Da lama nak buat entri ni
Sebab macam sume orang pernah alami
Cuma tak dibincang secara komersial jerk
Hahaha...
Mesti korang Pon Terfikir Sama
Macam Asrol Mania
- Bila nak jerk takda, bila taknak, ada jerk depan mata. Entah dari mana jerk muncul sebab nak bagi kita nampak. Bila kita carik, macam ada kat situ, macam ada kat sini. Kadang-kadang, perasaan yakin ada kat sesuatu tempat tu kuat jerk, tapi bila carik takda la plak.
- Time lesen mati, ada jerk roadblock. Time lesen tak mati, lalu la 10 jalan sehari pon, takda plak roadblock. Nak-nak, baru jerk mati rini dan tak sempat sambung, terus jumpe polis ke, JPJ ke buat roadblock.
- Bila takda duit, ada jerk barang peribadi yang habis. Sabun la, syampu la, ubat gigi la. Itu time kite takda duit.
- Bila ada duit plak, ada jerk barang yang rosak. Nak-nak motor ke, kete ke yang rosak. Dapat bonus jerk, motor trus buat hal, kene tukar itu la, ini la..
- Bila nak kuar or berjalan jauh, mula la perut meragam, asik nak buang air kecil, nak buang air besar. Time duk umah, takda plak rasa macam tu, kadang-kadang buang air sekali jerk sehari. Bila nak naik bas, 2 3 kali buang air sebelum naik bas.
- Bila puasa, tengahari tu terfikir "Kalo bukan bulan pose ni, aku da beli air tin ni minum", bila tak puasa, "Nak beli air tin macam mahal, tunggu la balik umah minum air"
- Bila kita set time nak tengok tv especially Astro yang banyak channel tu, takda plak citer best, bila kita nak kuar or gi kije, bukak kejap tv sementara tunggu kawan or tengah bersiap, bukan main best citer kat tv tu. Macam tak jadi jerk nak kuar.
- Time kije, bangun pagi macam penat jerk, mengantuk sangat. Time cuti, segar plak mata ni bangun tido. Padahal hari tu cuti.
- Yang ni lagi best, macam skarang. Esok aku kije, tak mengantuk plak mata ni. Semalam, kol10 malam bukan main ngantuk lagi sedangkan hari ni aku dapat cuti sempena tahun baru.
Ada banyak lagi
Malas nak fikir
Esok kije
K la..
Aku nak peram mata dulu, nak tido..
Kang esok tak pasal-pasal ngantuk kat opis...
Salam....
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment