Labels

Friday, June 05, 2015

Jiran Berlagak Bagus, Sombong

Sharing is Caring

Hari ni terdetik nak cerita pasal jiran aku neh. Geram plak ngan perangai macam bagus sangat tak boleh kena tegur.

Makanan
Diorang ni duk berkeluarga. Anak dalam 4 orang macam tu. Dari awal aku pindah tak pernah nak bercakap. Cuma tegur sikit-sikit je lah kalau terserempak kat tangga. Dah 3 tahun aku duk situ, tahun pertama aku bagi dia makanan, baru dia balas. Dah 3 kali kot kasi, lepas tu aku dah tak bagi dia makanan, takdanya dia nak share ngan aku plak. Nampak sangat kan.. Aku bukan nak ungkit pe yang aku bagi dia tak balas, ni aku nak cerita dia sendiri tak pandai nak berjiran.

Sampah
Pasal sampah ni, 2 bulan lepas dia start letak sampah kat luar umah. Tempat kitorg lalu lalang. Kadang-kadang sampai 2 3 hari kot. Berbau plak tu. Laki dia, anak-anak dia turun naik, tak bawak sampah tu turun skali. Aku naik tangga mengah-mengah hidu plak bau busuk sampah dia tu. Sampai kucing pun dah mula bertapak naik atas, berak merata. Pandai plak jiran aku ni bersihkan taik kucing tu.

Dah sebulan dia melarat macam tu. Aku tegur lah dengan cara tulis kat kertas, aku tampal kat sampah tu. Aku nak tegur depan-depan takot bising & bertekak plak. Aku tulis elok je.

"Assalamualaikum,
Harap tak tinggal sampah kat sini. Berbau, tak tahan. Kalau boleh bawak turun buang terus.."

Lebih kurang macam tu lah. Pendek je. Aku dah pergi kerja. Kebetulan ada kawan kat umah. Suami jiran ni keluar nak pegi kerja ketuk pintu kemain lama. Kawan aku bukak lah, dia tanya kawan aku..

"Sape yang tulis ni?"

"Orang yang sewa rumah ni lah"

"Lain kali jangan tulis macam ni, tak sedap lah kan. Ketuk pintu la cakap depan-depan. Apa masalah boleh bincang"

"Bukan macam tu bang, dia taknak cakap depan-depan sebab taknak bising-bising, taknak jadi gaduh"

"Saya letak sampah kat luar bukan sampai 2 minggu. Lagi pun saya tak pernah nampak dia sapu kat luar ni. Kucing berak dia tak pernah sapu." .. bla.. bla.. bla..

Kawan aku malas nak layan dah.. Pastu kawan aku dah cerita sebelum aku balik kerja. Aku sabar lagi walaupun aku ada hujah nak serang jiran tu balik. Sebab aku malas nak kecoh-kecoh. Kalau orang tu jenis tak boleh kena tegur, taknak mengalah memang kita takkan menang, dia dah pikir dia tu betul sangat.

1- Sampah tu memang tak sampai 2 minggu kat situ. Tapi kalau pagi ko letak, petang dah berbau, hari-hari macam tu, dah sebulan aku hidu sampah busuk ko. Ko cakap tak sampai 2 minggu?

2- Aku tak pernah sapu kat luar tu sebab barang ko berlambak kat luar umah aku jugak. Dengan akuarium, mozek tak abes pakai, basikal anak ko 2 buah, ampaian jemur tuala. Aku nak jemur karpet pun xda ruang. Aku kuar pagi, balik petang. 2 kali lalu je 1 hari. Rakyat dalam rumah ko brapa org? Anak pegi skolah, balik skolah, keluar plak petang. Anak dating kat tangga, makan jajan pastu buang sampah kat tangga. Nak ungkit plak aku tak pernah sapu luar tu?

3- Aku tegur pasal bau, bukan pasal kotor. Kalau kotor, kesah la plak kan aku barang ko berlambak kat luar tu, tak pernah aku tegur pasal barang ko tu sampai aku sdiri tak leh pakai laluan tu. Ko ingat ko sorang yang sewa situ?

4- Taik kucing tu sebab sampah ko. Ko tak tau ke kucing tertarik kat bau hanyir perut ikan ape semua sampah tu, sampai kucing datang melepak atas. Dah memang ko puncanya.

5- Bau taik kucing tu kesah la plak ko tak tahan sampai terus basuh kan. Sampah ko, ko tak fikir plak aku duk hidu tiap hari. Kadang sampai masuk dalam rumah bau sampah ko tu.

Ni lepas aku tegur tu, diorang dah ok, tak letak sampah dah kat luar, letak pun kejap je dah pegi buang petang. Aku pun dah jarang terserempak jiran aku tu. Jumpa pun aku tak tengok muke dia. Dia pun macam tu. Ni dah 2 hari kucing berak, ada taik kucing kat depan umah kosong tu, dia tak sapu dah. Macam saja nak tunjuk protes kat aku. Lantak ko. Kalau tegur ko menjawab. Tak sedar salah sdiri, nak salahkan orang lain plak.