Labels

Sunday, August 08, 2010

Aku Bukan Perokok

Ada tegah sama sekali meniru aksi ini
Seorang wartawan mendekati Asrol Mania dan mengajukan beberapa soalan.


Wartawan vs Asrol Mania


Selamat sejahtera En. Asrol
Wa'alaikumsalam..

Hehe.. Assalamualaikum.. Maafkan saya.
Takpe.. No big deal..

Boleh saya tanya, En. Asrol ni perogol perokok ke?
Saya suka perkataan bergaris tu. Sebenarnya saya bukan perokok. Saya tak suka bau nyer..

Saya ada ternampak wajah En. Asrol sedang merokok di hadapan webcam. Boleh awak jelaskan? Sebab ada khabar menyatakan awak bukan seorang perokok, tapi boleh jelaskan mengenai gambar tersebut?
Owh.. Ya, betul tu.. Saya bukan perokok, gambar tu memang saya hisap rokok, tapi saya bukan perokok. Sama jugak, saya pernah merawat orang sakit tapi saya bukan perawat pesakit ataupun doktor.

Mendalam betul ayat tu. Boleh En. Asrol jelaskan lagi?
Boleh, seseorang yang selalu menghisap rokok boleh dikatakan perokok, tapi saya mengambilnya untuk tujuan lain. Suka² untuk mengambil gambar. Bukan saya selalu merokok pon.

Tidakkah ia menimbulkan ketagihan?
Bagi saya, ketagihan itu terpulang pada seseorang. Ada yang ketagih mengambil pil pelangsing untuk melangsingkan badan. Tapi ada yang mengambil untuk tujuan mengubati sakit perut, buang angin atau melawaskan hadas. Sama la macam saya, saya bukan mengambil atas dasar ketagihan, saya hanya mengambil rokok atas dasar suka² dan bergaya.

Betul juga tu En. Asrol. Saya harap, semua orang berpuas hati dengan penjelasan En. Asrol berikan.
Terima kasih. Saya berharap tiada pihak sengaja menimbulkan spekulasi negatif. Amik iktibar dari yang positif sahaja. Tak perlu selongkar segala keburukan orang lain. Terima kasih..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment:

  1. hehee...terkejut ku tgk mu merokok.. ish2. haha.. suka2 pn..jgn diamal tau.. haha

    ReplyDelete