Labels

Sunday, November 28, 2010

Seronoknyer 3D | Nature View

Ada orang cakap
"Membazir jerk beli cermin mata 3D"
Orang tu buta teknologi
Haha..
Taste masing-masing

Bagi aku
Seronok jugak layan 3D
Lain dari yang lain
Kadang-kadang aku spend masa untuk layan 3D
Carik gambar 3D
Carik citer 3D
Ada la jugak kerja berbaloi
Berbanding hisap dadah, melepak, maksiat
Setidak-tidaknya
Aku ber-3D, aku tak kaco orang
Hehehe..

Okay, sape-sape yang ada cermin mata 3D
Boleh la layan gambar-gambar bawah ni


Saturday, November 27, 2010

Sekali Sekala Kita Kena Manjakan Diri

Tajuk..
Bukan main erk..
Haha.. Betol la tu..
Sekali sekala, kita kene la manjakan diri jugak
Lagi-lagi pada hari minggu ni
5 hari kita kerja
Hari minggu jerk la kita amik masa untuk rehatkan badan
Tapi aku tak biasa buat pon
Tapi hari ni macam nak appreciate sangat pada diri sendiri
Wah.. Kenapa erk?

Kelmarin
Masalah kerja
Ada sorang staf ni dari Terengganu, nak buat kerja yang urgent
Masa tu petang dalam kol5 lebih
Dia baru jerk guna sistem kami
Boleh buat cuma tak cekap lagi la..
Maklum la, orang tua
Dia mintak aku tolong buatkan
Lagi pon aku tau, kalau dia nak belajar time tu, memang lambat la..
Aku pon tolong la buat
Bukan sebab dia satu negeri dengan aku
Tapi atas dasar kerja tu urgent
Da siap semua
Dia cakap, lain kali la dia belajar
Ok..
Aku bukan baik hati sangat
Tapi sekadar bertolak ansur la
Da kerja tu pon urgent

Semalam
Ada sorang vendor aku
Datang dengan muke bengis dan aku nampak dia cuba kawal kemarah dia
Aku kan cepat menilai tingkah laku orang
So, aku checkpoint first impressions dia
Aku tunggu dia cakap
Dia tanya ada tak aku tolong staf tu
Aku cakap ada
Aku terus terang yang aku tolong buatkan
Sepatutnya tak boleh buatkan
Tapi vendor tu tau urgent
Dia cakap aku buat kerja salah
Dan ada orang dari unit lain marah sebab salah
Fine, aku terima kesalahan aku
Tapi aku tak puas hati
Kenapa diorang nak marah?
Apa salah kalau diorang yang betul kan?
Actually diorang tak tau sape yang buatkan
Maybe diorang ingat vendor yang buat
So, sebab tu vendor tu macam nak marah memula
Sebab dia yang kene marah
Lepas tu vendor tu tak jadi marah aku
Sebabnya
Aku yang marah-marah dulu
Wakaka
Nak tau kenapa?
Sebab dia cakap, "Kenapa u tak bagitau i dulu?"
Aku marah dia balik "Dah keje tu urgent, mana la i tau u tau ke x"
Dia takda point nak balas
Dia cakap "u tau tak unit XY marah sebab salah?"
Aku tau, point dia nak cakap, dia yang kene marah
Aku balas "Kalau diorang nak marah, suruh diorang marah i, kan senang, biar i yang jawab. Buat keje salah, tak buat kerja salah. Kalau salah, diorang jerk la yang betulkan. Diorang ni memang saja nak carik pasal dengan kita. Da tau tu kerja unit ABC, kenapa diorang tak bincang jerk dengan sana. Ntah pape nak marah kita.."
Aku mula buat bengis
Vendor tu da takda point lagi
Dia pujuk aku, mintak aku cooldown
Nevermind
Aku pon tak salahkan dia jugak
Unit XY ni memang nak kene kot
Cerewet dan suke carik pasal dengan aku
Bukan 1 2 kes, da banyak kes da

Pagi ni
Takda la special sangat pon
Saja nak menyucikan otak
Aku pon cube la nak makan benda yang nampak sedap di mata
Tadaaa...
Cornflakes + Susu + Krim + Kerepek pisang
Hehehe...

Tengahari
Member aku call
Nak anta lappy dia
Nak suh maintenance
Kebetulan mak dia da masak nasi
Dia bawak skali nasi untuk aku
Yay.. Takyah masak
Hahaha
Aku pon mula la kerja-kerja selenggara
Satu untuk maintenance
Lagi satu untuk aku online
Rini aku banyak abeskan masa tinjau 3D
Aku download movie 3D
Layan citer jap.. Hehehe..
K la.. Da petang nih..
Nak goreng daging blackpaper jap..
Nak ratah..
Hehehe...

Friday, November 26, 2010

Software Review | Screengrab! Printscreen Penuh Laman Web

Screengrab! adalah sebuah fungsi tambahan kepada pengguna Firefox. Fungsi sebenar Sreengrab! ni adalah untuk menyalin laman web yang di lawati menggunakan Firefox.

Fungsi:
Mudah di guna pakai

Boleh menyalin atau menyimpan keseluruhan laman web.

Boleh disimpan dalam bentuk JPEG & PNG

Boleh pilih mengikut sempadan tertentu

Download
Korang boleh dapatkan kat

 

Ibu Sanggup Diperkosa Demi Anak | Kempen Unicef Untuk Kanak-kanak

Mesti ada yang tak tau lagi nih
Ataupon, ada yang tau tapi buat-buat tak tau
Ada yang berblogging jerk
Komen sana, komen sini
Sekadar nak up traffic
Tapi tak fikir kepentingan sebenar berblogging
Kita duk berkempen sana sini
Berdakwah itu ini
Masing-masing buat tak reti
Dalam kepala fikir nak tarik orang masuk blog
Dengan harapan ada orang komen
Suke la dapat banyak komen
Konon-konon dapat perhatian ramai
Bila da ramai follower
Ramai yang komen
Mula la nak perasan diri tu glamer
Tapi apa satu kebaikan dari berblogging pon tak tau

Pagi nih
Aku baca Metro
Seorang ibu sanggup dirogol demi nak pertahan anak umor 12 tahun daripada dirogol oleh perompak


So
Apa kata korang?
Penah tak terfikir
"Apa la yang aku dah bantu untuk semua ni?"
Apa tindakan korang seterusnya?
Adakah korang pernah membantu menyedarkan masyarakat kita?
Aku rasa sedih dan kesian sangat
Bukan saja pada keluarga mangsa
Tapi pada korang yang tak penah buat apa-apa untuk membantu

Usaha Unicef

Bukan saja kes penderaan fizikal
Malah penderaan seksual dan bayi ditinggalkan
Pendek kata, penganiayaan pada kanak-kanak
Ingat lagi kan Asrol penah buat entri
Mungkin ada yang sekadar tengok tajuk
Mungkin ada yang sekadar berkata
"Benda apa la nih.."
"Ala, lau aku join pon, pe jerk aku leh wat"
"Eleh, biasa jerk entri dia"
"Malas la nak baca"
"Komen jerk la, kot-kot Asrol datang komen blog aku plak"
Banyak lagi kot..

Kempen Unicef
*Klik pada gambar sebagai tanda sokongan

Kempen ni adalah untuk kesedaran kita bersama
5 minit dari umur hidup kita untuk membantu
Tapi apa yang kita fikir 5 minit kita tu?

Hasilnya
Korang boleh hasilkan seni tangan sebagai tanda sokongan
Bayangkan, jika kanak-kanak tahu apa usaha korang pada mereka
Mereka tengok hasil seni korang untuk mereka
Mesti diorang senyum gembira
Mereka rasa disayangi
Untung nasib diiringi doa mereka untuk korang
Tak cukup lagi?
Allah tu Maha Kaya
Kesannya
Korang fikir la
Jika takda kesedaran
Kanak-kanak terus jadi mangsa
Kerana keegoan kita duk kejar trafik blog semata-mata
Untung nasib, korang jadi glamer
Malang nasib, mungkin anak korang jadi glamer
Fikir la mana lebih bernilai

Review Blog ^-^ penawar rindu, pengubat jiwa^-^

Awal pagi semalam
Online sebelum pergi kerja
Skali nampak kat dashboard
Nampak tak..
Terkejut jugak aku
Nama aku kat tajuk blog orang
Aku pon klik la..
Gambar nih baru print screen pagi tadi
Wah... Betol la..
Nama aku..
Hahahaha...

Owner (Nurdiyana Yaccob) ni mula bergiat dalam dunia blogging Januari 2008
Mula berblogging Februari 2010
Blog ni banyak kemukakan fakta
Lebih berunsurkan motivasi
Kebanyakan post dia waktu petang baru update
Hehe..

Komen sikit
Dia jarang cerita kesah hidup dia
Dia terlalu fokus untuk sharing info
Skali skala nak jugak tau kesah hidup dia kn..
Dia punya chat box lain la..
Kene paste url kat ruang mesej
Pape pon, blog ni memang lawa
Meriah jerk kolor
Thanks DeQdeq untuk entri yang bermakna pada Asrol Mania

Pesanan
Oleh kerana dia baru nak mula aktif berblogging
Korang bagi la support kat DeQdeq
Follow dia punya blog okeh..

Wednesday, November 24, 2010

Gejala-gejala Aku Tengah Busy

Rasa macam da lama aku tak blog walking
Macam tak larat nak jalan-jalan
Balik umah macam nak rehat
Nak sangat jenjalan blog kawan-kawan
Nak baca celoteh diorang
Aku suke baca blog orang ni
Sebab aku leh lupekan masal aku
Tapi....
Penat kerja kot..
Aku tak suke bawak masalah keje balik umah
 Dulu..
Aku balik kije
Aku online jerk
Aku langsung tak fikir pasal keje
Bukan macam time study
Balik umah nak kene fikir assignment, quiz, study lagi

Sekarang
Aku kije, balik umah rehat
Pasal kije
Tunggu aku pegi opis plak esok

Kalau dulu
Aku berblogging, aku citer kesah orang

Sekarang plak
Aku macam nak citer sal kije aku plak sini
Hahaha

Gejala-gejala aku makin sibuk sekarang
Aku baru nak letakkan kepala atas bantal
Aku pegang tepon nak time jam
Tringgggg.. (Wahh.. old skool bunyi tepon)
"Asrol, saya tak leh masuk sistem la, boleh tolong fix kan tak"
"Ok, kejap.."
Aku pon bangun la bukak sistem pastu emel
Tak cukup emel, call lagi sampai dia success
"Asrol, can u call this unit and teach them how tu change the model"
Pukul sepuluh malam
Waktu aku ngah melepak
"Asrol, how to cascade 4 port?"
SMS, aku tak reply, dia call
Da dekat nak balik kije
"Hey, can u help me to check this?"
"Have u finish? I need it today"
Sedangkan aku banyak kene settlekan masalah lain
Belom siap kije lama
"After this, u start new testing"
Belom lagi aku siap kije baru
Kije lama muncul kembali
"For last week testing, u can re-try now"
Baru jerk sampai opis
Bontot tak sempat panas
Tringgggggg lagi..
"En Asrol ke? I need ur help la.. This equipment ada problem"
Ada jugak
"Any updates for yesterday issue"
Emel da berejam sampai
"I da emel u 2 kali da.. Tapi u tak reply lagi"
Tak pon
"Tadi i da emel u, u tak tengok lagi kew?"
Masalahnya macam la dia sorang ada masalah
Tak pon
Macam la dia sorang yang boleh emel aku
Dalam sehari
Lebih kurang semua ni la aku hadapi
Tadi pon teruk
3 4 keje yang aku tak penah settle
Aku kene settle
Sampai migrain aku
Huhu..
Korang wish la aku supaya aku lebih tenang erk..
Kadang-kadang serabut kepala fikir sal kije
Sampai umah
Masih ada orang contact tanya sal kije
Ingatkan, balik umah leh rehat..
Urlm..

Tu pon
Aku bersyukur sebab aku ada kije
Lau aku takda kije
Mesti aku wat perkara murka
Hehehe..
Alhamdulillah...
Puas hati aku dapat membebel sini..
Wakaka...
.
Sekadar nak luahkan isi hati..
Salam..

Tuesday, November 23, 2010

Melepaskan Kentut Di Tangga - Legaaaa

Fuhhh..
Semalam
Bukan main lagi aku cakap

Hari ni
Bagaikan melepas kentut di tangga
Fuhhhh.. Sedap sekali..
Wakaka..

Syukur pada Allah
Semuanya berjalan lancar
Nervous tu ada la sikit
Ada plak sorang nih banyak tanya
Tapi semua tu tercover
Syukur sangat-sangat
Maha Suci Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dan dan plak member aku MC rini
Partner presentation
So, terpaksa mintak tolong lagi sorang untuk present part dia
Lau tak, aku la yang kene sengsorang..
Nak tau tak yang mana kene present ni?
Yang tido lam gambar smalam tuh..
Wakaka..
Yer.. Kami berdua yang kene present
Main-main sangatkan..
Hakhakhak..
Tu la.. Tido lagi..
Takda la.. Da lama tak tido kat opis..
Sejak banyak kije ni
Rehat pon tak sempat tau..
Huhu..

Untuk post kali ni takda gambar
So, aku selitkan gambar awek seksi nih..
Sangat menghiburkan hati..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dush..
'Miss'.. Please tuck in your nuts dear.. Hahaha...
 

Monday, November 22, 2010

Tolong.. Bencinya Perasaan Nih

Nervousnya aku
Malam ni macam tak lena jerk tido
Baru jerk pas study
Orang study nak exam
Aku study nak present
Aiyo..
Rasa macam time study la plak
Tak sabar lepas esok
Takot sangat
Aku kene present depan bos-bos
Pasal error dalam system
Biasanya aku fix sendiri
Tak pon, aku ajar orang cara nak fix melalui telefon jerk
Pastu, esok aku kene citer semua tu pada Big Bos
Seram sejuk aku
Mungkin sebagai system analyst
Aku lebih selesa berhadapan komputer dan system
Berbanding berhadapan or berkomunikasi dengan orang

Penat jugak ngadap komputer jerk
Tapi bila da biasa
Ok jerk
Lau penat
Aku sembang or tengok langit
Hahaha..
Harap esok semua berjalan lancar
Moga Allah menutupi semua keaiban aku
Dan harap Allah bantu aku masa bercakap di depan
K la..
Aku nak tido
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 ops.. salah foto...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
akibatnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, November 21, 2010

Kempen Angkat Tangan. Henti Salahguna Kanak-kanak

Asrol nak ajak korang semua join kempen ni
Nak kuar duit tak mampu
Cuma ini jerk la yang kita boleh usahakan setakat ni
Moga dengan usaha ni
Kita selamatkan banyak nyawa kanak-kanak
Bukan saja mangsa dera, buang anak, kanak-kanak miskin
Malah juga pembunuhan kanak-kanak dalam peperangan


Raise your hand. Stop child abuse now!

An average of 7 children in Malaysia suffered abuse everyday in 2009, and these were only the reported cases.

Get on Board is a "peoples' campaign" by UNICEF to provide the Malaysian public with the knowledge, insights and resources to stop child abuse. Do the right thing. Get on board. Stop child abuse!
Langkah mudah saja
Hanya 5 minit luangkan masa untuk selamatkan kanak-kanak

Selepas daftar
Korang boleh design tangan anda tanda sokongan
Itu saja
Mudahkan?

Moga Allah memberkati usaha kita
Juga usaha ini lah yang membantu kita di akhirat


Review Disqus | Cara Komen Pada Asrol Mania

Sekilas Pandang
Tak tahu macam mana nak komen
Tak da back link
Pertanyaan tergantung
Kat atas ni problem ruang komen Asrol Mania
Ada yang cakap
"Weh aku takleh komen blog ko"
"Aku tak tau macam mana nak komen kat blog ko nih"
"Ko pakai application lain kan?"
Ada yang komen
Tak letak url
Susah la Asrol nak track back blog diorang
Kawan-kawan lain pon susah nak track link
Ada yang menyoal
Tapi dia terus senyap
Sebabnya dia tak subscribe emel
Bila Asrol reply, dia tak tau Asrol da jawab soklan dia

Okay
Da tau pe problem
Ya, Asrol Mania pakai aplikasi lain untuk komen
Aplikasi ni bagus
Tak macam ruang komen blogspot
Aplikasi ni memudahkan kita reply kepada yang lain
Pengunjung boleh login melalui Facebook
Berkongsi komen blog di Facebook
Jom kita zassss

Review Disqus
Dalam review ni, Asrol nak ajar macam mana nak komen
Aplikasi Disqus sediakan beberapa cara login untuk komen
Cara paling mudah guna akaun Facebook
Tapi masalahnya susah la nak track back laman web/blog korang
So, Asrol cadangkan korang login guna akaun Disqus

Cara mudah Register Disqus
Klik button Disqus
Popup ni akan kuar
Klik pada Don't have one? Register a new profile


Masukkan email, username, password
Klik Register

Korang dah pun login dan sudah boleh komen

Mudah kan?

Tapi belum cukup
Asrol tak leh nak track back blog korang
Masukkan maklumat blog korang
Klik pada edit profile
Masukkan maklumat profil korang

 Korang juga di alu-alukan masukkan image korang

Edit Thumbnail

Korang boleh set up komen korang yang akan di share ke dalam laman sosial lain

Yang ni jugak penting
Kalau korang soal menyoal Asrol Mania atau pengunjung lain
Selepas diorang reply, notification mail akan dihantar pada korang
Lagi mudah kalau korang buat macam Asrol

Yang ni pon by default da ok da..
Abaikan pon takpe

Lain-lain fungsi
Kat sini korang boleh nampak fungsi Like macam Facebook
Kalau nak lebih update tentang komen post ni
Korang boleh klik button Subscribe by mail
Asrol suke subscribe by mail lepas Asrol komen kat blog orang
So, Asrol leh tau owner tu komen apa balik kat Asrol
Asrol pon leh tau pengunjung lain komen apa
Dapat la info lebih sikit
Lepastu, bila post tu da lama sikit
Atau ada komen yang da tak berkaitan Asrol
Asrol unsubscribe balik la

 Yang ni rupa reply pada komen
Kan mudah tu nak tengok orang komen pe pada komen kita

Korang boleh modify balik komen korang
Bila korang hover mouse pada komen
Korang akan nampak link Moderate | Flag
Klik button Moderate
Skarang, korang da boleh edit komen korang

Semua ni lebih mudah dari biasa
Tak payah masuk code verifier pon
Pon tak payah tinggalkan Back Link sebab link mudah di klik pada nama

Ok.. Itu saja.. Trima kasih sudi komen..

Saturday, November 20, 2010

Pagi Hangus, Petang Da Serik

Lom aku citer
Aku rasa macam da nak tergelak
Wakaka
Pagi semalam sebelum gi kerja
Aku online
Sempat lagi aku basuh sarung bantal guna mesin
Dalam kol7.45 camtu
Aku kuar bilik nak jemur sarung bantal tu
Skali nampak ruang tamu ke dapur da berasap
 
Heran jugak aku
Aku fikir mesin basuh aku berasap
Tapi kenapa berasap erk..
Tada...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Terlupa sosej aku rebus..
Bukan jerk air kering
Tapi siap hangus bagai..
Tak dapat bawak gi keje

Tapi sume tu tak patah semangat aku nak memasak
Petang balik kije aku try benda alah ni

Ape?
Air bandung korang fikir?
Ellooo..
Tak main la air bandung..
Tengok pink
Tingat plak kat satu blog yang pink tu
Haha..
Ni la dadih
Aku buat dadih sendiri
Hehehe..

Bahan-bahannya mudah jerk
Gula, air, susu dan pati dadih
Aku buat hampir separuh jerk
Banyak sangat kot lau buat sume
Boleh ke si Asrol ni buat?
Tadaaaaa....

Yummy yummy...
Makan dadih...

BTW, dak umah aku bawak mak dan akak dia tido umah malam tadi
Aku pon pelawa la diorang makan dadih aku nih
Tapi aku tak jumpa lagi diorang
Segan la nak kuar bilik..
Hahaha..
Komen dari diorang aku tak tau lagi
Tunggu jerk la..
Bagi aku, tak cukup dadih banyak ni
Aku suke makan dadih
Hehehe..

Kalo korang nak cube
Have fun...
Kikiki..