Salam
Hai wanita
Dah puas drive cara berhemah?
Kalau korang nak tahu
Aku dah lama berdendam dengan perempuan yang drive
Drive kereta la
Kalau sebelum ni aku pernah ke langgar belakang
Dengan perempuan
Aku tersentap juga
Terbaru aku tersentap lagi
Teruskan membaca antara aku dengan perempuan
Rata-rata, perempuan ni terus bawak kereta berbanding lelaki yang rata-ratanya bermula dengan motor. So, lelaki yang menggunakan motor sebelum kereta ni lebih tahu selok belok untuk berhemah atas jalan raya. Walaupun yang eksiden teruk-teruk tu kebanyakan sebab lelaki. Itu sebab pandu laju. Tapi perempuan ni kebanyakan eksiden sebab lalai dan biadap.
Tak peduli orang yang bawa motor
Ok.. Mula dari kisah ni. Aku selalu tunggang motor ke tempat kerja, samada aku pernah tinggal kat kampung, Shah Alam, Puchong dan Hulu Langat. Memang aku suka tunggang motor. Kalau dari Shah Alam tak perlu risau sangat sebab ada jalan motor. Tapi bila motor masuk Highway, lalu celah-celah kereta, mula la nampak kebiadapan orang yang bawa kereta. Yang aku tersangat familiar, perempuan kalau nak tukar link. Main redah je. Da belok nak tukar link, barulah nak bagi signal. Sakit hati tak? Macam tak nampak motor kat side mirror. Aku biasa juga bawa motor ke pejabat, boleh je aku perasan motor kat sebelah masa jem ke tak.
Pernah la, motor berderet, rata-rata bawa motor dalam 50-60kmj. Tetiba kereta ni belok nak tukar link. Motor macam biasa la, usaha untuk mencelah. Sepatutnya kereta tu bagi la motor tu lalu dulu, baru tukar link. Tapi tak, dia redah juga. Sampai ramai yang tak puas hati dengan minah tu.
Dah banyak kali sangat, bila ada kereta main redah je tukar link, mesti kaum hawa. Aku rasa 1 per 30 kes yang macam ni adalah lelaki. Sangat-sangat melampaulah. Lain kali, nak tukar link tu, tengok dulu selamat ke tak. Ada motor ke tak kat belakang tu.
Langgar bontot
Yang ni aku betul-betul sakit hati. Kejadian lepas raya 2012. Aku pergi kenduri sorang kawan kat Shah Alam. Balik dari kenduri, tetiba jalan jem kat Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya. Aku bawak perlahan. Jem tu sampai kereta boleh berhenti juga la. Aku baru nak jalan, tetiba aku terhentak ke depan kemudian kepala terhantuk ke seat. Sakit juga. Pening-pening sket, aku gerak ke tepi, aku keluar. Memang hangin la. Perempuan keluar, aku cakap kat perempuan tu, "Tak boleh bawak slow sikit ke? Tak nampak ke jem ni?" "Dah, saya dah bawak slow.." "Kalau slow kenapa jadi macam ni?" "Saya dah brek"
Ahh.. Brek %^&!^! ko. Pastu kes bawa ke balai polis. Perempuan tu kene saman RM300 sahaja ye, tapi aku kene langgar, polis yang makan duit tu. For what? Kereta aku baiki claim atas insuran kereta perempuan tu. Aku ni dapat susah. Sakit lagi. Perempuan tu langsung tak jumpa aku lagi dah lepas tu minta maaf.
Janji dapat lepas dulu
Tajuk macam pelik, tapi betul la. Asal nampak ruang sikit, dia tak kesah dah keselamatan. Janji dapat lepas dia dulu masuk. Dari simpang nak masuk jalan kiri ke kanan ke, terlalu kuat keyakinan diri, dia terus tekan minyak. Tak peduli kalau ada orang bawa anak terpaksa brek mengejut sebab perbuatan dia tu.
Semalam, aku terkena. Aku dari umah nak keluar. Jumpa simpang 3, ada sebuah kereta masuk ke lorong aku. Aku nak ke kanan, aku tengok belakang kereta tadi takda lagi kereta, aku tengok kanan selamat, means kereta masih jauh. Aku terus la nak masuk ke kanan, sekali kereta yang perempuan plak bawak masuk tetiba ke lorong aku. Aih.. Dari mana muncul? Tadi takda? Yes, memang dia patut lalu dulu baru aku lalu. Tapi kan aku yang nak keluar dulu dia baru sampai, bagi la aku lepas dulu. Nasib baik aku sempat brek, dia pandang aku dengan tak puas hatinya, sambil mulut terkumat kamit baca jampi ape entah. Bebel kat aku lah tu. Tapi time tu, kalau dia siap tunjuk-tunjuk tangan nak marah aku memang aku kejar balik perempuan biadap macam tu. Macam hebat sangat.
Kepada mana-mana perempuan nak sentap dengan entri aku silakan
Tapi sekali dah sentap
Buat la entri minta perempuan-perempuan lain buktikan
Bukti yang diorg memang bawak kereta lebih berhemah dari lelaki
Aku cabar....
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment