Labels

Sunday, April 29, 2012

Ngidam Biskut Chipmore Buatan Sendiri

Plan nak buat da seminggu lebih da. Smalam gi beli bahan-bahan. Tak susah pon nak wat. Mudah jerk. Cume tak macam lam gambar yg dia tunjuk la.. Hahaha.. Takpe, aku ajar korang wat erk..

Bahan2:
190gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
120gm Gula Perang
2 Sudu Kecil Serbuk Koko
180gm Mentega
1 Biji Telur
5 Sudu Besar Cip Coklat
1/2 Sudu Kecil Esen Vanila
1/2 Sudu Kecil Serbuk Penaik

Kalo korang sediakan bahan macam lam gambar tu, da boleh start da tuh.. Haha

Cara2:


Pukul Mentega, Telur dan Gula Perang sampai kembang.

Jadi lebih kurang camni.

 Pastu, masukkan sume bahan yang ader. Cip coklat tu, korang beli yang murah2 jerk. Aku silap beli yang mahal. Skali leh larut plak dalam adunan. Geram jerk.. Gaul sume bahan sampai jadi doh.

Tepung gandum memang tak cukup, kalo tak leh jadi doh lagi, tambah sesudu demi sesudu. Sampai jadi camni.

Bentukkan jadi camni. Oleh kerana aku nyer cip coklat da larut, aku tambah kat ats dia plak. Jangan rapat-rapat susun tu. Sebab biskut ni kembang. Korang leh kurangkan Serbuk Penaik.. Bakar lam suhu 180c selama 20 minit.

Tadaaaa...

Jadi la camni.. Boleh la untuk aku sorang makan. Aku kira-kira leh dapat dalam 50-60 keping.

Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment