Labels

Saturday, February 04, 2017

Telefon Oh Telefon

Sharing is Caring

Bukan nak menunjuk ke ape ni. Nak cerita sikit al kisah aku pakai telefon.

Xiaomi Redmi Note 4G


Sebelum ni pakai Xiaomi RedmiNote 4G. Setahun lebih gak la pakai. Last OS dia android KitKat. Telefon dia ni bagus. Laju walaupun RAM 2GB je. Cuma storage internal dia 8GB. Tapi KitKat tak boleh transfer gambar ke memory card. Jadi telefon aku selalu je full memory. Adoi. Memang payah, aku ni dah la jenis suke ambil gambar ape kan..

So, masa aku ada duit sikit dalam bulan 9 macam tu, aku nak tukar telefon, 2 minggu jugaklah aku duk pikir nak beli phone mana yang ok bagi aku. Tapi nak amik yang murah sikit lah. Nak ambik yang Huawei P9 tu macam mahal je, masa tu RM1900 lebih kalau tak silap. Aku pikir masa tu malas nak bazir sangat beli telefon ni. So, usha yang RM1200 gitu je. Lepas tu nampak lah Oppo F1s. Ingat lagi tadi aku cakap aku suka ambik gambar kan. Yang ni Selfie Expert. Kononnya.. Aku bandingkan dengan Xiaomi terbaru dan Flash Plus. So, aku pilih...

Oppo F1s

Beli online.. Tak ingat plak aku RAM dia 4GB. Batul ke GSM Arena ni? Hahaha.. Ok, nampak RAM dia sebanyak tu kan. Aku ambik yang 32GB, ada slot memory card. Cun. Tolak diskaun RM100 kat lazada, aku dapat RM1098 je. Memula dapat cantik. Suke.. Skali dia punya function yang kononnya Selfie Expert tu, camera depan dia mmag cantik, 16MP. Tapi tak banyak sangat function dia. Tak sesuai dengan selfie expert. Kurang-kurang, nak la function macam camera 360 tu kan. RAM 4GB, tapi yang free cuma 1.3-1.6GB je. Mana pegi lagi selebihnya? dah la kadang-kadang phone slow sebab aku slalu duk main game jugak. Nak main game, aku kena clear dulu RAM, release apps yang aku bukak.

Aku rasa phone ni ok, cuma aku rasa sakit hati sikit lah. Aku simpan duit sikit, 2 bulan aku duk usha nak ambik Iphone 6s Plus. Biar puas hati sikit. Plan nak beli bulan 1. dari bulan 12 aku duk usha je kat YoutTube pasal Iphone ni, rasa nak tukar pakai IOS la plak. Nak pakai Iphone 7 Plus mahal sangat. Kenapa aku duk usha yang Plus je? sebab saiz dia 5.5 inch. Tapak tangan aku dah la besar, so, nak cari la yang 5.5 inch display.

Sampai masa, duit macam lebih sikit, aku usha kat web apple jauh lebih murah dari tengok kat web online yang lain. Aku terus pegi kedai Apple City, kali ni taknak beli online dah, aku nak tengok sdiri, nak sentuh dulu baru decide nak beli. Tengok harga Iphone 7 Plus macam mampu milik, so, aku terus amik yang 128GB. hahaha.. Beli kat apple sendiri lagi murah dari web online yang lain.

Iphone 7 Plus




OK.. Yang ni betul-betul puas hati.. RAM 3GB, bukak banyak apps pun tak lag, main game apa semua laju je. Storage pun aku dah tak risau. Sebenarnya 32GB pun dah lebih dari cukup. Ada camera bokeh, masa amik gambar lupe plak nak berbokeh. Hahahahahaha... Tapi bokeh dia tak macam Huawei, Nampak Huawei P9 lagi bagus dari Iphone ni. Tapi bestnya camera Iphone ni, zoom dia memang terbaik. Kat IG aku ada masukkan gambar yang aku test zoom. Memang cun.. Pakai Iphone ni bukan nak tunjuk kaya atau tunjuk bagus, tapi kalau orang macam aku yang pentingkan fungsi, tak nampak semua tu, aku lebih pentingkan fungsi dia. Lagipun, nak tukar pakai IOS plak. Memang tak menghampakan la pakai IOS. Kali ni tak menyesal dah.. Kahkah..