Labels

Tuesday, September 13, 2016

Raya Haji 2016 Tayar Pecah

Sharing is Caring
Raya Haji tahun ni aku decide nak balik Terengganu sebab dapat cuti panjang dengan adinda sorang ni pun cuti panjang. Hahaha..


Balik ni pun sebab nak jumpa anak buah baru jugak ni. Hihi..

Ini dia anak buah baru
Lepas tu macam biasa lah, aku ni mcm santa clause, Balik je jumpe anak buah yang melekat. Maklumla pakcik duk jauh jarang skali balik. Hahaha.. Lagi-lagi jumpa si anak buah 2 orang ni yang lebih sikit melekatnya. Hahaha..






Nak cerita kan plak pasal hari pertama Raya Haji. Tayar plak meletups tengah IPT otw dari Kuala Terengganu ke Kerteh. Dah berapa minggu aku rasa tayar macam tak sedap je. Bergegar sikit. Aku tak plak check keadaan tayar ni, cuma isi angin je. Masa bertolak ke Kerteh tu, bawak macam biasa je. 90-100kmj je lebih kurang, kadang-kadang je 110-120kmj. Masa meletup tu, seingat aku dalam 110kmj. Tayar belakang, Fuhhh.. Nasib baik lah tayar belakang je, dah la aku bawak mak ayah aku skali. Kereta takde la bergoyang atau keluar line. Masa tu tak banyak kereta. Aku plak duk belah kanan sekali. Cepat-cepat masuk kiri ke laluan kecemasan. memang rabak tayar. Sekali bumper belakang terkopak kena libas ngan tayar. Nasib baik jugak masa tu panas. kalau dalam hujan, dengan jalan licin lagi, nak tukar tayar lagi macam mana dalam hujan tu kan. Baru kejap tadi lalu sikit kawasan hujan. Panas kejap, kat depan tengok dah gelap. Asal balik teganu je, macam-macam hal kereta ni. Penah 2 3 kali lampu terbakar, bateri kong, tayar pancit. Sebab kete aku jarang jalan jauh, biasa jln dekat-dekat je, Sekalai dapat jalan jauh, masa tu la nak jadi mungkin sebab dah nak jadi masalah lama dah, masa jalan jauh tu dia pressure lebih kan...




Memang xde la kedai bukak kan cuti raya ni. Bayang la balik dari Kerteh ke KT makan masa lebih kurang 3jam. Bawak 60kmj je. Lalu plak jalan pantai. Sebab risau tayar spare tak support, nak lalu LPT bahaya jugak kalau terpaksa berhenti. Masa tu balik dah la petang, isau malam berkampung kat LPT tu. Lalu jalan pantai, 1 lorong plak tu, berderet kete kat belakang, kalau ada ruang je aku ketepi sebab bagi laluan orang potong dulu. Kalau tak, kesian la kat orang. Hari raya ke 3 baru aku dapat tukar tayar tu. 2 biji terus aku tukar. Melayang RM400. Huhu.. Masa nak tukar tayar ni pun, ada lagi yang datang kes sama macam tayar aku ni. 
Itu dia keadaan tayar yang pecah tu