Labels

Thursday, January 10, 2013

Ketabahan Jaga Si Sugar Glider


Stop cakap pasal hutang. Stop cakap pasal masalah. Hidup ni kalau takda masalah, memang lambat matang. Hari ni, aku nak cakap pasal haiwan yang aku bela. Aku anggap macam anak sendiri dah. Aku sayang mereka sangat-sangat. Hahaha.. Kalau ada pape ke, aku ngadap diorang (orang pon orang lah). Tenang hati. Aku ada Guinea Pig dan Sugar Glider. Aku dah cerita kan sebelum ni.

Pengalaman Bersama Marmut dan Suggies

Hari ni aku nak cerita berkenaan Sugar Glider (SG) aku ni. Sebab aku ada sesi luah perasaan dengan sorang kawan baru aku. Nama dia Lukman. Sebut nama ni senang sikit aku nak bercerita nanti. Aku luang masa dengan si Lukman ni sebab aku dah low motivation nak bersama SG. Yer la, nak tunggu jinak, tak marah-marah, lama kot. Aku bukan tak sabar. Tapi takot aku dah terpesong ajaran ni.


Tu dia 2 ekor SG aku. Si Reko ni jantan.. Garang sket. Terlebih aktif. Tengok la cara dia minum air tu.. Tak macam si Moja. Takut-takut lagi.

Aku dah pening kepala pikir nak bagi jinak. Seyesly, dari kecik aku tak biasa dengan binatang. Maklumla, orang susah kan. Duduk rumah flat je. So, tak terdedah dengan binatang sangat. Haha..

Bila dah besar ni, macam nak bela binatang. Nak kongsi kasih sayang. Dah dapat ni, seronok memang seronok. Sebelum ni takda binatang dalam rumah, aku buat hal sendiri je. Bila dah ada pet, aku lebih rasa aku ni seorang yang makin bertanggungjawab. Ada teman, walaupun mereka ni haiwan, aku tetap bersembang. Mau tak gila aku kan? Haha..

Dah 3 minggu aku bela. Ada la sikit perubahan kejinakan SG aku ni. Dah kurang crabbing dengan aku. Aku dah mula fikir strategi nak jinakkan mereka.

Taruk baju yang berbau peluh kita dalam cage.
Trick ni aku dah nak buat minggu lepas. Aku pakai baju yang dah lama aku tak pakai. Seharian aku bagi berpeluh. Dah basah baju tu. Aku bukak la nak kasi mereka main, biar dapat hidu bau aku lama-lama. Aku hidu baju tu, takda bau aku pon. Bau kain yang dah tersimpan lama. Macam tak leh pakai je. Aku cakap, basuh je la dulu, minggu depan pakai lagi. Kot-kot dah ada bau badan aku kan. Tunggu weekend ni.

Bagi makan treats dengan tangan.
Omg.. Seram sikit. Lagipon aku ni jenis cepat terkejut. Spontan. Tapi sekarang dah elok sikit da. Aku dah tak terkejut sangat. Sebelum ni aku ada bela ulat.


Semalam aku bagi dia makan ulat ni. Aku bagi dari luar cage. Si Reko ni la. Sambar ulat tu sampai terputus 2. Aku tak terkejut sangat. Kira ok la. Separuh tu ada kat jari aku, lagi separuh jatuh dalam cage. Yang aku tak faham, Si Reko ni crabbing kat aku. Patutnya dia diam la sebab dia patut tahu. Aku tak alihkan tangan, aku bagi dia makanan, means aku bukak ancaman bagi dia. Binatang kan.. Bukan cam manusia yang boleh buatkan kita boleh deal dengan 2 pihak. Nanti nak try beli ulat yang dah kering la. Besar sikit ulat tu. Senang.. Aku jumpa kat Petsmore semalam.


Siang sebelum tu, aku beli Mixed Fruit Treats, just nak kasi sebagai makanan suka-suka. Bukan nak bagi mereka kenyang pon. Aku cuba kasi kat Si Moja, dia hanya hidu. Aku taknak paksa orang yang tak sudi, aku letak la tepi jaring cage tu. Bila aku takda je, si Moja amik makan. Almost berjaya la. Si Moja ni aku tengok, ada sikit kejinakan dalam diri dia.


Ni aku beli HPW. Makanan ruji sepatutnya. SG aku pulak tak berapa nak makan. Kalau aku buat pekat, lagi la tak makan. Aku buat cair sikit, elok pula makan. Tapi tak banyak la.. Kalau tinggal malam, pagi tu ada lagi separuh. Dah kering. Padahal malam aktif bermain. Selang sehari, aku tinggal la buah dalam cage tu. Risau tak dapat cukup makan pula nanti.

Dah cukup 2 strategi ni dulu aku buat. Sabar itu indah. Tabah je la nak didik mereka. Jinak tak jinak jangan jadi keutamaan sangat, yang penting kesihatan mereka lebih penting. Doa-doa lah mereka cepat jinak dengan aku. Senang nak bawak mereka keluar jenjalan sama-sama. Kesian jugak asik terperap je kat rumah.

Nasib baik ada si Lukman yang banyak bantu aku bagi semangat nak bela Sugar Glider ni. Banyak tips yang dia ajar aku. Yang paling aku ingat dan fikir yang terbaik. Letak makanan atas jari, bagi makan dengan jari. Gigit pon gigit lah. Make sure kuku dibawah. So, tak la sakit sangat kalau kene gigit. Aku nak try oneday nanti. Nak sapu gambir kat jari bagi kebas dulu. hahahahahahaha... Thanks bro..


Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

15 comments:

  1. Alahai bestnyaaa ada SG, kite punya lama dah mati. Rindu nak membela lagi T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh.. Camne boleh mati plak? Isau jgk ni..

      Delete
    2. kita pun ade SG...da jinak...tp jarang kluarkan dr cage bab ye suka buang air merata...tu yg tak tahan tu

      Delete
    3. camne leh jinak? geget lagi x? dia berak sebab dia ketakutan.. kalo x takut rasanya x berak sgt kot.. hahaha..

      Delete
  2. Senang saja nak latih suggies ni berak atau kencing. Setiap kali keluar kan dari sangkar, angkat ekor sikit, tunggu hingga dia berak Dan kencing. Dah cuba, mmg berjaya. Kena sabar sikit. Tonton video ni http://m.youtube.com/#/watch?v=k_TtsRaBk-c

    ReplyDelete
  3. Senang saja nak latih suggies ni berak atau kencing. Setiap kali keluar kan dari sangkar, angkat ekor sikit, tunggu hingga dia berak Dan kencing. Dah cuba, mmg berjaya. Kena sabar sikit. Tonton video ni http://m.youtube.com/#/watch?v=k_TtsRaBk-c

    ReplyDelete
  4. Suggies saya pantang saya pegang die mesti kencing n berak kat tangan saya...mmg kene stanby tisu sebelum angakat die....karang tak pasal2 kene baju....die takan kencing or berak dalam pouch dia....

    ReplyDelete
  5. Awk..kite nk tyer la kan..Sugar glider sy ni pelik lah.sy baru beli ptg td..nmer die katty..die ni mmg bgus sbb xkan berak n kencing kat tgn sy kcuali sy tarik die ksar bru die terkencing.lpstu sy duk pelik sgt die ni siang tidur,mlm pon tidur..takde lgsung aktifnyer..Yg mrisaukan bg mkn xnk..bg kurma mkn jilat2 jer..hulur madu jilat2 then xnk..dier still crabbing tp kmain lah mnja tdur ats sy bgai..mmg kaki tidur..normal ke mcm ni?

    ReplyDelete
  6. Hye . Nak tanya memandangkan awk dh lama bela SG. SG saya anje, bile dlm porch pnye la main baik. X menggigit pon. Bile die kluar dpd porch nak pegang die, die menginggit. Saya cuba genggam tangan saya dan hulur dekat SG saya but dia hidu and then dia cari tempat yag soft untuk dia gigit. Saya x faham nak buat macam mana. Please reply. ♥SG

    ReplyDelete
  7. Salam, sy baru jebeli SG semalam. Nama dia aku beri Twister sbb dia punye la suke berpusing2 dlm sangkar mcm ape ntah. Dh la waktu siang aktif kemain. Kalau dia gigit jari aku mcm nak nak koyakkan pun ade. Minta sesiapa yg ade petua xbg SG gigit jari sampai nak luka. Kalau gigit sikit2 xpe la. Ni sampai luka2 jari aku.risau jgk.

    ReplyDelete
  8. Mencabar juga nak jinakkan SG ni kan.
    Anak nak bela....nampaknya mak kena jinakkan dulu lah kn.

    Jemput singgah blog ye
    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berani kot.. Haha.. Sebab benda ni kalau tak jinak, menggigit jugak ni. Saya memang penakut dan penggeli.. Hahaha..

      Delete
  9. Mencabar juga nak jinakkan SG ni kan.
    Anak nak bela....nampaknya mak kena jinakkan dulu lah kn.

    Jemput singgah blog ye
    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Hihihi...lawak btoi LA crita hang ni..haha
    Aku jual SG..nk? 017315781







    5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni aku da jual dah, tak berjaya jinakkan.. Nak bela balik tapi takot lah.. Haha..

      Delete