Labels

Monday, July 28, 2014

Kejutan Birthday ke 29

Sharing is Caring
Tahun ni meriah sikit birthday aku sebab sambut bersamaan 1 Syawal. Hihi.. Seronok..

Tak disangka
Awal-awal lagi rasa nak buat kek birthday untuk diri sendiri. Tapi macam malas la pulak nak buat. Faham-faham la, balik kampung memang busy dengan famili, keluar beli barang, amik barang, anta orang, cari orang.. Haha..

Masa keluar bulan puasa dengan mak, mak dah cakap dia tempah kek sebab dah lama tak ada kek hari raya. Aku tak suspek apa-apa sebab masa dulu-dulu mak selalu beli kek untuk raya. Aku diam je la, sebab dah besar kan.. Haha..

Sehari sebelum raya
Petang tu akak aku ajak pergi amik kek kat kedai. Aku tunggu dalam kereta je sebab anak buah ada sekali, kang kalau keluar semua, anak buah mengarut plak nak beli macam-macam. Aku pon rasa nak beli kek birthday untuk diri sendiri, tapi malas nak kuar kereta. Akak aku pesan, tak yah tengok-tengok lah. Aku diam je, fikir kek biasa, watpe aku nak tengok-tengok kan..

Hari Raya
Balik dari solat sunat Aidilfitri, mak aku suruh bukakan kek yang kami amik tu. Dalam hati, macam la takleh nak bukakan.. Haha.. Aku bukak je.. Mak Ai... Lawanya kek.. terharu hakak.. hahaha... Sebak tetiba.


Thanks my mum and famili.. Sangat-sangat terharu ada kek birthday. Love u all..

Friday, January 17, 2014

Guinea Pigs To Let Go

Sharing is Caring

Haluuuu..

Dah berapa bulan dah plan nak let go aku punya Guinea Pigs (GP) ni. Aku macam dah takda hati nak bela. Hahaha.. Ni aku nak cerita sikit salasilah GP aku.

WikiInfo

Dec 2012
Kalau tak silap aku, aku bela mula bulan Dec 2012. Bermula dari 2 ekor. Momok dan KumKum.

Kecik je lagi

Ni dah beberapa bulan kut

2013
Bulan 4 Momok mula beranak sekor. Cantik anak dia..

Aku namakan dia Susu sebab putih macam susu

Bulan 7 lahir lagi 2 ekor. Hitam legam.

Gambar masa kecik je ada. Masa besar aku dah tak amik gambar.
 Masa aku balik raya ke Terengganu, kawan aku ada ofer nak tolong jaga. Memandangkan dia tak cuti lama katanya, dia boleh jaga. Kemudian aku bagi dia jaga.

Sebelum raya hilang sekor yang hitam, jatuh dalam lubang jamban kot katanya. Lepas raya, masa aku pegi amik, masing-masing dah kurus gila. Badan lemah sangat-sangat. Sampai umah, mati sekor lagi yang putih pulak. Then beberapa hari lepas tu mati plak sekor lagi yang hitam.

Bulan 9 aku amik lagi sekor anak angkat pada si Momok dan KumKum, tak sampai berapa minggu mati. Amik dari kawan aku. GP dia tu selalu je tetiba mati. Amik yang ni pon mati.


Bulan 11, lahir plak 3 ekor dari Momok.


Yang ni aku tak tahu mana jantan, mana betina. Hidup sampai sekarang.

2014

Baru-baru ni Momok lahirkan lagi 2 ekor. Mati sekor rasanya sebab kene pijak. Sekor lagi aku asingkan dengan Momok. Badan pon dah nampak tak kuat. Beberapa hari lepas tu mati.


Aku macam dah malas nak jaga. Dah ramai ni tahi makin banyak hari-hari. Aku bela pun bukan aku main pun. Sekadar bela je. Hehehe.. Now, sape nak beli tak? Murah-murah je aku jual. Sapa nak contact aku ya..

019-3092131



Thursday, January 09, 2014

Berdiam Diri Bukan Jalan Penyelesaian

Sharing is Caring
Ni aku nak cerita. Kalau ada masalah cuba luahkan. Bincang tu penting. Bukan nak elak dari bergaduh kita kena diamkan diri je.

Aku paling tak suka bila aku bertanyakan soalan, orang diam. Lepas tu cakap ada masalah. Cakap je la ada masalah apa. Ni hal berkaitan aku jugak, ,bukan aku takda kaitan pun. Kalau aku takda kaitan dengan masalah kau, aku boleh cakap

"Mampus kau lah belalang.."

Boleh macam tu kan? Apa salahnya bawak berbincang. Jangan buat orang tertunggu-tunggu.

Nak buat orang macam ni mudah je, kalau dia diam, kita diam je lah. Jangan cakap apa-apa lagi dah. Nak berdiam diri sangat kan?