Labels

Monday, October 18, 2010

Murtabak Meggi Kari Bersama Chef Two

Ting Tang Ting Tang.... Ha... Tu dia, bersama saya bukan Chef One tapi Chef Two plak kali ni.. Ko ingat Chef One jerk pandai masak? Suruh masak Murtabak Meggi pon belum tentu dapat.. Ha... Cik Kiah oi.. Murtabak ni kalo aku jual boleh laku tau.. Ha.. Bukan sebarangan ni.. Hahaha... Tu dia.. Pokpet pokpet, tak berasap dapur aku hari ni.. Baik lah puan-puan dan tuan-tuan semua. Mari kita teruskan program masakkan hari ni. Ni dia bahan-bahannya..

Sebiji Telur
Sebungkus Meggi Kari
Daging Burger (di potong dadu)
Minyak Masak


Simple jerk kan.. Buat ape korang nak masak letak bahan banyak-banyak. Menyusahkan, nak masak bukan main susah, potong itu, potong ini.. Da siap masak, makan sekejap jerk. Haha.. Kalau anda semua suka makan sayur, korang potong saja la bawang atau daun ketum skali. Chef Two tak makan sayur.. Wakaka.. Semua sayur tu dipotong dadu..



Cara-caranya adalah:
1) Rebus mee terlebih dahulu. Lepas tu toskan airnya.. Masukkan mee tadi ke dalam mangkuk.

2) Gorengkan pula daging burger yang siap dipotong dadu.

ooO... Korang kutuk kuali aku erk.. Ni la tanda orang kuat masak.. Hahaha...

3) Pecahkan telur ke dalam mangkuk mee tadi dan masukkan daging yang siap di goreng. Gaul hingga sebati..

4) Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak. Masukkan mee tadi. Kemudian penyet-penyet sikit supaya jadi macam murtabak. Goreng sampai hangus-hangus / garing-garing sikit. Baru la rangup.

5) Ha.. Siap la untuk di hidang.. Lagi sedap sediakan dengan air bandung.. Urlm... Ini la resepi Chef Two...

Sediakan skali sos cili.. Chef Two tak sediakan sebab Chef Two tak makan pedas. Wakaka... Ok.. Sehingga kita berjumpa lagi..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. wakakkakakkakaka sgt lucu tgk kuali awk tu chef two..

    ReplyDelete
  2. Hey.. Kuali orang rajin masak tau.. hakhakhak...

    ReplyDelete