Labels

Saturday, May 26, 2012

Pertama Kali Asrol Mania Masuk Wad

Ni aku nak cerita sal pengalaman pertama aku masuk wad. Sebelum ni aku penah teman nenek dan adik aku kat wad, tapi siang jerk la. Aku pon penah teman kawan aku masuk wad selama 5 hari 5 malam kat Hospital Serdang 2011. Teman saja tak sama macam kita yang masuk sendiri.

Sebelum ni aku penah terfikir kalau lah aku yang masuk wad atas alasan operate ke, eksiden ke, demam ke or sebagainya, camne erk keadaan dan perasaan aku. Kalo boleh, aku taknak pon merasa camne jadi pesakit yang kene tahan kat wad.

Kali ni, aku masuk wad, daftar atas nama sendiri. OMG, seyes ke aku ni masuk wad? Huhu.. Sebelum masuk pon aku fikir banyak kali jugak. Sampai nak demam kot.

Bergaduh

Sebelum ni aku ada bergaduh ngan seseorang. Kawan atau lawan terpulang la. Haha.. Main bertepuk tampar la konon. Ngekkkk... Masa bergaduh (perang mulut) aku hilang kawalan sebab dia tak bagi kerjasama. Aku tampar dia. Sebelum aku tampar, aku pikir nak tumbuk. Bila aku da hilang sabar, aku angkat tangan sempat aku terpikir, kalau tumbuk parah plak, aku pon nak tampar, tu pon beragak sebab tak nak kes jadi parah.

Aku perlahankan tamparan supaya dia sedar. Sebab masa aku bercakap, dia seolah-olah taknak dengar tapi hanya pertahankan diri jerk. Dia asik nak salahkan aku. Bila aku bercakap, dia taknak terima. Aku pon tampar la..

Dia sempat tanya kenapa tampar dia, aku jawab sebab bila aku bercakap, dia langsung taknak dengar. Dia cakap aku yang tak dengar dia cakap, then dia tampar aku skali. Kene kat pipi. Ok.. Seri 1 sama. Dia bercakap lagi, pastu dia tampar lagi skali kene kat telinga. Berdesing telinga. Aku tak sedia dia nak tampar sebab aku ingatkan dah seri dia da tak tampar. Masa tu aku tahan kesakitan. Aku betol-betol tak dapat dengar sebelah dia bercakap. Dia nak pukul lagi, sambil aku tutup telinga sebelah sebab takot lebih teruk, aku cuba elak.

Dia tarik tangan aku pastu dia pukul lagi. Aku dalam kesakitan, aku elak lagi, tangan kat telinga aku tak lepas, aku cakap aku sakit.. Pukulan dia kene kat kepala aku. 2 3 kali jugak la kot.

Pastu da bincang leklok, mungkin dia sedar aku sakit. Dia stop.. Aku memang kesal ngan apa yang dia wat. Memang salah aku mulakan angkat tangan dulu. Tapi aku lebih kesal, sebab dia yang mulakan salah faham, carik pasal dengan aku. Dia seolah-olah tak sedar kesilapan dia, tapi dia hukum aku, pukul aku banyak kali.

Gegendang Telinga Bocor

Sakit telinga belum hilang. Aku susah nak dengar. Gema dalam telinga. Aku pon pergi ke klinik, doktor terkejut. Dia cakap memang teruk. Ada pendarahan dalaman. Dia mintak aku ke hospital untuk buat pembedahan kecil. Amik kulit dalam telinga untuk tampal kat gegendang telinga yang bocor. Khamis 24 mei, doktor mintak aku daftar masuk wad.

24 Mei 2012 - Daftar masuk

Pagi aku pergi kerja macam biasa. Aku bawak baju siap-siap.. Lepas maghrib, aku bertolak ke hospital. dekat jerk dengan opis aku. Dalam perjalanan tu, aku rasa macam nak tergelak pon ada. Sebab macam serah diri jerk nak masuk wad. Takda orang hantar. Pergi sendiri jerk. Hahaha..
Tepat pukul 8.30 aku daftar. Ada perbualan lawak aku ngan nurse..
Nurse: Kalau u nak gi makan boleh la sebab waktu makan da abis.
Asrol Mania: Beli kat bawah boleh ke?
Nurse: Boleh.. U boleh turun beli sini. Takpe..
Asrol Mania: Maksud u, lepas i daftar, i boleh kuar wad untuk beli makan?
Nurse: Yups.. U boleh kuar beli makan. U nak order McD pon dia boleh hantar kat u.
Asrol Mania: Kalo macam tu, i nak pegi Midvalley boleh la? Hahaha
Nurse: Boleh.. Tapi i takot u ubah fikiran taknak balik sini lagi da. Haha..

Sementara ada orang bawak aku masuk wad, aku ke kantin dulu makan kek. Hihi..


Pastu aku ke wad. Aku duk sebilik berdua. Cantik wad dia. Selesa...


Kelakar nurse ni... Ada lagi, masa aku masuk wad. Duk kat katil. Ada sebungkus kain dalam plastik. Cantik dia letak. Nurse pon datang nak timbang berat. Dah timbang dia terang la apa yang aku boleh buat. Dia tunjuk remote TV, toilet, loceng dsb..

Asrol Mania: Ni cadar ke selimut?
Nurse: Selimut la..
Asrol Mania: Oh.. Sebab i tengok cadar u tak macam cadar pon.. Hihi..
Nurse: Selimut tu u punya, boleh bawak balik. Masuk skali pakej wad.

Pastu dia bagi aku pen untuk sain.

Asrol Mania: Mak ai... Pen pon bentuk jarum. Scary la u ni.. Menakutkan..
Nurse: Haha... Kreatif maa....
Nurse ada jugak tanya aku..

Nurse: U ada amik ubat tak sebelum ni?
Asrol Mania: Ubat untuk kecantikan ada la.. Hahaha..
Nurse: Owh, tu suplement.. Hihi..

Malam tu, aku memang tak dapat tidur lena.. Biasa la tempat baru. Aku hanya tengok tv jerk.. Aku kenang balik diri aku.. Tak sangka masuk jugak hospital. Hahaha...


First time pakai tag kat tangan. Huhu..

25 Mei 2012 - Operation

Pukul 4 pagi nurse da datang kejutkan aku, nak check darah pastu bagi aku baju suh mandi kol6 pagi, pakai baju operate tu..

Pukul 5.50 pagi dia kejutkan suh aku bangun mandi. Padahal operation kol8.15 pagi.. Gigih aku mandi pastu bersiap. Memang tak selesa pakai baju tu, da la baju atas paras lutut, underwear tak bagi pakai. Baju plak ikat tali jerk kat belakang. Pas subuh dia datang jenguk aku lagi. Aku rileks kejap.

Pukul7 lebih dia datang cucuk kat bontot aku. Sakit wooo... Dia cakap untuk bagi tenang. Aku da mengantuk tunggu. Aku baring jerk.

Pukul 7.40. Datang la 2 orang nurse tolak katil aku ke Operation Theater. Tukar 2 3 katil nak sampai dalam sana. Bila dah sampai dalam bilik OT. Dia suh aku pindah katil pastu bukak sume tali baju aku. Dia cucuk air kat tangan pastu aku nampak doktor masukkan ubat dalam tiub air. Aku da agak ubat nak bagi aku pengsan. Nurse sorang tu tutup mulut aku dengan pam gas tu.

-------

Aku sedar doktor kejutkan aku. Aku memang lalok gile time tu. Tapi aku leh rasa sesuatu kat telinga aku. Tapi aku macam tak sedar pe yang berlaku. Sedar nurse suh aku bukak kaki. Dia selak baju. Aku rasa sejuk jerk kat anu aku. Time tu memang aku separuh sedar. Aku rasa dia jolok sesuatu dalam bontot aku. Aku mimpi ke ape ni? Aku tak leh nak fikir positif lagi. Dia dedahkan anu aku? Hahaha...

Dah tukar katil. Dia pindahkan aku ke bilik lain, bagi aku rileks.. Bila aku da betul-betul sedar, dia bawak aku keluar, pindah ke katil aku.

Pukul9.45 pagi, diorang bawak aku balik wad. Pening kepala aku.. Haha.. Aku rasa tak selesa kat bontot. Aku masih fikir, aku mimpi ke ape tadi..

Ini paling aku tak suke.. Kene cucuk air.. Huhu..
Tengahari, kawan opis aku datang. 5 orang.. Hapie tengok diorang datang. Huhu.. Thanks to Onie yang bawak kawan2 datang melawat. Dia belanja aku makan kat kantin. Kikiki...


Lepas diorg balik, saudara angkat aku plak datang dengan ibu dia. Siap bawak nasi lauk ikan masak merah dan ayam goreng. Selera sikit la aku makan dari makanan hospital. Korang kan tau camne makanan hospital kan.. Hahaha...


Petang nurse datang cakap nak cucuk ubat tahan sakit. Kat bontot katanya. Aku pikir pagi tadi kene cucuk punya la sakit. Pastu dia suh aku mengiring. Dia selak suar aku, dia masukkan ubat dalam bontot aku. Aku pon terpikir balik.. Owh.. Tadi aku bukan mimpi.. Hahaha.. Mak air, segan giler nurse pompuan yang cantik main bontot aku.. Kahkahkah... Malam pon dia masukkan jugak ubat tu. Aku da segan da bila dia datang bawak ubat tu..

26 Mei 2012 - Keluar wad

Hari yang aku tunggu. Hahaha... Pagi ni aku pegi ke bilik doktor. Dia cakap aku dah boleh balik. MC sampai hari khamis. Tapi khamis dia suh aku jumpa dia bukak jahitan. Hurlm... Ada jahitan rupanya.

Aku balik ke bilik, tunggu kot-kot nurse bagi surat aku leh balik. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Aku pon pegi tanya, dia cakap dia tak tau pon doktor bagi keluar. Takda orang bagitau. Sib bek aku bagitau, lau tak, tambah lagi 1 malam aku kat sana. Hahaha...

Makanan tengahari da sampai da. Surat balik tak sampai-sampai lagi. Aku makan, nurse pon datang bagi aku surat suh refer kat bawah. Cepat-cepat aku habiskan. Aku pon terus ke bawah.. Tengok bil... Pergh...


Nasib baik ada panel. Lau tak, menggagau aku carik duit.. Huhu... Thanks a lot to my company sebab bagi kemudahan camni.. Aku janji akan kerja lebih baik nanti.. Amin...

Yay.... Aku da merdeka... Pukul 1.30 aku kuar dari hospital dengan parking hanya RM12 sahaja... Sib bek murah.. huhuhu...

Makanan hospital yang sempat aku snap...

Makanan tengahari kat hospital lebih kurang macam ni.  Tapi ni dak opis aku belanja. Hihi...

Hi-tea petang Jumaat.. Urghhh.... Simple..
Dinner dalam pukul 6 petang.. Hahaha..
Sib baik ibu bawak bekal ni, leh aku makan petang tu..
Pagi sabtu(tadi) punya... Nasi lemak Ngan hot Chocolate
Tengahari sebelum kuar wad, sempat aku jamah nasi ni.. Ikan 3 rasa. Tapi rasanya hanya 1.. Hahaha...

Kesimpulannya

Betullah ada pepatah

"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari... kemudian Allah datangkan pula guruh & kilat .. puas kita menangis , mencari di manakah matahari?? rupanyer Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Aku fikir-fikir balik, ada hikmat sebalik kejadian ni... Aku taknak buruk sangka, sebba aku tahu, Allah dah aturkan yang terbaik buat kita..

Sunday, May 20, 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis

Hari ni aku nak berkongsi cara wat Sambal Ikan Bilis.. Muahaha.. Act aku da buat lama da ni. Baru jerk nak update. Duk usha-usha gambar tadi, baru teringat.

Bahan-bahan:
1 1/2 Biji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
Segenggam Ikan Bilis
2 Sudu Besar Cili Boh
1/2 Cawan Air Asam Jawa
1 Sudu Besar Gula
Garam

Cara-cara:
- Kisar bawang besar, bawang putih, beberapa ekor ikan bilis bersama air asam jawa.
- Lepas tu tumis bahan kisar dengan 4 sudu minyak masak. Time ni bukak api perlahan jerk.


- Bila da mendidih, masukkan cili boh, garam dan gula.


- Pastu masuk la ikan bilis plak... Masak sampai kering sket.. Muahaha... Jadi da...


Nyum2...

Monday, May 14, 2012

Slumber Tak Aku Ngan Maxis

Muahaha... Eh, lom citer aku gelak dulu. Beberapa menjak ni ader prob sket ngan Maxis. Sebelum ni aku majuk ngan Maxis sebab aku subscribe Internet Prepaid dan takleh pakai. Macam takda line. Aku amik yang sebulan plak tu. Rm58. Silap aku jugak, sepatutnya aku kene amik yang Mobile Internet. Pastu nak marah2 kat Maxis kan.. Hahaha.. Sib baik Maxis pulang balik kat aku kedit sedangkan tu silap aku. Memula majuk, macam nak tukar ke Celcom. Siap cakap kot kat Maxis dalam forum diorg..

Klik untuk pembesaran yang memberangsangkan
Jahat kan.. Macam ugut pon ada.. Tapi aku memang plan nak tukar. Panas hati tau.. Lalala..

Pas dari tu, ada masalah lagi. Aku takleh MMS. Aku suspek lepas kes Internet ritu tu.. Aku ada pos lagi kat forum semalam. Aku pos in BM plak, sebab aku rasa BI aku cukup2 shit. hahaha... Pagi aku pos, tengahari dia call. Aku tak sedar sebab aku tengah memasak. Aku pon, check kat forum, dia reply dia call aku tak dapat. Aku pon, reply balik kat dia..

Klik untuk pembesaran yang memberangsangkan
 Sengal tak? Hahahaha.... Skang aku da boleh MMS da.. Yayyyyy.. Love u Maxis... Ngeeee...

Wednesday, May 09, 2012

Untuk Puaskan Hati, Tenangkan Diri, Apa Salahnya

Aku ada cerita kat korang pasal Aku Kemurungan kan? Semalam aku selesaikan hal-hal yang sepatutnya untuk aku berjalan jauh nanti.. Buat passport dan cucuk apa entah. Pastu aku pegi buat bayaran kat travel agensi. Balik dari buat bayaran, aku usha tempat accessory kereta area Kampung Pandan.Ingat lagi tak aku cakap aku beli LCD dalam kereta tu? Ala masa Hari Untuk Manjakan Kereta tu..

Cantikkan? Tapi aku tak puas hati ngan player ni. Banyak function yang aku tak suka. Contohnya:
  • Bila random boleh random, tapi tekan next, dia tak pergi random, dia pegi next lagu.
  • Nak repeat folder lagu pon susah. Takleh kot, dia akan repeat all folder.
  • Signal radio tak bape kuat.
  • Bila start enjin semula, lagu akan patah balik ke no 1. Tak save last play. So, kene dengar lagu sama. Urghhhhhhhh...

So, aku agak tertekan kadang-kadang. Dalam kepala boleh nak pasrah jerk. So, aku dah pon pasrah. Disebabkan kemurungan aku 2 3 hari ni, aku jadi tak menentu. Aku fikir nak cari something yang boleh wat aku hapie dan lupakan masalah lain. Balik semalam, aku sempat usha kedai tu, dah jumpa player baru. Kali ni, yang besar punya. So, tak ganggu air-cond.


Kan kemas tu.. Walaupon agak ke bawah sket screen. Kang lau duk atas, air-cond duk bawah, korang cakap air-cond plak ke bawah.. Hahaha.. Ni pon takda la bawah sangat. Selesa jerk aku tengok video masa drive.


Nah kau.. Siap leh connect ke telefon lagi.. Sync no telefon. Boleh wat call dari sini dan terima panggilan dari sini pon..


See, tengah wat call ke umah sape ntah.. Hahaha... Korang perasan tak lampu button tu berubah-ubah... Cantikkan? Huhu...


Nampak mic dia sebelah kiri atas tu? Mula-mula aku nampak dia pasang, aku fikir jugak apa tu. Pas siap pasang sume, baru dia cakap leh connect ke telefon. Paling best, LCD dia ni leh cabut untuk keselamatan dari kecurian. Haha.. Parking pastu, cabut LCD dia..


Bila orang intai dari luar, tak nampak la ada player. Hehe.. Aku da bawak masuk umah okeh.. USB plak tak da port kat depan, dia sediakan cable dari belakang. Nak bag nampak kemas, dia masukkan dalam laci dashboard.


Tada.. Takpe la duk dalam ni pon. Janji, xda la pendrive tetiba tersembul keluar. Wakakaka.. Cable ni pon berguna untuk cucuk Iphone or Ipad.

Adakah aku puas? Untuk player ni memang la walaupon ada sikit bunyi runut bila pasang radio. Takpe la.. Aku pasang USB jerk kalo susah-susah sangat. Sound pon da ok sebab aku tukar speaker belakang skali. Bunyi sangat puas hati. Bergegar kereta aku. Hahaha... Bunyi depan & belakang boleh beza. Player sebelum ni susah nak beza bunyi.. Kadang-kadang yang depan macam tak bunyi.. Huhu..

Tuesday, May 08, 2012

Aku Kemurungan


Ya Allah... Apa jadi la dengan diri aku ni.. Aku rasa aku dah kemurungan kot. Tak tau apa yang aku fikirkan dalam kepala. Bab kerja hanya kat opis jerk, kat umah aku aku cume wat mana yang perlu jerk, kat luar aku bukan jenis suke kuar lepak2.. Yang ada dalam kepala, mungkin fikirkan bab hubungan dalam hidup. Memang sebelum ni aku ada hubungan dengan seseorang. Ada masalah sikit. Untuk selesaikan masalah tu, aku cuba bawak diri sendiri. Kot-kot la aku dan dia boleh tenang. Dia bawak hal dia, aku bawak hal aku. Tapi tak menjadi. Macam makin teruk jerk.

Aku ada usha kat internet. Antara beberapa simptom, aku dah kenal pasti.. Memang ada dengan diri aku sekarang.. Antaranya:-
  • Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan - Aku rasa sunyi, tak tau nak fikir apa, asyik terfikir kisah lalu, insan-insan yang rapat dengan aku dulu..
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan - Aku baru jerk minat XBox, aku pon minat on9 FB, Blogging. Tapi semua tu aku da tak minat. Aku paksa diri jerk. Sebab taknak fikir perkara kat atas ni.
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga - Aku jadi malas nak wat sesuatu. Aku rasa penat jerk badan..
  • Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa - Cepat mengalah tapi belum lakukan lagi sesuatu perkara.
  • Perasaan bersalah dan tidak berguna - Aku rasa apa yang berlaku adalah salah aku. Kadang2 walaupon salah orang, bila difikir semula, rasa macam salah kita jugak..
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur - Akhir-akhir ni, walaupon mengantuk, aku tetap susah nak tido. Asyik terjaga malam. Nak tido pon amik masa lama untuk lena.
  • Hilang selera makan - Jadi malas nak makan pape jerk. Bila tak makan, badan aku menggigil, barulah aku makan.
  • "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri - Terfikir jugak. Tapi iman masih kuat kot..
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah - Masa drive, aku slalu carutkan orang. Salah sikit pon, aku hon. Pecut kereta laju2..
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan - Malas nak fikir nak buat sesuatu. Janji / harap aku puas dengan apa yang berlaku, aku cume turutkan hati. Tak fikir panjang, cume buat keputusan tanpa fikir panjang.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman - Kerap buang air besar, sakit kepala sampai susah nak tido dan susah nak buat kerja.
Tolonglah aku... Aku seksa hidup macam ni. Aku cuba gembirakan hidup aku tapi tak dapat. Aku duk seorang diri pon, aku tak dapat senyum. Semua macam terpaksa..

Saturday, May 05, 2012

Cara & Gaya Pakai Head Scarf Men

Hari ni aku wat kije giler. Jom main2 ngan skaf kepala untuk lelaki.. Kikiki..

Yang biasa la orang pakai.. Hanya sarung jerk..

Ni kalo agak2 nak nek motor besor.. Halang habuk/debu katanya..

Kalo nak g merompak camni la.. Wakaka.. X pon ala2 ninja..

Yang ni old skool sket.. Zaman 4U2C gittew.. Paling best zaman skang (kat bawah ni..)

K-Pop kata nyer uolssssss.. Ceh.. Dengan kaki terangkat sbelah.. Kahkahkah..

Ni kalo nak g bersenam, jogging ape bagai..

Kalo duk dapur, agak2 rimas ngan rambut or kat spa.. boley la camni..

Lau rambut panjang sket, boleh la wat ikat.. Hahaha..

Ala leha... Ni ala2 anak tudung.. Wakaka..

Agak2 nak macam mak datin sket, boleh la camni.. Kuar jambul sket.. Kerlass uols..

Ha.. Ni paling best.. Ala2 Yuna.. Setiap gambar ada lagu.. Wakakakaka.....

Tuesday, May 01, 2012

XBOX 360

Tajuk ringkas dari aku.. Gambar permulaan...

RM1699 RM1100

Rini aku jenjalan kat KL Festival City kat Setapak. Plannya nak tengok wayang. Aku jenjalan la sekitar kedai nak carik kedai makan dulu. Aku tertarik sorang staf kedai ni main game. Aku cakap kat member aku, nanti datang balik sini.. Macam best jerk Wii.. 

Lepas tengok wayang, aku singgah kedai ni. Ops... Not Wii.. Tapi XBox 360. Nice.. Tak perlu pegang pape.. Camera da detect pergerakkan kiter. Harga RM1100. Promotion katanya.. Percuma 2 full original game. Aku try lagi game lain, tanya harga.. OMG, RM99-RM225 kot. Takpe, takkan nak pakai game yang ader jerk kan.. Aku carik yang terbaik untuk aku.

2 yang atas tu percuma
BEP Experience = RM140
Kinect Sport Season 2 = RM150

Seram harga dia kan? Yang ni jerk la game yang mampu aku ada skang. Tapi memang betol2 aku puas hati main. Seronok giler. Bersenam dalam umah. Satu2nya game yang sehat. 

Takda la duk jerk atas kerusi, hanya tekan Batang Bahagia (JoyStick). Memang tak sehat langsung tuh.. Hahaha... Nanti aku nak carik game Taekwondo. Siap angkat kaki bagai. Dalam game Kinect Sport percuma tu ada game Boxing.. Memang terbaik.....

At last.. Ni ler keadaannya.. Bersepah...

Kinect tu aku taruk atas LCD TV. So, agak balance la ngan badan aku..

Pasni bye-bye Astro..
I only need XBox to enjoy my life..alone..
Wakakakakakaka....