Labels

Friday, August 20, 2010

Apakah Maksud dan Fungsi DNS

DNS adalah Domain Name System

Domain merupakan alamat internet kita. Contohnya www.google.com atau www.facebook.com. Namun, dalam dunia Internet, nama² domain tersebut akan ditukarkan kepada IP Address. Contohnya:

www.google.com (64.233.181.104)
www.facebook.com (66.220.153.15)

Kenapa DNS?
Ini kerana, manusia lebih mudah mengingati nama seperti google atau facebook. Sebaliknya, mesin/komputer, lebih cepat memproses nombor berbanding karakter/huruf.

CNAME (Canonical Name)
Ia merupakan gantian nama domain kepada nama domain lain. Contohnya, CNAME untuk asrolmania.blogspot.com adalah www.asrolmania.com. Ini bermakna, kedua² nama domain tersebut mempunyai alamat IP yang berkaitan tetapi tidak sama. Maksudnya, www.asrolmania.com menggunakan IP asrolmania.blogspot.com pada namanya.

Record(A) / A Record (Address Record)
Setiap domain seperti www.asrolmania.com memerlukan alamat IP tersendiri. Tetapi, jika www.asrolmania.com ingin menggunakan fungsi dari IP yang lain, www.asrolmania.com, perlu menyimpan IP asrolmania.blogspot.com pada domain tersendiri www.asrolmania.com. Maksudnya lagi, jika kita masuk www.asrolmania.com, ia menggunakan IPnya tersendiri contohnya 216.239.32.21, tetapi sebenarnya, www.asrolmania.com akan munggunakan IP lain untuk menggunakan fungsi lain seperti 64.233.183.191

Sekian.. Info ini 100% dari asrolmania.com. Jika ada pertembungan maklumat, sila kongsi bersama untuk meningkatkan mutu dan kualiti. Hehe..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

8 comments:

  1. Hehehe.. Read slowly.. Wakaka... Yang ni untuk sapa nak tukar nama domain.

    ReplyDelete
  2. ku phm cuma pening nk igat istilah2 tu. phm tp xambik peduli. haha.. wah cantik layout baru. hehe..berapa kali tukar sebulan??

    ReplyDelete
  3. weekend ni aku nak tukar lagi.. wakakakaka....

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ari tu gelap sgt sapai botton komen pn ku xjupe. hehehe.. tukar lah. xde lah ku busan tgk mende sama. ahaha (mu kan rajin. haha.. sah xde kereje. haha)

    ReplyDelete
  5. Aku da tukar da ni.. hehehe...

    ReplyDelete