Labels

Friday, November 30, 2012

Kisah Benar Asrol Mania Bogel Kat Opis


Salam
Ni kisah benar yang berlaku kat aku hari ni
Sangat memalukan
Ya.. Sangat-sangat

Tadi aku tengah bermesej dengan seseorang
Dia tanya aku kat mana sekarang
Aku cakap la aku kat opis (Office)
Aku nak cakap perkara sebenar bahawa aku tengah . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Thursday, November 29, 2012

Terkena Buatan Orang? Atau Binatang?


Salam
Hampir 2 minggu aku merana
Gatal-gatal badan ni tuhan je yang tahu
Pergi klinik pada mula nya pun doktor tak boleh nak cakap apa
Aku dah 3 kali jumpa doktor
Aku dah bersihkan rumah
Aku suspek, ni adalah perbuatan hama, bukan buatan orang


See
Hampir satu badan kena
Jari jangan cakap la, semua jari kene
Kaki, buku lali, siku
Memula gatal-gatal kat siku
Aku suspek hama ada kat sofa
Tapi dah melarat ke karpet rasanya
Aku spray semua tempat termasuk tilam
Tapi macam tak hilang
Sekarang sampai ke bontot dan celah kangkang
Nasib baik aku tak amik gambar bahagian tu
Kalo tak abes la korang
Hahaha

Aku ke klinik
Macam takda ubat untuk kurangkan gatal
Doktor dah bagi macam-macam ubat
Termasuk ubat kuat tahan gatal
Bagi aku tidur lena
Siap dengan ubat selsema untuk tahan gatal

Seksanya
Dah berkudis kat tempat gatal sebab tak tahan sangat pegi garu
Now, aku try cala-my losyen
Ubat ni aku pernah pakai untuk jerawat atas belakang
Hilang sampai sekarang jerawat tu
Ni tak tahu lah macam mana ni
Sampai aku mandi dengan gentle wash
Nak tengok dalam 2 3 hari
Kalau tak hilang jugak
Aku ikut cakap doktor untuk jumpa pakar
Doktor pernah ofer aku untuk jumpa pakar
Tapi aku nak cuba ubat baru dulu
Aku harap, cepat lah sembuh
Seksa sangat malam-malam nak tido

Wednesday, November 28, 2012

Nak Program Cantas Lemak


Tajuk menunjukan aku terlalu benci dengan lemak ni
Betul..

Masa baby dulu
Yes, aku memang berisi
Lepas tu aku kurus
Sampailah habis sekolah menengah

Masa aku kurus
Ramai yang tegur
Kenapa ko tak gemuk
Macam kene tiup dengan angin pon boleh jatuh ni
Dah la tinggi melampai

Lepas tu kerja
Ok
Badan naik, body sedap

Masuk U
Badan turun balik

Keluar U
Badan naik kejap
Dan turun balik

Sekarang dah kerja
Tahun pertama kerja badan naik sikit
Tahun kedua badan turun sikit macam asal
Tahun ni dah lebih 3 tahun kot
Naik cepat giler sejak beberapa bulan ni

Ades
Nak solat pon seksa
Ni seluar kerja ni dah betul-betul ketat

Aku dah cuba macam-macam produk
Aku rasa sebab benda tu kot
Orang cakap, sekali dah pakai produk kurus
Bila dah berhenti, badan lagi cepat naik
Mungkin sebab tu kot

So, apa plan aku?
Aku ingat nak kurangkan makan la
Pastu nak pakai krim bakar lemak je
Taknak dah makan ubat untuk bagi buang segala benda ni

Tapi tu la
Susah nak carik produk yang tahan lama
Panasnya sekejap je
Ada yang tahan lama tapi bila dah lama pakai dah tak menjadi
Aku plan nak cuba produk Felinna Inchloss plak


Hai
Menjadi ke tak kali ni
Boleh tak kalau aku wat
Program 7 Hari Penurunan Berat Badan
Dalam masa 7 hari ni
Bantai kaw-kaw bagi kurus
Tengok berkesan ke tak
Masalahnya boleh ke aku ni?
Hahaha

Alahai
7 hari je pon
Tapi cukup ke 7 hari tu?
Bila aku nak start?
Pe kata plan betul-betul
7 hari tanpa nasi ke? Hahaha
Ok juge tu

Set..
Tarikh nak start tengah pikior..
Haha
K la.. Bye..

Tuesday, November 27, 2012

Renungan Buat Insan Bergelar Isteri


Entri ini dipetik dari Portal Komuniti Muslimah


"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia. Si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. Menjadi seorang isteri,kepada insan yang disayangi adalah idaman setiap wanita.

Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi. Aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah.

Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ?Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. "

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya

Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya. Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar
kembali ke alam nyata.

"Ain baru saja masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ?" ujarku.

"Haah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib
sama-sama ye ? "

Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalakudengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain.Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

“Insya Allah abang....Ain sayangkan abang.”

“Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''

Dengan telekung yang masih tersarung. Aku tenggelam dalam pelukan suamiku. Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar.

Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku.Membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi isteri yang menyejukkan hati suami?

Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya
senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

‘Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang,apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.’

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali. Aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun. Aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah. Aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

‘Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.’

Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya.Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun,pada suatu hari. Aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak pernah ku duga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?"tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih.

`' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu.

Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi.

Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"Aa.....Abang.....nak kahwin lagi?"

Aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk.

“ Dengan siapa abang?” Aku bertanya.

Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

“Faizah. Ain kenal dia, kan ?”

Ya. Aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

“Aa....Abang......Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar.
Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhaku untuk berkahwin lebih dari satu.”

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku.Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan. Aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu. Aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar.

Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku saying suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu. Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ? Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini.

Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini. Aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata. Aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi.

Aku benar-benar terluka. Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku.

Aku keliru Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam,aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya.

Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku. Aku rela Ya Allah. Aku rela. Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin.Bukankah aku telah berazam. Aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka. Aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini. Aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah.Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar.

Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka.Pedih,tetapi cepat sembuhnya. Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah dating ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

“ Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan,” setelah aku merasakan cukup kuat. Aku memulakan bicara.

“Apa dia, Kak Ain. Cakaplah,” lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?"

Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

"Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak.Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?”

“Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......."

Aku terdiam seketika.

"Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?"

Dengan amat berat hati,aku tuturkan kalimah itu.
" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya.

“ Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain,”kata Faizah seakan tidak percaya.

Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi.

Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"

Dari nada suaranya. Aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas. Aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya kulihat berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah."

Dengan deraian air mata,Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" soalku apabila tangisan kami telah reda.

“Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik,seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku.

`Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun. Aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang.Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira.Ain anggap ini semua ujian Allah abang.”

“Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat.Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya."

Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu.Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka. Aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi.

Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

“Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat.”

Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

“Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?” Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ?”Aku menduga keikhlasan bicaranya.

“Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain.Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang,untuk abang.”

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya. Aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang,semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya. Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah.

Rindu itu. Aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Soal anak-anak. Aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua.

Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah juga cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa.

Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku. Aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih saying yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku.

Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w "Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihanitu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun. Aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

Monday, November 26, 2012

Kalau Aku Dah Kawen Dan Ada Anak Sendiri Macam Mana?


Hye Guys
Salam

Akhir-akhir ni duk jaga anak buah
Aku plak asik duk terfikir pasal kawen
Hahaha

Aku dah bersedia ke?
Awek pon tarak

Tapi kan, bila hari-hari duk main ngan budak ni
Aku cube mendalami
Kalaulah aku dah beberapa tahun kawen
Ada anak-anak pulak tu
Aku pernah cakap kan yang aku ni kadang-kadang nak sendiri
Taknak serabut ngan orang lain
Tapi kalau ada anak-anak macam mana?
Balik kerja, anak akan carik kita
Kita sebagai kaum bapa ni seolah-olah istimewa bagi anak-anak
Chewah.. Cakap macam da kawen
Pagi kita turun pergi kerja, malam baru balik
Anak akan teruja bila nampak kita
Bukan selalu nampak
Sekali dah jumpa kita, anak-anak sambut kita dengan gembira

Sejak kakak aku datang rumah aku ni
Aku banyak habiskan masa dengan nak buah aku
Bawak jenjalan
Aku balik kerja, layan kerenah diorang
Dengar diorg bercakap
Bergurau dengan diorang


Ni anak buah yang datang umah aku sekarang ni
Ada lagi si kecil


Budak ni baik sikit
Tak berapa nak meragam la

Tapi yang besar tu
Aduyai
Nak mengeluh tak boleh, budak-budak nak membesar kan
Huhu

Yang abg tu ok sikit
Yang adiknya, perempuan tu
Nakal yang amat
Suka kacau adik kecil dia
Lepas tu banyak jugak la barang-barang dalam umah aku dikerjakannya
Semua benda jadi permainan dia
Haha


U see?
Dengan kacip sireh aku tu da terpacak kat tepak
Langsir manik aku da tercabut da

Tapi aku tak kesah pon
Aku faham budak-budak
takkan semua benda kita nak larang
Unless kalau benda yang boleh merbahaya kan mereka

Pernah sekali
Aku bawak diorang berdua jenjalan
Kami bertiga je dalam kereta
Diketuknya dashboard kete aku sambil nyanyi kuat-kuat dua orang ni
Aku terdiam jer
Nak larang sebab bingit telinga
Tapi diorang tengah enjoy happy life
Kesian sangat-sangat
So, aku sabar je la

Fine
Aku rasa aku dah boleh jadi seorang bapa
Kahkahkah
Tak lawak pon

Seronok bawa diorang jenjalan


Enjoy their trip
Main-main
Tapi tak tahannya
Duk dalam kereta, mengamuk
Nak balik cepat la
Mengantuk la
Macam-macam lagi
Arghhh
Aku tak layak semula jadi bapa
Haha

Semalam bawak akak aku satu famili jenjalan
Akak aku nak shopping baju
Ouke
Boleh je aku bawa diorang jenjalan
Sementara mak dia bershopping


Aku pulak?

Jaga anak


Dengan badan aku dah macam bapak orang
Macam dah berisi lepas kawen
Hahaha
Nasib baik budak tak meragam

So
Nak kawen cepat ke tak nak?
Aku dah sedia ke?
Kene fikir 100kali lagi
Muahahaha

Ouke
Sampai sini saja
Bye..

Saturday, November 24, 2012

Itu La, Gatal Sangat Kan.. Durian Crepe

Ni aku nak citer pasal kegatalan aku

Office mate aku la ni
Dah seminggu lebih duk cakap pasal kehebatan Durian Crepe
Nak jugak buat sendiri Durian Crepe

Hari ni
Sambil buat sambil nyanyi lagu Beribu Sesalan
Wakaka
Punya la cerewet nak buat kan
Aku nasihatkan kat korang
Cuba la bawak bersabar..
Nak makan, better beli jer kat luar tu
Tak payah buat sendiri..
Hahaha..

Kalo buat sendiri dah terror takpe
Kalo macam aku ni?

Hasilnya..
.
.
.
.
.
.
.

Aku Nak Sentapkan Wanita Atas Jalan Raya


Salam

Hai wanita
Dah puas drive cara berhemah?

Kalau korang nak tahu
Aku dah lama berdendam dengan perempuan yang drive
Drive kereta la

Kalau sebelum ni aku pernah ke langgar belakang
Dengan perempuan
Aku tersentap juga
Terbaru  aku tersentap lagi

Teruskan membaca antara aku dengan perempuan

Rata-rata, perempuan ni terus bawak kereta berbanding lelaki yang rata-ratanya bermula dengan motor. So, lelaki yang menggunakan motor sebelum kereta ni lebih tahu selok belok untuk berhemah atas jalan raya. Walaupun yang eksiden teruk-teruk tu kebanyakan sebab lelaki. Itu sebab pandu laju. Tapi perempuan ni kebanyakan eksiden sebab lalai dan biadap.

Tak peduli orang yang bawa motor
Ok.. Mula dari kisah ni. Aku selalu tunggang motor ke tempat kerja, samada aku pernah tinggal kat kampung, Shah Alam, Puchong dan Hulu Langat. Memang aku suka tunggang motor. Kalau dari Shah Alam tak perlu risau sangat sebab ada jalan motor. Tapi bila motor masuk Highway, lalu celah-celah kereta, mula la nampak kebiadapan orang yang bawa kereta. Yang aku tersangat familiar, perempuan kalau nak tukar link. Main redah je. Da belok nak tukar link, barulah nak bagi signal. Sakit hati tak? Macam tak nampak motor kat side mirror. Aku biasa juga bawa motor ke pejabat, boleh je aku perasan motor kat sebelah masa jem ke tak. 

Pernah la, motor berderet, rata-rata bawa motor dalam 50-60kmj. Tetiba kereta ni belok nak tukar link. Motor macam biasa la, usaha untuk mencelah. Sepatutnya kereta tu bagi la motor tu lalu dulu, baru tukar link. Tapi tak, dia redah juga. Sampai ramai yang tak puas hati dengan minah tu. 

Dah banyak kali sangat, bila ada kereta main redah je tukar link, mesti kaum hawa. Aku rasa 1 per 30 kes yang macam ni adalah lelaki. Sangat-sangat melampaulah. Lain kali, nak tukar link tu, tengok dulu selamat ke tak. Ada motor ke tak kat belakang tu.

Langgar bontot
Yang ni aku betul-betul sakit hati. Kejadian lepas raya 2012. Aku pergi kenduri sorang kawan kat Shah Alam. Balik dari kenduri, tetiba jalan jem kat Lebuhraya Persekutuan,  Petaling Jaya. Aku bawak perlahan. Jem tu sampai kereta boleh berhenti juga la. Aku baru nak jalan, tetiba aku terhentak ke depan kemudian kepala terhantuk ke seat. Sakit juga. Pening-pening sket, aku gerak ke tepi, aku keluar. Memang hangin la. Perempuan keluar, aku cakap kat perempuan tu, "Tak boleh bawak slow sikit ke? Tak nampak ke jem ni?" "Dah, saya dah bawak slow.." "Kalau slow kenapa jadi macam ni?" "Saya dah brek"

Ahh.. Brek %^&!^! ko. Pastu kes bawa ke balai polis. Perempuan tu kene saman RM300 sahaja ye, tapi aku kene langgar, polis yang makan duit tu. For what? Kereta aku baiki claim atas insuran kereta perempuan tu. Aku ni dapat susah. Sakit lagi. Perempuan tu langsung tak jumpa aku lagi dah lepas tu minta maaf.

Janji dapat lepas dulu
Tajuk macam pelik, tapi betul la. Asal nampak ruang sikit, dia tak kesah dah keselamatan. Janji dapat lepas dia dulu masuk. Dari simpang nak masuk jalan kiri ke kanan ke, terlalu kuat keyakinan diri, dia terus tekan minyak. Tak peduli kalau ada orang bawa anak terpaksa brek mengejut sebab perbuatan dia tu. 

Semalam, aku terkena. Aku dari umah nak keluar. Jumpa simpang 3, ada sebuah kereta masuk ke lorong aku. Aku nak ke kanan, aku tengok belakang kereta tadi takda lagi kereta, aku tengok kanan selamat, means kereta masih jauh. Aku terus la nak masuk ke kanan, sekali kereta yang perempuan plak bawak masuk tetiba ke lorong aku. Aih.. Dari mana muncul? Tadi takda? Yes, memang dia patut lalu dulu baru aku lalu. Tapi kan aku yang nak keluar dulu dia baru sampai, bagi la aku lepas dulu. Nasib baik aku sempat brek, dia pandang aku dengan tak puas hatinya, sambil mulut terkumat kamit baca jampi ape entah. Bebel kat aku lah tu. Tapi time tu, kalau dia siap tunjuk-tunjuk tangan nak marah aku memang aku kejar balik perempuan biadap macam tu. Macam hebat sangat.

Kepada mana-mana perempuan nak sentap dengan entri aku silakan
Tapi sekali dah sentap
Buat la entri minta perempuan-perempuan lain buktikan
Bukti yang diorg memang bawak kereta lebih berhemah dari lelaki
Aku cabar....

Thursday, November 22, 2012

Kahwin? Kenapa aku takut?


Bila kau nak kahwin?
Omaigod
Aku paling benci soalan ni diajukan pada aku

Hari ni
Aku terfikir sendiri
Bila aku nak kahwin?
Macam nak carut kat diri sendiri sebab tanya soalan yang diri sendiri tak suka
Kahkahkah

Not funny

Kenapa aku tak kahwin lagi?
Aku tanya lagi diri sendiri
Aku cuba fikir
Kenapa erk?

Takut tak cukup duit tanggung anak orang
Macam lawak, tapi aku percaya, ramai lelaki fikir macam aku sebab tu lambat kahwin. At least, nak kene sediakan makan minum dan perbelanjaan peribadi yang mencukupi walaupun isteri bekerja juga. Mana boleh, sebagai lelaki kene pastikan bagi nafkah zahir mencukupi juga. Bila aku tengok gaji aku sekarang, aku tak cukup duit lagi nak tanggung semuanya. Dengan hutang kereta, PTPTN, sewa rumah, mak ayah, utiliti, barang peribadi dan sebagainya. Makan pun cukup untuk sorang. Macam mana?

Takut isteri kawal aku
Haha.. Apa la jantan macam ni. Hey.. Jangan pandang mudah okay. Perempuan sekarang asik nak lawan lelaki. Nak tunjuk ego dengan lelaki. Semua nak ikut kehendak dia. Kalau nak minta tolong ke ape boleh tahan. Ini da masuk hal peribadi yang malas ni. Contohnya, bab pemikiran, minat, sifat kita. Benda ni semua dah memang diri kita. Takkan nak ubah. Kalau kau jalan kengkang, boleh la kau nak kepitkan. Kalau aku jalan beradab sebab hormat orang, mana boleh kau tegur aku ni lelaki sopan sangat sampai dah nampak macam perempuan. Ni contoh la. 

Takut tak mampu bagi perhatian
Sekarang aku single. Aku wat hal sendiri saja. Tak perlu selalu fikirkan orang lain. Balik umah, buat hal sendiri. Kalau dah kahwin, balik rumah, ada isteri kat umah. Kang kalau aku duduk lepak tengok tv, ke hulu ke hilir dalam rumah tak pandang isteri, nanti apa pula isteri cakap. Takkan setiap masa nak tegur isteri. Hai isteri. Eh! awak ke isteri. Haha.. Bila bercinta kita tak mesej pon dia bukan main lagi marah. Aku dah penah rasa. Dah pernah putus cinta sebab aku tak layan mesej. Awal-awal bercinta je selalu main mesej. Da lama sikit, dah tak tau nak cakap apa. Haha.. Aku ni plak, dalam satu-satu masa, aku rasa nak menyendiri, taknak ada orang kat sebelah, taknak ada orang call. Aku nak tenang je untuk beberapa hari.

Ouke
Itu je kot wat masa ni
Tengah-tengah berblog
Akak aku call
Ni pon da nak kol8 malam
Da nak balik dari opis pon
Salam

Wednesday, November 21, 2012

Wargh... Nasib Aku Tersangatlah Baik Kali Ni


Macam nak meroyan pon ada
Tertiba aku kesengalan
Nak delete pos dari blog yang lagi satu
Aku terdelete pos kat blog Asrol Mania ni

Nasib baik minggu lepas aku dah buat backup
Nasib tak baiknya
Post yang semalam aku tak sempat nak backup
Biasanya aku tak backup pon
Aku ada blog lagi satu khas untuk aku buat design blog
Untung nasib kan..?

Selamat akhirnya
Tapi kene betulkan sikit link kat sidebar sebab url da lari

Okeh..
Thanks for be silent reader...

Saturday, November 10, 2012

Pakai 2 Kereta Atau Pergadai Lagi Diri Sendiri

Aku nak cerita ni kisah diri sendiri
Tak tahu nak mula dari mana
Tajuk pun tak tahu

Ni kisah kereta aku
Aku mula beli kereta bulan Feb 2011
Dah setahun lebih aku pakai
Persona

Lepas aku beli tu
Aku kenal sorang kawan
Dia sangat baik
Aku tinggal bersama dia
Sebab aku rasa kami serasi kalau banding dengan aku tinggal dengan student sebelum tu

Boleh dikatakan dia berasal dari keluarga kurang berkemampuan
Konflik keluarga
Aku cuba bawa keluarga dia bersatu
Ada anak yang boleh diharapkan

Tapi lepas beberapa lama kami berkawan
Aku pon dah tinggal bersama ibunya
Perangai kawan aku tu dah lain sikit
Tapi ada juga nampak perubahan
Aku ingat untuk beberapa tahun lagi aku boleh tolong dia dan keluarga dia hidup senang
Nak bantu la katakan

Dia nak kerja elok
Ada kenderaan sendiri
Sebelum ni kami kongsi kereta
Dia nak beli kereta
Tak lepas
Aku cuba suka-suka guna nama aku
Tak sangka bank boleh lepaskan
Atas kerjasama syarikat jual kereta

Bulan Feb 2012
Aku keluarkan Myvi

Mungkin beberapa tahun lagi dah boleh tukar nama
Fikir aku la
Kawan aku tu nak mudah
Ada kereta sendiri untuk pergi kerja katanya
Alih-alih, dah ada kereta dia makin menjadi-jadi
Kerja tetap kerja tapi macam-macam alasan
Nak tukar kerja
Dah berhenti kerja pon

Dah sebulan dia tak kerja
Asik cakap nak cari kerja
Duit kereta dia bayar juga bulanan
Aku pon dah tak tinggal dengan diorang
Aku tinggal sendiri
Dah beberapa minggu dia masih tak kerja
Cakap nak berniaga bulan puasa
Dah bulan puasa dia tak juga kerja atau berniaga

Malah dia tipu aku macam-macam
Masa tu baru aku macam terfikir
Apa dia anggap aku selama ni?
Dia cuma berlakon? Nak amik peluang pada kebendulan aku?
Sebab aku terlalu baik?

Kali ni memang aku taknak bagi muka
Masa bulan puasa
Kawan aku ofer diri nak tolong aku
Amik balik kereta tu
Sebelum amik, kami ke balai polis dulu
Tanya pendapat
Polis bagi nasihat bawa berbincang
Aku cakap, penah berbincang sebelum ni
Ingat lagi aku masuk hospital ritu?
Sebab tu la, berbincang sampai bergaduh besar
Dia tampar telinga aku sampai berlubang gegendang

Kali ni takda nak berbincang lagi
Polis pun cakap aku boleh amik sebab tu kereta aku
Bila dah amik
Kawan aku yang tolong aku tu nak beli kereta tu dengan aku
Ok
Bagus juge
Ingat boleh refinance
Tapi tak boleh lagi
Fine
Tunggu beberapa tahun lagi?
Ops.. Tak jadi..
Beberapa bulan dia pakai
Selalu ada masalah nak bayar
Janji nak buat surat la apa la
Semuanya senyap
Cakap dah buat surat agreement, aku mintak yang softcopy
Senyap je tak bagi
Baru-baru ni aku bincang dengan dia
Nak amik balik kereta tu
Dia minta aku bagi dia peluang
Lagi pun kereta tu ada tertangguh
Tu yang aku bawak berbincang
Hampir 3 bulan tertunggak tak bayar
Masuk 3 bulan, dia settlekan yang 2 bulan dulu
Masih tinggal sebulan
Aku fikir-fikir balik
Baik aku amik je la balik kereta tu
Lagi pun bukan aku amik untung pun jual kereta tu
Aku pakai nama aku
Bagi orang lain pakai
Rugi pulak

So
Better or not aku amik je balik kereta tu?
Senang
Or lagi senang aku lepaskan dulu bagi orang lain bayar bulan-bulan

Aku rasa buat masa ni
Keputusan aku, tetap amik balik kereta tu
Sebabnya,
Aku tak makan untung satu sen pon malah merugikan
Kawan aku tu macam ada problem plak nak bayar bulanan
Risau kalau jadi apa-apa

Padan muka aku sebab terlalu baik sangat
Nak tolong orang tak fikir diri sendiri susah
Ni jadi pengajaran buat aku dan orang yang baca ni

Monday, November 05, 2012

Nak Hidu Kentut la..


Salam
Hari ni santai sikit eyh
Aku sampai opis, 2 hari tinggal Outlook
Bukak hari ni takda la kerja sangat
So, aku tengok-tengok emel
Ada satu emel ni

Khasiat kentut
Aku cuba cari kat tenet
Ramai pos benda sama
Aku nak tengok la sejauh mana kajian tu
Tapi ramai yang pos benda ni

 WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Macam best kan
Kahkahkah
Oleh kerana tak tau sejauh mana kebenaran tu
Aku macam nak test jerk
Sape-sape nak bagi test tu
Kentut, masuk dalam botol
Pos kat aku
Ye yekkkk..
Haha..

Sunday, November 04, 2012

Logo Asrol Mania


Amacam
Ok tak?
Tapi aku macam pernah tengok la logo camni
Hahaha..
Dah ada ke sebelum ni?
Lantak la
Jenuh otak aku pikir nak wat design
Ingat nak wat la macam Umbrella tu
Kikiki