Labels

Wednesday, August 11, 2010

Pesan Syaitan Pada Bulan Ramadhan


Dia Penyimpan Mohor Besar Syaitan² dengan ini mengistiharkan, pada bulan puasa, para syaitan sekalian tidak turun ke bumi dan bercuti selama sebulan. Oleh itu, semua umat Islam di wajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika......
  • Ada umat Islam tak puasa, itu bukan hasutan Syaitan..
  • Pakai seksi², dedah aurat sana sini, bukan sebab syaitan yang suruh pakai..
  • Boros beli makanan kat bazar sampai buang sebab tak habis, bukan Syaitan suh beli banyak²..
  • Tak reti² nak solat 5 waktu, bukan godaan Syaitan tak bagi solat..
  • Buat maksiat siang malam, bukan Syaitan yang goda..
  • Duk ngumpat orang tiap² hari, bukan Syaitan yang berbisik suh mengumpat..
Wahai umat Manusia a.k.a Islam, sila² menginsafi diri. 
Kenali siapa diri anda. Syaitan takda, tapi perangai macam Syaitan, kita nak salahkan siapa? Dengan siapa kita berkawan sebelum ini, korang kenang²kan lah.. Bertaubatlah di bulan yang mulia ini. Kalau kita masih tidak berubah di bulan Ramadhan ni, fikirlah bahawa selama ini, pernah ke kita mendengar bisikan Malaikat, suruhan Nabi S.A.W atau perintah Allah S.W.T.?

Ambil masa seketika..
Kita fikir, sampai bila kita harus begini? Perangai macam Syaitan masih ada dalam diri kita. Adakah Syurga Allah bagi kita? Kehendak Allah siapa yang tahu.. Tapi sekurang²nya, cubalah beramal soleh, setidak²nya, hati tidak terus menjadi hitam.

Jika terlalu berat bagi kita ikut, ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
Kaya sebelum miskin - Bersedekah, dan menggunakan wang ke jalan Allah.
Sehat sebelum sakit - Melakukan ibadat terutamanya solat 5 waktu sementara kita masih gagah melakukan dengan kusyuk. Bila kita sakit, susah bagi kita lakukan dengan kusyuk
Muda sebelum tua - Buat perkara berfaedah supaya kita tak menyesal pada hari tua.
Lapang sebelum sempit - Beribadat atau bertaubat sewaktu kita mempunyai masa sebelum pintu taubat tertutup.
Hidup sebelum mati - Tiada lagi peluang untuk kita beribadat selepas kita mati.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. ha... ad plak. ari tu xde plak mende ni.. my gelap sgt. hehe.. k saja je nk mengomen.. selamat pose

    ReplyDelete