Labels

Monday, August 30, 2010

Ketawakan Orang Bodoh

Perlu ke? Macam la diri sendiri tu pandai sangat. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman. Ada kes, aku penah jugak kene camtu. Dalam hati aku, perlu ke nak gelakkan orang? Macam dia tu tak pernah belajar. Kalo dia marah sebab aku tak tau, ok la jugak. Mungkin dia nak suh aku rajin belajar lain kali. Ataupon dia tengah ada masalah lain, pastu aku ganggu dia. Tapi mentertawakan orang bukan cara kita nak tunjuk sokongan kita pada orang tu, tapi macam nak menjatuhkan moral seseorang. Bodoh sangat ke aku? Salah ke aku tanya dia soalan yang aku tak tahu?


Ketawa satu hal. Ada lagi satu, siap kuarkan perkataan bongok, bengong, bodoh dsb. WTH.. Hey.. Nak cakap orang bodoh sebab orang tu tak tau ilmu yang ko ada, tak semestinya ko ada ilmu yang orang tu ada. So, perlu ke ko cakap orang tu bodoh?

Sepatutnya, bila orang tanya soalan, kita kena la jawab sebaik-baiknya. Tegas takpe, tapi jangan la sampai menghina orang. Tak baik dol gelakkan orang yang tanya ko soalan. Motif ko gelak? Sebab dia tak pandai macam ko? Motif ko cakap dia bodoh? Sebab ko pandai sangat?
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment