Labels

Monday, June 24, 2013

Sedut Mensedut Cerita Lama


Salam

Ades.. Sekarang aku giler kat cerita lama. Flash back semula, masa aku sekolah dulu-dulu, kuat tengok tv. Ada cerita bersiri yang aku layan sampai tak hengat dunia. Kadang-kadang malam aku siap sama-sama ngan ayah aku tengok tv. Banyak yang aku masih ingat cerita lama yang aku teringin nak tengok semula. Sebelum ni aku asik terpikir sal Movie. Movie paling nak tengok balik, Ten Brothers.. Haha.. Chinese movie..


Kalau korang masih ingat lah.. Best kot citer ni..

Sekarang duk pikir pasal siri plak. Aku still lagi teringat cerita

The Secret World of Alex Mack

Penah tengok citer ni? Petang-petang kot. Aku lupe tahun berapa. Budak ni terkena kimia, lepas tu dia jadi ada kuasa magic. Leh cairkan diri, kawal benda dari jauh.. Rupanya dia ada 4 season kot. Yang aku tengok kat tv season 1 je. Tv kan.. Smallville dulu pon kemain lambat TV3 show cerita. At last aku abeskan semua season kat internet je. Sampai kesudah si Clark Kent tu takleh terbang. Then darah dia boleh ubati kaum dia sendiri jadi lebih berkuasa.

Lepas tu aku teringat plak kat cerita Ocean Girl. Yang pon satu.. Aku rasa lepas citer Alex Mack kot ada cerita ni plak.

Ocean Girl

Ada 4 Season jugak ni, yang tengok 1 season je. Apa kesudahan pon aku tak tau. Haha. Best cerita ni. Budak ni leh berenang lama dalam air. Baik dengan binatang dalam air. Idup dia banyak dalam air, tapi dia bukan duyung.

Yang paling aku teringat. Paling best bagi aku adalah cerita

Farscape

Main kat TV2 jam 8.30 malam. Sempat tengok season 1 je. Tau-tau ada season 2 tapi tak main kat TV la. Dah lama aku carik, nak ingat balik tajuk punya lah susah. Tadi cuba cari, dapat lah cerita ni. Dah season 4 rupanya. Aku cuba download full season. Kisah dia kat angkasa lepas la, diorang semua dari pelbagai makhluk. Tinggal dalam 1 kapal. Yang best, kapal dia ni hidup tau. Boleh kawen pastu mengandung. Kapal yang diorg duduk ni tengah mengandung, aku sempat tengok episod kapal dia kuar anak. Lagi modern anak dia. Ada senjata hebat. Tak sabar nak tengok sampai habis. 30Gb kot. Warghhhh...

Sabar tunggu cerita ni siap. Kalau korang ada pape cerita yang best, update kat aku tau. Nak flash back balik pastu sambung cerita yang tak lepas tengok masa kecik dulu. Hahahaha...

Friday, June 21, 2013

Dah Mula Hobi Baru Menjahit


Salam

Lama tak share life aku ngan korang kan. Last post aku promote jam on behalf my best friend forever.. Sape yang tak tengok lagi beberapa jam ni, sila la ke entri SALES: Jam Ori Harga Murah Pun Boleh Dapat.. Ada banyak lagi pilihan jam, kena wassap dia la.

Dia pun da berbisnes, aku pun nak start bisnes sendiri. Tapi nak slow-slow la berbisnes. Taknak terlalu tamak dan tergopoh gapah. Masih dalam belajar. Untuk permulaan, aku mula sikit-sikit belajar menjahit. So, aku dapatkan sebuah mesin jahit. Belajar sendiri-sendiri je kat umah.


Jenama SINGER model 2259. Ada 19 corak jahitan.

Kat rumah ni ada langsir hadiah dari sorang kawan dan sehelai langsir yang aku beli tahun lepas tak berjahit lagi. So, aku nak buat kombinasi warna langsir aku nak taruk kat belakang tv aku kat ruang tamu.

Ruang kecil untuk Dummies

Dengan tak belajar cuba menjahit, aku terus mulakan jahitan. Haha.. Agak jerih la jugakkan bagi orang baru macam aku. Kehkehkeh...

Dah siap ada accessories jahitan neh..



Tunggu la siap nanti aku tunjuk kat korang eyh. Kikiki.. Now jahitan maybe dah jadi hobi aku. Dah boleh jadi modal berkongsi idea. Now, aku ngan sorang kawan opis aku saling berkongsi pengalaman dan idea. Dia banyak benihkan idea kat aku. Thanks dear..

Monday, June 03, 2013

SALES: Jam Ori Harga Murah Pun Boleh Dapat..

Mari-mari jualan murah.. Harga menarik.. Jauh lebih rendah..

Leather (Cow)

Strap High Quality Rubber

Strap High Quality Rubber

1st Class Fossil - Black Leather (Cow)

Marc by Marc Jacob


Kalau Berminat Sila Hubungi:


Hairul Azhar
017-3546552
019-3787746 (Wassap)