Labels

Tuesday, December 14, 2010

6 Kesilapan Pemilik Blog

Asrol buat survey lagi
Kali ni kesilapan korang pada blog sendiri
Ish ish ish..
Ada jugak ke buat silap pada blog sendiri?
Kamu seorang blogger jahat
Wakaka
Jom..
Apa kata survey?

6 Kesilapan Pemilik Blog
1- Pasang lagu pada blog
Eloppp Asrol.. Salah ke letak lagu kat blog? Salah sangat kalo lagu tu kuat. Bila pengunjung bukak page, pastu tetiba kuar lagu kuat, trus tutup page tu. Kita takleh kontrol lagu tu kuat ke slow bukan?
Tapi apa kata korang guna software MP3Gain pastu bagi slow lagu tu ke 30-40db
Kemudian upload ke 4shared, baru embed ke blog korang

2- Pasang iklan banyak-banyak
Nak cepat kaya punya pasal, join sume iklan. Korang tau tak, setiap iklan akan load js file, kadang-kadang proses download dan loading image dari js file amik masa yang lama. Pengunjung yang malas nak tunggu page loading akan tekan button back kat browser. Hehehe..

3- Owner tak interaktif
Da ada blog, tak plak dia layan orang datang blog. Berabuk orang komen kat blog dia, dia langsung tak pedulikan. Setiap komen perlu mederation, tapi owner hanya publish jerk. Takda respon. Bagi soklan pon tak jawab. Erm..

4- Letak kod verification kat komen
Leceh la camni, setiap kali nak komen, kene masukkan kod verification. Kalo kod tu mudah faham tak pe. Ni berbelit-belit, adakalanya kena masuk 2 3 kali. Memang tak la.. Disable la kod verification tuh.. Benda tu untuk elak spam jerk. Rasanya tak penah kot ada spam kat blog.

5- Iklan yang mengganggu
Bagi kita memang la tak kesah tentang iklan. Sebab kadang-kadang kita tak penah bukak blog kita, kita hanya bukak blog orang. Kalo bukak blog kita pon, kita hanya view jerk. Sedar tak sedar, ada widget yang kita masukkan kat blog sediakan iklan skali. Bila klik jerk, kuar iklan iPhone. Kadang kala sampai 3 4 window skali popup iklan kuar.

6- Blog yang tak user-friendly
Carik butang komen tak jumpe, label tak jumpa, entri-entri lepas pon tak jumpa.. Yang ada flash bagi ikan makan la, jam la, bumi berputar la. Pengunjung masuk blog macam tak tau nak buat apa pon. Cuma baca entri kat depan jerk. Pastu komen, tu pon kalo jumpa butang komen. Sekurang-kurangnya, letak la label ke, sedikit maklumat pasal diri ke, senarai entri pilihan owner kew sebelah sidebar tu. Widget yang papar info menarik ke lagi bagus. Tak pon, buat widget text jerk, pastu masukkan info menarik sikit. Ubah-ubah la seminggu sekali. Contohnya, Tahukah anda? Menarik.. Info terkini.. dan sebagainya...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment:

  1. sangat setuju... Kalo sudi jemput la singgah ke blog saya...

    http:kasihkuamani.blogspot.com

    ReplyDelete