Labels

Monday, June 28, 2010

Kempen RM50 Seminggu

Sharing is Caring
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera. Tanpa berucap panjang, saya dengan ini membuka Kempen RM50 Seminggu yang akan berlangsung pada Julai dan Ogos ini dengan rasminya.

Kain rentang "Kempen RM50 Seminggu"

Haha.. Giler x? Siap wat kempen bagai.. Aku ngah plan nak berjimat ni.. Nanti nak puasa pastu raye plak.. Ish ish ish.. Hidup di perantauan ni banyak nak kene pakai duit. Lagi² kalo kampung halaman tu jauh. Nak jugak bawak balik ole² untuk mak, ayah, adik beradik, dan saudara mara yang da banyak tolong aku selama ni. Huhu..

Sebagai usaha untuk berjimat, aku senaraikan 5 perkara penting untuk aku berjimat dan perkara ni aku selalu boros.
  1. No breakfast tapi breakfirst - Betul la ni, jangan sarapan tetapi amik makan pemula hari jerk, means dengan kadar yang sedikit la..
  2. No fastfood - Aku suke sangat makan fastfood bila weekend. Mahal kot..
  3. No dinner - Hey.. Diet okay.. Malam² tak yah malam lor.. Please...
  4. No weekend shopping - Weekend jerk mesti aku nak kuar cuci mata. Then kadang² aku aku terbeli barang.. Aiyo...
  5. No calls out, sms only - Setiap minggu, ada jerk mangsa aku call. Saja².. Slalu jerk sms, nak gak cakap phone kan.. Tapi kali ni aku mesti tahan.. SMS jerk sudey..
Itu saja la dari aku.. hehehe.. Doakan aku berjaya yerk.. BOLEH JERK! Moto kempen aku..

Sunday, June 27, 2010

Gambar: Cermin Tak Serupa Bikin

Sharing is Caring
Hahaha.. Kali ni aku nk tunjuk gambar aku bercermin plak.. Cermin ni macam tak terima aku jerk.. Korang tgk la pe jadi ni..

Ada nampak pelik x? Nape cermin tu pandang arah aku? Hehe..

Yang ni pon. Macam mana cermin ni leh tengok aku lak?

Yang ni lagi menakotkan.. Lain aku pose, lain plak lam cermin tu pose..


p/s: Semua gambar di atas adalah hanya editing Adobe Photoshop. Jangan percaya pada tahyul mahyul..

Muak Wartawan Guna Perkataan Berulang

Sharing is Caring
Aku selalu la baca paper ni, berita OK tapi kadang² kebiasaannya la wartawan diorang ni guna ayat sama jerk. Ayat yang selalu aku nampak ni biasanya untuk berita muka utama dia. Kalau korang pon perasan, ayat dia lebih kurang macam ni.

Anak setan. Itulah ungkapan sesuai kepada seorang remaja.. bla bla bla..
Suami durjana. Mungkin itu ungkapan paling sesuai kepada seorang lelaki yang.. bla bla bla..
Isteri jalang. Perkataan yang tepat sekali kepada seorang isteri.. bla bla bla..
Menantu hantu. Mungkin perkataan yang paling tepat kepada seorang menantu yang.. bla bla bla..

Oit.. Please la.. Leh tak guna perkataan lain sket. Aku muak la baca perkataan sama.. Setiap kali aku baca, aku macam pening² sket dan macam nak muntah jerk.. Wakaka.. Kadang² bila aku baca tajuk akhbar tu, kalo dia tulis, "Anak Derhaka" , "Datuk Kaki Ampu" , "Anak Saudara Durjana" atau macam² lagi, aku da boleh agak mesti akan ada "Itu mungkin ungkapan yang paling sesuai.."

Eeiii.. Muak la beb..

Saturday, June 26, 2010

Gambar: Aku Dan Super Impose

Sharing is Caring
Tetiba cam nak share ngan korang sal gambar aku yang aku edit jadikan ramai atau nama omputehnya SUPER IMPOSE.. Hehehe..  Aku suke edit² gambar aku jadi camni.. Tak la menjadi sangat sebab kadang² aku malas nak tacap lebih² ni.. Bergambar saja pon da penat.. Huhu..

Ni first gambar yang aku wat masa study dulu.

Ni awal tahun ni..

 Sehari lepas tu rasanya aku wat gambar ni plak


Minggu depan pastu gambar tadi plak aku try yang ni.. Penuh kontroversi.. Ada yang x perasan ke dua² tu adalah aku. So, diorg ingat aku betol² pos gambar gay kat fesbuk. Mau kecoh fesbuk aku 3 ari masa Raya Cina lepas..

Ni terbaru minggu lepas.. Hehe.. So sweet..

Friday, June 25, 2010

Khusyukkan Solat Berjemaah Dengan Surah Pendek

Sharing is Caring
Meraikan post yang ke-100 aku ni, aku nak berdakwah sikit la.. Alhamdulillah, Sejak 2008 aku bukak blog, dapat jugak aku buat sendiri posting keagamaan. Maaf la saudara² sekalian jika aku silap tafsir, harap ada yang sudi perbetulkannya. Namun, aku cuba rujuk pada yang pakar juga.

Apa yang aku nak tegaskan di sini, adalah bab sembahyang berjemaah. Ape la salahnya kalo Imam baca surah pendek² jerk masa sembahyang berjemaah. Lagi afdal solat dan lagi khusyuk para jemaah. (Tetiba macam emo). Lepas baca surah Al-Fatihah, baca la surah² pendek bagi solat berjemaah tapi kalo solat sendirian seelok²nya baca baca la surah² panjang. Aku pon tak tahu macam mana Imam tak tahu bahawa surah yang aku rasa terbaik untuk di baca dalam solat adalah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Kenapa?

Al-Kafirun
  • Surah ini ibarat 1/4 Al-Quran
  • Surah penolakan (baraa’) terhadap seluruh amal ibadah yang dilakukan oleh orang-orang musyrik, dan yang memerintahkan agar kita ikhlas dalam setiap amal ibadah kita kepada Allah, tanpa ada sedikitpun campuran, baik dalam niat, tujuan mahupun bentuk dan tingkah lakunya.
"
سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦ 
Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6) "

Al-Ikhlas
  • Surah ini ibarat 1/3 Al-Quran 
  • Surah ini berisi perbahasan mengenai sifat² Allah Yang Maha Terpuji.
"
سُوۡرَةُ الإخلاص
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤
Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4) "

Riwayat dari Ibnu Umar pernah berkata,
       Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam  bersabda, ”Qul huwaLlahu ahad setara dengan sepertiga Al-Qur’an, dan Qul yaa ayyuhal kaafiruun setara dengan seperempat Al-Qur’an” (HR Ath-Thabrani)

Kesimpulannya
Ini bukan bermakna surah² ini boleh menggantikan khasiat Al-Quran. Jadi saudara² muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian (macam khutbah lak..), sama² la kita renungkan apa yang aku cuba sampaikan. Dari kita duk kejar pahala baca surah panjang² dalam solat sampaikan kita tidak khusyuk dalam solat, baik kita jaga solat kita. Mesti korang pon penah terfikir (samada berangan, terigat sesuatu, niat melakukan sesuatu) benda lain waktu baca Al-Fatihah kan? Ni kan pulak nak baca surah panjang². Korang boleh la baca surah² lain selepas solat tika kita masih berwudu'. Selepas itu baru kita berdoa kepada Allah. Solat kita sudah terjaga (khusyuk), di tambah pulak baca surah lain selepas solat sebelum berdoa, mesti doa kita mudah di makbulkan. Amin Ya Rabbal Al Amin.


Wallahualam..


Posting ini sikit sebanyak di rujuk kat laman web ini. Terima kasih..
Tafsir Ringkas QS Al-Kafirun
Fadhilah Surat Al Ikhlas
Membaca Surah-surah Yang Pendek
Surah dan Maksud

Part 1 - English 4 Business: Perhubungan Setiap Hari

Sharing is Caring
Untuk hari ni, Cikgu Asrol nak ajar murid² semua bagaimana kita nak berhubung setiap hari dalam bisnes dengan berbahasa Inggeris. Ok.. Cikgu nak bagi korang frasa yang berguna untuk korang hafal dan boleh digunakan.



Menghubungi seseorang:
Hello, is that Mr Nizam?
Speaking. or It's Nizam here.

Could I speak to the director?
Is Madam Chua there?
He's on another line.
I'm afraid he isn't available.

Ingin memulakan perbualan:
Are you busy? or Is this a good time to talk? or Can you talk?
Yes, go ahead. or I'm sorry, I'm in a meeting.
Is it about Thursday? or Can I call you back this afternoon?

Menerangkan sesuatu:
We open at 8.30am.
Sorry, It's a public holiday today.

Meninggalkan/mengambil pesanan:
Can I take a message?
Can you give Maria a message?
Could you tell her that Nina called?
Could you ask her to call me?

Mengakhiri perbualan:
Do you have anything this afternoon?
No, but I have some free time tomorrow.
So, have we covered everything?
Is there anything else?
I think, that's everything. or Thanks for calling.

Perbualan ringkas:
How often do you use English in your job?
I use English every day.
I sometimes have problems on the phone.
The company's official language is English.

P/s: Murid² kene hafal frasa ni sebab frasa² ni kita biasa guna dalam bisnes kite seharian. Selamat belajar..

Thursday, June 24, 2010

Apa Aku Buat Bila Bosan

Sharing is Caring
ARRGGGHHHHH..... BOSANNYER.....


Dari pagi aku berblogging. Bosan giler.. Huhu... Kantoi.. Ala, bukan tak da kije, wat masa ni aku just kene baca documentation dulu sebelum testing untuk bahagian baru bermula.. Hurm.. Ni kat² nak balik baru la nak pos something sal aku..

Kalau aku bosan kat umah, aku akan wat..

  1. Karok la lam bilik.. Bukak lagu kuat² pastu nyanyi..
  2. Bukak muzik rancak ala² disko, aku pon menari la.. Kadang² berdangdut..
  3. Jarang² plak aku bersenam ala² aerobik, sebab aku ske berdancing jerk.
  4. Aku buat air, aku nikmati atas tilam spring saiz queen aku sorang². Wah, romantik sengsorang..
  5. Start motor, aku jenjalan ke JJ Bukit Raja, Klang.
  6. Chatting and Surfing Internet. Samada lawan² wall FB, berYM, Skyping or Berblogging.
  7. Gaming. Aku ske main game Worm Armageddon. Boom boom.. They coming.. Bush.. O'o.. 
  8. Kemas bilik yang da sedia bersih.
  9. Tidow.
  10. Bukak movie lor, layan home teater lam bilik.. Kehkehkeh..
  11. Bergambar sengsorang lam bilik.

Eerrr.. Ape lagi erk? Hehehe..

Siapakah Gadis Misteri Ni?

Sharing is Caring
 Siapakah gadis misteri ni?

Sebelum tu, aku ada cerita menakjubkan nak share ngan korang semua.

Tahun lepas aku ada kursus kat satu kolej ni, depan Central Market. Kursus ni selama 3 hari. Aku tinggal kat Shah Alam. Malas nak bawak motor sampai KL, aku amik Komuter jerk dari Padang Jawa ke KL Sentral pastu naik Putra LRT plak ke Pasar Seni.

Kisah Handset Yang Hilang

Hari ke 3 tu aku tunggu la Komuter nak balik ke Shah Alam. Masa aku tunggu tu, aku main mesej ngan dak umah aku jap. (Dia tanya aku kat mana, rupa² dia pon skali aku tunggu komuter). Lebih kurang 5 minit kemudian, Komuter pon sampai la, aku masukkan enset aku lam poket suar slack. Ramai giler orang time tu (kol6 petang lebih) balik kije kot. Indon lagi ramai dari orang Malaysia. Sah sah la berhimpit² nak masuk tu.

Nasib Baik - Aku boleh masuk. Lau tak, aku kene tunggu 20minit lagi
Nasib Tak Baik - Poket aku kene seluk. Enset aku kene kidnap. * Si*lan orang tu.
Nasib Baik Jugak - Wallet aku tak kene kidnap skali.

Berderau darah aku tapi nak marah sape gak. Da ramai orang kot. Aku try miss call dari enset lagi satu, da masuk mailbox da. Sayang enset tu, aku beli ngan akak aku tu.. Huhu..

Model enset aku yang kene kidnap

2 hari lepas tu, aku pegi la carik enset 2ndhand kat Kompleks PKNS. Tetibe plak ada Handphone Fair. Aku pon angkat la Sony Ericsson S500i

S500i - Tapi yang ni macam baru sangat. Akunyer buruk sket..

Aku dengar jerk memori kad (mmc) 250MB, aku pon angkat baru mmc 2G. Aku tak hiraukan da memori 250MB tu, aku just simpan jerk.

Nak dijadikan cerita..

Minggu lepas aku nak la sedekah mmc 250MB tu kat kawan aku. Aku ingat aku nyer, pastu aku bukak la nak transfer masuk lappy. Skali aku bukak, ada gambar awek comel. Sapekah? Huhu.. Aku pon tak tau sape. Lawa beb.. Nasib tak baik tak da gambar tak snonoh.. Hakhakhak..

Ni la gambar yang ada lam mmc 250MB tu.

Siapakah dia? Nak sangat aku jumpa dia. Aku rasa enset dia kene kidnap jugak la. Pastu kidnaper (orang yang culik) tu pon jual la enset dia ni. Kalau betul la, kecian dia.. Ada sape² kenal dia tak? Please inform aku.. Mungkin jodoh aku kawen kawan ngan dia kot.. Huhu..

Monday, June 21, 2010

Projek Terapi Taipan - Hai-O Marketing

Sharing is Caring
Anda Guna, Anda Kaya
Guna produk sambil menjana pendapatan sampingan

"Projek Terapi Taipan"

BioAura
  • Meningkatkan metabolisma
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan
  • Melancarkan sistem peredaran darah
  • Memperkuatkan sistem imunisasi badan
  • Menghapuskan unsur² toksin, bakteria, klorin, dan logam berat supaya air selamat diminum




PBeauty
  • Berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme
  • Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik , bentuk badan yang sihat dan seimbang






Maharani
  • Menyelesaikan masalah keputihan, peredaran haid dan senggugut, sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh-lenguh kebasdan urat saraf
  • Menguatkan dan mengecutkan (otot-otot rahim, sistem peranakan dan amalan selepas bersalin)
  • Anti penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan
  • Meningkatkan kadar metabolisme (sel darah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan dan kebahagiaan kepada pasangan)

Celgynic
  • Memperbaiki, memperbaharui, menyusun semula membran sel organ badan untuk memudahkan penyerapan nutrien dan oksigen lalu menguatkan kesihatan serta tenaga sel badan
  • Merendahkan tahap kolestrol, tekanan darah dan melancarkan sistem peredaran darah
  • Mengaktifkan sel-sel otak, sistem saraf, memperbaiki daya ingatan 
  • Mencegah keguguran rambut, awet muda, menghilangkan bintik-bintik hitam dan menyerlahkan kejelitaan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka pada bahagian luar kulit akibat melecur, terbakar, cedera, ruam dan sebagainya.

Pakej A
  • 2 unit BIOAURA
  • Maharani/Celgynic
  • Rebet bonus RM700+


Pakej B
  • 1 unit BIOAURA
  • 1 set PBeautiful
  • Maharani/Celgynic
  • Rebet bonus RM700+

Berminat? 
sms HAIO ASROLMANIA NAMA ALAMAT dan hantar ke
Jie *Blog - 019-3336850 
Asrol *Blog - 0136241828
Dayang - 019-8373937

E-Book Percuma: Kamasutra Malam Pertama

Sharing is Caring

Anda akan melansungkan perkahwinan?
Sudahkah anda bersedia untuk menikmati malam pertama?

Atau,
Anda sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat sebenar malam pertama anda?

Yang penting, tahukah anda bagaimana caranya?

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda, cara atau posisi yang boleh anda cuba untuk malam pertama anda supaya ia meninggalkan kenangan sepanjang hidup anda. Sediaan ini adalah bertujuan pendidikan kepada para suami isteri yang sah dan bukan bermotifkan porno atau maksiat. Kami juga tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kecederaan fizikal.


Paparan ini hanya untuk mereka yang berumur 18 ke atas sahaja. Kanak-kanak perlukan nasihat dan bimbingan ibubapa.





8 Posisi-posisi yang perlu anda tahu dan cuba


Sebelum melakukannya, anda perlu melakukan sedikit regangan badan supaya anda tidak mengalami kecederaan fizikal. Berhati-hati dan sabar ketika melakukannya. Teknik ini juga perlukan sedikit kepakaran, jadi, anda dinasihati supaya meneliti sebaik mungkin cara melakukannya supaya anda tidak kaget ketika mempraktikkannya. Selamat mencuba..









Anda bersedia untuk belajar?

Pastikan tiada kanak-kanak di sebelah anda.












Posisi 1

Posisi 2

Posisi 3

Posisi 4

Posisi 5

Posisi 6

Posisi 7

Posisi 8

Semoga dengan sesi pembelajaran ni, anda suami isteri mendapat manfaat. Tapi mampukah anda bertahan lama? Dapatkan gambir Sarawak asli Di Sini hanya untuk sekitar Shah Alam sahaja.

Sunday, June 20, 2010

Cinta terbalik lepas kahwin..

Sharing is Caring

Sebelum Kawen

Lelaki: Akhirnya, saya tak sabar menunggu
Wanita: Awak nak saya pergi kew?
Lelaki: Tidak, awak jangan sesekali nak fikirnya..
Wanita: Awak cinta saya tak?
Lelaki: Mestilah, selalu kot..
Wanita: Pernah tak awak menipu saya?
Lelaki: Tak tapi nak ke? kenapa awak tanya..
Wanita: Awak nak bunuh saya?
Lelaki: Saya hargai peluang saya ada..
Wanita: Sanggupkah awak sakiti saya?
Lelaki: Mestilah tidak. Giler ape..
Wanita: Boleh ke saya percayakan awak?
Lelaki: Yer..
Wanita: Sayang.......


Wah, sweetnyer.. tapi..
Bila dah kawen, 
cube korang baca dari bawah ke atas plak..

Tahniah Terengganu..

Sharing is Caring
Semalam, tika Piala Dunia FIFA 2010 masih lagi berlangsung, negara telah pon selamat menutup tirai Sukma ke-13 di Melaka. Namun sukma kali ini seolah² sepi kerana ramai yang terkena demam FIFA berbanding Sukan Malaysia (SUKMA).

Ape² pon aku mengucapkan syabas kepada negeri Melaka yang berjaya menganjurkan majlis sukan berprestij negara. Segala kekurangan adalah perkara biasa dan sukar di bendung. Segala komen diharapkan menjadi rujukan dan iktibar kepada Pahang selaku tuan rumah untuk Sukma ke-14 pada 2012 nanti.



Aku jugak ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang menjadi juara keseluruhan Sukma 13 kali ni. Di harapkan, Terengganu terus maju dengan sukan.

Terengganu tanah tumpah darahku.
Sebagai rakyat Terengganu, aku perlu meluahkan rasa bangga dengan pencapaian sukan negeri. Tahniah kepada semua atlit dan mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung kerana telah membanggakan negeri Terengganu.

Berikut merupakan keputusan penuh Sukma ke-13 ini..



Tahniah kepada semua atlit. Majulah sukan untuk Malaysia..

Saturday, June 19, 2010

Rindunya Zaman Kanak-kanak

Sharing is Caring


Tengok budak² duk main kat bawah, luar bilik aku, aku macam teringat plak zaman kanak2 dulu. 
Rindunyer..

Masa kecik² dulu, aku selalu jerk cakap, bila la aku nak dewasa? Nak umor lingkungan 23-28 tahun, waktu tu, mungkin aku da betul² dewasa dan zaman enjoy. Ada duit, kerjaya, kehendak dan sebagainya yang kira²nya lengkap sebagai lelaki. Sekarang, usia aku da 25 tahun, pertengahan umur impian aku. Tapi bagaikan baru jerk mengenal dunia. Yer la, umur 23 aku abes degree, umur 24 aku berusaha carik kerja, da dapat kerja sekarang tunggu permanent plak. Tanggal 28 Julai ni besday aku yang ke 25. Kalau murah rezki, aku permanent awal bulan Ogos. Dapat permenant jerk, tepat la awal usia aku 25 tahun aku sudah ada kerjaya. Pergh.. Macam teratur jerk hidup aku. Kite tengok erk..

Sekitar pertengah tahun ataupun tarikh hampir dengan besday aku..
  • 28 Julai 2005 (20 tahun) - Aku sambung degree dan daftar sekitar 7 Julai 2005.
  • 28 Julai 2008 (23 tahun) - Aku tamat belajar dan 6 Jun 2008 aku mula praktikal 6 bulan, pastu kerja jap then kursus.
  • 28 Julai 2009 (24 tahun) - Aku mula dapat kerja tapi kene kontrak dulu setahun bermula 1 Ogos 2009.
  • 28 Julai 2010 (25 tahun) - Kemungkinan besar aku mula dapat permanent pada 1 Ogos 2010.
  • 28 Julai 2011 (26 tahun) - Aku harap aku bertemu jodoh dan kawen.. Amin...

Bila Melayu Hilang Di Dunia : Kenduri Kahwin

Sharing is Caring
Kategori baru ini buat aku sikit teruja untuk meneruskan berblogging mengenai adat istiadat Melayu yang makin hilang. Melayu takkan hilang di dunia? Siapa boleh jamin? Untuk pertama kalinya berbincang mengenai topik ni, aku mulakan dengan tajuk "Kenduri Kahwin".

Semua orang ambil serius tentang adat istiadat atau majlis perkahwinan Melayu. Majlis perkahwinan masih sama dari dulu sampai sekarang tapi bagaimana dengan aturcara atau pengurusan? Dunia semakin moden, kenduri kahwin pon semakin berubah, kalau....


Dulu: Hidangan makanan Nasi Hujan Panas atau Nasi Gulai Kawah masak beramai².
Sekarang: Semua katering, dari nasi, lauk pauk sampailah buah pencuci mulut.

Dulu: Tetamu dapat telur dalam kotak.
Sekarang: Dapat gula², muffin atau sapu tangan kecik.

Dulu: Ada bunyi kompang.
Sekarang: Karaoke depan rumah.

Dulu: Jemput rakan² pakai mulut, kad dan bertemu muka.
Sekarang: Tag kat fesbuk sudey...

Dulu: Siap kenduri selamat sebelum majlis keesokkannya.
Sekarang: Dinner kat club or lepak² kat restoran ngan kawan² lama.

Dulu: Hantaran termasuk Al-Quran.
Sekarang: Buku simpanan ASB kowt. (sebab tak nampak da ada orang buat hantaran Al-Quran)

Mesti ada antara korang cakap, "A'ah erk.. ye tak ye jugak.." Tengok, tak ke Melayu hilang di dunia..? Ada yang cakap, sekarang masih Melayu, cuma moden jerk. Aiyo.. Moden tu dari mana kawan? Tak sedar kew kita asik duk ikot budaya kuning barat dari dulu lagi sampai la kita jadi Melayu moden. Aku tanya balik, moden tu dari mana kawan²? Dari Melayu kita sediri kew? Berangan...

Tengok la Melayu sekarang

Jemputan melalui Facebook

Ok, tak kesah sangat la sal ni.. Tapi korang kesah tak? Kalau orang yang jemput guna FB ni, da jumpe depan mata korang sebelum ni tapi langsung tak cakap pape pon sal majlis tu. Tut tut, You have an event invitation (FB).. Pastu bila jumpa depan mata lagi, dia langsung tak cakap pape jugak sal jemputan tu. Hey, aku kesah sebab aku tertanya², "Dia ni jemput aku ke tidak ni? Ikhlas kew dia jemput aku ni?"

So, berpadanan tak lau aku luahkan kat wall FB aku?


Ada la komen sket² dari kawan² aku kat FB cakap:

stuju tu asrol..jmput kt fB pn jmput la..tp at least call la kalo tanak anta kad pn..cm tak ikhlas kan..aku pn sama pendapat ngan ko...aku pn tak g gak sape ajak cmtu.. - Rabiatul Adawiyah
nanti kala aku kawin jemput dtg semua ke fb aku
aku wat makan2 kat cafe world
hehhe - Abdul Hafiz Abd Razak
amekla lembu aku kt farmville utk wt kenduri - Syahir Ez
tp lebih baik jemput dgn mulut..aku pun setuju ngan mas - Hasbullah Osman
btol...btol...btol...
aku sokong ko mas... - Is Ahmad
ak support kenduri gune duit Mafia Wars ak..ok x? - Zulfikri Karim
kalo dh jmper dpn mata tp tak jmpt pakai mulut sndri dh kes berat...mmg harus dipersalahkan..huhu - Cipin Marvelous


Ada jugak yang cuba bagi pendapat positif katanya..

facebook senng sumer org boleh bc and ingat sbb slalu bukak. effective and efficient. - Hani Shukor
bukan tak ikhlas mas...save budget kot...think positif bro.. - Azila Ramlan
ala mas mayb tak smpt nk anta kad jemputan tu...maklum la nk kawen kn busy.. - Cipin Marvelous
Korang fikir² la, sejauh mana alasan korang untuk meyakinkan keikhlasan korang tu. Tutup mata, korang bayang la, antara realiti dan main². Jika korang berada dalam realiti, orang akan pandang secara real, bila korang dalam permainan, orang akan permain²kan korang. Ada yang nak wat makan² kat Cafe World, bagi lembu kat Farm Ville, sponsor duit Mafia War. Tak kew orang anggap benda ni main²?

Kesimpulannya, semaju mana dunia sekarang, Melayu takkan hilang di dunia. Kita perlu teruskan dan berbangga dengan adat resam kita yang dulunya kukuh dipegang. Inilah harta kita.

Selamat Hari Bapa 2010

Sharing is Caring
Hello ayah ku... Kikiki.. Selamba jerk kan? Aku ngan bapak aku memang, selamba jerk.. Kitorg macam geng la.. Ritu aku penah amik gambar ngah smack down bapak aku, gambar tu da ilang la..kawan aku tengok tekejut yang tu adalah bapak aku.. "Oi.. Selambanyer ko, lau aku xleh la nak wat macam ni ngan bapak aku.." Bukan aku biadap tapi itulah kemesraan aku ngan bapak aku.

Sempena Hari Bapa 2010 esok bersamaan 20 Jun 2010 (Info: Setiap Hari Ahad minggu ke 3 bulan Jun setiap tahun). Aku nak review kembali kisah aku ngan bapak aku.. Korang tau ape aku wat ngan bapak aku selama ni?

Kisah 1:
Masa kecik (umo 5 or 6 tahun camtu) aku penah teman bapak aku beki TV kat umah. Aku tanya bapak aku, boleh x aku nak tengok orang dalam TV tu. Sampai sekarang bapak aku ingat dan masih boleh gelak. Haha..


Kisah 2:
Masa umo 8 tahun kot aku sesat masa Hari Merdeka. Aku lost dari akak² aku dan adik angkat mak aku. Yang paling ayah aku tak caye, masa aku sesat tu, aku leh jalan sorang² lebih kurang 4KM pegi ke tempat ayah aku keje. Tekejut giler bapak aku sebab kecik² aku da survivor. Hakhakhak..

Kisah 3:
Aku penah buat kuih sama² ngan bapak aku. Mak aku suh aku ajar bapak aku wat Kek Gula Hangus (Kek gula hangus femes bagi famili kitorg sebab mak aku amik tempahan jual kek tu..).  Mak aku da ajar aku. PASS.. Pastu aku kene la ajar bapak aku plak.. Ngee.. Tapi korang kene caya yang bapak aku pon PASS.. Haha... Tahniah..

Kisah 4:
Kerja paling lawak giler aku ngan bapak aku, kejar tikus dalam umah tahun lepas. Aku ngan bapak aku melompat² geli ngan tikus. Mak aku dari jauh gelakkan gelagat kitorang sambil jerit² bila nampak tikus kuar. Kecoh 1 umah di buatnya. Wakaka..

Dari kecik sampai la aku besar gedabak ni (25 tahun), hubungan aku ngan bapak aku sama jerk macam kecik² dulu. Ayah aku masih lagi manja² kan aku. Jalan pon dia nak pimpin tangan aku (tahun lepas). Ngeeee... Malu.. Dia datang melawat aku praktikal masa kat kampung dan makan skali kawan² praktikal aku kat cafe. Sampai kawan² aku terkejut giler bapak aku sanggup datang melawat aku dan lepak sama². Diorang leh cakap diorng bangga ngan hubungan kitorang.

Ucapan: Kepada bapak aku, gua tabik lu bos.. Haha.. Terima kasih kat bapak aku sebab caring sal aku selama ni. Aku bangga dapat bapak macam dia. Bapak aku memang best & sporting beb.. Aku doakan dia mempunyai hati yang kuat, tabah dan cekal untuk membawa famili aku kekal bahagia. Aku pon nak MINTAK MAAF jugak kalo² aku ada wat salah ngan bapak aku. Aku SAYANG dia sangat²..
Mmmuackss....

Jom Karok Waving Flag

Sharing is Caring
p/s: Saja suke² nak post lagu ni.. Jom nyanyi lu.. Huhu..

Waving Flag – K’naan






When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

Born to a throne, stronger than Rome
But Violent prone, poor people zone
But it’s my home, all I have known
Where I got grown, streets we would roam
But out of the darkness, I came the farthest
Among the hardest survival
Learn from these streets, it can be bleak
Except no defeat, surrender retreat

So we struggling, fighting to eat and
We wondering when we’ll be free
So we patiently wait, for that fateful day
It’s not far away, so for now we say

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

So many wars, settling scores
Bringing us promises, leaving us poor
I heard them say, love is the way
Love is the answer, that’s what they say,
But look how they treat us, make us believers
We fight their battles, then they deceive us
Try to control us, they couldn’t hold us
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers

But we struggling, fighting to eat
And we wondering, when we’ll be free
So we patiently wait, for that faithful day
It’s not far away, but for now we say

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And everybody will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And you and I will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And we all will be singing it
(Ohhh Ohh Ohh Ohh)

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

When I get older, when I get older
I will be stronger, just like a Waving Flag
Just like a Waving Flag, just like a Waving flag
Flag, flag, Just like a Waving Flag.


Thanks Bro for "Lepak Time"

Sharing is Caring
Lebih kurang da 11 bulan aku kat Shah Alam. Tak penah kowt aku kuar jalan² pusing Shah Alam.. Tapi malam ni aku cam HAPIE GILERRR.... Abg angkat aku dari Perlis ngan Putrajaya datang melawat aku dan bawak aku jalan²... Aku baru je pas kemas bilik pastu cam nak kuar beli air. Pas aku siap² nak kuar, diorg call cakap on da way datang Shah Alam.. Suke giler aku dengar.. Yay.. Leh kuar.. Memula gi makan kat Kedai Kopi seksyen 4, Shah Alam.

 Googled pics....

Nyum Nyum... Aku makan Nasi Goreng Nenas Ikan Masin + Nescafe Ais (mengidam teringin nak minum dari pagi tadi). Komen sketttt... Nasi dia sedap, lain dari yang lain tapi lau da masuk ikan masin tu, jangan la masak cukup rasa sangat. Masinnya terlebey sudaaa (garam + ikan masin)..... Huhu..

Pastu En Abg dua orang ni bawak aku jalan² gi Uptown Shah Alam. Aku pon tak tau kat mana. Wakaka.. Pusing nyer pusing roundabout jumpe la..


Tak da pe aku nak carik lam ni. Aku tak ske sangat shopping, tak reti nak beli barang. Huhu.. Kami just pusing² jerk lam ni.. 


Ini dia 2 orang Abg Angkat aku, Syahir & Arn

Nak amik gambar diorang tapi sorang ni susah sket nak bergambar, so, amik gambar spontan la.. Haha.. Pape pon, korang memang best.. Datang dari jauh bawak aku jalan². Hakhakhak... Thanks my bro for "Lepak Time".. Ti kite jalan² lagi tau.. Hakhakhak...

Friday, June 18, 2010

Tulang Rusuk Yang Hilang

Sharing is Caring

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W

p/s:Terima Kasih Siti Nor Fatiah Binti Mohamed Nawi, Kelantan
Jika anda mempunyai sebarang emel yang menarik untuk dikongsi, sila emel kepada asrolmania@yahoo.com