Labels

Monday, December 05, 2016

Dipermainkan Penyewa Rumah

Sharing is Caring
Writter: H.G

Kisah ni kes sewa rumah yang tak siap dan tuan rumah tak bertanggungjawab.

Seminggu sebelum buat pembayaran, aku dah tengok rumah tu. Memang masih dalam renovation. Tuan rumah janji nak siapkan sebelum awal bulan 12 2016. Lepas berbincang, tuan rumah cakap deposit RM1500, Masa ni sikit konfius, sewa rumah RM350 (termasuk api air) tapi deposit + sewa bulan tu RM1500. Kalau aku bagi deposit sebanyak RM1000, dia akan siapkan segera mana yang perlu. Masa tu yang aku tengok cuma tingkap terbalik, pintu toilet tak da lubang, dan takda kipas.

13/11/2016
Aku buat pembayaran sebanyak RM1000 dahulu. Masa ni mintak resit dia taknak kasi, lepas pujuk 2 3 kali, baru kasi. Aku cuma tanya rumah ni boleh tebuk-tebuk apa tak kalau akan datang nak pasang aircond ke apa. Dia cakap, kalau nak pasang aircond ada, dia ada aircond 1. Aku expect, dia akan pasang kipas dan aircond lah. Aku cakap ok lah. Dia janji nak siapkan dalam masa seminggu.


Lepas Seminggu
Rumah masih tak settle lagi, tapi takpelah aku plan nak masuk awal bulan 12. Bagi lagi dia masa.

25/11/2016
Aku mesej dia, dia bagitahu nak kemas rumah esoknya. Sebab kalau awal bulan 12 weekday. Alang-alang weekend, boleh kemas dan masukkan barang terus.

26/11/2016
Yang ni pegi nak kemas, tengok rumah semula, terkejut dalam rumah ada macam kolam kecik. Pada mulanya ingkan pangkin kayu, rupanya simen. Kipas tak pasang, dia pasang aircond je. Tu pun aircond entah dari abad ke berapalah dia pasang. Pintu tandas takda kunci tapi dia sekat simen je kat bawahnya.

Keadaan rumah buat masa ni

Kolam yang aku sangka pangkin

Tinggi paras lutut, katanya boleh letak tv apa atas ni

Keadaan tapak kolam yang retak nampak tanah

Aircond

Pintu bilik air yang tak rapat

Pintu bilik air tiada kunci
Masa ni memang rasa sakit hati, dengan rumah tak siap macam ni. Aku nak kemas pun tak guna, dia tak habis lagi buat rumah. Suruh pasang kipas, katanya aku banyar RM1000 je, tak cukup. Aku bayar deposit bukan untuk dia baiki rumah. Kenapa dia nak harapkan duit aku untuk baiki rumah. Aku nak sewa dengan keadaan yang dah siap.Aku bayar RM1000 nak tolong dia mudahkan kerja. Dengan tingkap lagi terbalik tak dapat buat katanya. Lepas bertekak sikit, aku bagi masa lagi seminggu.

03/12/2016
Hujung minggu ni aku datang semula nak kemas. Bawak semua barang dah. Harap pasrah je lah apa yang masih belum settle tu. Janji dapat berteduh dan masukkan barang. Kebetulan hari ni hujan. Air menitik dalam rumah. Memang aku tak boleh nak kemas lagilah nampaknya. Bila komplen, katanya dia akan buat. Petang tu datang orang yang buat rumah tu. dia datang tampal je siling tu. Bila aku perhatikan, kalau dia tampal situ, kat lain plak tiris, sebab yang bocor tu dari atak atas. patutnya dia tutup yang atas tu dulu. kalau tak, air akan menitik tempat lain plak. Kata yang buat rumah, tiada kepakaran, dia cakap dengan tuan rumah, tuan rumah cakap akan buat. tapi bila dia nak buat? aku dah nak duduk rumah tu. Dia macam acuh tak acuh je. bukannya baru hari ni dia nampak siling tu bocor. Dah siap berlubang pun sebab siling basah.

Keadaan siling yang dia tampal.
Aicond plak rupanya rosak. Mulanya hidup, aku saja pasang je sepanjang hari sebab nak test. Tetiba je mati terus tak boleh hidup. Bila suruh pasang kipas cakap, dia akan pasang tapi tak sure bila. dia suruh aku bawak sendiri kipas buat masa ni. Hari tu memang berpeluh la kat rumah tu. Aku nak susun-susun barang lagi. Pasang extention kat dapur apa bagai. Tuan rumah datang bawak kipas meja yang sangat buruk. Berfungsi pun tidak. Katanya hidup. Bila tengok sdiri dia macam muka tak bersalah.

Keadaan bekas tapak kolam yang dia simenkan tak rata
Tingkap yang terbalik dan memang tak boleh tahan hujan
Rumah ni memang betul-betul tak boleh duduk. Tukang buat rumah cakap, tuan rumah ni memang problem. Duit upah tak bayar. Tingkap yang terbalik tu pun dia suspek tuan rumah kena game dengan kotraktor sebelum ni sebab tuan rumah tak bayar upah dan mungkin perangai buruk macam ni.

04/12/2016
Lepas balik bertenang dan fikir. Aku buat keputusan taknak tinggal kat rumah ni. Sebab memang tak boleh duduk. Tuan rumah sediakan rumah yang tak siap. Tapi deposit dah bayar. Aku cuba buat report polis dahulu. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk berjumpa tuan rumah nak minta balik semula duit deposit.

Balik dari buat report polis kat Port Klang, aku ke rumah sewa tu untuk ambil semula barang yang aku masukkan semalam. Tuan rumah tiada, ke KL. Dengan rumah tak siap orang nak duduk, diorg boleh ke KL. Aku nak hantar kunci dan salinan report polis, aku nak tinggalkan pada kakak tuan rumah tu, kakak dia pun tak berani masuk campur. Kakaknya cakap, tuan rumah tu memang bermasalah.

Aku tinggalkan jugak sebab rumah berkunci. Dan aku whatsapp tuan rumah tu. Cara dia balas kadang-kadang tak macam dia. Loghat tulisan dia memang kurang ajar. Dia siap nak buat report polis pulak nak bagitahu polis aku ni penipu. Katanya deposit tak boleh bagi semula ikot perjanjian, padahal kami tiada perjanjian hitam putih pun. Dia cabar aku jumpa kat mahkamah.

Malam tu polis call aku, bagitahu dia dah call tuan rumah tu, polis pun pening cakap dangan pakcik tu. Polis tu cakap cuma boleh settle dengan mahkamah je. Tapi tak berbaloi untuk kdapatkan RM1000. Kalau macam tu, nak buat jenayah tipu orang RM1000 sorg boleh la kat Malaysia ni kan? Sebab polis tak boleh ambil tindakan.. Hahaha..

Aku dah buat report dekat PPIM, diorang suh aku register ahli RM50 kalau nak cepat settle kes tu. Kalau tak, KIV jelah dulu. Tapi aku malas nak melarat. Atas dunia dia boleh la terlepas hidup bahagia di bumi Malaysia ni. Akhirat nanti, kau rasakanlah.