Labels

Wednesday, April 25, 2012

Ayam Goreng Halia

Salam,
Aku da start balik da masak2.. Sejak duk sorang ni kan.. Haha.. Balik kije tadi. Aku ke dapur tengok pe yang leh makan. Aku nampak ayam da seminggu lebih dalam freezer. Aku ingat nak goreng ala-ala KFC. Dengan bahu yang sakit rini, macam nak makan masak halia la plak. Tu pon tengok ape yang ada jerk lam peti ais. Jom start masak..

Bahan2:-
  • Ayam dalam 4 ketul (potong kecil-kecil)
  • Seulas bawang putih (hiris halus)
  • Sebelah bawang besar (hiris halus)
  • Kentang (hiris besar)
  • Separuh Lada (hiris serong)
  • 1 inci Halia (hiris halus)
  • 2 inci Lobak Merah (potong besar)
  • 3 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu besar Kicap manis
  • 1 sudu kecil Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1/4 cawan Air

Cara2:-
 Potong bahan2 macam ni

Gaul ayam dengan garam

Goreng ayam dengan 2 senduk kecil minyak angin masak

Bila ayam da separuh masak, masukkan
halia, kentang
Goreng sampai wangi

Masukkan bawang besar, bawang putih, lobak merah

Masukkan sos tiram, kicap manis, gula dan air
Goreng sampai pekat/kering
Sebelum angkat, masukkan Lada, gaul pastu angkat


Tadaaaa.... Siap dah...
Yay.. Takda sayur sebab lam peti tak simpan sayur.. Lagi pon aku Green Peace.. Sayangi bumi anda.. Hahaha...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment