Labels

Monday, April 02, 2012

Puding Kastard Berkuah

Jumaat lepas opis aku ada buah pot luck. Benda pe plop pot luck tu? Hahaha.. Makan-makan kat opis, masing-masing bawak la makanan pastu kongsi-kongsi la.. Ada yang bawak mee, nasi lemak, dadih, popia ketam & macam-macam lagi la. Aku plak bawak Puding Kastard Berkuah. Gatai sangat nak bawak. Dari mana nak amik pon tak tau, last-last buat sendiri. Aku ingatkan susah la nak buat. Aku tengok resepi, aku buat la malam tu. Yang susahnya, nak menjaga la.. Slalu kene kacau. Bukan kene ganggu okeh. Ni aku share resepi nyer.. Aku try menjadi la jugak. Cume aku tak kacau lama. Pekat sikit jerk aku da angkat. Tapi masih macam ok. Resepi aku amik dari tenet ni macam sikit kene modify. So, yang aku shared ni aku da modify supaya lebih sedap. Hehe..

Sorie, gambar google.. Hehe

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

Bahan Membuat Kastard

    1 cawan tepung kastard
    1/2 sudu kecil garam
    4 cawan air
    3 sudu besar susu pekat

Bahan Kuah kastard

    1 tin susu cair IDEAL
    4 senduk gula
    1 biji kuning telur
    1 sudu kecil esen vanila
    2 sudu besar tepung kastard
    1 tin air
    Buah-buah tin, nata d coco, nenas tin

Cara-cara

    Masukkan 1 cawan tepung kastard ke dalam periuk yang besar. Masukkan 5 cawan air. Kacau dulu supaya tepung & air sebati.
    Hidupkan api sederhana besar. Masukkan 1 sudu kecil garam & 1 sudu besar susu pekat.
    Kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel & masak rata. Matikan api bila kastard menjadi betul-betul pekat dan berkilat.
    Angkat & tuang ke dalam bekas acuan @ loyang. Kemudian sejukkan. Masukkan ke dalam pei sejuk.

    Untuk kuah. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & renihkan kuah sehingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
    Masa nak makan letakkan puding kastard, tuangkan kuah puding & letakkan beberapa ketul ais. Letakkan juga buah-buahan tin, nata d coco & nenas tin.
    Sedia untuk dihidang.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment