Labels

Tuesday, August 09, 2011

Bengang Giler Ngan Loan ASB

Sharing is Caring
Pergh..
Menyirap jugak darah aku
Ingat nak wat loan abes RM60K
Tapi dapat RM20K jerk
Pa la sangat aku dapat buat kan..
Bukan nak beli pape
Nak buat bisness

Kesahnya
Suatu hari tu (tahun lepas) aku ke Maybank bukak akaun
Diorg offer aku loan ASB
Aku dengar ceramah dia
Pikir pikir sat
Pastu macam loan ASB RM50K tu berbaloi
Aku tanya la orang tu
"Kalau wat loan ni RM50K, nanti tak susah ke nak wat loan kereta or peribadi?"
Orang tu jawab
"Tak.. Yang ni kita buat untuk simpanan.. Tak effect pon"

Pagi tadi aku ke Bank Islam
Nak wat loan untuk bisnes
Aku bagitau la aku ada buat loan ASB
Akak tu cakap
"Yer kew.. Ala.. Biasanya sangkut. Ramai yang ada loan ASB sangkut wat personal loan"
Aku tanya la
"Kenapa kak?"
Akak tu cakap lagi
"Memang ASB tu simpanan tapi loan ASB tu da masuk komitmen bulanan"

Pergh..
Tingat plak aku kat orang Maybank tu
Nak ajerk aku maki hamun
Bangang nyer orang
Pentingkan diri sdiri, fikir la effect kat orang lain jugak
Lau aku tau camni
Nak sangat ASB
Baik aku wat sikit jerk
Tak pon simpan sdiri
Sikit pon, sikit la..

Friday, August 05, 2011

Vogue Tak Saya?

Sharing is Caring
Alahai..
Ada ke patut pegi KFC macam neh
Geli sangat nak makan KFC ada org macam neh
Waaaa... Larik..


Motor Yang Tak Pernah Jatuh

Sharing is Caring
Motor yang tak pernah jatuh katanya
Time aku baca ayat
"tak pernah jatuh"
Dalam hati aku cakap
Motor ni boleh jatuh ke?
Lagi lawak alasan dia
"...sebab ada banyak tayar"
Wakakaka..

Posing Maut

Sharing is Caring
Wah.. Simpang betol aku tengok gambar ni.. Geli jerk.. Tapi lawak.. Hahahaha...

Thursday, August 04, 2011

Wajah Baru Sempena Sambut Ramadhan

Sharing is Caring

Muahaha..
Gigih kan aku bulan pose neh..
Ekeke..

Pape pon
Selamat Berpuasa kepada semua kengkawan

Wednesday, August 03, 2011

Wordless Wednesday #1 - Semuanya 28hb Julai 2011

Sharing is Caring
Makan² opis sebelum sambut puasa
12:59pm
Soul Garden Plaza Pantai

**pic besday kt opis tgu kawan kasik..**

Sambut besday kat umah
9:00pm
Batu 15, Hulu Langat

Tuesday, August 02, 2011

Mengidam Motor Besar Di Bulan Puasa

Sharing is Caring
Sape nak bagi aku hadiah motor besar?
Haha
Orang len mengidam nak makan itu ini dalam bulan puasa ni
Aku plak mengidam nak pakai motor besar


Waaa.. Bergelora lam hati nak pakai motor besar
Tadi usha kat tenet
Ternampak plak bayar bulanan dia serendah RM270
Biar betik
Rasa macam nak mencarut jerk
Wakaka

OMG..
Aku baru jerk beli kete


Tapi bila kira²
Macam mampu kot nak pakai motor tu
Aku cam kurang sket la nak bawak kete
Skang pon aku da jarang bawak kete
Tau nak duk menumpang jerk sebelah
Lebih syiok nek motor
Haha
Larat lagi kot nak bayar bulanan
Pape pon, aku kene wat kira² balik

Chawww cin cau...

Monday, August 01, 2011

Apa Jadi 1 Ramadhan Aku?

Sharing is Caring
Ramadhan kali amat bermakna bagi aku
Aku dapat meraikan ramadhan kali ni dalam suasana berkeluarga
2 tahun sebelum ni aku berpuasa sorang²
Tapi tak sorang jugak la
Ada kawan tapi kadang²

Sekarang
Aku tinggal dalam suasana berkeluarga

Malam tadi pegi beli barang kat pasar malam untuk sahur
Seronok
Beli songkok untuk pegi terawih
Tapi malam tadi terlepas
Hehe.. Tak sedia lagi, pastu kene jaga budak
Sahur tadi aku bangun kol 4 pagi
Tengok makanan da tersedia
Nasi goreng + ikan masak merah kot
Selerea sikit tengok nasi goreng
Tekak aku susah sket telan nasi putih pagi²..


Tak sabar petang ni berbuka bersama
Ni da kol 3 petang
Balik kije kol 4.30 petang
Hurlm.. Sabo jerk la..

Kepada mereka yang berpuasa tu
Berpuasa la yerk..
Jangan ponteng² tau..
Hehehe


Saturday, July 30, 2011

Aleesha Farhana Mati Kekal Nama Lelaki

Sharing is Caring

Mesti ramai kenal dengan Aleesha Farhana
Atau dengan nama sebenarnya Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25
Memula aku macam menyampah jugak ngan dia
Yer la duk tukar jantina kan..
Pastu aku penah terbaca kesah dia
Macam terharu pon ada jugak
Genetik perempuan lebih dari lelaki
Suara pon tak pecah
Sebab tu la kot dia nekad jadi pompuan
Sampai nak tukar nama bagai

Semalam
Tengok berita, dia masuk ICU
Sebab kemurungan jerk

Hari ni dapat tau dia da meninggal
Sebab serangan jantung
OMG.. Berkuasanya Allah
Lepas ada isu kejap, dia da pergi tinggalkan kita
Dia nak tukar nama pon tak sempat
Bab dia tukar jantina tu, hanya dia dan Allah saja
Aku tak berani nak kata pe
Sempat taubat or dia memang tak perlu taubat
Hanya Allah yang tahu
Mana tau, kematian dia tu sebab Allah lebih sayangkan dia
Tapi jangan pulak kite yang hidup ni timbulkan kemarahanNya
Kang tak sempat tobat kang... Hahaha

Pape pon, sama-sama la kita doakan kesejahteraan roh beliau
Al Fatihah..

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Sharing is Caring

Sempena hari Jumaat ni
Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Sikit tazkirah dari aku
Sempenan ramadhan ni
Amik la peluang untuk memperbaiki diri
Mungkin ini ramadhan terakhir bagi kite semua
Jika bulan puasa ni kita boleh menahan lapar dan dahaga
Kenapa kita tak boleh menutup aurat?
Kenapa kita tak boleh menunaikan solat cukup 5 waktu?
Kenapa kita tak boleh menjauhkan diri dari maksiat?
Bla Bla Bla..
Aku pon tak reti nak bagi tazkirah
Wakaka...
So, pandai² la korang pikior yerk..

Salam...

Thursday, July 28, 2011

Hapie Besday To Me

Sharing is Caring
Huhu..
Muke tak malu kan?
Rini besday aku..
Tak kesah la korang nak ucap ke x
Yang penting, tahun ni agak spesel sambut besday
Malam tadi aku dapat kiss dari seseorang
Ops.. But so spesiallll..
Ko hadoo? Hahaha..
Walaupon selalu dapat sebelum ni
Tapi sempena besday aku
Ada jugak perasaan yang istimewa muncul
At least, aku rasa diri di hargai
Thanks sayang..
Love you..
*mati ler dak opis baca neh..

Malam ni baru sambut besday ngan insan tersayang
Tapi sambut camne yerk..
Kat umah plak ibu masak pe erk?
Spesial kew?
Or nak suh si dia tercinta masakkan?
Ekeke..

Wednesday, July 27, 2011

Asrol Mania Selangkah ke 26 Tahun

Sharing is Caring
Salam kawan² blogger..
Lama aku tak aktif
MALAS sket
Hahaha..

Actually aku ada mula hidup baru mula Februari ritu
Tak macam sebelumnya
Aku banyak masa duduk berseorangan
Sebab tu aku boleh berblogging
Lepas dari tu,
Aku ada sikit komitmen
Jarang on9 sebab nak fokus pada komitmen

Now..
Aku da nak mulakan transformasi baru lagi untuk tahun ni
Hari ni, last day aku umur 25
Esok 28 Julai tarikh keramat hari lahir aku
Setelah beberapa bulan ni
Hidup aku celaru sangat
Banyak titik² dalam tarikh hidup aku
Hati pon banyak bermain perasaan
So, aku fikir, aku perlu amik initiatif
Aku nak belajar melupakan apa yang perlu

Lama tak on9
Sekarang aku nak tunjuk perubahan aku sebelum dan selepas beberapa bulan ni

Kalau dulu aku

Sekarang aku lain plak
Ada sikit perubahan pada penampilan

Erk...
Macam xda perubahan pe pon...
wakakaka...
Kaler rambut jerk kot berubah..

Pasni, aku nak mula aktif balik berblogging
Harap dapat sokongan dari kawan²

Kenapa aku tetiba nak berblogging?
Sebab aku nak cuba busy kan diri aku
Tak nak fikir masalah yang aku hadapi sekarang

Sekian..

Thursday, June 16, 2011

Blogger perlu patuhi undang-undang negara

Sharing is Caring
KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.

“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Sumber: Kosmo Online

Sunday, April 03, 2011

Shooting Pengantin Kat Putrajaya

Sharing is Caring
Ingat tak semalam aku gi PD dan tido kat Ulu Langat?
Baru jerk balik dari Ulu Langat kol1 lebih tadi ngan member aku
Lam kol2 sampai umah
Masuk umah tengok dak umah duk make up pengantin


Dak umah tu kawan pada member aku nih
Pengantin ni nak bergambar untuk pre-wedding
Shooting kat Putrajaya

Kawan member aku ni ajak kitorg pergi skali
Beria dia ajak
Aku plak macam penat
Member aku ni macam nak pegi
Aku suh dia pergi sorang²
Dia plak taknak, takda lesen katanya
Fine..
Aku pergi

Wah, pengantin naik kete aku sebab takkan nak suh diorang drive sendiri kot
Bangganya bawak pengantin
Wakaka
Kene jaga leklok pengantin nih..
Ekon plak sekuat² nye aku pasang
Nak bagi diorang slesa
Hahaha

Jauh jugak pusing² kat Putrajaya
Singgah kat Taman Botani
Pastu pergi Persint 6 bergambar kat lalang & tasik











At the last
Jurugambar suh kami masuk skali belakang pengantin
Wahhhhh.. Syoknyer...

*Sampai persint 6
Aku ngan member aku usha kolam renang
RM2 skali masuk tapi diorang bukak setiap 2 jam
Plan weekend nak gi lepak sana la
Leh jadikan hobi baru
Berenang hujung minggu
Huhu...

Trip Ke Port Dickson

Sharing is Caring
Minggu lepas baru jerk pegi Pangkor
Tapi tak dapat mandi laut
Then plan nak mandi manda kat pantai PD
Haha
Kalo minggu lepas pergi ngan Angah
Minggu ni plan pergi ngan Along plak
Laki dia bagi duit minyak ke PD
Set..

Kol 7 pagi aku ngan member aku start masak
Ada nasi putih, sardin, nudget, sosej, sayur, mee goreng dan ayam masak merah
Meriah tak kitorang masak?
Hahaha.. Tapi aku jadi pembantu jerk
Ala.. Basuh periuk, kuali..
Wakaka

Pas masak
Dalam kol11 pagi gerak ke Ulu Langat
Umah along member aku
Tunggu anak buah dia 2 orang balik dari tusyen
Kat² kol12 along suh kitorang amik anak dia yang 2 orang tu
Ok...

Tapi yang tak Ok nyer..
Bila along cakap, tumpangkan bapak mertua dan adik ipar dia skali
OMG...
Dalam kepala aku
Camne la kalo aku drive, pastu pakcik tu duk sbelah
Bosannyer.....
Time pegi member aku drive
Maybe aku tak kesah duk belakang
Tapi sedikit kesah
Ada adik ipar along.. Pompuan..
Da la aku tak biasa ngan diorang
Nak aku duk ngan diorang plak

Nasib baik member aku ni satu kepala ngan aku
Aku diam jerk sebab takot aku cakap kang
Member aku plak kecik hati
Tapi member aku plak lebih²
Akak dia cakap
Nak gi amik anak dia tu bawak skali pakcik ngan adik ipar tu
Member aku plak cakap
Nanti kitorang patah balik
Dalam hati aku, macam tak patah balik jerk
Muahaha

OTW gi amik budak² tu kat tuisyen
Aku ngan member aku bincang lam kete
Kitorang wat keputusan taknak patah balik
Nak terus ke PD lepas amik anak buah dia
Wakaka
Jahat kan...
Tapi tak jahat jugak
Jalan jem giler
Tu alasan paling kukuh

Lepas amik budak 2 orang ni umor 6-8 kot
Kitorang terus ke PD
Nasib baik budak² ni baik jerk

Dari Ulu Langat
Baru nak masuk Kajang
Along call cakap kete takleh hidup
Da puas kitorang bagi solution
Suh baiki, pinjam kete, naik van dsb
Tunggu jerk la sampai PD diorang leh datang tak
Sampai PD, diorang tak datang pon
Along suh belikan anak dia baju
Sebab budak² tu tak bawak baju pon

Pas beli baju, bola ngan pelampung
Makan jap pastu kol2.30 kitorang terjun pantai
Syok giler mandi pantai
Tapi tak ada ombak la
Kat Pantai Biru
Tapi air tu sedikit kotor
Pergh...
Air siap ada sampah bagai dan ada part² yang berbuih
Seronok sangat

Kol4.30 da naik da
Sebab takmo balik lewat malam
Nak anta budak² tu ke Ulu Langat lagi pastu balik Puchong plak

Masa OTW balik
Member aku nak bawak balik budak² tu ke puchong dulu
Pastu baru anta balik Ulu Langat pas makan
Da nak sampai umah kitorang
Plan plak nak bawak budak² tu ke iCity Shah Alam
Bawak gi jalan²

Malam dalam kol9 camtu baru kuar
Pegi Carrefour jap beli baju budak² tu
Pastu terus ke iCity
Balik dari PD aku drive
Ni da malam
Sah² aku jerk yang kene drive sebab kawan aku ni takleh drive malam
Takpe la.. Untuk kawan sejati
Hahaha

Sampai jerk iCity
Jalan kejap jerk
Budak² ni da menunjukkan keletihan
Muke masing² monyok jerk
Bawak diorang tengok binatang ngan lampu
Kitorang plak yang beria kat iCity tuh
Hahaha
Kura² kepala 2

Katak ni donut sangat...

Waktu makan untuk ular..

Banyaknya ular.. Letak atas kepala best nih..

Bersepah umah labah² ni

Hehe... Sempat bergambar

Tu dia pak ngah budak² ni..

Waa.. Kene jaga budak²... Hahaha..

Kesian kat budak² ni
Kitorg gerak balik lam kol11 lebih camtu
Jalan agak jem jugak la kat Shah Alam
Nak ke Ulu Langat da tak jem
Leh la bawak laju² sket
Tapi sampai pon da kat kol1 pagi
Kitorang plan tido sana jerk la
Balik pagi esok sebab malam yang drive tu aku sorang jerk
Larat lagi nak drive tapi saja nak merasa tido umah orang
Hehehe..

Monday, March 28, 2011

Percutian Ke Pangkor

Sharing is Caring
Dengar jerk Pulau Pangkor
Macam femes
Dalam hati, mesti pantai dia cantik
Sebabnya macam ramai yang pergi sana
Haha..

Jumaat 25hb Mac 2011
Aku request balik kije awal ngan bos
Sebabnya aku nak kene gerak ke Ipoh
Dari Puchong jam 5 petang
Member aku drive ke Behrang
Sampai Behrang dalam kol6 kot
Amik ibu kawan aku
Pastu tukar driver
Aku plak drive dari Behrang ke Ipoh umah kakak dia
Pergghhhhhh.. Jalan 2 link jerk
Tak reti aku nak bawak slow²
Nak bawak laju² asik kene tegur
So, aku bawak la potong² kete kat depan
Takda la nampak sangat aku bawak laju
Hahaha

Sabtu 26hb Mac 2011
Cuaca pagi, hujan
Hurlm...
Redha jerk la
Dalam kol8.30 lebih camtu gerak ke Lumut
Skali kakak member aku 1 famili (3 orang)


Masa perjalanan ke Lumut hujan bukan main lebat
Sampai jerk terus naik feri
15 minit jerk ke Pulau Pangkor
Sampai sana nek teksi plak ke Bay View Resort
Carik yang ada kolam renang
Kot² la bosan mandi pantai, leh mandi kolam
Lepas Check In, usha kolam
Pastu gi makan, usha pantai plak
Mak ai ombak dier...
Kuat giler, nak mandi pon takleh
Tak pe.. Kolam ada..
Lepas makan terus terjun kolam dari kol12 lebih - 3 lebih
Naik kejap, petang lam kol4 turun balik mandi kolam sampai la kol5
Then jenjalan sewa motor sbijik RM30 1 hari

Member aku gian nak berskuter
Pergi la sampai pekan dan bergambar berdua

Malam tu gi la makan makanan laut
Seronok sangat duk tepi pantai sambil makan²

Ingat nak terjun kolam ag tapi katanya da tutup
Hurlm...

Ahad 27hb Mac 2011
Pagi ni gi makan dulu
Pas makan kami mandi kolam ag
Check out kol 12
Tapi gian sangat nak mandi
Dari kol9 lebih camtu start mandi
Sampai la kol12 lebih
Siap² terus balik

Sampai lumut makan dulu kejap
Pas makan terus ke Ipoh
Rehat kejap kat Ipoh, then aku suh member aku drive ke Behrang
Ingat lagi jalan dia camne?
Sebab tu aku suh member aku yang drive
Wakakaka
Aku cakap biar aku plak bawak dari Behrang ke Puchong
Lagipon member aku tu rabun sket
Takleh drive malam

Sampai jerk umah
Banyak benda kene buat
Basuh baju, kemas barang, makan
Badan da penat da
2 Hari dengan keluarga diorang
Sangat best
Anak buah dia baik ngan aku jugak
Hahaha
Tapi yang buatkan aku sedikit malu
Diorang duk sebut² aku tido berdengkur
Buruk bebenor aku tido berdengkur
Bukan jerk tido malam, aku tido lam kete pon diorang cakap aku berdengkur
Tak sopan betol aku.. Hahaha...
Tapi aku tak dengar plak aku berdengkur
(Da tido bagai nak rak, camne nak dengar sendiri berdengkur)

Thursday, February 24, 2011

Move To Puchong

Sharing is Caring
Akhirnya aku wat keputusan berpindah ke Puchong
Lepas aku kenal si dia
Aku macam berminat untuk hidup dekat dengan si dia
Senang untuk aku jumpa si dia
Hampir seminggu aku fikir
Perlu ke aku berdampingan dengan si dia?
Bila aku fikir-fikir, aku turutkan kata cinta
Hakhakhak... Poyos..

Yer la
Sape sanggup berjauhan kan....?
Wakaka
Bila balik Shah Alam jerk
Teringat plak kat Puchong
Wah wah wah..
Ngade kan... Malu kiter wak...


Skang aku dah wat keputusan nak pindah Puchong
Masalahnya rumah lama plak
Barang aku banyak kat rumah lama
Peti ais, mesin basuh, katil, TV, kabinet tv, gobok, meja komputer
Dah dah..
Tak yah nak sebut sume
Apa yang merisaukan dak umah lama adalah
Barang² keperluan macam peti ais dan mesin basuh
Kat rumah baru takda sume tu
So aku perlu la bawak skali kan?
Lagi pon tu kan barang aku
Tapi dak umah ada yang macam frust mungkin

Mungkin agak mahal sewa umah tapi takda pape dalam tu
Erm, bagi aku standard la macam tu
Bukan aku tuan rumahnyer nak aku sediakan sume tu
Haha

By da way, anggap la tu ujian
Aku memang fikir pasal orang lain
Tapi aku kene fikirkan pasal diri sendiri jugak
Hope, takda la yang anggap aku kejam

Actually aku da start stay Puchong
Da jarang sangat balik Shah Alam
Maybe aku pindah barang minggu ni or minggu depan
Duit sewa bulan depan aku tetap bayar dulu sehingga ada pengganti
So, tak la aku seksa dak umah sana kan
Bila da ada orang masuk
Pandai² la aku share duit umah tu ngan dak baru
 
Ni dia kawasan perumahan baru tuh
 
Pintu masuk


Umah aku belakang sikit sebelah kanan
Hehehe
Wat masa ni parking aku takda masalah sangat la

Sume gambar ni ehsan daripada
Ukie, doakan semua selamat
Dan doakan kami bahagia ngan si dia bila da duk dekat