Labels

Sunday, October 24, 2010

Selamat Datang Anak² Suamiku

Pergh.. Cerita lakonan Noorkhiriah, Rita Rudaini dan Fizz Fairuz ni memang terbaik la bagi aku.. Biasa aku tengok citer, last skali yang baik tu meninggal, konon-konon nak bagi jalan cerita sedih la.. Tapi diorang tak tau, cerita tu tak adil walaupon yang jahat kene tangkap. At least, last skali bagi la yang baik tu hidup bahagia macam akhirnya cerita ni..

Jalan cerita ni lebih kurang macam ni..
Maya (Rita Rudaini) tak sedar dia bermadu dengan Aida (Noorkhiriah). Sampai la dia selalu ternampak Aida ni selalu jerk pergi kubur arwah suaminya. Si Elyas ni adik ipar Maya. Dia banyak tolong Maya. Maya ajak Aida duduk skali ngan dia.

Rupa-rupanya, si Aida ni ada plan nak rampas harta Maya. Lagi mengejutkan, Aida bekerjasama dengan Elyas untuk rampas harta tu. Lagi best, last cerita, Maya rupa-rupanya sudah dapat hidu kerja jahat diorang ni. Maya pon ada plan jugak nak amik anak Aida tu. Maya ada jumpa pil estacy dalam beg Aida dan dia sorok sebab dia memang plan nak kenakan 2 orang ni. Sampai la masa, si Aida dan Elyas nak ke Brazil untuk edar dadah, si Maya ni da letak siap-siap pil estacy yang dia sorok ritu dalam beg Aida.

Ending cerita, Aida dan Elyas kene tahan sebab bawak dadah. Mungkin Maya tak tahu Aida dan Elyas mengeda dadah, dia masukkan pil tu pon sebab dia memang nak kenekan Aida supaya kene tahan ngan polis sebab pil estacy supaya anak-anak Aida jadi milik Maya. Tapi memang si Aida tu mengedar dadah pon. Maka hidup bahagia la Maya dengan anak-anak Aida tu.
Best kan citer macam ni. Yang baik boleh hidup bahagia last skali. Kalo x, mesti si Maya tu mati agaknya. X pon, si Aida ngan Elyas mati eksiden. Tak ske la citer macam tu.. Tak fair. Actually memang fair tapi fair yang kejam la.. Wakaka.. Citer malam ni baru best sket.. Takda yang mati akhir cerita dan yang baik hidup bahagia....
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

3 comments:

  1. orang putih kata, cliche no more. haha melayu mantop.

    Nasi kukus je ada?

    ReplyDelete
  2. best, giler....tak de cliche lagi....

    ReplyDelete