.. Nak wat baru cam malas jerk.. Mangga baru kan da ada.. Tapi isau lak dak umah guna mangga lama...