Labels

Friday, December 31, 2010

Bukti Google Chrome Lagi Laju?

Sharing is Caring
Aku lebih suka pakai Firefox
Laju? Depend pada internet la
Kalo internet korang subcribe da laju
Pakai browser apa pon laju
So, aku pilih Firefox sebab

Bookmark susun dalam folder dengan tajuk warna warni
Tab pon warna warni
Ada banyak plugin berguna berbanding browser lain
Sebab tu suke Firefox, sistematik sikit dan banyak fungsi

Rata-rata, ramai yang cakap Chrome laju
Tapi apa buktinya?
Huhu

Pagi tadi tetiba cam nak test speed aku nyer Streamyx
 Aku subscribe 1Mb
Mungkin cukup laju kot kalo 2 3 orang jerk pakai

Jom kita usha

Internet Explorer

Firefox

Chrome

Run lagi skali guna chrome sebab laju sangat
Hasilnya


Aish
Makin laju
Tak puas hati nih
Try lagi skali


Pergh..
Laju giler..
Aku subscribe 1Mb jerk
Ni da nak dapat 3Mb ni
Pastu run banyak kali
Amik yang average la


Laju jugak kan Chrome
Saya mesti pilih
Wakaka
Macam mana pon
Aku tetap suke plugin kat Firefox

Kesimpulannya


BrowserPing (milisecond)DownloadUpload
Internet Explorer19ms1.52Mb0.43Mb
Firefox15ms1.52Mb0.42Mb
Chrome 15ms1.51Mb0.43Mb
Berdasarkan purata setelah 5 6 kali try

Internet Explorer lambat (ping internet amik masa 19ms)
Firefox dan Crome lebih kurang jerk lajunya
Tapi kadang-kadang Crome lebih laju

Yang jadi persoalan sini
Sepatutnya speed kita slow sikit dari kita subscribe
Kalo 1Mb, mungkin tak sampai 1Mb yang kita dapat
Urlm.. Syukur Alhamdulillah
Stakat ni takda masalah ngan Streamyx aku
Laju plak tu dapat

Kadang-kadang kite tak nampak rezeki bentuk camni
Allah nak bagi kita rezeki dalam apa jua sekalipun kita dapat
Hehehe..
Ceramah plak sini

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Pada Semua Kerana Lupa Bersyukur Atas Kemenangan Malaysia Semalam

Sharing is Caring

Lebih kurang semua blogger bercakap tentang Malaysia menang semalam
Lebih kurang semua entri aku baca sebab nak tengok isinya
Dan lebih kurang semua tak keluar sepatah perkataan pon tanda syukur

Tajuk kebanyakkannya
"Tahniah Malaysia"
"Tahniah Shafee"
"Tahniah K Rajagobal"

Tapi
Ada kita sebut syukur pada tajuk mahupon isi blog?
Aku tak nampak pon

Hiburan buat kita alpa
Baru sikit kemenangan
Kita dah lupa nak ucap syukur
Penting tu
Sekurang-kurangnya ucap la syukur dan berdoa moga mendapat lebih kemenangan akan datang
Bila kalah
Kita cakap itu nasib / takdir

Bila menang
Ada kita fikir itu nasib / takdir?
Ada kita fikir itu pemberian dari Yang Maha Esa?

Kita tak fikir sampaikan kita lupa mengucap Alhamdulillah
Fikir-fikirkan la...

Wednesday, December 29, 2010

Stop Messenger Service Popup Spam

Sharing is Caring
Masalah ni jarang berlaku
Tapi kalo komputer yang biasa dalam network VPN atau office
Mudah dapat masalah macam ni
Sebab biasanya mesej yang kita dapat adalah dari komputer dalam rangkaian/networking yang sama

Pop up contoh yang kita terima lebih kurang macam ni

Mesej ni asik keluar jerk
Ada banyak contoh
Sebab mesej pelbagai
Tapi yang penting
Mesej ni dari Messenger Service
Kalau dapat mesej macam ni
Kita boleh stop kan saja
Hari ni kawan Asrol da kena
So, Asrol nak share la ngan yang lain

Cara-cara hentikan Messenger Service spam popup
  1. Pergi ke Start, kemudian Run dan taip services.msc Klik Ok
  2. Cari Messenger, pilih, klik kanan dan pilih Properties
  3. Dalam startup pilih "Disabled", kemudian pilih Stop
  4. Bila dah berhenti, klik Ok
[English] How to stop Messenger Service spam popup:
  1. Go to Start, then Run and type in services.msc Click Ok
  2. Scroll to Messenger, select it, right click it and choose Properties
  3. Under startup choose "Disabled", then choose Stop
  4. When stopped, click Ok

Holiday? Aku Yang Punya | Edisi Akhir 2010

Sharing is Caring
Ritukan aku ada cakap
Haa... Semua tu da lepas da hujung minggu lepas

Adik dan ayah aku sampai pagi Khamis kol5.30
Ingatkan taknak jalan-jalan ritu
Tapi macam bosan jerk
Aku pon ajak la pegi Sunway Pyramid
Naik tren sampai Setia Jaya then jalan kaki ke Sunway Pyramid

Penat jugak la
Lam tren aku da la hangin
Kenapa? Nanti aku citer
Kitorang jenjalan jerk lam Sunway tu dan bergambar

Nak tengok movie, citer tak best
Pastu aku ajak adik aku main archery

Pastu petang da balik, ingatkan nak rehat plak
Sebab malam nak bawak gi iCity
Tapi malam tu tak jadi pegi iCity sebab diorang penat
Yer la, nek bas 1 malam pastu jenjalan plak lagi

Jumaat
Kitorang pegi Kajang lepas solat Jumaat
Umah kazen aku
Sedara laki dia wat kenduri
 Jenjalan dulu kat KL Sentral

Sampai sana petang lepak umah sdara laki dia dulu jap
Yang ramainya pompuan
Laki? Ada la yang tua-tua dan sorang jerk yang baya aku
Lam hati (Camne la diorang buat keje laki sikit jerk) Hahaha..
Pastu balik umah kazen aku
Rehat-rehat jap lepas penat nek 2 trip tren Shah Alam-KL-Kajang
Malam lam kol9 kitorang gerak lagi ke umah wat kenduri
Majlis berinai
 Teman anak buah makan

Pas makan ngan lepak-lepak
Lam kol12 kitorang balik smula ke umah kazen aku tuh

Sabtu
Dalam kol12 tengahari pegi makan kenduri lagi
Ini dia kazen aku

Pastu terus balik nek tren ke KL Sentral
Naik tren kat Serdang
Tengah tunggu tren

Sampai KL Sentral, kitorang ke KLCC
Jalan la sepuas-puasnya
 Terliur roti boy kat KLCC

Bagi diorang bergambar kenangan


Pas solat Zohor, kitorang terus ke Pasar Seni
Kitorang jenjalan kat Central Market ngan Petaling Street
Carik souvenir sket
Tapi tak beli pape sangat pon
Laki ni susah sikit nak beli belah
Haha..

Malam tu plak
Makan nasi lemak dan ayam goreng
Nasi lemak beli kat kedai
Ayam goreng aku suh bapak aku yang goreng

Pas makan baru la pegi iCity
Muahaha...
Syok giler bergambar
Banyak kot tempat nak bergambar
Wah, aku citer macam aku plak teruja
Padahal selalu da pegi
Wakaka..
Amik ko, da giler da.. Hahaha...


Fuhhhh...
Penat bergambar..
K la.. Aku nak balik da..


Ahad
Kitorang tak buat pe pon
Lepak umah jerk
Eh! Pagi aku bawak ayah aku ke pasar tani seksyen 13
Pastu duk umah jerk la layan astro
Malam pas mahgrib
Ajak adik aku ke Pasaraya Bintang jap beli barang makan malam

Isnin
Diorang da balik
Sedihnya
Sunyi plak umah
Pagi pas anta diorang, aku lepak ngan member aku
Tengahari kuar pegi lunch ngan member aku lagi sorang plak
Petang sampai malam aku rehat
Esoknya kije
Tuesday Blues..... Huhuhuhu...

P/s: Pasal tren? Bukan aku lupe nak citer

Sunday, December 26, 2010

Wanita Sekarang Ramai Yang Gila Seks

Sharing is Caring
Hangin la korang nak hangin dengan Asrol Mania pon
Tapi apa yang aku cakap ni sememangnya nampak betul
Kenapa?
Aku da lama tak naik komuter
Tapi tahu tentang koc wanita
Ini semata-mata untuk elak wanita berhimpit dengan lelaki

Jadi
Pihak KTM bermurah hati
Menyediakan koc tengah sebagai koc wanita sahaja

Nak dijadikan petunjuk dunia sekarang
Semalam dan beberapa hari lepas
Aku jenjalan dengan famili
Most traveling kami naik komuter
Kebanyakkan komuter yang tiba
Aku nampak koc wanita lengang jerk
Tak berhimpit langsung
Kadang-kadang hanya 7 8 orang jerk nampak berdiri

Tetapi
Bila kat koc biasa
Padat giler

Okeh
Ada yang cakap
Ada wanita datang dengan suami atau pasangan lelaki
Taknak berpisah

Aiyo
Guna jerk la kemudahan yang ada
Kalo macam tu
Tak perlu la buat koc luas untuk wanita

Ada jugak aku tengok
Wanita tanpa pasangan lelaki masuk ke koc biasa
Sedangkan koc wanita lengang
Tapi koc biasa sudah berhimpit

Apa macam plak?
Aku nak tau
Kenapa wanita tak pakai koc disediakan jika berpeluang menggunakannya
Bila hati ngah meradang dalam tu
Aku terfikir plak
Wanita sekarang sudah tak kisah tentang sosial
Fikiran diorang lebih kurang sama macam wanita yang gila seks

Marah?
Tak fikir ke ada pak cik, atuk yang berhimpit sama dalam koc biasa?
Kaum wanita plak tak gunakan peluang sebaiknya
Fikir la baik-baik

Kes Gempar: Sorotan 2010

Sharing is Caring
Hehe
Sorie la, malas nak wat survey time-time ngah busy nih
Kali ni petik dari Harian Metro
Jom sama-sama muhasabah diri
Tahun 2010 banyak tinggalkan kes gempar
Adakah kita mahu 2011 lebih gempar?
Jangan...
Mungkin kes gempar tu berlaku pada kite
Moga Allah melindungi kita semua
Amiiinnnnn


Friday, December 24, 2010

1st Top Referrer Contest Asrol Mania

Sharing is Caring
Jadilah referrer pertama Asrol Mania
2 Cara mudah untuk sertai

1- Cuma klik "Ads this banner" kontest ni
Untuk iklankan pada sidebar





2- Lepas tu buat entri apa-apa saja masukkan banner ni skali
Dan tinggalkan url entri tersebut pada komen entri ni
Untuk daftarkan domain blog korang dalam kontest ni

Bagaimana ia berfungsi?
Setiap pengunjung laman blog korang yang klik banner ini akan di link ke Asrol Mania
Dan koranglah menjadi referrer mereka
Lagi ramai yang klik dari blog korang
Lagi besar peluang korang untuk menjadi yang pertama dalam senarai referrer
Jumlah referrer yang klik tertakluk pada cara korang promosi
Senarai 5 referrer tertinggi akan di update dari masa ke masa
Dan disenaraikan dalam 5 Referrer Top List

p/s: Jumlah referrer tertakluk pada IP address pengguna
Jadi, ia tidak berfungsi jika korang klik banyak kali pada satu IP address

Kontest ni ambil masa 2 bulan kerana bagi peluang korang promosi blog korang

Wednesday, December 22, 2010

5 Ayat Komen Yang Hangit

Sharing is Caring
 
Tahniah ! ! !
Anda dapat komen hangit
Susah nak dapat ni
Hanya untuk blogger yang
Tak penah jawab pertanyaan
Tak penah komen blog pengomen
Tak penah bagi respond
Tak penah blog walking
Tak remove word verification
Pendek kata sapa tak puas hati bab komen mengomen
Amik ayat ni bagi kat orang tuh
Wakaka

Apa lagi
Apa kata survey la...

5 Ayat komen yang hangit


1- Tak penah jawab pertanyaan
"Betol da kot apa tuan tanah cakap, nak tanya pon, tuan tanah tak penah plak jawab soklan sebelum ni. Stuju jerk la ngan entri ni."

2- Tak penah komen blog pengomen
"Alamak, tersalah plak komen sini, Sorie.... Owner marah ke tak erk, sebab dia bukannya penah komen blog orang. Mesti dia tak suke orang komen blog dia."

3- Tak penah bagi respond
"Nak bagi pendapat pon, tak tau bertepatan ke tak ngan entri ni. Kalo tengok entri lepas-lepas, kita komen pon macam takda respon jerk. "

4- Tak penah blog walking

"Entri ni macam berguna, boleh amik ni. Empunya blog pon bukan tau kot kalo aku amik, sebab dia macam tak penah datang blog aku."

5- Tak remove word verification
"Macam susah jerk nak komen sini. Makan masa. Kene isi 'borang' bagai."

Hahaha...
Hangit tak?
Kalo tak cukup hangit
Asrol Mania mintak korang tolong hangitkan lagi
Bleh?

*Kalo ada sebarang permintaan/pendapat/cadangan untuk buat survey, sila Hubungi Asrol Mania. Asrol akan bagi credit untuk entri tersebut dengan meletakkan nama dan blog peminta.

Keseimbangan Dunia Dan Akhirat

Sharing is Caring
Da lama nak buat entri ni
Tapi asik fikir jerk nak tulis pe
Asrol tengok macam banyak perkara kebaikan yang manusia lakukan
Tak seimbang dengan akhirat

Faham tak?
Buat baik atas dunia semata-mata nak dapat kebaikan akhirat
Tapi abaikan banyak perkara atas dunia

Contohnya
Solat tak tinggal tapi derma tak pernah
Tunjuk baik tapi dengan niat tertentu
Suka tolong orang tapi kerja sendiri diabaikan sampai menyusahkan orang
Tahu nasihat orang tapi sendiri tak sedar

Cuba muhasabah diri kita
Adakah perbuatan kita seimbang?
Buat baik pada sebelah kanan tapi kiri masih terasa

Pandang jauh ke depan
Tapi yang hampir di depan kita abaikan

Jangan pandang terlalu jauh ke depan
Kerana apa yang kita lakukan sekarang adalah cukup untuk masa depan

Maksudnya :

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian-mu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-NYA yang
melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Keseimbangan dunia dan akhirat
Adalah memberi manfaat kepada semua manusia dan alam
Bukan semata-mata untuk diri sendiri
Kalau kita asyik mengejar untuk diri sendiri
Mana hubungan kita dengan manusia?
Hubungan kita dengan dunia?

Maka
Asrol seru pada semua
Jaga lah dunia untuk akhirat kita
Jaga hubungan kita
Jaga tingkah laku kita
Jaga masa kita agar kita tak buat orang lain kecewa menunggu
Walaupon kita cukup baik pada agama kita
Jangan sampai kita abaikan insan lain

Kita kena selalu waspada pada sesuatu kebaikan yang kita lakukan
Agar kita tidak mengabaikan salah satu tuntutan dunia dan akhirat
Seimbangkanlah amal baik kita

Tadaa.. It's What I've Done

Sharing is Caring
Baru-baru ni member aku kawen
Member study
Dia mintak aku designkan banner dan kotak doorgift
Tema purple dan orange
Urlm.. Aku tak mintak banyak pon
Aku suh dia belanja Mc Donald Big Mac
Hahaha
Tapi aku tak sempat pegi la majlis kawen dia
Dia kawen kat Kelantan
Lepas kawen dia bawak la kotak yang aku design tu

Dan bawah ni design asal aku

Oleh kerana bukan aku yang pegang mesin cetak tu
Mana la aku dapat agak design sepatutnya
Haha
So, ada la sikit perubahan
Paling teruk banner aku
Banyak berubah
Sebab susah jugak nak match ngan mesin cetak
Aku cuma design tapi member aku tempah kat kedai
Kita design kaw-kaw
Tapi tak semua mesin cetak mampu buat macam kita design

Banner
Atas ni yang aku design
Tapi orang kedai terpaksa ubah
Jadi la lawa sikit.. hehe..

Banting
Kiri aku design vs kanan yang di ubah

Urlm..
Kira ok la jugak
Ada la jugak nampak hasil kerja aku kat sini
Hehehe

Korang nampak tak gambar 2 mempelai tu?
Diorang takda picture sesuai
Baju plak kolor lain-lain
Terpaksa aku ubah kolor baju bagi sama kolor
Tuan badan pon terkejut camne aku buat
Wakaka

Buat masa ni ada jerk orang nak upah aku buat
Tapi masa la tak cukup
Kadang-kadang ada masa
Kadang-kadang takda masa
Ingat nak amik upah wat banner blog
Tapi aku tak kreatif la design-design ni
Tapi aku masih ada plan nak try
Tengok la camne

Ni pon macam nak anjur contest jerk
Hehehe