Labels

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha 1433H

Salam Aidiladha buat semua pembaca
Rindu kat Mekkah
Hihi..

Sempena Hari Raya Qurban
Ingatlah pengorbanan kedua ibu bapa kita pada kita. Balas jasa mereka. Jaga hati mereka sebaik mungkin. Pada ibu bapa yang telah tiada, sedekahkan sekurang-kurangnya al-Fatihah dan doa setiap hari kepada mereka.

Tunggu aku punya TravelLog Umrah


Saturday, October 20, 2012

Berjimat Ke Kedekut Ni?

Tak tahu la..
Sesetengah orang ni
Susah sangat nak keluarkan duit
Tak kisah la untuk apa pon tapi yang berpadanan la

Ada yang ketat sangat nak kuarkan duit untuk diri sendiri skalipon
Agak-agak la

Ada yang nak makan untuk diri sendiri pon kedekut
Tapi bila orang lain beli, dia mintak
Cerdik kan?

Tapi yang BODOHnya
Bila orang kedekut dengan dia
Pandai pulak dia cakap orang kedekut

Aiyo
Pikir la sendiri
Ko nak sesuatu
Nak pakai sesuatu
Nak makan sesuatu
Usaha la sendiri
Jangan tau mintak dan pinjam je

Bila orang lain kedekut dengan kau
Kau patut fikir
Kau tu lagi kedekut
Sampai dengan diri sendiri pon kau kedekut kan
Lagi la untuk orang lain

Bebel-bebel ni
Jom kite layan gambar-gambar orang kedekut
Aku tak nampak dimana kreatifnya
Ni memang dasar kedekut
Hahaha





Saturday, October 13, 2012

SkyGarden a.k.a Kebun Rumah Flat


Sape cakap duk umah flat tak boleh berkebun
Hahaha
Sejak aku pindah duk sendiri ni
Bosan pon ada
So, aku carik la hobi baru
Berkebun

Tadaaa
Tunggu.. Ni lama sikit
Tengok hujung skali
Aku tanam pokok halia
Semua kutuk aku
HALIA KO TANAM?
Ntah bape lama la halia tu nak tumbuh
Daun takda guna
Aku pon buang la
Urghh

Pokok Pudina
Tapi asal bau dia macam Serai Wangi erk?

Pokok Serai
Bukan nak sangat serainyer
Aku saja nak tengok daun serai yang merimbun
Hahaha

Anak Daun Pandan
Kalo korang perasan
Dalam gambar atas ada pokok daun pandan
Tapi tak berapa nak hidup
Yang ni hidup plak

Pokok Kaktus
Cantikkan?
Yang kecik tu da beranak
Suke tengok

Lepas semua ni
Aku da tukar-tukar pasu da ni
Tadaa
Susun macam ni plak

Pokok Serai da besar
Daun Pandan aku da taruk skali
Buang daun-daun pandan yang kering

Yang tengah ni pokok apa erk?
Aku da asingkan masuk satu pasu

Ni pokok Bunga Ros
Bunga dah takda
Tapi da tumbuh daun baru
Macam nak berbunga lagi je

Nampak tak
Ada daun baru tumbuh
Sejuk mata tengok
Means, hidup jugak la  pokok aku tanam ni
Kehkehkeh

Nah
Pokok Pudina aku taruk satu pasu panjang
Boleh la dia nak merayap
Hihihi

Thursday, October 11, 2012

Cuba Masakkan Sendiri Dengan Pemanggang Ajaib


2 hari lepas mak aku ada pos Pemanggang Ajaib pada aku

Masakkan Pertama yang aku masak guna Pemanggang ni

Hari ni
Nak test masak nasi
Tapi nasi semalam banyak lagi
Nak goreng tapi tetiba datang idea baru

Gaul ayam dengan kunyit, garam, kismis dan beberapa rempah rahsia
Wakaka
Tutup pemanggang
Masak dengan api kecil selama 20 minit

Pastu tambah nasi yang da masak
Tutup lagi pemanggang ni
Pastu biar selama 10 minit kot

Kemudian balikkan pemanggang
Bukak la...
Tada...

Tetiba ada daun pandan kan..
Haha
Nak masuk TV blog kene la cantik

Tak bayar saman kene penjara tak?


Perlu ke aku tanya camtu?
Atau aku dah bagi cadangan untuk masa depan?

Pagi ni aku tetiba nak cek saman kat MyEG
Sejak-sejak ada pasang AES sekarang

Aku ni dah la suke rembat laju-laju
Tapi baru sekali aku kene saman oleh speed trap
Lambat cek, da kene RM300

Abang polis..
Kalo da saman tu
Mesej la kat saya gitau saya kene saman
Time RM150 tu, boleh la saya bayar
Bila da jadi RM300 tu
Berat plak hati nak bayar
Sape tak berkira
Aku bawak kete da bayar duit minyak
Lalu tol nak kene bayar tol plak tu
Pastu tak pasal kene saman plak
Haha.. Boleh tak aku berkira macam tu

Takpe la
Padan muke ko Asrol...

Ni kereta pertama aku
Yang selalu aku bawak ke hulu ke hilir
Kene saman kat Bentung
Takda plak dia tunjuk aku bawak bape laju?
Sebab laju sangat ke apa?

Ni plak kereta kedua aku
Member aku yang bawak
Aku tak paham baca macam mana
Aku rasa, Max 80km/h kat Kajang
Tapi kawan aku bawak 97 km/h
Macam tu?
Alahai.. Kalo setakat tu nak kene saman
Baik bawak je sampai 130km/h
Puas hati kalo kene saman pon
Berbaloi la jugak
Wakaka

Bila ada sale ni?
Potongan sehingga 50% pon jadi la
Hukhukhuk..