Labels

Saturday, April 28, 2012

Ambil Alih Tampuk Kepimpinan, Tanggungjawab Baru

Aku rasa nak tumbuk diri sendiri..

Dush... Debushhh... Gedebuk....

Hahaha... Amik kau.. Kenapa? Aku rasa aku da terima sesuatu yang tak masuk akal.. Sangat-sangat... Bukan menyesal, bukan tak bersyukur.. Bila aku pikir-pikir balik, mampukah aku? Amik alih tugas orang lain yang dah berjaya menjalankan tugas dengan baik. Itu satu cabaran bagi aku untuk menjadikan ianya sesuatu yang sama taraf atau lebih baik..

Sebelum ni,
Aku dicabar untuk pegang jawatan Presiden Unit opis aku. Tapi serius sangat-sangat, masa tu aku taknak. Sebabnya, aku malas nak fikir perkara lain selain kerja. Aku malas nak ada komitmen lain. Aku nak rehat a.k.a hanya melakukan kerja opis jerk. Walaupon masa undian (Presiden Unit) agak sengit. Aku offer diri untuk tidak dipilih. Atas ehsan kawan-kawan, aku berjaya tarik diri.

Dua hari lepas,
Big bos (AGM) call aku tanya boleh ke dia wakilkan aku dan seorang lagi opis mate pergi mesyuarat kelab organisasi besar kami.. Camne nak cakap erk, dalam satu organisasi besar tu, ada banyak unit terlibat. Kami wujudkan satu persatuan. Ajk sebelumnya ada yang dah keluar dari team kami. So, berlaku perubahan besar dalam organisasi. Ajk sebelumnya dibubarkan.. Bila AGM aku tanya, dia nak wakilkan aku. Aku tanya dia lagi, kene buat apa je? Dia cakap, kalo ada aktiviti, aku join la sekali. Fine, aku tak tau ajk dah dibubarkan. Aku setuju.

Siang tadi,
Aku pergi ke mesyuarat kelab. Aku dapat tahu, ada pemilihan Presiden dan ajk lain dalam emel sebelumnya. Aku agak, mesti ada undian. Aku tak takut sangat sebab aku ni tak ramai yang kenal kot. Sebab aku tak suke sangat nak expose. Tak ramai pon yang datang tadi. Ada akak otai masuk bilik meeting, dia duk tanya-tanya nama, pastu dia carik nama aku.

Dalam hati aku, pesal plak akak ni point carik nama aku. 2 3 kali jugak la dia macam tekankan nama aku. Cakap pon asik pandang aku. Dia cakap nak wat pemilihan, aku ingatkan nak wat udian. Dia cakap, dia nak aku jadi President.. Bukan cadangan tapi pilihan dia. Dia tanya yang lain dan seolah-olah minta setuju.

OMG, aku nebes da.. Aku cakap aku taknak boleh tak. Dia macam tak layan. Aku plak segan nak tekankan sangat yang aku taknak sebab aku taknak, orang akan terlalu pandang rendah atau hilang semangat untuk berkerjasama dengan aku walaupon aku  jadi ajk biasa. Aku minta cadangan nama lain jugak, tapi masing-masing seolah-olah setuju dan keputusan adalah muktamad. Aku pon da agak, akak tu macam da aim kat aku awal-awal lagi.

Cabaran
Aku redha. Aku takot aku tak bersyukur dengan peluang yang ada. Aku terima dengan hati terbuka. Sebelum ni pon, aku da tolak jawatan terbaik tu. Kali ni, takkan aku nak tolak lagi. Kadang-kadang aku pikir, kan elok aku amik jawatan yang sebelum ni. Haha.. Untuk jawatan ni, aku mampu ke? Itu yang aku isau.. Bukan senang kite nak challenge dengan apa yang orang lain da lakukan. Lagi-lagi hasil kerja sebelum ni nampak memang terbaik dah. Aku kene come out dengan cara aku sendiri. Wat masa ni, aku bukan taknak fikir, tapi aku macam terkejut. Muahaha..

Aku harap, aku hadapi dengan semangat yang tinggi. Aku pasti, aku boleh lakukan yang terbaik. Sama-sama la doakan yang terbaik untuk kita semua..

p/s: pasni aku kene jadi lebih profesional la.. tapi aku ni pelawak... Hakhakhak...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment