Aku seorang lelaki yang gigih memikirkan bagaimana menjadikan aku lebih baik..
Famili
Aku lahir dalam sebuah keluarga yang sederhana. Dari kecil, aku memang rapat ngan famili aku, lagi-lagi dengan mak aku. Anak manja mungkin. Maklum la, aku anak laki sulung dalam adik beradik selepas 3 orang kakak. Lagipon, mak mana yang tak sayang anak, lagi-lagi kalau anaknya rapat dengannya. Ayah aku pon, tak jauh bezanya dari mak aku. Aku kagum dengan ayah aku sebab dia sanggup berkorban untuk anak-anaknya. Kadang-kadang aku terharu sampai menitiskan air mata melihatkan pengorbanan seorang bapa. Aku jadikan dia idola pertama aku. Walaupon keluarga kami tidak sesenang keluarga yang berjawatan tinggi, tapi keluarga amat bahagia. Cepat memaafkan antara satu sama lain.
Akak-akak aku lak, aku sangat rapat dengan diorang. Aku la orang yang paling ngam dengan diorang sume. Diorang banyak bagi sokong pada aku untuk terus berjaya. Diorang pon banyak tolong aku waktu aku susah waktu aku sambung amik degree. Aku pon banyak bantu adik-adik aku lam pelajaran, tak banyak aku mintak dari adik-adik aku cume aku ingin buka minda diorang supaya dapat membawa diri bila da besar kelak.
Kerjaya
Sekarang, aku dah dewasa, umur pon dah menjangkau 25tahun. Alhamdulillah, aku dah pon dapat kerja. Aku amat bersyukur pada Allah. Sehingga kini, aku dimudahkan mendapat pekerjaan. Bermula menjadi pelayan di sebuah kedai makan selepas form5, aku trus bekerja sehingga form6 (upper 6) kerana aku masih diperlukan. Bos aku time tu banyak tolong aku, jadi, aku tak kesah bekerja sambil belajar kerana aku juga menolong diri dan keluarga pada masa sama. Terima kasih pada bos aku Ridzuan Ang (Abg Wan), pekerja paling rapat dengan dia adalah aku(aku kan ala² manja sket, mudah mesra ngan semua). Sampaikan ada kontroversi mengatakan aku anak emas bos aku. pekerja silih berganti, tapi ramai cakap macam tu. No big deal. Aku tak kesah pon orang nak cakap pe. Aku selalu la kerja di kedai tu bila aku balik kampung. cuti time study. Lepas study, aku praktikal sebagai graphic designer kat Politeknik Kota Kuala Terengganu. 6 bulan jerk praktikal, tapi bos aku, Zulkifli Taib, sambung tempoh kerja aku ngan kontrak selama 6 bulan sebab performance yang agak baik. Bila kontrak bulan ke 5, aku usaha carik kerja yang sesuai dan tetap. Syukur Alhamdulillah, aku dapat peluang menyertai program bawah kerajaan untuk lepasan ijazah. Program selama 2bulan stengah ni membantu dan mengajar graduan menghadapi alam pekerjaan. Aku berminat menyertai program ni sebab aku jadikan sebagai platform untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Aku sedia maklum, selepas menyertai program ni, kami perlu menjalani praktikal yang di hantar urusetia. Aku pasti aku akan di hantar praktikal area KL. Kemuncaknya, aku di hantar ke Shah Alam. Sebulan aku praktikal, aku berjaya mendapat kerja dia KL. Aku amat bersyukur pada Allah kerana tempat aku kerja sekarang sangat sesuai dengan aku. Aku selesa dengan suasana kerja walaupon kerja agak susah, tapi aku anggap semua itu di atas norma.
Masa Depan
Aku belom pasti. Merancang tapi biarlah tuhan menentukan.. Bagi aku, sekarang aku hanya pikir untuk membalas jasa kedua ibu bapa aku dahulu. Biarlah aku bahagiakan keluarga aku dulu barulah aku fikirkan masa depan membina keluarga sendiri. Lain orang lain cara, aku tak nak aku terabai keluarga terutama mak ayah aku kerana aku sibuk dengan isteri dan anak-anak. Insya-Allah, 2 3 tahun akan datang mungkin, aku akan bina keluarga sendiri dan melengkapkan diri sebagai insan beragama Islam dengan perkahwinan. Amin..
like your style...
ReplyDeleteSaya sudah berkenalaan dengan kamu lebih dari 10 tahun, tapi selalu rasa sangat dekat. Walaupun connection suddenly cut off tapi dengan jodoh kami masih boleh ikat balik untuk persahabatan. Saya masih ingat keluarga kamu lagi, bapak kamu and mama kamu mereka memang couple yang extra ordinary .Harap satu hari kami boleh bertemu di jarak yang dekat
ReplyDeletewow! best gakdapat kenal asrol...hehehhe! ;)
ReplyDeleteEkekeke.. Thanks a lot dear...
ReplyDeleteem~
ReplyDeletesuka cara asrol..
praktikal sebagai graphic designer
sah-sah orangnya sgt seni + kreatif..
Biarlah aku bahagiakan keluarga aku dulu
yg ini sy agree sgt2..
kikiki... trima kasih ayu.. hehe.
ReplyDeletesuka suka suka.....
ReplyDeletebest blog ni...byk info...
ReplyDeleteHehehe... nak merepek lebih2 x reti, so masuk jerk la sume info.. ekeke..
ReplyDeletehey ... i like your style .thinks family should always come 1st. It does not matter what other people think of you, it is what you think of yourself that matters.;) moreover , i like the way u simplify your ideas too . care awk menulis and every ur single words such a brilliant ideas . well done . ;)
ReplyDeleteEkeke.. Famili kena dahulukan, lagi2 orang tua kita. Huhu.. Terima kasih ats pujian tu. Sy selalu belajar dari hari smalam supaya sy jadikan hari sy akan dtg lebih baik dr smlam..
ReplyDeleteyaa .. ;) Life is full of ups and downs. just keep going . be great man ! ;)
ReplyDeletehuhu... nasihat yang baik.. trima kasih wak... sama2 kita improve kn diri..
ReplyDeletesinggah jap...
ReplyDeleteade amik article kamu
tapi dah backlink lik:)
nice blog..:)
Ekeke... Trima kasih manyak² tau... hehehe...
ReplyDelete