Labels

Saturday, April 07, 2012

Bina Hidup Baru Dengan Pindah Rumah Sewa Baru

Keputusan pindah rumah baru
Berat sebenarnya hati ni nak pindah. Duk ngan keluarga angkat ni pun seronok. Ibu tolong basuh baju, masak, kemas, sedia bekal pegi kerja.. Tapi dah tiba masa untuk aku hidup sendiri. Sampai bila aku nak bergantung ngan ibu sorang ni. Mak ayah kandung aku plak jauh. Untuk ubat hati, aku slalu call mak aku. Haha.. Miss u mom.. Muacks..

Susah jugak aku nak cari umah sewa yang ikot kemampuan bulanan aku ni. Puas cari. Hari tu aku bukak Mudah.my pagi-pagi buta. Tengok ader rumah untuk di sewa kat Hulu Langat. Jauh dengan opis? Tak kesah la penat naik motor or bawak kete, minyak pon.. Janji komitmen bulanan aku takda la sakit sangat.

Rumah baru ni takda la jauh sangat dari rumah ibu. So, kalo nak makan nasi, aku boleh ke sana dalam masa 5min. Wakaka.. Ibu jugak!!!!

Struktur rumah
Ni aku tunjuk macam mana struktur rumah sewa aku yang baru ni. Kosong lagi aku tunjuk. Masa aku tengah post entri ni, aku da masuk barang sikit-sikit.

Dari luar.. Pintu masuk..  Pintu yang tertutup tu umah orang lain.
Gambaran dari pintu masuk.. Depan sana ada beranda..
Tu area bilik tido.. Ada 3 bilik tido
Area pintu masuk dan dapur
Kat dapur xda pape binaan pon.. Pening pikir nak masuk dapur camne.. Macam banyak benda nak kene beli..
Ni area toilet sebelah dapur.. Ada tandas cangkung.
Pintu tandas bahagian dapur
Yang ni plak tandas duduk skali bilik air kat area bilik tido..
Beranda luar.. Boleh jemur baju..
Tu jerk la yang aku leh tunjuk. Nanti aku tunjuk plak lepas masuk barang dalam umah. Hehe.. Surprise.. Aku nak panggil Eric Leong nak suh deko umah aku neh.. Kahkahkah... Tunggu tau korang tengok aku deco umah ni..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. assalam..
    aku ni simah =D

    ko duk umah ni sorang2 ke?
    bape sewa sebulan?

    jgn lupa lawat blog aku jugak k. ;)
    bila nak kawen?

    ReplyDelete
  2. chantek rumah tu :) dh leh bwk masuk suri rumah masuk ni :p

    ReplyDelete