Labels

Saturday, August 21, 2010

Malaysia Perlu Berani Lakukan Pra-Hudud

Takda belas kasihan lagi ke kita sebagai manusia tengok macam ni?


MasyaAllah.. Binatang pon tak buang anak macam ni. Dunia memang sudah akhir zaman, tapi adakah kita mesti terus menghancurkan dunia? Adakah kita mahu berkomplot dengan mereka yang menzalimi? Mahukah kita berdiam diri saja? Ya Allah.. Kau lindungilah aku dan kami semua dari segala perkara yang dimurkai oleh Mu ya Allah..

Statistik Buang Bayi Januari sehingga Ogos 2010
26 bayi lelaki
25 bayi perempuan
24 janin tidak pasti jantina
2 kes dijatuhkan hukuman
6 kes dalam perbicaraan
21 ditahan untuk siasatan

Aku AsrolMania tidak mahu berdiam diri begitu saja sebab aku takot dilabel bersubahat dengan gejala yang dimurkai olehNya. Tak banyak usaha yang aku lakukan kerana apa lah sangat kudrat aku. Tapi sekurang²nya cukuplah aku mengingatkan diri dan korang semua supaya jangan melakukan perkara yang terkutuk ini. Dalam blog aku ni, ingin aku luahkan sedikit pendapat aku untuk membanteras gejala ni.

Malaysia perlu berani lakukan pra-hudud.
Kenapa aku cakap pra-hudud? Oleh kerana zaman sekarang sudah maju, mungkin kurang sesuai melakukan hudud. Untuk permulaan, kita cuba la lakukan hudud untuk 2 3 kes yang berat. Kita tengok sejauh mana pandangan masyarakat. Terfikirkah kita, walaupon negara kita mempunyai undang², masyarakat tak bertanggungjawab masih berani melakukan jenayah. Kita mahu kawal tapi apa keputusannya? Setiap hari, jenayah makin meningkat. Sesuai lagikah undang² yang kita ada sekarang?

Di Nigeria. Dia dah kahwin, tapi kena tangkap tengah beromen dengan perempuan lain.
Kita rasa takot bila lihat hukum hudud bukan? Jadi, adakah kita akan terus melakukan jenayah? Kalo kita tidak berani, kenapa kita tak lakukan saja hukum hudud? Kalo kita tak berani melakukan 100% hukum hudud, kenapa kita tak lakukan sedikit hukuman seperti hudud atau pra-hudud?

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Jika kita risau 1 nyawa melayang kerana 100 sebatan, tidakkah kita risau beratus nyawa bayi melayang? Jika risau melakukan 100 sebatan, kenapa kita tidak lakukan separuh sebatan sebagai permulaan? Dan hukuman itu mestilah dilakukan dihadapan orang ramai.

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran". - Qatadah

Malaysia perlu berani. Kita berani bersuara menentang kezaliman luar negara, kenapa kita tidak berani bersuara menentang kezaliman dalam negara sendiri? Adakah kerajaan sedia ada sekarang takot pada rakyat? Jika kerajaan benar² sayang pada rakyatnya, kenapa mereka tidak bertegas pada kes kezaliman seperti ini? Ramai yang mengecam kezaliman kes buang anak. Tidakkah kerajaan turut sama mengecam?

Hudud begitu ditakuti, apa kita nak biarkan kezaliman ini berterusan? Mana asas Islam dalam jiwa Melayu kita? Mana asas Islam dalam kerajaan kita? Adakah kita di kerajaankan oleh golongan bukan Islam sehingga kita meletakkan asas Islam ke tepi? Aku bukan memfitnah kerajaan kita bukan Islam, tapi terfikirkah kita mana Islamnya kerajaan kita? Dan aku, AsrolMania, takkan menyokong kerajaan bukan Islam. Moga Allah melindungi kita semua dari bersubahat dengan mereka yang zalim.

"Allahumma La Takilni Iila Nafsi Tarfata 'Aini wa-Aslehli Sya'ni"
Ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau serah kepadaku untuk menjaga diriku walaupun sekelip mata, dan aku mohon Engkau supaya menjagaku. Wahai Tuhan baikilah keadaanku.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

3 comments:

  1. ku sokong. jgn buat pra.. tapi buat berperingkat. sb ramai yg masih buta agama.. dieorg ni cam jahiliah jugak. seperti pengharaman arak dlm islam.. kalu buat pra dierog ckp kenapa ambik hbs? kalu buat sepenuhnya diarog ckp xsesuai dgn zaman lah. apa lah. belum cuba belum tau.. law skrg pn kuca lana.. (wah tiba2 ari ni panjang lebar ku komen. haha)

    ReplyDelete
  2. Pra-hudud maksud aku "Untuk permulaan, kita cuba la lakukan hudud untuk 2 3 kes yang berat. Kita tengok sejauh mana pandangan masyarakat."

    ReplyDelete
  3. wau.. haha no komen (saja tambahkan ranking sapa pkg byk menyampuk. haha)

    ReplyDelete