Labels

Saturday, April 11, 2015

Service Satay Station Ampang Tak Memuaskan, Tak Berbaloi Dengan Cas

Salam,

Petang tadi mengidam nak makan satay kat Satay Station Ampang. Sebelum GST aku tak kisah sangat pasal GST. Lepas GST ni, aku rasa nak check plak resit dia. Apa yang buatkan aku terkejut, dah la kena Service Charge 10%, dia tambah sekali harga makanan, dia darab plak dengan GST 6%. Warghhh.. Menyirap jugak aku. Nak melawan aku tak pandai sangat bisnes ni. Tapi aku agak rasa terkena la dengan peniaga tamak macam ni. Dah la service entah pape.


Sup tulang RM10, kira ok lah. Tapi bila sampai kat meja, korek-korek ada sketul kecik je daging yang melekat kat tulang. Ya Allah.. Dengan seketul daging kecik, buah tomato sebiji, sayur sikit, harganya RM10? Ini melampau lah kan harganya.. Nak makan pun tak reti dengan daging seciput macam tu. Kalau nak cakap daging tulang tu mahal, tambah lah daging biasa 2 3 ketul. Takda la sampai takda isi langsung.

Service Satay Station Ampang memang tak memuaskan
Ini aku nak cerita kat korang pasal service dia. Dah dia cas service kan. Ingatkan service dia elok sangat ke?

Order tak sampai
Tahun lepas aku ada datang makan. berdua dengan kawan yang sama aku bawa tadi. Masa tu kami order satay je. Air dah sampai. Kitorg dah puas borak, air dah separuh dah. Ais pun dah cair. ada pelayan ke hulu ke hilir sebelah meja kitorg, tengok-tengok tapi tak check order kitorg ni tengah buat ke tak. Tak terfikir ke kenapa kitorg tunggu lama? Last-last aku panggil, bila aku tanya mana order aku, dia check kat bahagian satay. Kertas order hilang. Dia ambil order baru. So, tunggulah lama lagi. Bila satay tu sampai, aku pesan, "Next time kalau tengok customer takda makanan, jangan tengok saja, tanya la order apa tadi. Follow up order kat dapur. Jangan lalu lalang saja" Dia cakap elok-elok, minta maaf. Ok lah. Sorang dah belajar dari komplen, harap dia pesan kat kawan-kawan lain.

Abai tapau makanan tak habis
Ini kisah petang tadi. Oleh kerana kekenyangan makan sup tulang dengan nasi, aku tak habis makan satay. Aku minta pelayan tu tapau kan. Aku pun pergi bayar. Lepas bayar, lepak-lepak tengok bil. Tunggu yang tapau tadi tak sampai-sampai. Aku pun jenguk-jenguk macam diorang tak bungkuskan, Aku pergi dekat tengok makanan aku takda. Aku pun tanya pelayan yang aku pesan tadi. Rupanya makanan aku dia letak jauh dari meja letak makanan tu. Dah la bungkus pun slow.

Motif kenakan service charge? Untuk customer menunggu? Ini memang tak masuk akal.

Kepada pemilik Satay Station Ampang, baikilah service tu. Jangan sambil lewa saja dah kalau dah cas service, pastikan service betul-betul mantap. Kedai lain tak kena service charge pun lagi bagus dari kedai ko. Lepas aku fikir-fikir balik, itu lah last aku makan kat satay station.