Labels

Monday, January 18, 2016

Design Rumah Idaman

Walaupun hajat nak ada rumah sendiri lambat lagi, entri ni just nak simpan saje. Nak berangan dulu rumah. Haha.. Ini kalau ada duit, aku plan nak buat rumah sendiri, kecik dan compact. Maksudnya, walaupun kecik, tapi ada lah ciri-ciri yang aku nak dan perlu. Ciri-ciri dia, ruang tamu tak nampak bilik, toilet banya, dapur luas, beranda kat luar yang luas dan tenang, laluan air yang tak bertakung. Ala-ala macam resort dalam hutan, tapi taknak duduk dalam hutan. Rumah kalau boleh tak duk betul2 atas tanah sebab aku ni kan penggeli. Haha..

Ritu aku ada tengok satu design rumah ni, kecik dan cantik. Mesti korang pelik kenapa aku nak kecik? Sebab besar2 nanti kang isau 'ada' yang menumpang. Penakut kan..? Haha.. Pastu dah plan nak ajak mak ayah duk skali, so, nak la rumah yang friendly untuk orang tua. Kang besar2 kena jalan jauh.

Ini design rumah yang aku rasa best. Luar dia lagi best dari dalam, bagi aku lah..










Pastu ada nampak lagi pattern rumah kayu yang menarik. Rumah kayu ni menarik sebab design dia tu lebih berseni. Tapi kalau aku buat, dari batu la kot.. Campur2.. Hihi.. Batu murah sikit dgr citer..


























Nanti kalau ada masa nak google aplication design rumah. Hihi.. Biar aku design sdiri.. Amacam..

Friday, January 01, 2016

Asrol Mania 2016

Selamat tahun baru 2016. Tahun ni dah 31tahun dah aku. OMG. Kawen tak lagi ni. Awek pun takda.

Well..
Sebelum masuk 2016, nak imbau sikit 2015 tu macam mana yer..

Apa aku capai 2015 walaupun bukan azam sebenarnya
Telefon Xaomi Redmi Note 1. Padfone Asus aku tu dah problem sangat dah, network low, bateri kong, tab rosak takleh connect ket telefon (sebelum tu baru je baiki port kat telefon). Dari menyakitkan hati, susah nak reach network, aku beli lah satu.

Bulan 4, Alhamdulillah, dapat merasa KPI band 3. Kata bos nak bagi merasa je, walaupun keje tak berapa nak bagus. Wakaka.. Kira bagus la bos tu, dapat la aku kenaikan gaji lebih dari biasa. Tapi aku tetap cuba yang terbaik untuk capai KPI.

Bulan berapa entah, aku beli Yi Camera. Camera ala-ala goPro. Terbaiklah, camera Yi Cam 16MP, tapi goPro baru 13MP. Gambar static ok lah, aku kan kuat selfie. Video org cakap elok goPro sikit lah dari segi pencahayaan. Tapi Yi Cam terbaik dr segi frame per second dia. Dah banyak kali pakai jugak lah. Means, benda tu masih berguna lah. Takda lah nampak membazir.

Banyak aku shopping online sebenarnya tahun lepas berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ko nampak tak hasil dapat band 3 tu.. Macam kaya sikit lah kan leh shopping online.. Ye ke.. hahaha.. Padahal dah ketagih. Harap tahun 2016 kurang la shopping nyer..

List 2016

Aku taknak cakap pasal azam, sebab cliche sangat lah azam-azam yang tak berapa nak jadi ni. Wakaka.. Pape pun aku listkan sikit lah apa target aku tahun ni.

TV 32 inch. TV ni bukan nak tengok tv pun, aku plan nak letak kat dinding kat meja makan, so, aku boleh wat keje dari rumah pakai 2 skrin. Kat opis memang pakai 2 skrin, senang sikit. Lepas tu kalau masak-masak, aku boleh buka resepi dari tv tu je, tak payah aku nak tulis atau bukak kat tab. Dan juga, kalau ramai-rmai orang, boleh bukak 2 tv serentak. Nanti aku kena cari cara la macam mana nak keluarkan 2 output dari Astro ke 2 skrin tv. Amcam, cun tak idea aku. Hahaha..

Kumpul duit lebih banyak. Wahh.. Sebelum ni masuk tabung korek, masuk tabung korek.. Hahaha.. Tapi ada kata pujangga, "orang yang sebenarnya miskin adalah orang yang bekerja untuk menabung masa depannya".. Kau rasa? Tapi jangan la sampai berhutang. Itu memang miskin lagi papa kedana tu.

Lain-lain takda dah. Nak beli rumah pun macam tak kesampaian lagi. Tunggu lah sikit masa lagi. Masing-masing ada bahagian masing-masing.