Labels

Monday, August 16, 2010

Beratur Panjang Beli Tiket Balik Raya

Khamis lepas aku da pegi seksyen 17, Shah Alam nak beli tiket balik raya Shah Alam – Kuala Terengganu. Tapi banyak kaunter da abes tiket. Sani Ekspress mula jual hari ni 16 Ogos 2010. Aku tak pernah nak beli on time dia jual tiket. Biasa aku beli lambat, tunggu tiket abes. Hahaha..

Lebih kurang kol7.30, aku kuar umah pegi amik dwet dan isi minyak motor dulu. Pastu terus ke seksyen 17. Sampai sana dalam kol7.50 camtu. Tengok depan kaunter, ada la selonggok orang. Aku cakap lam hati “ramai da tunggu, takpe la, tunggu je la..”. Aku pon hampiri lah kaunter, berdiri depan kaunter. “Eh, eh.. Takkan tak da barisan.” Detik lam hati aku. Usha punya usha, nampak orang bertur dari belakang kaunter. “Mak ai, beratur ke belakang? Kenapa tak depan ni jerk”. Aku pon berjalanlah nak beratur belakang kaunter. Skali aku tengok, orang da beratu panjang melengkung sampai ke depan balik da rupanya. Aku tak perasan. Aku pon pergi la beratur. Cuaca ok lagi, takda la panas sangat.

16082010567 Tak sampai stengah jam, da ramai macam ni da. barisan yang ada budak baju pink ngan kuning tu, dia belakang aku. banyang la macam mana barisan ni. Berpusing² da. Hahaha.. Agak lama jugak la menunggu. Sekarang da 1 jam lebih da aku berdiri.

Ada budak laki depan aku ni nak beli 3 tiket pergi, 3 tiket balik. Tapi ada akak kaunter datang check pre-tiket ni datang, da cakap 1 kepala 5 tiket jerk. Akak tu bagi cadangan suh aku tolong belikan 1 tiket, sebab aku beli 1 jerk. Aku pon cakap la, aku belikan tiket balik dak tu, jadi aku beli 4 tiket. Lam hati, harap² dia bagi dwet cukup, jangan aku plak kene tambah. Da la aku tak bawak banyak dwet. Hehe..

Gagak beterbangan atas kepala. Masa berdiri bawah pokok pon aku hati² jugak. Takot aku jadi jamban untuk gagak² tu. Haha.. Nak dijadikan cerita, aku jenguk atas, nampak gagak atas dahan, macam tepat atas kepala dak laki depan aku ni. Aku pon cuit la suh dia lari sket. Dan dan dia beralih, gagak tu pon berak. “Wo, sib bek ko sempat.” Wakaka..

Pinggang aku da sakit da ni.. Berdiri, macam da tak jauh sangat da. Tapi lama giler..

16082010569 Depan sana belakang kaunter tiket. Diorang depan ni barisan belakang.

 

16082010570 Ha, da nak sampai pon, tapi ada lam 15 minit kot nak sampai kaunter.

 

16082010571 Fuh.. Jauh lagi diorang ni.

 

Akhirnya, dapat jugak aku beli tiket balik raya. Huhu.. Aku rasa 2 jam aku berdiri. Kol 9.52 pagi, aku gerak pegi opis. Dahaga betol rini. Penat berdiri dan berpeluh.

Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

3 comments: