Labels

Sunday, October 31, 2010

Mesti Ramai Naik Hangin Dan Terkejut

Sharing is Caring
Elop.. Ha..
Apakah yang buatkan ramai yang terkejut?
Sebabnya aku da pon terkejut..
Haha..
Korang? Jangan terkejut tau..
Tapi kalo da terkejut tu, redha jerk la..
Aku nak cakap sini pasal bil telefon
Ingat tak iklan TM raya ritu
Ayat best dia
Mak nak call semua saudara kita
Semua???
Kan panggilan percuma seluruh negara..
Wak lu... Percuma la sangat..
Mest ramai yang terpedaya
Maksud percuma oleh iklan di sini
Pakej BlockBuster dan Voice Deal sahaja ok..
Cume kita jerk tak perasan
Adoi..
Setahu aku, tak raya pon percuma..
Nak salahkan kita ke sapa sebab salah faham iklan ni?

Ni adalah screen shot yang ada dalam video
Tapi ramai yang tak perasan sebab pakej tak jelas
Mungkin gambar kecik, tiada penerangan, atau sekejap sangat iklan
Tapi yang aku musykil, kenapa perlu dia cakap percuma musim perayaan?
Sedangkan pakej tersebut memang percuma
Mungkin dia nak kita keliru dan terus guna

Ni iklan Pakej Blockbuster dan VoiceDeal *Besarkan gambar untuk paparan lebih seksi
Cube korang perhatikan
Iklan panggilan percuma musim perayaan merujuk kepada pakej di atas
Kalo korang tengok betol-betol
Dalam iklan tu ada tulis
FREE calls to TM Fixed Line nationwide
Untuk semua pakej
So, bukan musim perayaan saja la

Aku baru perasan lepas aku tengok bil secara online
Aku kene bayar untuk panggilan ke kampung (fixed line ke fixed line)
Terkejut jugak aku
Kenapa kene bayar?

Aku ada borak dengan member aku
Famili diorang pon terkena macam aku
Terpedaya dengan iklan
Dapat bil pastu kene bayar untuk panggilan seluruh negara
Dia ada ajukan kepada operator TM
Operator tu cakap, memang ramai keliru, sepatutnya pengguna tanya dahulu
Hello... Da korang buat iklan mengelirukan tu
Sah-sah la orang terkena
Perlu ke pengguna tanya dulu operator?
Kalo 1 juta pengguna yang pakai, semuanya nak kene call operator dulu la?
Kenapa operator tu tak call pengguna dulu terangkan maksud iklan?
Takda otak punya cakap..
Lain kali buat iklan
Jangan asik nak buat orang terkena
Bagitahu dengan jelas
Perlu ke kita aniaya orang untuk carik keuntungan?
Fikir-fikirkan la...

Saturday, October 30, 2010

Antoine Dodson Mamat Lawak Jadi Best

Sharing is Caring
Haha..
Kesian mamat ni..
Tapi glamer ape..

Dia ni abang pada sorang pompuan yang nak kene rogol
Dia selamatkan adik dia
Lepas tu wartawan pergi la interview umah dia
Cara dia bercakap ni menarik perhatian ramai pihak or youtuber(orang suke layan utube)..

Lepas tu ada la orang buat dajjal
Orang jadikan percakap dia tu jadi lagu iTune

Paling best.. Ada orang remix kan
Aku suke lagu ni
Siap jadi ringtone kowt... Hahaha..
Layanz....

Friday, October 29, 2010

Hormat La Sikit Pada Janji

Sharing is Caring
Mai mai aku nak citer sket ni pe yang berlaku
Aku citer ni bukan nak sakitkan hati sape-sape
Cuma nak luahkan perasaan dan nak jadikan peringatan

Hari tu..
Ada la akak ni bawak serunding + nasi himpit
Sambil-sambil tu aku cakap la sal lemang
Ada la orang suh aku bawak
Aku tak janji leh bawak
Sebab umah aku mana ada periuk besar nak rebus
Lagi pon aku laki, tak biasa masak-masak untuk orang
Dah abes nasi himpit tu
Serunding ada lebih

Semalam..
Member aku sorang ni suh aku bawak lemang
Konon-konon aku yang bukak citer sal lemang hari tu
Ehsan Skype
Kalo aku paham sini
Ayat dia macam nak sangat aku bawak
Balik kije, penat naik motor dari KL
Sampai Sec 7 Shah Alam lam kol 6 lebih
Aku terus singgah Pasaraya Bintang cari lemang segera
Tak jumpa, aku singgah plak kat 2 3 kedai kat umah aku
Tak da jugak..
Aku balik umah, plan nak kuar la lam kol8 gi Giant
Fikir kawan nak sangat makan lemang

Hari ni..
Aku takleh tido malam tadi
Lagi pon memang plan nak bangun lam kol5 camtu
Semangat nak rebus lemang untuk kawan
Aku rebus lam masa sejam
Kol 6.15 pagi, aku mandi
Macam biasa, pagi-pagi sebelum pegi kerja
Aku online dulu
Chat ngan budak-budak opis
Skali kawan aku ni cakap, serunding da abes
Dia makan semalam
Amat sengal.. Geram aku..
Ingat kata-kata dia smalam tu
Punya la aku usaha carik lemang segera
Pastu pagi tadi dia cakap tak jadi
Semalam dia skype
Ehsan Skype
Tapi aku tak dapat mesej ni
Pagi tadi pas dia online baru aku dapat..
Memula aku marah jugak
Macam takda mood pon ada
Last-last, kitorang beli rendang tadi
Kitorang? Tapi yang terpaksa beli rendang tu
Bukan yang carik pasal, orang lain yang kene beli rendang
Dia bersenang-lenang sambil menyusahkan orang lain
Tapi aku sabar jerk la
Nak marah pon tak ke mana jugak, nama pon kawan

Cume sini aku nak cakap
Hormat la sikit bila berjanji
Aku ni kalo da berjanji
Aku usaha sehabis mungkin untuk tepati janji
Sebab aku memang pegang pada janji
Kalo da berjanji pada orang tu
Pastikan orang tu betol-betol tahu yang janji tu batal
Dan kalo da diri tu buat salah
Cuba la tebus balik kesalahan tu..
Mintak maaf ke, apa ke..
Jangan jadi orang yang tak tau budi pekerti
Ingat, aku cakap ni bukan khas tuju kat sape-sape
Tapi sebagai peringatan untuk semua..
Ok.. Maaf kalo ada yang terasa...
Have Fun..

Mentang-mentang Free

Sharing is Caring
Nasib baik bukak emel tak kene bayar
Oleh itu, aku bukak lagi emel baru..
asrolmania@live.com

Hahaha.. Giler seks Asrol ni duk bukak emel banyak-banyak
Emel ni aku bukak khas untuk blog jerk
Sebelum ni aku pakai emel yahoo (asrolmania@yahoo.com)
Tapi susah la..
Aku besa komen & subscribe comment post blog orang
Pastu aku nak tengok pe yang orang reply or komen tu susah
Aku kene bukak web browser untuk login
Jadinya, aku bukak la emel dari hotmail/live mail
Kenapa erk? Sebabnya..

Korang ingat tak post aku pasal ni?
Senang, aku cume bukak Outlook saja untuk terima emel komen kat blog

Microsoft Outlook 2007
Kalo adanya Outlook ni, cepat sikit aku tau aku dapat komen dari blogger lain
Bukan tu jerk.. Korang leh jugak pakai / install
Windows Live Mail
Korang boleh add akaun Hotmail dalam tu..
Nak pakai yang ni pon ok jugak
Tapi lau kat opis, aku bukak Outlook da sebab pakai untuk Emel opis
So, aku tak perlukan Windows Live Mail ni

Windows Live Mail
Semua sistem ni korang boleh emel, attach gambar dengan mudah
Kalo guna browser macam susah sikit la
Huhu.. Have Fun..



Mimpi Aksi Seram Khamis Malam Jumaat

Sharing is Caring
Ish.. Da la Khamis malam Jumaat
Seram betol aku
Skang pukul 5:43 pagi
Aku bangun kol5 tadi lagi da
Rebus lemang segera nak bawak gi opis
Malam tadi tido kol11

Ok.. Nak citer ni
Hari ni saja aku mimpi 2 cerita seram
Orang cakap tido tak basuh kaki..
Tapi aku tido basuh sampai ke peha da semalam..
Ada fakta plak cakap
Mimpi ngeri terjadi sebab kadar gula dalam darah tinggi
Mungkin kot, sebab aku makan mee segera perasa udang malam tadi
Tak minum air kosong

Pertamanya
Aku duk dalam kapal besar giler
Lepas tu aku sorang jerk
Ada orang datang serang kapal aku
Then dia nak masuk dalam kapal tapi aku da kunci pintu
Lepas tu dia duk usaha jugak nak carik aku
Puas aku menyorok
Tetiba jerk ada pembantu aku datang cover aku

Kapal aku siap kene tembak bagai
Lam hati ni, mati la aku... Hahaha..
Lepas tu aku turun la tingkat bawah nak amik senjata
Dan-dan mimpi aku tertukar lepas tu.. Kononnya citer da tamat..


Masukla citer kedua
Aku 3 orang ngan kawan aku berjalan kat jambatan mana entah
Ada la tapak kapal, kawan aku cakap, kat sini la kapal tadi tu melabuh
Kapal aku mimpi tadi la..
Jalan punya jalan, rupa-rupanya itu sungai..
Siap ada Cartepillar duk dalam air.. Buat ape entah..
Kami jalan lagi sampai la hujung jambatan tu
Ada umah hantu
Ntah macam mana 3 orang tadi tu dah jadi Aku, Ayah aku dan Kakak aku plak
Akak aku tak jadi masuk, dia lepak luar
Aku ingat nak lepak luar jugak tapi...
Ada hantu kuar dari umah tu menuju kat aku
Macam nak suh aku masuk jugak
Aku pon masuk la ngan ayah aku
 
Seram seh.. Ada ramai pengunjung..
Aku cube la menyorok kat celah-celah pengunjung tu
Pastu yang pelik, dalam tu macam perkampungan hantu
Ada hantu jual-jual siap ada yang berjalan-jalan usik orang
Sampai la 1 part tu, da nak kuar kene lalu kat satu kawasan ni
Macam area rumah koboi gitu
Sempit jerk jalan dia tapi penuh hantu garang
Aku cube la nak lopat pagar sebab terlalu takot
Ada hantu tu tahan aku ngan muke yang garang
Aku takot terus terjaga
Korang tau kol bape time tu? Kol 2:30 lebih..

Aku bukak channel Discovery wat teman tido
Aku pon sambung tido
Pastu mimpi ape entah

Lemang segera NONA
 Terjaga kol5 pagi plak
Terus bangun rebus lemang
Sebab dak opis aku ada bawak serunding ritu
Tak habes makan ngan nasi himpit

Takleh nak tido da dari kol5 tadi..
Hewhewhew...
Abes la aku ngantuk kat opis...

Thursday, October 28, 2010

Terima Kasih Kawan-kawan Facebook

Sharing is Caring

Opocot..
Terkejut aku tengok firiends kat Facebook aku da capai 1001 orang
Mungkin ada yang cakap tak heran
Ada jerk da capai 2000 lebih kawan kat Facebook
Tapi tengok la sape add sape
Aku da lama tak add orang kat Facebook
Delete orang aku penah la buat.. Haha..
Bukan tak mo kawan
Itu sebabnya diorang buat sampah kat wall aku
Kadang-kadang orang sama jugak yang komen kat post aku
Yang post plak, ada yang letak iklan la, ape la..
Aku suh klik iklan bawah ni tolong aku dapat iPhone..
Entah bape orang jerk yang klik kot..


kad kahwin
Kad Kahwin
Ala.. Di sebalik aku remove orang
Aku perasan jugak ada yang remove aku dari friend dia
Tapi, ada aku kesah?
28/10/2010
Aku susah kat sini pon, hanya orang tertentu jerk yang tolong aku
Skang, kawan yang boleh aku ajak lepak hanya beberapa orang jerk
Aku ada la kenal beberapa kawan maya yang jadi kawan realiti
Boleh ajak lepak-lepak..
Hurm.. Kalo korang nak ajak aku lepak
Boleh jerk...
Aku tinggal kat Seksyen 7 Shah Alam..
Skadar lepak minum-minum boleh jerk..
BTW, thanks kawan-kawan yang support aku..
Muacks.. Sayang u olls........

Wednesday, October 27, 2010

Aku Dah Tak Kesah Menang Ke Tak

Sharing is Caring
Majuk! Sementara tunggu azan maghrib, aku tenung blog aku lama-lama.. Pastu aku tengok la satu iklan ni.. Kat blog aku la.. Korang tak pasan kew? Ingat tak pos aku yang iPhone 3G percuma.. Tanpa Susah Payah Atau Modal dan Menang iPhone dengan Top Referrer Contest dari Walimatulurus.net tuh..?

Iklan tu konon-konon dapat benda alah ni la..
Humph... Ada aku kesah? Hahaha.. Bukan merajuk or kecik hati pon.. Watpe aku nak tayang lelama iklan tu dalam blog aku. Da tau takkan menang lagi da. Keajaiban? Mungkin ada tapi mungkin juga ada hikmah kalo aku tak menang. Barangkali bukan rezeki aku lagi.. Mana tahu.. Haha..

Ok.. Tu jerk la.. Aku da tawar hati nak join pon. Wakaka... Itu la yang sebenarnya.. iPhone? Nak la jugak. Teringin sangat nak pakai enpon mewah-mewah ni. Kalo ada datin-datin kat luar sana nak sponsor aku iPhone, ok jugak. Aku terima jerk.. Suke.. Tapi please.. Jangan ajak aku wat perkara sumbang mahram plak. No seks before kawen ok.. Ops.. Sentap kat diri sendiri.. Terasa kot... Apakah? Lu pikir la sendiri... Salam

Tuesday, October 26, 2010

Yay.. Dapat 2 Kupon Pizza Percuma..

Sharing is Caring
Whoaaa....
Pagi-pagi lagi sampai opis, tak sempat bukak laptop..
Member aku da bagitau ada kije baru kene buat..
Aku cakap "Thanks.."
Hahaha...

Lepas tu aku rehat kejap sebelum terus buat kerja..
Tengah syok-syok buat kerja..
Ada orang hulur kupon pizza 2 keping..
Aku cakap "Terima Kasih.." Tanpa tengok muke..
Aku paling ke belakang
Skali aku punye vendor la.. 


Bukan aku jerk dapat..
Lagi 3 orang team aku yang buat kerja sama aku pon dapat..

Terkejut aku dia yang kasi..
Sebelum ni dia memang murah hati pon..
Yang buat aku terkejut tu, bukan sebab ape..
Sebab rasa bersalah plak..
Memang aku banyak buat kerja ngan dia tapi..
Aku bukan mintak upah pon..
Actually ni bukan upah.. Ni cenderahti jerk..
Dia ada lebih kupon dan dia nak share ngan kami..
Sharing kan Caring.. Dia pon memang baik.. Hahaha..
By the way.. Thanks a lot... Muacks..

Lepas ni boleh la aku gi makan ngan ehem-ehem aku..
YAY..........................

Monday, October 25, 2010

Perlu Ke Pakai Enset Sama Macam Aku?

Sharing is Caring
Hakhakhak.. Macam la aku sorang pakai enset jenis tu..
Tapi kawan baik aku ni la..
Dia minat jugak enset macam aku ni
Walaupon dia tak duk dekat ngan aku
Tapi tak suka la..
Nak jugak enset sama macam aku..
Eh, memang dia berkenan enset macam tu..
Tapi..
Tak suke la..
Nanti tahun depan dia nak datang jumpe aku..
Bayangkan dia jumpe aku dengan enset dia sama macam aku..
Bapak tak best... Grrrrrr...
Ni ha.. Dia nak pakai enset macam ni jugak..

Nokia 5730
Punya la banyak kolor.. 
Kolor merah ni jugak dia dapat
Tensi la..
Macam nak tukar enset jerk..
Boleh plak si Asrol ni..
Wakaka...
Aku nak menang iPhone jugak la lau cam ni
Kat mane erk?

kad  kahwin
Kad Kahwin

Korang nak tau, klik la iklan tu
Teringin sangat nak pakai iPhone..
Nak beli cam membazir jerk...
Lau menang, kira amat best jugak la..
Ekeke.. Doa-doa la rezeki berpihak pada aku..
Amin..

Sunday, October 24, 2010

Laman sosial baru aper.my ?

Sharing is Caring
Kehkehkeh.. Asrol penah citer pasal beberapa laman sosial baru sebelum ni, MyFriends2u.com dan Diaspora.Muncul plak laman sosial baru kat internet ni.. Aper? ya Aper? Bukan soalan ape? tapi Aper? Haha.. atau pon mudah cerita, aper.my la katankan.. Paham?

Logo Aper?
Ha.. Tenuk gittew... Kalo tengok lam kamus, BI punya la, maksud Aper ni adalah keluarga monyet, contohnya, gorila, cipanze, orang utan, kera da sebagainya. Tapi maksud Aper? di sini adalah Apakah? Ala, bahasa sms orang muda-muda la tu.. Dalam ni pon diorang pakai bahasa muda-muda.. Contohnya, apeCer! (ape cerita kawan / News Feed*facebook), aperHal! (apa yang berlaku / What's on your mind*facebook).. Pendek kata memang muda habes la sape-sape join sosial network ni.

Apa yang best Aper? Dalam ni kita boleh join contest tapi setiap contest kene pakai point la. Point tu ibarat kredit kita. Kita boleh kumpul point dengan meng-upload gambar, komen, rate artikel.. Untuk permulaan pendaftar baru, admin bagi kita 1030 point. Untuk join contest, kite kene redeem point tersebut. Hadiah memang gempak abes la.. Langkah register macam meggi, 2 minit jerk. Mudah giler..

Muka utama http://aper.my
Baru daftar Aper?
Ha.. Tu dia.. Laman sosial baru.. Maybe lebih menarik kot sebab boleh kumpul-kumpul point. Asrol ada sembang ngan user dalam tu, ada yang taknak join contest, sayang kat point katanya.. Haha.. Kalo taknak guna point, kita lawan la point sape paling banyak.. Wakaka... Sekian.. Enjoy...

Selamat Datang Anak² Suamiku

Sharing is Caring
Pergh.. Cerita lakonan Noorkhiriah, Rita Rudaini dan Fizz Fairuz ni memang terbaik la bagi aku.. Biasa aku tengok citer, last skali yang baik tu meninggal, konon-konon nak bagi jalan cerita sedih la.. Tapi diorang tak tau, cerita tu tak adil walaupon yang jahat kene tangkap. At least, last skali bagi la yang baik tu hidup bahagia macam akhirnya cerita ni..

Jalan cerita ni lebih kurang macam ni..
Maya (Rita Rudaini) tak sedar dia bermadu dengan Aida (Noorkhiriah). Sampai la dia selalu ternampak Aida ni selalu jerk pergi kubur arwah suaminya. Si Elyas ni adik ipar Maya. Dia banyak tolong Maya. Maya ajak Aida duduk skali ngan dia.

Rupa-rupanya, si Aida ni ada plan nak rampas harta Maya. Lagi mengejutkan, Aida bekerjasama dengan Elyas untuk rampas harta tu. Lagi best, last cerita, Maya rupa-rupanya sudah dapat hidu kerja jahat diorang ni. Maya pon ada plan jugak nak amik anak Aida tu. Maya ada jumpa pil estacy dalam beg Aida dan dia sorok sebab dia memang plan nak kenakan 2 orang ni. Sampai la masa, si Aida dan Elyas nak ke Brazil untuk edar dadah, si Maya ni da letak siap-siap pil estacy yang dia sorok ritu dalam beg Aida.

Ending cerita, Aida dan Elyas kene tahan sebab bawak dadah. Mungkin Maya tak tahu Aida dan Elyas mengeda dadah, dia masukkan pil tu pon sebab dia memang nak kenekan Aida supaya kene tahan ngan polis sebab pil estacy supaya anak-anak Aida jadi milik Maya. Tapi memang si Aida tu mengedar dadah pon. Maka hidup bahagia la Maya dengan anak-anak Aida tu.
Best kan citer macam ni. Yang baik boleh hidup bahagia last skali. Kalo x, mesti si Maya tu mati agaknya. X pon, si Aida ngan Elyas mati eksiden. Tak ske la citer macam tu.. Tak fair. Actually memang fair tapi fair yang kejam la.. Wakaka.. Citer malam ni baru best sket.. Takda yang mati akhir cerita dan yang baik hidup bahagia....

Wednesday, October 20, 2010

Menang iPhone dengan Top Referrer Contest dari Walimatulurus.net

Sharing is Caring
Teringinnyer aku nak menang iPhone. Bukan nak sangat iPhone tu tapi nak rasa menang tu. Aku tak penah kot menang lam mana-mana peraduan. Hahaha... Korang tak mo menang kew? Semuanya kat sini tau..



kad kahwin
Kad Kahwin

Aku nak jugak try tuah aku kali ni. Kot-kot leh merasa camne lau menang. Apa-apa pon, aku harap sangat korang leh bantu aku kali ni. Anggap la usaha korang pada aku adalah satu sedekah. Tak susah pon, modal pon tak payah keluar. Cume sedikit usaha untuk klik kat iklan Walimaturus|Kad Kahwin yang aku sediakan ni. Tak ada spam pon. Cume dia nak tau Top Referrer jerk. Please.. Tolong la aku kali ni.. Huhuhu..



kad kahwin
Kad Kahwin

Tuesday, October 19, 2010

iPhone 3G percuma.. Tanpa Susah Payah Atau Modal

Sharing is Caring

Ni dia contoh Facebook guna iPhone. Takkan korang tak teringin kot dapatkan iPhone jugak. Pegi mana-mana still lagi boleh berfacebook.


Haaaaa..... Lawa tu.. Sekarang, semua orang boleh dapat. Mudah saja.. Yang penting, korang tak perlu jawab soalan pon. Cume klik pada gambar ni ataupon klik pada iklan kat sebelah kanan atas ni.. Ukie..

SEO: Tukar Tajuk Post Blog Untuk Mudahkan Search Engine Buat Carian

Sharing is Caring
Kebiasaannya, apabila kita tukar sesuatu template blog, nama blog kita berada di depan tajuk post kita. Ini akan membuatkan rank post kita terletak jauh ke bawah dalam halaman enjin carian (Search engine results page). Jadi, kita perlu tukarkan nama blog supaya berada di belakang tajuk post.

Sebelum
Selepas
Untuk menukarnya, edit html,

cari tag ini
<title> <data:blog.pageTitle/> </ title>
lepas tu, gantikan dengan tag bawah ni
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <title> <data:blog.pageName/> | <data:blog.title/> </title> <b:else/> <title> <data:blog.pageTitle/> </title> </b:if>
Selamat Mencuba

Monday, October 18, 2010

Murtabak Meggi Kari Bersama Chef Two

Sharing is Caring
Ting Tang Ting Tang.... Ha... Tu dia, bersama saya bukan Chef One tapi Chef Two plak kali ni.. Ko ingat Chef One jerk pandai masak? Suruh masak Murtabak Meggi pon belum tentu dapat.. Ha... Cik Kiah oi.. Murtabak ni kalo aku jual boleh laku tau.. Ha.. Bukan sebarangan ni.. Hahaha... Tu dia.. Pokpet pokpet, tak berasap dapur aku hari ni.. Baik lah puan-puan dan tuan-tuan semua. Mari kita teruskan program masakkan hari ni. Ni dia bahan-bahannya..

Sebiji Telur
Sebungkus Meggi Kari
Daging Burger (di potong dadu)
Minyak Masak


Simple jerk kan.. Buat ape korang nak masak letak bahan banyak-banyak. Menyusahkan, nak masak bukan main susah, potong itu, potong ini.. Da siap masak, makan sekejap jerk. Haha.. Kalau anda semua suka makan sayur, korang potong saja la bawang atau daun ketum skali. Chef Two tak makan sayur.. Wakaka.. Semua sayur tu dipotong dadu..



Cara-caranya adalah:
1) Rebus mee terlebih dahulu. Lepas tu toskan airnya.. Masukkan mee tadi ke dalam mangkuk.

2) Gorengkan pula daging burger yang siap dipotong dadu.

ooO... Korang kutuk kuali aku erk.. Ni la tanda orang kuat masak.. Hahaha...

3) Pecahkan telur ke dalam mangkuk mee tadi dan masukkan daging yang siap di goreng. Gaul hingga sebati..

4) Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak. Masukkan mee tadi. Kemudian penyet-penyet sikit supaya jadi macam murtabak. Goreng sampai hangus-hangus / garing-garing sikit. Baru la rangup.

5) Ha.. Siap la untuk di hidang.. Lagi sedap sediakan dengan air bandung.. Urlm... Ini la resepi Chef Two...

Sediakan skali sos cili.. Chef Two tak sediakan sebab Chef Two tak makan pedas. Wakaka... Ok.. Sehingga kita berjumpa lagi..

Sunday, October 17, 2010

Jadikan Hari Minggu Yang Sempoi Dengan Menu Dan Aktiviti Pagi

Sharing is Caring
Syoknya weekend kan? Yer la, bagi yang bekerja tu, 2 hari jerk dalam seminggu untuk berehat di rumah. Tu pon bukan selalu pon dapat berehat. kadang-kadang keluar jugak melepak dengan kawan-kawan. bagi yang ada masa terluang kat umah tu hargailah hari minggu korang. Jom tengok macam mana aku jadikan waktu pagi hari minggu aku sempoi.



Bangun pagi pukul 6.30, hidupkan laptop, kemudian pegi mandi. Lepas solat subuh, online kejap baca paper online, bukak Facebook. Dalam pukul 7.30, aku basuh baju dan jemur bantal tido biar kene matahari sikit. bagus jugak jemur, takda la rasa nak tido plak lepas tu. Kita digalakkan untuk bersarapan pagi supaya badan kita ada tenaga. Sebabnya, badan kita memerlukan tenaga pada waktu pagi untuk mula menggerakkan sistem dalam badan selepas kita tido semalaman. Menu pagi aku ialah...

Roti Goreng Celup Telur
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1 sudu kecil gula kasar

Cara-cara:
Pecahkan telur dalam pinggan, masukkan gula, kemudian kacau sampai kembang sedikit.
Celup roti dalam telur lepas tu goreng dengan minyak yang sedikit (1/2 sudu kecik minyak)

Sedap layan pagi-pagi ni dengan segelas susu. Sambil tu korang bukak la radia ERA atau radio pilihan korang masa muda-muda dulu. Haha.. Dulu-dulu radio Era ni femes sangat. Sekarang, bila dengar jerk Era Rentak Muzik Terkini, teringat pulak masa dulu-dulu. Bagi aku, aku akan teringat masa aku lepas SPM kerja kedai makan. masuk kerja pagi, sambil kemas-kemas dapur sediakan bahan-bahan, kami bukak radio Era. Sekarang, bila dengar Era jerk, aku teringat suasana masa tu. Aku 2 orang yang kerja pagi, gurau-gurau, borak-borak, gelak-gelak.. Tak la terasa sangat letih. Sampai sekarang, aku macam dapat feel lagi macam mana bau sup dan nasi ayam yang kami selalu masak tiap-tiap pagi. Dengan cuaca pagi yang cerah tapi masih sejuk. Rindunya zaman dulu. Semua tu aku boleh rasa sampai sekarang pada hujung minggu bila aku buat perkara yang boleh menggamit memori.

Lagi tips, bila waktu petang lepas asar. Cuba amik sikit masa untuk rehatkan badan dengan pakai wangi-wangi (lagi elok pakai perfume yang kita pernah pakai dulu-dulu..), duduk atas katil, bukak tingkap biar masuk cahaya petang, dengar lagu masa 5-10 tahun lepas (Spin, New Boys, Q-Face, Spoon, Spring). InsyaAllah, minda kita jadi tenang, badan jadi sehat. Bila kita selalu ingat zaman muda-muda dulu, kita akan jadi muda. Bukan kemurungan masa tua.

Monday, October 11, 2010

Dah La Tak Reti Nak Bayar Hutang, Di Tabur Plak Fitnah..

Sharing is Caring

Menyirap betol hati aku ngan kawan lama aku masa sekolah dulu2. Lebih kurang bulan 5 ritu dia pinjam dwet aku RM200. Tak da dwet katanya.. Nak makan pon tak cukup. Aku pon time tu takda la banyak sangat duit. Tapi atas dasar perikemanusiaan pada kawan lama, aku bagi jugak la dia pinjam RM200. 2 bulan lepas tu, baru la aku mula mintak ngan dia duit yang dia hutang. Dia cakap tak da duit lagi. Masa tu dia sedar lagi yang dia pinjam ngan aku RM200. Setiap bulan aku cuba mintak ngan dia. Alasannya sama, dia takda duit da tunggu duit biasiswa/pinjaman untuk bayar duit aku. Sampai la sebelum puasa, aku mintak lagi, dia cakap dia nak bayar. Masa tu dia da mula da wat hal dia cakap dia pinjam RM170 jerk ngan aku. Then aku ingat dia nak bayar abes la.. Tapi dia hanya masukkan RM150. Aku bagitahu dia yang dia masih lagi berhutang dengan aku RM50. Dia tak reply mesej aku.

Beberapa hari sebelum raya, dia ada pos video kat facebook dia, aku komen la video tu. Tapi aku komen biasa2 jerk. Komen pasal video tu. Bukan aku komen mintak hutang or jatuhkan maruah dia pon. Kemudian, dia delete komen aku tu tanpa sebab. Aku pon mula hangin, aku pos kat wall facebook dia, aku mintak hutang. Aku cakap "Oit, bila nak bayar hutang aku?". Dia delete komen tu, pastu dia mesej aku kat facebook cakap nak bayar bila balik kampung nanti. Masa raya lepas, aku tak jumpa dia.

Sampai la pagi tadi, aku tegur dia kat YM bertanyakan tentang hutang RM50. Ni perbualan aku dengan dia kat YM pagi tadi.

AO: salam
AO: kim
AO: bila nak settle hutang?
kim lex: ak akan bg bile hati ak x panas lg k ko!
AO: apa mksud ko ni?
AO: x panas?
kim lex: apa yg ko ckp ke ak dulu?
kim lex: ak ingat setiap perkataan ko pd ak
kim lex: dan ak masih terasa sampai hari ini
AO: apa aku cakap?
kim lex: ko pikir ah sendiri
kim lex: k lah
kim lex: ak malas nk layan ko
kim lex: bile hati ak dah sejuk
kim lex: ak akn bg pd org lain suruh pas k ko
kim lex: ak x nk jumpe ko lagi
kim lex: bukan ak x ingat jasa ko
kim lex: tp kata2 hanjing ko tu yg buat jasa ko x patut di ingat!
AO: ok la kalo macam tu
AO: aku akan catat kat blog hidup aku
kim lex: ikut ko lah
AO: kisah hidup aku ngan ko
AO: muahaha
AO: stakat RM50 aku tak kesah sangat tapi hutang tetap hutang
kim lex: ak lg lah x kisah
kim lex: ari tu mmg ak dah nk bg
kim lex: tp ko maki dalm fb ak tu apasal
AO: apa aku maki?
kim lex: ko ingat ak x de maruah
AO: ada aku mencarut pape?
kim lex: ko ingat lah semula
AO: aku just tanya ko bila nak bayar hutang aku
kim lex: ko pikir sendiri la
AO: sebab ko ni susah betul nak settle
AO:ada aku menghanjingkan ko?
kim lex: klu mcm tu cara ko"tanya"
kim lex: ada mas
kim lex: dah lah mas
AO: ok.. aku semak bali nanti apa yang aku cakap
kim lex: ko semak lah
AO: cume kalo ko nak settle cepat baik ko settle
AO: sebab orang yang berhutang xkan di angkat roh nya ke langit
kim lex: kata2 ko tetap dah lukakn dan membuatkn ak betul2 meluat dgn ko
kim lex: oit
kim lex: ak berhutang dgn ko brp
kim lex: ada lagi rm20 k
AO: kalo ko meluat, boleh plak ko simpan dwet aku lama2
AO: kenapa x bayar jerk?
AO: lagi RM50
kim lex: sbb ak ada catat ak hy pnjam nge rm170
kim lex: aje
kim lex: dan ak dah byr rm150
AO: ko pinjam RM200 ngan aku
kim lex: so balance rm20 aje
AO: baru RM150 ko bayar
kim lex: alo
AO: Ko jangan main2 ngan aku
kim lex: ak baru jumpe catatn ak
kim lex: ak hy pinjm rm170 aje
AO: aku yang bagi pinjam, aku pon catat
kim lex: sbb duit rmh masa tu ak x cukup rm170
AO: setiap orang bhutang ngan aku
AO: sebab ramai yang tak bayar
kim lex: catatan ko
kim lex: catatn ak
kim lex: dah mas
AO: aku tak kira, aku nak RM50 jugak
kim lex: peduli apa ak
AO:ok
kim lex: dah ko hanjing kan ak
AO: ko da melampau
kim lex: ak k ko
kim lex: !
AO: ko da lebey2
kim lex: oit
AO: cakap pon kurang ajar siap oit2
kim lex: ko jgn wat2 lupe ko dah mgata ke ak bagai nk rak
AO: dari awal ada aku berkasar ngan ko?
kim lex: ko dah jatuh kn maruah ak
AO: takda kan?
kim lex: ko ckp ak yg melampau
kim lex: ko bce semula semua mesej yg ko bg kat ak tu
AO:ko yang jatuhkan maruah ko sendiri, bhutang tak bayar pastu hutang RM50 cakap RM20
kim lex: dah lah ak malas nk tambah lagi benci ak ko

kim lex has signed out. (11/10/2010 11:15)

AO: ko nak tengok sangat aku melampau..
AO: kita tunggu la nanti
AO: salam
Whoaaa... Hebat dia kan? Penipu besar.. Dia cakap aku maki dia dalam fb.. Heran jugak aku.. Aku mesej dia kat fb sekali jerk. yang sebelum ni dia mesej aku kat fb cakap nak bayar bila balik Terengganu. Pelik giler dia cakap aku maki dia..


Tengok.. Apa dia cakap kat fb. Masa chat kat fb macam tu jugak. Biadap giler. Pinjam dwet aku, tak nak bayar pastu kurangkan plak tu apa yang dia pinjam. Pastu tabur fitnah. Dia taknak bayar takpe. Allah tu Maha Besar. Aku tak doakan bala besar timpa dia, cume aku doakan moga dia sedar akan kesilapan dia terletak kat mana supaya dia tak terus buat dosa macam tu lagi. Amin..

Thursday, October 07, 2010

Rindu pada blog.. Busy sangat ke aku?

Sharing is Caring
Pergh.. Lamanya aku tak berblogging.. Lepas raya ritu ada prob sikit. Maca yang aku citer tu la.. Baca Kisah Ni, Korang Nilai, Kejam Kew Aku? Huhu.. Masalah ni settle da.. Aku da cover sume da barang2 dalam umah aku. Aku beli mesin basuh berharga RM650. TV 2nd hand 21inci RM100 dan Astro aku letak dalam bilik sebab Astro aku tak share la. Ada yang tak mampu nak share. Maklum la, duduk ngan student. Kalo nak murah bayar sewa, tak perlu la nak hidup selesa sangat. Internet aku da bagi free diorang pakai. Kira ok la tu. Tak bebankan diorang. Terbaru, aku beli peti ais plak. 2nd hand jerk, RM250.



Hmm.. Kira ok sikit la, at least, ada la jugak harta yang berjaya aku kumpul dengan duit kerja ni. Hehehe.. Pasni lau aku pindah mana2 pon, aku da ada barang aku sendiri. Syukur Alhamdulillah.. Masalah rumah tangga yang sebelum ni berlaku, da selesai.. Da tak payah nak fikir pape lagi da. Cume aku cuba perlu hidup selesa saja la kat umah ni.

Kat umah da selesa, kat opis plak kurang selesa. Kerja bertambah2 banyaknya. Nasib baik la suasana opis ni selesa sikit. So, kerja banyak pon takda la stress sangat. Sambil2 buat kerja, lau penat or mula stress, aku mula la kaco2 orang jap, bukak citer, makan2, borak2.. So, aku tak la pressure sangat kat opis. Cuma ada satu perkara aku nak cakap tapi tak sampai hati nak cakap sini. Nanti ada yang terasa dan mula la tak senang kat opis. Biarla aku pendam sendiri demi nak jaga perhubungan. Buat masa ni, aku rasa ok lagi.aku boleh sabar lagi la.. Huhu.. Moga Allah sentiasa merahmati aku dalam setiap usaha aku. Ok la.. Tunggu la aku bercerita lagi. Salam...