Labels

Friday, June 29, 2012

Hari 12: Balik Malaysia

Sharing is Caring
Aku beruntung (tak banding dengan sesiapa)
2 kali dapat solat Jumaat kat Masjidil Haram
Seronok sangat
Hari ni aku kene buat tawaf wida'
Tawaf ni tawaf selamat tinggal
Sebab aku dah balik Malaysia hari ni
Petang
Kene buat 7 pusingan tawaf sahaja
Aku buat 6 pusingan lepas subuh
Lagi 1 pusingan aku nak buat lepas solat jumaat
Sebabnya, kalau aku buat 7 pusingan terus
Aku dah tak boleh solat dalam kawasan Masjidil Haram

Ni aku nak cerita sikit
Lepas solat jumaat
Aku buat lagi satu pusingan terakhir
Lepas solat sunat tu
Mak ai
Air mata berderai macam tak ingat dunia
Aku betul-betul tak boleh kawal
Memandangkan dah nak tinggalkan Mekah
Sedih sangat

Gambar tak banyak la sebab lepas tawaf wida'
Tak boleh amik gambar
Sampailah keluar dari tanah haram

Ni kawasan padang pasir masa nak ke Airport Jeddah

Ni lah sebahagiannya
Tempat apa entah
Huhu
Parking kereta kot

Nampak tak flight tu?
Hihi
Selamat tinggal Makkah & Madinah
Sehingga kita berjumpa lagi
Harap aku dapat pijak lagi kaki ke sini
Aamiinnnn

Ada lagi sambungannya
Masa dalam flight
Kan dekat Jeddah ni dah pon petang
Naik flight jam 10 malam
Tapi kat Malaysia dah pagi nak ke subuh
So, jam kat telefon dah masuk ke 30hb Jun 2012 semasa dalam flight

Tada..
Macam biasa
Aku da malas nak amik gambar sebenarnya
Tapi menu ni amat tertarik
Haha
Ni dinner plate tau

Ouke
Dah nak sampai ke KLIA
Nampak landasan tu?
Masa ni flight da nak mendarat atas landasan KLIA

Bye Uols
Thanks sebab luangkan masa TravelLog aku ke Makkah Al Mukaramah

Thursday, June 28, 2012

Hari 11: Umrah Keempat

Sharing is Caring
Kalau ikutkan pakej
Hanya 3 kali umrah
Tapi semalam ada yang nak buat umrah keempat boleh tumpang sekali
Aku dengan kawan aku 2 orang
Cadang nak pegi sendiri hari ni
So, jam 10 pagi
Kami sama-sama naik teksi ke miqat untuk berniat
Balik dari berniat
Kami buat umrah sendiri-sendiri


Ni gambar lepas buat umrah
Ni pon lepas solat zuhur

Petang tu
Pergi ke masjid
Rasa macam pelik plak mamat ni 2 orang
Cuaca agak cerah dan panas
Tapi diorang bersweater
Aku nak bawak sweater ke sini pon pikir panjang
Hihi

Malam tu aku makan spesel sket
Roti canai telur dan air teh ais kat D'Rasa kot
Yang Felda punya
Harga semua ni
12 Riyal = RM13
Mahal kan? Huhu

Wednesday, June 27, 2012

Hari 10: Lagi Syok Ziarah Mekah Kali Ni

Sharing is Caring
Paling syok
Hari ni akan keluar jenjalan ziarah Mekah lagi
Kali ni pegi tengok unta dan muzium
Hari ni pun di buka kepada sesiapa nak buat Umrah ke 4
Aku tak buat pon
Plan nak buat esok

Percaya atau tau
Kat sini semayang bawa kasut/selipar sekali
Pihak masjid tak marah pon
Malah digalakkan kerana dibimbangi selipar hilang


Gambar-gambar ni masa dalam perjalanan ke ladang unta
Nampak tak dalam gambar tu ladang unta secara berkelompok
Ingatkan besar dan luas
Tapi setiap ladang tu ada 10 ekor lebih je kot malah ada yang kurang


Inilah padang pasir kalau hang pa nak tau
Wahhhh.. Syoknya
Dapat jugak duk kat padang pasir kan
Panas tapi tak la sampai berpeluh
Sebab cuaca sini kering
Tak pulak rasa perit panas matahari

Ni dia
Orang jual susu unta dengan air kencing unta kalau nak
Aiyo.. Aku tak berani la nak minum air susu unta tu
Air kencing unta pulak buat kumur
Untuk ubat sakit gigi
Euwww
Better aku amik ubat kaki tiga or gambir sarawak saja
Hihihihi

Lepas tengok unta
Kami semua terus ke Muzium Mekah
Nak masuk ke muzium ni dah di hadkan untuk 2 3 buah bas dalam satu masa
Sebabnya kecik kot
Lagi pon nak jaga keselesaan pengunjung juga

Replika Masjidil Haram

Replika Masjid Nabawi

Yang ni dia panggil apa erk?
Yang letak sebagai makan Nabi Ibrahim kat kaabah tu

Tangga ke Pintu Kaabah

Pintu Kaabah

Pintu Kaabah juga

Hajar Aswad

Pancur Emas

Tirai pintu Kaabah

Pagar Telaga Zamzam

Bendera separuh tiang
Masa aku datang ke tanah Arab ni
Ada kematian sape erk.. huhu

Sempat bergambar dengan housemate
Hihi

  Dah
Balik ke hotel

Tuesday, June 26, 2012

Hari 9: Jom Tinjau Lagi Makkah Al Mukaramah

Sharing is Caring
Subuh hari ni
Aku dapat jugak tengok orang usung keranda
Kat Mekah ni
Setiap kali lepas solat
Mesti ada solat jenazah
Maksudnya, sentiasa ada kematian di Tanah Suci ni
Beruntung orang tu kan
Huhu
Bayangkan, berapa ramai yang solat jenazah untuk korang
Yang kat sana tu kebanyakan bukan calang-calang orang jugak


Lepas balik dari solat subuh
Ada majlis baca yasin plak kat hotel


Sayu bila baca yasin kat sini
Huhu


Kau tengok tu
Pergi solat zuhur bukan main bergaya
Haha
semua tu ada fungsi
Elak pancaran matahari yang cerah, tutup panas kepala

Masa kat sini
Kesihatan aku terganggu jap
Hidung berdarah la
Sakit tekak la
Nasib baik tak demam je
Manja sangat badan aku ni
Hahaha


Balik dari solat zohor
Selalu je keadaan macam ni
Ada orang derma makanan kepada yang susah
Macam-macam diorang dapat
Kadang-kadang dapat nasi arab
Siap ada ayam lagi


Perjalanan ke hotel aku

Kerja-kerja roboh bangunan ni la wat keadaan lagi teruk
Berdebu udara

Van jenazah hantar jenazah di Masjidil Haram
Banyak tuh

Ni versi petang ke malam pulak


Suasana maghrib
Tinggal 15 minit lagi nak masuk waktu

Tu la hotel aku
Hahaha
Tipu jerk
Tumpang bergambar
Hari-hari aku lalu sini
Dekat ngan pintu King Abdul Aziz

Monday, June 25, 2012

Hari 8: Umrah Ketiga Selepas Ziarah

Sharing is Caring

Luar Hotel Al-Haram
Jalan raya dia terbalik
Tak macam Malaysia
Suka sangat bila nampak keadaan yang sangat-sangat berbeza dari tempat sendiri depan mata


Aku baik dengan abang ni la kalau nak ke Masjid
Selalu dengan dia
Nampak kecik tapi dia punya langkah
Laju wooo
Hahaha
Kat tangan tu bawak pakaian Ihram
Sebab nak berjalan-jalan dulu baru ke miqat
Nak pakai terus takut kotor


Smart tak?
Mesti tak kan?
Sebab ramai cakap muke macam Faizal Ismail
Wakaka


Inilah bukit Nabi Adam bertemu Hawa
Jabal Arafah
Ingat plak nama
Hihi
Kat tunggul batu atas bukit tu tempat orang tulis nama jodoh masing-masing
Bukan nak syirik ke kufur
Cume berdoa
Aku tak naik pon
Takot penat
Wakaka


Dah siap tukar pakaian
OTW nak balik untuk Umrah ketiga






Suasana yang sempat aku amik



Tak habis-habis bergambar kan kat Kaabah
Bukan selalu ke sini
Alang-alang dah sampai
Snap la banyak-banyak
Hihi
Next time kalau datang lagi
Amik lagi
Harap dapat datang lagi