Labels

Thursday, May 27, 2010

Career Support – Langkah & Fikiran Untuk Berjaya

Aku memang amik serius untuk berjaya dan bekerjaya. Jadi businessman? Itulah impian aku. Tapi impian aku lain sket. Aku lebih minat pada e-Business. Ekeke.. Hal ni bukan tetiba pon. Da lama aku plan nak wat bisnes online. Aku usha dulu lubang internet. Sekarang, aku da nampak sket.

Kekangan??

Banyak kot.. Pengalaman, ilmu, environment dan macam² lagi. Malas pon ada kadang². Kalau kita tak usaha dan bantu diri kita, sape lagi nak bantu? Betol tak? Yang penting kita tekad dan mahu melakukannya. Apa yang berlaku sekeliling, aku amik iktibar, panduan dan sebagai sokongan untuk aku terus melakukannya. Aku tak suka hangat² tahi ayam. Jatuh bangun perkara biasa bagi aku. Bila kita jatuh, kita cuba la bangun sendiri. Aku senang berdikari. Kadang² susah jugak nak berdiri sendiri. Tapi aku ada keluarga, kawan dan orang sekeliling. Aku amik contoh sebagai semangat untuk aku. Jika orang lain boleh, maka kenapa aku tak? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika orang lain ada daya, kenapa kita tak? Sebabnya, mind setting. Kita penakut. Dalam kepala, selalu jerk fikir masalah dan kemungkinan. Tak senang kalau nak senang dan tak susah kalau nak susah.

Tahniah Dayang..

Aku tak tengok jauh la. Aku tengok depan mata jerk. Aku kagum ada sorang kawan aku ni juga officemate aku. Dia minat jugak berbisnes. Aku tengok dalam fikiran dia. Dia suka mencuba perkara yang mungkin susah untuk dia lalui. Dia suka berusaha. Aku pon amik la sket sebagai contoh dari dia. Dia mungkin idola aku. Hihi..

Thanks Kak Jie…

Hari ni aku seolah² mendapat durian runtuh. Walaupon rezeki belum nampak depan mata, tapi aku pandang ia sebagai peluang untuk aku mendapatkan rezeki. Tawaran berbisnes dari Kak Jie a.k.a officemate. Akak ni tawarkan aku untuk join Hai-O. Wah, boleh pelbagai bisness aku. Hehe.. Bukan tamak tapi anggap la ni sebahagian dari pada produk untuk aku jadikan bisnes.

27052010048Borang Pengedar Hai-O 

Jangan lupa..

Setiap rezeki datangnya dari Allah. Setiap usaha yang kita lakukan kita tawakal dan berdoa. Jangan lupa, perkara penting adalah sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.. Baik buruk itu, semua ada hikmahnya.. Cume cara kita menerimanya jerk yang menjadikan ia positif atau negatif.

Langkah seterusnya..

Keep trying. Usaha tangga kejayaan. Aku bangga dengan setiap langkah aku. So, korang juga perlu..

Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. ku doakan mu berjaya. hehe... (nnt dh kaya, jgn lupa seret ku skali..hehe)

    ReplyDelete
  2. The Most Iconic Video Slots On The Planet - Jancasino
    The most iconic video slot is the nba매니아 7,800-calibre slot jancasino.com machine 토토사이트 called Sweet Bonanza. This septcasino slot machine was developed in 2011, developed in the same studio https://septcasino.com/review/merit-casino/ by

    ReplyDelete