Labels

Wednesday, December 15, 2010

5 Ciri Entri Sedap Di Baca

Setiap orang masuk blog mestilah membaca
Tapi ada jugak yang suka paste link jerk kat chatbox
Wakaka
 

Kali ni Asrol nak cakap untuk mereka yang suka membaca jerk la
Yang berblogging mengarut meraban tu
Tolong paste link yang korang siap copy tu kat ruang komen cepat-cepat
Bagi yang masuk blog orang dan suke membaca
Info ni untuk anda
Sebab, bila korang masuk dan baca entri orang
Anda akan cakap
Kenapa aku boleh jerk baca orang punya
Tapi aku punya entri macam tak best jerk
Sebabnya mudah jerk
Jom apa kata survey


Sertakan Gambar

Kalo boleh, setiap entri, sertakan gambar sekurang-kurangnya satu. Kalo entri takda langsung gambar berkaitan, masuk la gambar lawak ke, gambar sekadar hiasan ke, yang ada kaitan sikit-sikit ke.. Pak cik Google kan ade.. Bagi yang suke watermark pada gambar, tolong jangan tampal sampai halang gambar. Potong stim betol la. Hias la sket entri dengan gambar okeh.


Ringkas

Tak perlu tulis panjang-panjang. Banyak lagi blog orang nak gi baca. Tak perlu nak buat ayat potong banyak-banyak. Bila banyak sangat, da jadi tak lawak da entri tu. Biasanya bila kita gelak lebih-lebih, gelak pon da tak menjadi kan? Macam tu la jugak entri, bila lawak lebih-lebih,entri pon macam over la plak. Meluatkan bila penulis blog over-over buat lawak.


Padat Dengan Info

Kalo entri panjang berjela tapi takda pape, baik tak yah merepek panjang-panjang. Betol tak? Pastikan setiap entri kita, padat dengan info. Walaupon entri tu kesah kehidupan kita seharian, pastikan ada diselitkan moral dan pengajaran. Bukan entri kosong. Kalau entri berkaitan persoalan bagi kita, luahkan sedikit pendapat kita dan barulah minta pendapat orang lain. Ni tak, kita bangkang sesuatu tapi kita sendiri tak tahu punca kita bangkang tu kenapa. Kita biarkan entri kita tu dapat bagi sedikit impak kepada pembaca. Contohnya, kita komen mengenai isu bas terbalik, akhir entri komen kita tu, luahkan cadangan atau kesan dari isu itu.


Sediakan Link Atau Sumber Berkaitan

Ada blog-blog yang suke copy paste info atau cakap sal info terkini atau berita, sila sertakan sekali reference atau URL. Kalau amik dari gambar, sila masukkan sekali gambar. Baru la pembaca mudah terima akal. Kadang kala, kita bagi sesuatu info, tapi entah dari mana dapat pon tak tau. Bila duk copy paste banyak kali, fakta boleh berubah. Pembaca yang baca plak, "Ala, yer ke dia nih? Nak percaya pon takda bukti". Sebab tu la, akhir entri, sertakan entri berkaitan atau sumber dari mana kita dapat.


Perkataan penuh

Takda short form sangat okeh. Susah otak ni nak proses. Kalo sesama bangsa boleh la paham, kalo bangsa lain? Memang kene maki la kot. Haha.. Yang short tu yer la, kuar plak perkataan gedik, 'dyer', 'kiter', 'kamoo', 'caye', 'owang', .. Sampah menyampah betul la. Nak nak kalo laki yang tulis camtu. Auww.. Geli jerk.. Jaga la bahasa kita. Kalau kita duk tulis shortform, ayat gedik camtu, search enjin susah nak jumpa, sebab pelayar akan cari sesuatu maklumat melalui suku kata yang betul dalam sesuatu bahasa. Contohnya, kalau kita tulis "shedapnya mkn ciput cedut ney.." tapi pelayar akan cari "sedapnya makan siput sedut ni"..

Sudah faham?
Tu jerk Asrol Mania sempat fikir buat masa ni
Apa yang perlu Asrol Mania cuma berkongsi
Takdanya nak kutuk sapa-sapa
Tapi tu la hakikatnya
Bila kita tak ditegur, perkara baik takkan sampai

Jangan fikir apa yang nyata
Tapi fikir apa yang disebaliknya
Jangan baca apa yang orang tulis
Tapi baca apa yang orang maksudkan
-Asrol Mania

Kalau ada sebarang nak di kongsi atau pertanyaan, sila klik menu Hubungi Asrol Mania
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment