Labels

Tuesday, March 27, 2012

Tafsir Mimpi Menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah

Sharing is Caring
Sedikit sambungan dari entri semalam erk..

Pagi ni ada sorang dak opis aku share info
Pasal tafsir mimpi

Ustadz Abu Sa’ad al-Wa’izh berkata, “Pada prinsipnya mimpi yang baik itu bersumber dari
aneka amal yang benar dan mengingatkan akan aneka akibat dari berbagai urusan. Dari mimpi yang baik itu muncullah aneka perintah, larangan, berita gembira, dan peringatan. Dikatakan demikian karena mimpi yang baik merupakan sisa dan bagian dari kenabian, bahkan ia merupakan satu dari dua bagian kenabian, sebab ada nabi yang wahyunya berupa mimpi. Orang yang menerima wahyu melalui mimpi disebut Nabi. Adapun orang yang menerima ucapan malaikat saat dia terjaga disebut Rasul. Inilah yang membedakan antara nabi dan rasul.” Abu Ali Hamid bin Muhammad bin Abdullah ar-Rafa` memberitahukan kepada kami, dari Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,
“Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bagian dari 46 bagian kenabian. Mimpi ada tiga macam: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari setan. Jika salah seorang di antara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian shalatlah.”
(Muttafaq ‘alaih)

Kalo baca dari hadis sedemikian
Bukan aku nak puji diri sendiri okeh
Sebelum ni pon
Asal aku mimpi air or ikan jerk
Mesti aku da leh agak ada sesuatu berkaitan benda baik
Lebih-lebih lagi rezeki

Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. 

 Adakah aku sentiasa jujur?
Tapi mimpi aku tak selalu benar pon
Means, masih lagi ada sedikit kejujuran di situ
Muahaha

Monday, March 26, 2012

Ramalan Mimpi Jadi Kenyataan

Sharing is Caring
Aku rasa aku penah citer
Aku mimpi memang da boleh agak
Hehehe
Bukan nak simpang dari ajaran agama
Kadang-kadang pesanan datang dalam pelbagai cara
Btol takkk....

Malam tadi aku mimpi aku berendam dalam air
Ramai-ramai la ngan keluarga sendiri dan angkat
Pastu diorang ajak la berendam kat tempat cantik
Tempat tu ada tumbuhan laut ala-ala citer Avatar
Hari gelap tapi pokok-pokok dan terumbu karang siap menyala bagai
Memang cantik

Pagi tadi datang opis
Aku citer kat budak opis

weh..
mlm td aku mmpi berenang dalam air..
mcm ader rezki nak masuk jerk..

Padahal esok gaji neh
So, aku anggap mimpi aku tak la begitu surprise

Tadi aku pegi amik duit kat ATM
Pas duit kuar
Aku tarik resit
Biasanya aku susah nak tengok resit sebab aku tengok baki dulu sebelum kuarkan duit
Tapi tadi aku macam nak cepat
Lagi pon nak kuarkan sikit jerk
Aku tengok kat resit ada lebihan duit lam akaun RM160

Aiks..
Betul la kot pe aku mimpi tu surprise kan aku
Alhamdulillah..

Thursday, March 22, 2012

Tiga Daripada 10 Lelaki Malaysia Adalah Gay

Sharing is Caring
"Sekarang ini menurut kajian tiga daripada 10 lelaki di Malaysia adalah gay. Ini menakutkan kita,”- Datuk Baharum Mohamad (Ahli Dewan Rakyat BN-Sekijang)


Serius? OMG.. Aku macam tak percaya. Tapi aku rasa ada sedikit setuju la. Sekarang ramai da makin berani tunjukkan diri mereka siapa. Tak kurang jugak ada yang lebih berani terlampau menunjuk sehingga upload gambar-gambar tak senonoh milik diorang sendiri seperti gambar seksi, kemaluan, pasangan malah ada yang menampakkan wajah disamping gambar unsensored diorang tu di Facebook. Entah apa la yang diorang fikirkan sehingga buat perkara yang boleh merosakkan hidup diri sendiri..

Tubuh pusat pemulihan bendung seks songsang
22/03/2012 3:42am

KUALA LUMPUR — Seorang ahli Dewan Rakyat hari ini menyarankan agar kerajaan menubuhkan sebuah pusat pemulihan bagi membendung gejala seks songsang yang menurutnya “semakin menular di kalangan masyarakat”.

Datuk Baharum Mohamad (BN-Sekijang) berkata, pusat pemulihan itu boleh menjadi tempat untuk golongan itu mendapatkan rawatan terapi selain membendung mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti songsang itu.

"Kita perlu mencari jalan penyelesaian bagi membanteras gejala ini seperti mana kita menjalankan usaha membendung gejala dadah.

"Sekarang ini menurut kajian tiga daripada 10 lelaki di Malaysia adalah gay. Ini menakutkan kita,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama daripada semua pihak perlu dalam usaha membendung gejala itu daripada terus merebak.

Persidangan dewan disambung esok. — BERNAMA
Petikan Kosmo

Saturday, March 17, 2012

X-Klusif : Kesal Dosa Mencuri

Sharing is Caring

Baru sehari aku lancarkan slot X-Klusif kat Asrol Mania, baru jerk tadi aku bukak emel dah ada seorang lelaki hantar emel ceritakan kisah beliau. Mungkin menarik slot ni. Jom kiter ikuti pengakuan beliau. Jika ada sesiapa yang boleh menasihati, sila la kemukakan komen.

Terima kasih kepada Asrol Mania sebab buat segmen ni. Aku ni cuma blog walker, tiba-tiba terjumpa blog ni. Mungkin aku orang terawal join segmen ni.

Aku ada kisah nak kongsi dengan korang semua itu pon kalau owner blog ni nak share dengan semua. Kisah aku ringkas tapi sampai sekarang aku masih ingat peristiwa ni dan membuatkan aku rasa amat bersalah sampai sekarang.

Aku pernah bekerja di sebuah kedai. Masa aku kerja, bos terlalu percayakan aku. Aku gembira sangat la masa tu. Pada mulanya aku ikhlas kerja disitu. Tapi bila aku terpaksa pikul tugas yang berat, bos pula seolah-olah terlalu beri kepercayaan kepada aku. Dia tinggalkan aku untuk uruskan kedainya. Lama kelamaan, aku dah terlalu biasa bermain dengan duit. Aku jadi buta hati sebab duit. Bermula aku curi duit sikit-sikit. Sehari sepuluh, dua puluh ringgit.. Lama-kelamaan aku makin melampau. Aku curi sehari RM50-RM100. Bos pula seolah-olah tak perasan. Semua tu berlarutan sehingga 3 ke 4 bulan.

Bila aku dah berhenti kerja (bukan kena buang), aku mula menyesal. Aku pernah mintak maaf dengan bos, aku minta dia halalkan semuanya dengan aku. Tapi aku tidak terus terang beritahu yang aku telah curi duit perniagaannya. Sekarang aku masih tertanya-tanya, dosa aku tu dah diampunkan atau tak walau bos aku dah halalkan tapi tanpa pengetahuan dia kesilapan aku. Aku selalu terfikir untuk ceritakan segalanya pada dia. Tapi aku takut. Maruah aku..

Sekarang aku berserah pada Allah. Moga segala dosa aku terampun. Sekarang aku dah berubah. Aku dah tak suke mencuri. Bila aku terambil barang walaupun nilainya kecil, aku jadi takut. Aku akan pulangkan semula.

Lelaki Buntu, Alor Star

Itu dia.. Bagi aku, asalkan dia dah bertaubat dan berubah, Allah menerima kebaikan tu. Moga Allah ampunkan segala dosa dia. Terima kasih kepada Lelaki Buntu dari Alor Star kerana sudi berkongsi.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi lagi, sila la klik pada banner X-Klusif untuk maklumat lanjut.

Asrol Mania Berwajah Baru

Sharing is Caring
Selamat Datang
Ke

Setelah lama aku tinggalkan blog ni
Aku kini kembali rajin
Sebelum ni bukan malas
Tapi keadaan masa tak sesuai sangat

Untuk versi baru ni
Aku sediakan sebuah slot menarik
Iaitu

X-klusif
Nampak macam serius
Yups.. Memang serius pon
Untuk slot ni
Aku ada idea untuk membantu sesiapa pon
  • Meluahkan perasaan
  • Kisah benar
  • Gosip hiburan
  • Aduan
  • Komplain
  • Masalah
Dan kita boleh bincangkan bersama
Aku tak akan dedahkan maklumat
So, korang jangan takot untuk kongsi segalanya
Korang boleh ajukan sebarang info di
Ataupon email ke
asrolmania@live.com

Kami mengalu-alukan

Thursday, March 15, 2012

Coming Soon Asrol Mania Black Edition

Sharing is Caring

Dah lama aku tak bersama blog..
Untuk kemunculan kali ni
Sabtu nanti aku nak launch tema hitam untuk blog aku ni
Sebelum ni aku ada slot Apa Kata Survey
Yang membuatkan blog aku lebih cepat naik
Nanti ada satu slot menarik aku nak kongsikan dengan semua
Tunggu la kemunculan terbaru nanti
Sabtu ni
17 mac 2012
Jam tak tau lagi
Saja nak wat surprise
Muahaha

Service Proton Tak Memuaskan?

Sharing is Caring
Aku ingat nak modify la kete persona aku jadi lebih cantik. Setahun aku pakai kete aku tak pernah nak wat pape pon, pakai pon jarang. Skang aku ingat nak la bagi cantik sket kete aku tu. Lau ada duit lebih sikit, ingat nak tukar gearbox dari manual ke auto. Pastu aku pon usha la kat tenet. Camne aku nak ubah sume tu. Nak gi kedai biasa or proton.


Tadi aku terbaca la sebuah blog ni. Diorg duk komen pasal kerete persona. Ada yang cakap, aircond sejuk sangat walaupon da naikkan suhu dan bukak paling perlahan. Yang ni aku setuju. Aku kuar pegi kije pagi, memang susah la aku nak tutup tingkap dan bukak aircond, sebab sejuk giler kot. Terpaksa bukak sikit tingkat dan tutup aircond.

Ada lagi komplen cakap service proton tak best. Dush.. Barang lambat sampai la service tak lengkap la. Adui, ingatkan kalo aku service kat proton lagi elok kot. Tapi lagi menyedihkan. Hurlm. Camni ke barangan or service Malaysia nak ke peringkat antarabangsa? Baru kejap tadi aku borak ngan member aku, dia pon baru beli Persona. Dia gitau tadi power window dia plak rosak. Ritu 2 2 pintu belakang susah nak tutup rapat. Aku punya sebelah jerk, dia punya sampai 2 2 belah. Sedihnya... Apa la bala proton ni.. Hahaha...

Tuesday, March 13, 2012

Aku Macam Pompuan?

Sharing is Caring
Pagi tadi sampai opis
Lepas tu ada la sorang kawan aku dari unit lain datang pada aku
Dia cakap "Nak dengar gosip ko tak?"
Aku cakap la nak
Dia pon cakap la ada sorang pompuan unit dia tanya
"Sapa nama budak tu erk?"
Kawan aku ni pon tanya la "Kenapa?"
Dia cakap "Dia macam pompuan.."
Terus aku gelak
Sebab aku tak kesah pon orang nak cakap pe
Malas nak melenting terus
Kalo marah kang, sakit plak hati ni
Aku cume gelak jerk
Pasal ape dia cakap aku macam pompuan pon aku tau kenapa
Tapi perlu ke mulut macam cibai camtu?
Hahaha

Yes
Aku ngaku
Perangai aku ada la sikit macam pompuan
Rupe memang takda la
Cume kiut siket
Kahkahkah
Statement mintak penampar
Wakaka

Aku Punya Loan Sudah Lulus

Sharing is Caring
Syukur Alhamdulillah
Akhirnya tadi bank call cakap loan aku da lulus
RM108 000
Wah.. Saja nak kasi nampak kosong tu banyak
Wakaka
Lepas ni aku da kene pandai manage duit
Duit ni aku nak settlekan sedikit hutang
Lebihan tu aku kene simpan jugak la untuk masa depan
Sebabnya  pinjaman banyak ni
Banyak la bulanannya aku kene bayar
Huhu

Start bisnes?
Maybe kot
Tapi bisnes yang memerlukan modal yang kecik
Bukan tak berani
Da belajar dari pengalaman
So, kene la hati-hati pasni 

Monday, March 12, 2012

Pindah ke blog baru

Sharing is Caring
Salam uols
Da lama aku x memblog
Tak mo la cakap banyak
Anyway, aku da pindah ke blog baru
Hope korang follow la blog baru tu yerk macam korang bagi sokongan kat Asrol Mania dulu-dulu
Skg, aku jemput korang ke blog baru aku yerk..
http://raqiex.blogspot.com/

thx a lot atas sokongan semua..

Friday, March 09, 2012

Teringin Buah Kundang

Sharing is Caring

Sebenarnya aku tak tau orang panggil ni buah ape. Masa balik dari kerja, aku tengok banyak orang duk jual-jual kat tepi jalan Hulu Langat. Aku pon singgah la kat satu pasaraya. Aku tengok label Buah Kundang. Macam sedap. Aku ingatkan masam la buahnya. Skali makan, manis la plak. Terus macam tak layan da kepala neh. Haha...

Thursday, March 08, 2012

Hari Malang Atau Petanda Sesuatu Yang Baik Akan Berlaku

Sharing is Caring
Ada yang cakap kalau kita nak sesuatu tapi banyak halangan, kite akan berjaya kelak tapi ada jugak yang cakap, kalau nak sesuatu lepas tu terlalu banyak halangan, baik jangan teruskan.

Tak tau aku nak cakap pe lagi da. Aku tengah usaha nak dapatkan loan. Semalam aku nak uruskan dengan bank pasal loan aku. Aku nak ke KL malas plak nak drive. Jem kot kat Ampang. Aku pon park la kete kat LRT Ampang. Nak cari parking punya la susah, siap terlanggar devider jalan. Terangkat kete aku tak lepas nak pusing. Da jumpe parking, jauh pon jauh la.

Hari ni.. Nak pegi bank lagi nak settlekan sikit hal. Aku tengok kete aku senget sebelah. Aduyai.. Tayar depan plak pancit.


Aku pon pegi la bank naik motor ke Ampang. Da settle, balik umah aku terus tukar baju, tukar tayar kete sendiri. Jenuh aku nak jumping kete, siap mintak tolong budak-budak lagi. Hahaha.. Lagi best, budak-budak tu plak yang ajar aku cara nak bukak penutup rim. Dush.. Thanks dik.. Haha..


Bukak tayar, rupa-rupanya ada paku. Pergh... Sape la makan paku campak merata. Aku rasa time parking semalam kot kene paku ni. Sib bek tayar tubeless. Lau tak, jenuh jugak la semalam kan.. Dengan panasnya.. Rini ok sikit la sebab dah kat umah. Siap bawak gi kedai, aku suh diorg tukarkan terus, upah jerk RM5 daripada aku bersusah payah nak tukar sendiri. Hehe.. Pemalas...

Bila difikir-fikir balik. Banyaknyer halangan aku nak wat loan RM100k lebih ni. Bukan ni jerk, macam-macam lagi. Aku da bape kali da jalan turun naik ke hulu ke hilir settle sal bank tak sudah-sudah. Rini maybe last kot untuk lengkapkan syarat loan tu. We will see...

Tuesday, March 06, 2012

Maybank Bermasalah : Penat Layan Kerenah Maybank

Sharing is Caring
Dunia sekarang, bila bisnes online jerk mesti ada sebut maybank2u. Nak transfer duit ke, bayar hutang ke walaupon RM2.. Bangga sangat kat Maybank2u tu, lagi-lagi nama panjang dia Malayan Banking. Owh.. Baru aku paham.. Ni kan Malaysia... Haha..


Aku takmo cakap pasal Maybank2u. Tapi kat company dia neh. Maybank.. Aku da cukup penat turun naik tangga, kuar masuk LRT, berjalan ke hulu ke hilir berurusan ngan Maybank yang tak sudah-sudah ni. Penat sangat-sangat. Berbulan kot.

Cerita dia macam ni

Sebelum ni aku pergi la bukak akaun Maybank kat Maybank Bangsar. Diorg offer la aku untuk bukak akaun pelaburan ASB. Aku tanya, kalau aku wat loan ASB ni, tak sangkut ke aku nak wat loan lain nanti? Kereta ke, Personal loan ke.. Diorang cakap, tak sangkut pon. Ni untuk perlaburan, lain katanya. Aku percaya la. Aku wat la pelaburan RM50k. Lepas 5 6 bulan, aku apply loan kereta, memang takda masalah boleh lepas lagi. Loan kerete tu pon kat Maybank.

Oleh kerana loan kete kat Maybank, aku berhak dapat kad kredit 2card diorg tu. Aku boleh pilih nak ke tak. Aku pon nak pakai la, sebab aku 1st time pakai kete, kot-kot la leh guna untuk tong minyak or guna untuk kecemasan. Mana la tau kete rosak tengah jalan pastu aku takda duit time tu. Lepas beberapa bulan, aku silap guna kad kredit tu. Kiranya aku da berhutang ngan bank. Aku lambat bayar sampaikan kad aku kene block dan Bahagian Collection Maybank amik alih. Bila da sampai ke Collection, da kira parah la.

Aku pon wat personal loan untuk settlekan kad kredit tu. Aku wat loan personal tu kat Bank Islam. Takleh wat banyak sebab aku da wat loan RM50k untuk ASB. Bengangnyer aku, ritu cakap tak sangkut. Aku dapat wat RM13k jerk. Dah dapat loan Bank Islam tu, dalam bulan 10 2011 camtu la aku settlekan. Aku mintak la release letter ngan diorg sebab aku da bayar semua, kot-kot la ada problem nanti. Diorang (Bhgn Collection) cakap kat aku tak perlu sebab da clear. Ok, da settle kan? Aku da bayar sume tu.

Pastu dalam bulan 12 2011, aku nak apply card credit lagi. Actually aku ada wat loan ngan AEON Credit sebab beli motor RM7000. AEON Credit call aku cakap aku layak pakai kad kredit. Skali diorg call semula cakap aku dah ada kad kredit Maybank. Aku call maybank, bhgn Collection, aku suh diorg clearkan nama aku, Diorg cakap nak clearkan. Aku mintak release letter. Diorang tak hantar.

Bulan 1 2012 plak, AEON Credit bagitahu aku semula cakap Maybank Card masih ada. Aku da panas hati, aku terus call Bank Negara. Bank Negara nasihatkan aku call Maybank Collection Card tu mintak updatekan nama aku, tapi Bank Negara hanya update 3 bulan sekali even bank-bank lain update tiap-tiap hari. Sampai situ settle.

Selang beberapa minggu, aku check kat Maybank2u. Aku tengok Outstanding balance yang dulunya RM0 jadi 10sen & 9sen bagi setiap kad kredit aku. Aku call balik Maybank, diorang sendiri terkejut dan tak sepatutnya terjadi. Diorang janji nak kosongkan, pastu aku mintak release letter ngan diorang. Diorang janji nak kasi dalam masa seminggu. Sampai la sekarang aku bersabar, tak dapat-dapat pon surat tu.

Aku nak apply loan lagi ni untuk settle loan-loan lain dan hanya bayar 1 loan jerk tiap-tiap bulan. Tak perlu la aku nak bayar banyak-banyak bank lepas ni. Masih lagi sangkut sebab kad kredit Maybank tu.

Semalam aku call kat bhgn Aduan Maybank, diorg cakap nak tolong settlekan, siap amik no tepon dan emel aku. Nak update la katanya kat aku. Sampai tengahari tadi senyap jerk, sampai la aku yang call balik diorg. Baru la diorang updatekan pada aku pasal tu. Kemudian aku pergi la ke Maybank Bangsar, aku mintak release letter dari sana. Diorg berurusan ngan bhgn Collection dan bhgn Collection cakap nak antar surat dalam masa 3 hari. Kali ni boleh percaya lagi ke?

Aku usha kat tenet skang, macam ramai jugak yang tak puas hati ngan Maybank ni.. Antaranya:
Berlaku kat Terengganu. Katanya Maybank tak bagi bonus kot kat staf diorang. Tak sure la tapi ni masalah dalaman diorang.

Yang ni aku tak paham sangat.. Korang baca la sendiri bleh..? Haha..