Labels

Sunday, April 29, 2012

Ngidam Biskut Chipmore Buatan Sendiri

Plan nak buat da seminggu lebih da. Smalam gi beli bahan-bahan. Tak susah pon nak wat. Mudah jerk. Cume tak macam lam gambar yg dia tunjuk la.. Hahaha.. Takpe, aku ajar korang wat erk..

Bahan2:
190gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
120gm Gula Perang
2 Sudu Kecil Serbuk Koko
180gm Mentega
1 Biji Telur
5 Sudu Besar Cip Coklat
1/2 Sudu Kecil Esen Vanila
1/2 Sudu Kecil Serbuk Penaik

Kalo korang sediakan bahan macam lam gambar tu, da boleh start da tuh.. Haha

Cara2:


Pukul Mentega, Telur dan Gula Perang sampai kembang.

Jadi lebih kurang camni.

 Pastu, masukkan sume bahan yang ader. Cip coklat tu, korang beli yang murah2 jerk. Aku silap beli yang mahal. Skali leh larut plak dalam adunan. Geram jerk.. Gaul sume bahan sampai jadi doh.

Tepung gandum memang tak cukup, kalo tak leh jadi doh lagi, tambah sesudu demi sesudu. Sampai jadi camni.

Bentukkan jadi camni. Oleh kerana aku nyer cip coklat da larut, aku tambah kat ats dia plak. Jangan rapat-rapat susun tu. Sebab biskut ni kembang. Korang leh kurangkan Serbuk Penaik.. Bakar lam suhu 180c selama 20 minit.

Tadaaaa...

Jadi la camni.. Boleh la untuk aku sorang makan. Aku kira-kira leh dapat dalam 50-60 keping.

Saturday, April 28, 2012

Lepas Hajat Sticker Nama Pada WindScreen

Da lama ngidam nak letak nama kat windscreen kete aku neh. Tapi takot mahal. Hari tu aku ada usha, tak sure plak bape RM. Lupe da.. Smalam aku ke Uptown Cheras lepas balik dari pada main bowling. Malam tadi aku tak citer erk.. Haha.. Sebab aku x tampal lagi. Aku pegi beli jerk. Dulu aku tak tau nak letak nama apa. Malam tadi aku gi tempah letak nama blog. Tak buat cantik-cantik pon sebab aku rush. Malas sebenarnya nak pegi Uptown Cheras ni. Lagi-lagi aku sorg2. Nak design macam malas. So, aku wat tulisan biasa je. Sebab nak bagi nampak macam official sket. Hahaha.. Tema Asrol Mania merah hitam. Tapi nak wat camne, lau hitam kang tak nampak plak bila tampal. Nak wat border putih macam leceh.

Harga katanya RM40. Tapi aku tak tau kenapa dia pulangkan RM20 sambil senyum. Dia amik RM30 jerk. Takpe la.. Moga bisnes dia bertambah maju. Bawah balik malam tadi, aku pikir jugak camne aku nak tampal sebab aku sorang-sorang buat kije ni. Kang tak center plak. Awal pagi tadi, lepas lipat baju yang da bape hari berlonggok, aku basuh baju kotor malam tadi da, pastu jemur pagi tadi. Aku pon turun la bawah, tampal sticker. Nasib baik elok aku tampal tu.. Haha.. Jenuh jugak la nak bagi balance.

Check It Up...



Ambil Alih Tampuk Kepimpinan, Tanggungjawab Baru

Aku rasa nak tumbuk diri sendiri..

Dush... Debushhh... Gedebuk....

Hahaha... Amik kau.. Kenapa? Aku rasa aku da terima sesuatu yang tak masuk akal.. Sangat-sangat... Bukan menyesal, bukan tak bersyukur.. Bila aku pikir-pikir balik, mampukah aku? Amik alih tugas orang lain yang dah berjaya menjalankan tugas dengan baik. Itu satu cabaran bagi aku untuk menjadikan ianya sesuatu yang sama taraf atau lebih baik..

Sebelum ni,
Aku dicabar untuk pegang jawatan Presiden Unit opis aku. Tapi serius sangat-sangat, masa tu aku taknak. Sebabnya, aku malas nak fikir perkara lain selain kerja. Aku malas nak ada komitmen lain. Aku nak rehat a.k.a hanya melakukan kerja opis jerk. Walaupon masa undian (Presiden Unit) agak sengit. Aku offer diri untuk tidak dipilih. Atas ehsan kawan-kawan, aku berjaya tarik diri.

Dua hari lepas,
Big bos (AGM) call aku tanya boleh ke dia wakilkan aku dan seorang lagi opis mate pergi mesyuarat kelab organisasi besar kami.. Camne nak cakap erk, dalam satu organisasi besar tu, ada banyak unit terlibat. Kami wujudkan satu persatuan. Ajk sebelumnya ada yang dah keluar dari team kami. So, berlaku perubahan besar dalam organisasi. Ajk sebelumnya dibubarkan.. Bila AGM aku tanya, dia nak wakilkan aku. Aku tanya dia lagi, kene buat apa je? Dia cakap, kalo ada aktiviti, aku join la sekali. Fine, aku tak tau ajk dah dibubarkan. Aku setuju.

Siang tadi,
Aku pergi ke mesyuarat kelab. Aku dapat tahu, ada pemilihan Presiden dan ajk lain dalam emel sebelumnya. Aku agak, mesti ada undian. Aku tak takut sangat sebab aku ni tak ramai yang kenal kot. Sebab aku tak suke sangat nak expose. Tak ramai pon yang datang tadi. Ada akak otai masuk bilik meeting, dia duk tanya-tanya nama, pastu dia carik nama aku.

Dalam hati aku, pesal plak akak ni point carik nama aku. 2 3 kali jugak la dia macam tekankan nama aku. Cakap pon asik pandang aku. Dia cakap nak wat pemilihan, aku ingatkan nak wat udian. Dia cakap, dia nak aku jadi President.. Bukan cadangan tapi pilihan dia. Dia tanya yang lain dan seolah-olah minta setuju.

OMG, aku nebes da.. Aku cakap aku taknak boleh tak. Dia macam tak layan. Aku plak segan nak tekankan sangat yang aku taknak sebab aku taknak, orang akan terlalu pandang rendah atau hilang semangat untuk berkerjasama dengan aku walaupon aku  jadi ajk biasa. Aku minta cadangan nama lain jugak, tapi masing-masing seolah-olah setuju dan keputusan adalah muktamad. Aku pon da agak, akak tu macam da aim kat aku awal-awal lagi.

Cabaran
Aku redha. Aku takot aku tak bersyukur dengan peluang yang ada. Aku terima dengan hati terbuka. Sebelum ni pon, aku da tolak jawatan terbaik tu. Kali ni, takkan aku nak tolak lagi. Kadang-kadang aku pikir, kan elok aku amik jawatan yang sebelum ni. Haha.. Untuk jawatan ni, aku mampu ke? Itu yang aku isau.. Bukan senang kite nak challenge dengan apa yang orang lain da lakukan. Lagi-lagi hasil kerja sebelum ni nampak memang terbaik dah. Aku kene come out dengan cara aku sendiri. Wat masa ni, aku bukan taknak fikir, tapi aku macam terkejut. Muahaha..

Aku harap, aku hadapi dengan semangat yang tinggi. Aku pasti, aku boleh lakukan yang terbaik. Sama-sama la doakan yang terbaik untuk kita semua..

p/s: pasni aku kene jadi lebih profesional la.. tapi aku ni pelawak... Hakhakhak...

Thursday, April 26, 2012

Hari Untuk Manjakan Kereta

Alahai... Da selalu sangat aku manjakan diri sendiri kan. Kereta aku tak penah hirau. Haha..

Semalam,
Bahu aku sakit. Sangat-sangat plak tu. Sampai takleh nak fokus kije.

Hari ni,
Malam tadi, ingat kurang la sikit sakitnya, tapi macam takda beza. Aku bangun subuh tu, rasa badan macam nak demam sebab sakit bahu. Aku pon wat keputusan amik MC. Aku nak rehat kat umah.

Pagi tadi,
Aku ke klinik. Da la akak tu tak jumpa aku punya rekod sebelum ni. Lama giler carik. Da jumpe doktor, aku amik MC. Balik umah aku da tengok tarikh 25hb April 2012 kat MC tu. Aku pikir, rini yer la 25hb, malas nak pikir sakit2 ni.. Aku makan sat, akak klinik tu call cakap salah wat tarikh. Urghhhhhh....

Tengahari,
Aku ke klinik semula, masa kat umah tadi, aku teringat nak tambah tinted cermin kereta. Baru 2 3 minggu sudah aku tinted. Tapi tak puas hati sebab cermin hanya gelap sikit jerk. Tak sure plak bapew % kalis cahaya. Tu aku plan nak tambah lagi gelap. Amik yang murah-murah nyer tinted jerk. Ritu pon da abes RM550. Kali ni aku spend sikit jerk la. 4 cermin sisi + cermin belakang = RM160 jerk. Tambah lagi 65% kalis cahaya..


Aku pegi kat kedai kereta dulu. Aku tinted cermin. Pastu aku usha speaker. Aku mintak yang murah-murah, dia bagi aku tweeter speaker. Aku pon iyer jerk la.. Abes RM80 kat situ.

Aku terus ke klinik jap, betulkan tarikh MC. Pastu aku tunggu kat kedai mamak.

Tungu punya tunggu.. Lama giler. Aku siap gi makan kat kedai mamak sebelah. Makan nasi lemak + air bandung laici sambil on9. Amik masa lama da kat situ.

Pas makan, aku pegi potong rambut. Trim tepi n balakang jerk..


Aku lepak kat bengkel tu kejap, pastu aku ke Petronas, amik dwet, kot2 tak cukup. Jalan kaki jerk. Balik dari amik dwet, aku lepak lagi kedai mamak.. Lamanyer la tunggu.. Sampai aku abeskan 2 gelas air sambil on9..


Motip amik gambar orang depan sana?

Haha.. Ni nak story, nampak tak mamat cina hujung sana sorang2? Dia sebenarnya lepak lama da ngan laki sandar tu, then ada orang call dia, dia gi belakang sana cakap tepon. Pak cik & mak cik tu makan kat meja lain, bila nak balik terserempak dengan mamat laki melayu tu, dia duduk sembang plak. Laki cina tu senyum sorang-sorang sebab tempat duduk dia pak cik tu duduk da. Dia plak mungkin serba salah nak join..

Tengok, dia da bangun, nak lari or tak senang duduk kot..

La... Lepak skali, siap salam kot...

Huh... Siap minum skali.. Cantek... Hahaha... Baru la 1 Malaysia..

Ni kete aku ni pe hal da? Lama giler. Aku tengok jam da 3 jam da kot.. Aku pon pegi la tanya. Da nak siap, tengah pasang tweeter. Aku lepak, usha2 kat kedai dia.. Aku plan nak pasang LCD dalam kete da lama da. Tadi usha-usha.. Ader yang ok la.. Harga RM980. Pujuk nyer pujuk dapat RM880. Ok la... Tunggu lagi..

LCD player da pasang da.. Speaker depan lak takde. Aku pon usha speaker depan. Abes plak RM180 kot.. Lupe da.. Huhu.. Tunggu pasang LCD tu, aku siap gi minum lagi skali kat kedai mamak tu. Hahahaha...

Jam da kol5.30 petang.. Siap jugak akhirnya.. Aku suh diorg percepatkan pasang speaker tu, sebab tak larat da nak tunggu..

Tadaaaaaa..... Aku da berhabis RM1310 hari ni untuk kete.. Pergh.. Giler r.. Makan nasi gaul garam la aku pasni.. Huhu... Ok la tu, duit BONUS kan da dapat.. Wink...


So far.. Duk dalam kete rasa best la.. Dengan mendung dalam kete sebab tinted da gelap. Ader player yang cantik.. Wakaka.. Speaker depan belakang + tweeter.. Memang best dengar lagu.. Hurlm.... Takpe la.. Bukan selalu.. Yang penting aku cuba bahagiakan diri aku jugak sejak aku jadi Wong Solo skang... Hakhakhak...

Wednesday, April 25, 2012

Ayam Goreng Halia

Salam,
Aku da start balik da masak2.. Sejak duk sorang ni kan.. Haha.. Balik kije tadi. Aku ke dapur tengok pe yang leh makan. Aku nampak ayam da seminggu lebih dalam freezer. Aku ingat nak goreng ala-ala KFC. Dengan bahu yang sakit rini, macam nak makan masak halia la plak. Tu pon tengok ape yang ada jerk lam peti ais. Jom start masak..

Bahan2:-
  • Ayam dalam 4 ketul (potong kecil-kecil)
  • Seulas bawang putih (hiris halus)
  • Sebelah bawang besar (hiris halus)
  • Kentang (hiris besar)
  • Separuh Lada (hiris serong)
  • 1 inci Halia (hiris halus)
  • 2 inci Lobak Merah (potong besar)
  • 3 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu besar Kicap manis
  • 1 sudu kecil Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1/4 cawan Air

Cara2:-
 Potong bahan2 macam ni

Gaul ayam dengan garam

Goreng ayam dengan 2 senduk kecil minyak angin masak

Bila ayam da separuh masak, masukkan
halia, kentang
Goreng sampai wangi

Masukkan bawang besar, bawang putih, lobak merah

Masukkan sos tiram, kicap manis, gula dan air
Goreng sampai pekat/kering
Sebelum angkat, masukkan Lada, gaul pastu angkat


Tadaaaa.... Siap dah...
Yay.. Takda sayur sebab lam peti tak simpan sayur.. Lagi pon aku Green Peace.. Sayangi bumi anda.. Hahaha...

Sunday, April 22, 2012

Sempurna...

Ehem2.. Lom kawen lagi, lom sempurna kot. Haha.. Aku tak cakap sal hidup. Ni sal umah.. Seminggu mak aku duk sini, macam2 dia wat kat umah aku ni. Dia tolong kemaskan, pastu beli apa yang patut. Ada barang yang tak beli tu ehsan dari orang lain. Subuh jumaat ritu aku balik Terengganu. Hantar mak aku. Pastu sabtu kuar jenjalan, aku nampak satu meja ni. Lawa. Mak aku cadangkan aku beli. Sebab warnanya hampir sama ngan set yang ada dalam umah aku. So, takda la warna set barang dalam umah berterabur. Jom view sat..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cantik tak meja ni? Beli yang tak sambung lagi, sumbat lam kete. Jenuh aku nak bawak naik umah sorang2, 3 kali angkut kot.. Muahaha.. Kene pasang sendiri. Alas meja tu akak aku no 2 yang kasi, pastu set sudu tu mak aku yang kasi. Dia suh letak atas meja wat hiasan. Kecik molek jerk meja nyer.. Kikiki..




Kan.. Kolor lebih kurang sama jerk.. Ok, pefect da kat luar.. Kat dapur pon da perfect.. Tapi segan la nak tunjuk.. Haha.. Bilik aku? Hancur.. Tak pe la.. Idup biasa2 da la.. Orang datang bukan tengok bilik pon.. Bilik aku cukup la ader tilam atas lantai dengan almari baju 1. Katil nya ada tapi budak2 yang angkut ritu tertinggal kayu lapik tilam tu.. So, xdapat la aku pasang katil. Nak letak tilam pon xleh.. Huhu..

Friday, April 13, 2012

Deco Rumah Sewa Baru

Surprise!!!!!!!
Haaa.. Gittew kan..
Hari ni aku nak show deco umah aku ni..
Design amik mana yang ader jerk pon
Beli mana yang takda pon kan..

Tadaaaa....
Surpriseeeee lagi skali pon..

Ruang tamu jerk yer..
Next time aku tunjuk dapur plak..
Ekeke..

Tuesday, April 10, 2012

Pindah Rumah (Officially)

Macam best tak tajuk aku?
Haha
Aku da dapat umah tu seminggu lebih da
Tapi nak angkut barang umah lama tu amik masa
Takda lori
Malam ni lori tu available
Lagipon esok aku cuti
Aku upah budak-budak kat umah lama angkut barang
Senang kije dari aku berpenat sdiri
Muahaha

Malam ni aku angkut semua barang masuk umah baru
Katil, tilam, peti ais, almari, baju, meja
Lengkap la
So, sume barang da ader
Leh la aku pindah terus duk umah sewa baru

Yehaaaaa...

Saturday, April 07, 2012

Bina Hidup Baru Dengan Pindah Rumah Sewa Baru

Keputusan pindah rumah baru
Berat sebenarnya hati ni nak pindah. Duk ngan keluarga angkat ni pun seronok. Ibu tolong basuh baju, masak, kemas, sedia bekal pegi kerja.. Tapi dah tiba masa untuk aku hidup sendiri. Sampai bila aku nak bergantung ngan ibu sorang ni. Mak ayah kandung aku plak jauh. Untuk ubat hati, aku slalu call mak aku. Haha.. Miss u mom.. Muacks..

Susah jugak aku nak cari umah sewa yang ikot kemampuan bulanan aku ni. Puas cari. Hari tu aku bukak Mudah.my pagi-pagi buta. Tengok ader rumah untuk di sewa kat Hulu Langat. Jauh dengan opis? Tak kesah la penat naik motor or bawak kete, minyak pon.. Janji komitmen bulanan aku takda la sakit sangat.

Rumah baru ni takda la jauh sangat dari rumah ibu. So, kalo nak makan nasi, aku boleh ke sana dalam masa 5min. Wakaka.. Ibu jugak!!!!

Struktur rumah
Ni aku tunjuk macam mana struktur rumah sewa aku yang baru ni. Kosong lagi aku tunjuk. Masa aku tengah post entri ni, aku da masuk barang sikit-sikit.

Dari luar.. Pintu masuk..  Pintu yang tertutup tu umah orang lain.
Gambaran dari pintu masuk.. Depan sana ada beranda..
Tu area bilik tido.. Ada 3 bilik tido
Area pintu masuk dan dapur
Kat dapur xda pape binaan pon.. Pening pikir nak masuk dapur camne.. Macam banyak benda nak kene beli..
Ni area toilet sebelah dapur.. Ada tandas cangkung.
Pintu tandas bahagian dapur
Yang ni plak tandas duduk skali bilik air kat area bilik tido..
Beranda luar.. Boleh jemur baju..
Tu jerk la yang aku leh tunjuk. Nanti aku tunjuk plak lepas masuk barang dalam umah. Hehe.. Surprise.. Aku nak panggil Eric Leong nak suh deko umah aku neh.. Kahkahkah... Tunggu tau korang tengok aku deco umah ni..

Monday, April 02, 2012

Puding Kastard Berkuah

Jumaat lepas opis aku ada buah pot luck. Benda pe plop pot luck tu? Hahaha.. Makan-makan kat opis, masing-masing bawak la makanan pastu kongsi-kongsi la.. Ada yang bawak mee, nasi lemak, dadih, popia ketam & macam-macam lagi la. Aku plak bawak Puding Kastard Berkuah. Gatai sangat nak bawak. Dari mana nak amik pon tak tau, last-last buat sendiri. Aku ingatkan susah la nak buat. Aku tengok resepi, aku buat la malam tu. Yang susahnya, nak menjaga la.. Slalu kene kacau. Bukan kene ganggu okeh. Ni aku share resepi nyer.. Aku try menjadi la jugak. Cume aku tak kacau lama. Pekat sikit jerk aku da angkat. Tapi masih macam ok. Resepi aku amik dari tenet ni macam sikit kene modify. So, yang aku shared ni aku da modify supaya lebih sedap. Hehe..

Sorie, gambar google.. Hehe

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

Bahan Membuat Kastard

    1 cawan tepung kastard
    1/2 sudu kecil garam
    4 cawan air
    3 sudu besar susu pekat

Bahan Kuah kastard

    1 tin susu cair IDEAL
    4 senduk gula
    1 biji kuning telur
    1 sudu kecil esen vanila
    2 sudu besar tepung kastard
    1 tin air
    Buah-buah tin, nata d coco, nenas tin

Cara-cara

    Masukkan 1 cawan tepung kastard ke dalam periuk yang besar. Masukkan 5 cawan air. Kacau dulu supaya tepung & air sebati.
    Hidupkan api sederhana besar. Masukkan 1 sudu kecil garam & 1 sudu besar susu pekat.
    Kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel & masak rata. Matikan api bila kastard menjadi betul-betul pekat dan berkilat.
    Angkat & tuang ke dalam bekas acuan @ loyang. Kemudian sejukkan. Masukkan ke dalam pei sejuk.

    Untuk kuah. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & renihkan kuah sehingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
    Masa nak makan letakkan puding kastard, tuangkan kuah puding & letakkan beberapa ketul ais. Letakkan juga buah-buahan tin, nata d coco & nenas tin.
    Sedia untuk dihidang.