Labels

Thursday, September 27, 2012

Nak Merasa Jadi Orang Kaya

Sharing is Caring
Baru-baru ni aku contact kawan lama
Kawan masa study
Dah borak-borak
Terkeluar la pasal siaran tv berbayar
Dia perkenalkan satu benda baru
Bukan dia jual
Kami plan nak dapatkan benda tu

Ada nya benda tu
Kami boleh dapat banyak siaran dengan harga rendah
Haha
Dapat la aku merasa jadi orang kaya jap
Orang kaya mesti subscribe banyak channel kan?

Ini dia
Equipment terbaik aku rasa
HD 1080i dengan fungsi recorder
Sangat puas hati tengok

Ni menu dia
Senarai semua siaran

Ni info dia
Macam menarik jugak la

Pape pon
Aku memang berpuas hati

Monday, September 10, 2012

Jalan-jalan Bos Belanja Makan

Sharing is Caring
Da berminggu aku stress kije
Hari ni macam berbayar plak
Bos broadcast skype kat team aku
Ajak makan
Terkejut jugak
Bukan apa
Tetiba kan
Rupanya dia bawak kete rini
Sonok seh
Honda Jazz Hybrid
Enjin dia memang best la
Jakun jap
Sib baik ngan bos sendiri
Tak la malu nak bertanya
Haha
Banyak info aku dapat

Plan memang nak makan nasi arab
Kalo tanya aku kedai mana
Memang aku tak tau la
Bukan aku selalu pon makan luar
Tak kot
Balik umah, aku masak sendiri jerk
Hihi

Bos aku bawak somewhere kat Jalan Kampung Pandan
Al Rawsha Restaurant

Makan jangan tanya harga
Kalo tengok harga
Tak seronok nak nikmati hidangan
Hahaha


Air Banana Shake RM12
Lamb Mandy RM25

Nasi dan daging dia lembut je
Sedap sangat-sangat

Terima kasih banyak-banyak pada En Bos
Moga Allah melimpah ruahkan rezeki dia sekeluarga
Amin Ya Rabbal Al Amin

Sunday, September 09, 2012

Oh! Sate Goreng

Sharing is Caring
Minggu lepas da buat sate goreng
Tapi tak berapa nak jadi
Kering sangat
Rasa pon tak kaw

Semalam
Pegi beraya umah ex-bos
Dia buat sate goreng
Punya la sedap
Tengok resepi kurang sikit bahan dari aku buat ritu
Lepas tu, malam semalam aku tak puas hati
Jam 1 pagi aku sediakan bahan
Daging ada setengah kilo lagi
Aku buat la
Nak perap lama konon

Resepi Sate Goreng


1 kilo Ayam atau Daging
Lada sulah
4 sudu besar Gula
4 sudu besar Madu
5 sudu besar Minyak

Kisar
4 batang Serai
4 biji Bawang putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1 inci Kunyit hidup
Sedikit air

Tumbuk Kasar
1 sudu kecil Ketumbar
1 sudu kecil Jintan Manis


Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam ayam atau daging yang telah dibasuh.
Perah selama 2 @ 3 jam, lagi elok semalaman.


 Goreng ngan minyak dan api sederhana supaya daging empuk.


Dah... Tu jerk..
Tapi tadi aku baru beli ayam
Macam tak sempat nak perap
Aku panas kan dalam oven sementara daging masak

250 celcius

Bila daging da masak
Aku goreng ayam ni atas dapur plak


Goreng sampai kering
Buat hangus sikit best jugak
Nampak sikit macam bakar

Dah siap pon


Nasi himpit aku beli yang Nona punya
Pastu kuah plak yang Brahim's
Sedap

Aku beli 2 jenama
Yang Brahim's ni lagi sedap

Gud laks...

Saturday, September 08, 2012

Hobi Baru Siapkan Bakul Kertas

Sharing is Caring
Salam korang semua
Hari ni aku nak cerita sikit
Hobi baru aku
Bakul kertas

Eh.. Aku bukan nak wat bakul
Plan nak wat tempayan or belanga
Ni first time aku buat
Hasil tunjuk ajar kawan aku dari Batu Pahat

Agak susah bagi orang yang takda seni macam aku
Kawan aku hanya buat tapak je
Lepas tu aku sambung
Aku hampir putus asa nak siapkan
Tapi alang-alang da buat
Aku teruskan je la

Sehingga ke hari ni
Hanya ini yang dapat aku siapkan


Entah bila aku leh abeskan ni
Ada dua benda aku nak buat
Satu tempayan ni
Lagi satu macam kuali besar
Nak taruk atas mulut tempayan ni
Dalam tu aku nak letak la bunga ke, rempah ratus ke
Cara tak? Hahaha
Ala-ala macam ni kot


Cantek kan?