Labels

Thursday, April 26, 2012

Hari Untuk Manjakan Kereta

Alahai... Da selalu sangat aku manjakan diri sendiri kan. Kereta aku tak penah hirau. Haha..

Semalam,
Bahu aku sakit. Sangat-sangat plak tu. Sampai takleh nak fokus kije.

Hari ni,
Malam tadi, ingat kurang la sikit sakitnya, tapi macam takda beza. Aku bangun subuh tu, rasa badan macam nak demam sebab sakit bahu. Aku pon wat keputusan amik MC. Aku nak rehat kat umah.

Pagi tadi,
Aku ke klinik. Da la akak tu tak jumpa aku punya rekod sebelum ni. Lama giler carik. Da jumpe doktor, aku amik MC. Balik umah aku da tengok tarikh 25hb April 2012 kat MC tu. Aku pikir, rini yer la 25hb, malas nak pikir sakit2 ni.. Aku makan sat, akak klinik tu call cakap salah wat tarikh. Urghhhhhh....

Tengahari,
Aku ke klinik semula, masa kat umah tadi, aku teringat nak tambah tinted cermin kereta. Baru 2 3 minggu sudah aku tinted. Tapi tak puas hati sebab cermin hanya gelap sikit jerk. Tak sure plak bapew % kalis cahaya. Tu aku plan nak tambah lagi gelap. Amik yang murah-murah nyer tinted jerk. Ritu pon da abes RM550. Kali ni aku spend sikit jerk la. 4 cermin sisi + cermin belakang = RM160 jerk. Tambah lagi 65% kalis cahaya..


Aku pegi kat kedai kereta dulu. Aku tinted cermin. Pastu aku usha speaker. Aku mintak yang murah-murah, dia bagi aku tweeter speaker. Aku pon iyer jerk la.. Abes RM80 kat situ.

Aku terus ke klinik jap, betulkan tarikh MC. Pastu aku tunggu kat kedai mamak.

Tungu punya tunggu.. Lama giler. Aku siap gi makan kat kedai mamak sebelah. Makan nasi lemak + air bandung laici sambil on9. Amik masa lama da kat situ.

Pas makan, aku pegi potong rambut. Trim tepi n balakang jerk..


Aku lepak kat bengkel tu kejap, pastu aku ke Petronas, amik dwet, kot2 tak cukup. Jalan kaki jerk. Balik dari amik dwet, aku lepak lagi kedai mamak.. Lamanyer la tunggu.. Sampai aku abeskan 2 gelas air sambil on9..


Motip amik gambar orang depan sana?

Haha.. Ni nak story, nampak tak mamat cina hujung sana sorang2? Dia sebenarnya lepak lama da ngan laki sandar tu, then ada orang call dia, dia gi belakang sana cakap tepon. Pak cik & mak cik tu makan kat meja lain, bila nak balik terserempak dengan mamat laki melayu tu, dia duduk sembang plak. Laki cina tu senyum sorang-sorang sebab tempat duduk dia pak cik tu duduk da. Dia plak mungkin serba salah nak join..

Tengok, dia da bangun, nak lari or tak senang duduk kot..

La... Lepak skali, siap salam kot...

Huh... Siap minum skali.. Cantek... Hahaha... Baru la 1 Malaysia..

Ni kete aku ni pe hal da? Lama giler. Aku tengok jam da 3 jam da kot.. Aku pon pegi la tanya. Da nak siap, tengah pasang tweeter. Aku lepak, usha2 kat kedai dia.. Aku plan nak pasang LCD dalam kete da lama da. Tadi usha-usha.. Ader yang ok la.. Harga RM980. Pujuk nyer pujuk dapat RM880. Ok la... Tunggu lagi..

LCD player da pasang da.. Speaker depan lak takde. Aku pon usha speaker depan. Abes plak RM180 kot.. Lupe da.. Huhu.. Tunggu pasang LCD tu, aku siap gi minum lagi skali kat kedai mamak tu. Hahahaha...

Jam da kol5.30 petang.. Siap jugak akhirnya.. Aku suh diorg percepatkan pasang speaker tu, sebab tak larat da nak tunggu..

Tadaaaaaa..... Aku da berhabis RM1310 hari ni untuk kete.. Pergh.. Giler r.. Makan nasi gaul garam la aku pasni.. Huhu... Ok la tu, duit BONUS kan da dapat.. Wink...


So far.. Duk dalam kete rasa best la.. Dengan mendung dalam kete sebab tinted da gelap. Ader player yang cantik.. Wakaka.. Speaker depan belakang + tweeter.. Memang best dengar lagu.. Hurlm.... Takpe la.. Bukan selalu.. Yang penting aku cuba bahagiakan diri aku jugak sejak aku jadi Wong Solo skang... Hakhakhak...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

3 comments:

  1. suasana meja oren ni...macam pernah aku alami dahulu kala...ooo..what a sweet memories.....

    ReplyDelete
  2. alamak ..anonymous plaks...

    ReplyDelete