Labels

Wednesday, February 25, 2015

Kalau itu Takdir dari-Nya

Salam,

Hari ni macam mimpi, belum lagi aku lelapkan mata, apa yang berlaku sepanjang hari ni macam tak masuk akal. Dalam kegembiraan, dapat berita yang sangat mengejutkan. 

Seseorang yang aku kenal kongsi berita menghidap masalah kesihatan yang sangat teruk. Aku nampak tenang pada mulanya. Bila dia cerita perasaan dia, apa yang dia tempuh semasa dia berdiam diri dari aku, aku jadi sangat terharu dan sangat-sangat menyentuh perasaan aku. 

Balik rumah, aku terfikir balik apa yang diceritakannya. Aku sendiri macam tak mampu nak terima kenyataan. Perasaan dia, sedih dia, susah dia. Dia tak bersalah tapi kita tak boleh cakap ini hukuman Tuhan. Allah sebaik-baik perancang.

Aku terbayang saat dia terima keputusan tu, MasyaAllah. Macam mana lah aku yang berada kat tempat dia. Fikirkan masa depan, apa jadi dengan masa depan. Kesakitan masa depan. Menghadapi kematian. Aku... Mungkin akan lalui perkara sama kalau ....... . Tunggulah keputusan aku pula esok..

Aku harap semuanya baik-baik saja. Bebas. Moga Allah menghindarkannya dari aku. Walaupun tipis, aku masih berharap.