Monday, August 30, 2010
Buka Email Syarikat Di Rumah | Get Outlook 2007 to connect remotely WITHOUT connecting to a VPN
Di sini bagaimana untuk membuat ia.
1. Klik pada "Tools", kemudian "Options"
2. Klik pada "Mail Setup" Tab
3. Klik pada butang "E-mail Accounts…"
4. Pada "E-mel" tab, klik akaun emel anda , dan kemudian klik "Change"
5. Klik pada "More Settings"
6. Klik pada "Connection" tab
7. Dalam bahagian "Outlook Anywhere", pilih kotak "Connect to Microsoft Exchange using HTTP"
8. Klik "Exchange Proxy Settings…"
9. Maukkan alamat syarikat anda "Outlook Web Access" di dalam "Connection Settings". Misalnya, url.companyaddress.com
10. Klik "OK"
11. Restart Outlook
Kan senang, kat umah boleh bukak Outlook jerk, kot2 la rindu kat opis/kerja masa cuti.. Wakaka... Selamat berjaya.
Ketawakan Orang Bodoh
Ketawa satu hal. Ada lagi satu, siap kuarkan perkataan bongok, bengong, bodoh dsb. WTH.. Hey.. Nak cakap orang bodoh sebab orang tu tak tau ilmu yang ko ada, tak semestinya ko ada ilmu yang orang tu ada. So, perlu ke ko cakap orang tu bodoh?
Sepatutnya, bila orang tanya soalan, kita kena la jawab sebaik-baiknya. Tegas takpe, tapi jangan la sampai menghina orang. Tak baik dol gelakkan orang yang tanya ko soalan. Motif ko gelak? Sebab dia tak pandai macam ko? Motif ko cakap dia bodoh? Sebab ko pandai sangat?
Saturday, August 28, 2010
Buka Hotmail Guna Outlook | Open Hotmail Using Outlook
Sekarang tak perlu leceh lagi da nak bukak email. Guna jek Outlook 2007 untuk buka email. Tapi korang kene la ada akaun Hotmail sebab lain² akaun mail terhad sangat nak support.
Cara²nya adalah...
1. Download Outlook Connector kat SINI
2. Bila selesai, korang install la.
3. Lepas install tu, korang bukak Outlook 2007. Kat menu atas, klik kat Add New Account...
4. Masukkan maklumat email korang
5. Lepas klik butang OK, restart Outlook korang.
Klik kat menu File, pilih Exit |
Bila da bukak semula Outlook |
6. Lepas tu, korang leh nampak akaun email korang da ada dalam Outlook.
Thursday, August 26, 2010
Change Facebook Layout | Ubah Tema Facebook
Login |
Home |
Profile |
Ingat lagi tak aku ajar Add-ons Stylish Firefox | Restyle Web / Ubah Layout Laman Web ni? Korang buat la perkara sama macam yang aku ajar ni pada Facebook..
Cara²nya:
- Bukak laman www.facebook.com
- Right klik butang Stylish kat kanan bawah Firefox (Tutorial)
- Pilih Find styles for this site...
- Cuba la mana² tema yang korang suke..
Wednesday, August 25, 2010
Add-ons Stylish Firefox | Restyle Web / Ubah Layout Laman Web
Sebelum |
i |
Selepas |
Contohnya macam ni la.. Hehe.. Apa yang korang perlu buat, install add-ons firefox nama stylish. Ataupon, korang bleh terus pegi kat Stylish
Klik butang Add to Firefox
Pastu klik butang Install Now
Restart firefox
Klik gambar untuk paparan lebih seksi |
Korang boleh download apa² theme yang tersenarai dan yang korang suka.
Banyak pilihan untuk korang pilih |
Ranking Blog Naik 800% Di Alexa
12-07-2010 |
25-08-2010 |
Details |
Tuesday, August 24, 2010
Jom Luang Masa Kejap Baca Yasin Dengan Adik Muhammad Ahmad Zahid
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sweeping Rakyat Malaysia - BENDERA Memang Melampau
Tindakan melampau terhadap bendera Malaysia |
Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.
Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.
Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.- MalaysiaKini (24/08/2010)
Demonstrasi ni menunjukan diorang marah kat Malaysia sebab merendah²kan maruah Indonesia masa insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos ritu bila polis Malaysia tahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Ada sekor mamat dari kumpulan ni bagitahu wartawan bahawa diorang da cakap kat polis Indonesia supaya lepaskan rakyat diorang daripada tahanan atau diorang akan melakukan operasi Sweeping Rakyat Malaysia iaitu usir rakyat Malaysia.Korang usir la kalo dapat, usir sume orang Malaysia yang korang larikan ke Lombok tu. Pastu kitorg usir rakyat Indonesia kuar dari Malaysia. Boleh sengal? Kurang sket jenayah kat Malaysia. Orang Malaysia pon mudah sket nak carik makan kat negara sendiri. Ni x, penuh orang ko yang tak tau malu. Siap ada yang berniaga kat bazar Ramadhan lagi. Aku tengok, xda la laku sangat. Harap orang ko jerk pegi beli kat orang ko jual. Perangai macam haram, ada hati nak tunjuk hebat. Stop malukan negara korang. Rakyat korang pon ramai la kat Malaysia ni. Kitorang cukup bela nasib rakyat ko. Sal penahanan rakyat ko tu pon sebab diorang mungkin wat silap kat Malaysia. Means, Malaysia kene biarkan jerk rakyat ko wat sial kat Malaysia? Kalo macam tu, korang panggil balik hampir 1 juta rakyat korang kat Malaysia ni balik negara korang erk..
Aku bukan nak buka kemarahan mana² pihak, tapi lau ada masalah tu, selesai ngan cara profesional. Jangan terlalu melampau protes sampai menghina pihak lain. Nak tunjuk kekuatan pon, tengok la kelemahan diri sendiri dulu. Jangan silap langkah. Salam...
Saturday, August 21, 2010
Malaysia Perlu Berani Lakukan Pra-Hudud
MasyaAllah.. Binatang pon tak buang anak macam ni. Dunia memang sudah akhir zaman, tapi adakah kita mesti terus menghancurkan dunia? Adakah kita mahu berkomplot dengan mereka yang menzalimi? Mahukah kita berdiam diri saja? Ya Allah.. Kau lindungilah aku dan kami semua dari segala perkara yang dimurkai oleh Mu ya Allah..
Statistik Buang Bayi Januari sehingga Ogos 2010
26 | bayi lelaki |
25 | bayi perempuan |
24 | janin tidak pasti jantina |
2 | kes dijatuhkan hukuman |
6 | kes dalam perbicaraan |
21 | ditahan untuk siasatan |
Aku AsrolMania tidak mahu berdiam diri begitu saja sebab aku takot dilabel bersubahat dengan gejala yang dimurkai olehNya. Tak banyak usaha yang aku lakukan kerana apa lah sangat kudrat aku. Tapi sekurang²nya cukuplah aku mengingatkan diri dan korang semua supaya jangan melakukan perkara yang terkutuk ini. Dalam blog aku ni, ingin aku luahkan sedikit pendapat aku untuk membanteras gejala ni.
Malaysia perlu berani lakukan pra-hudud.
Kenapa aku cakap pra-hudud? Oleh kerana zaman sekarang sudah maju, mungkin kurang sesuai melakukan hudud. Untuk permulaan, kita cuba la lakukan hudud untuk 2 3 kes yang berat. Kita tengok sejauh mana pandangan masyarakat. Terfikirkah kita, walaupon negara kita mempunyai undang², masyarakat tak bertanggungjawab masih berani melakukan jenayah. Kita mahu kawal tapi apa keputusannya? Setiap hari, jenayah makin meningkat. Sesuai lagikah undang² yang kita ada sekarang?
Di Nigeria. Dia dah kahwin, tapi kena tangkap tengah beromen dengan perempuan lain. |
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
Jika kita risau 1 nyawa melayang kerana 100 sebatan, tidakkah kita risau beratus nyawa bayi melayang? Jika risau melakukan 100 sebatan, kenapa kita tidak lakukan separuh sebatan sebagai permulaan? Dan hukuman itu mestilah dilakukan dihadapan orang ramai.
"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran". - Qatadah
Malaysia perlu berani. Kita berani bersuara menentang kezaliman luar negara, kenapa kita tidak berani bersuara menentang kezaliman dalam negara sendiri? Adakah kerajaan sedia ada sekarang takot pada rakyat? Jika kerajaan benar² sayang pada rakyatnya, kenapa mereka tidak bertegas pada kes kezaliman seperti ini? Ramai yang mengecam kezaliman kes buang anak. Tidakkah kerajaan turut sama mengecam?
Hudud begitu ditakuti, apa kita nak biarkan kezaliman ini berterusan? Mana asas Islam dalam jiwa Melayu kita? Mana asas Islam dalam kerajaan kita? Adakah kita di kerajaankan oleh golongan bukan Islam sehingga kita meletakkan asas Islam ke tepi? Aku bukan memfitnah kerajaan kita bukan Islam, tapi terfikirkah kita mana Islamnya kerajaan kita? Dan aku, AsrolMania, takkan menyokong kerajaan bukan Islam. Moga Allah melindungi kita semua dari bersubahat dengan mereka yang zalim.
"Allahumma La Takilni Iila Nafsi Tarfata 'Aini wa-Aslehli Sya'ni"
Ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau serah kepadaku untuk menjaga diriku walaupun sekelip mata, dan aku mohon Engkau supaya menjagaku. Wahai Tuhan baikilah keadaanku.
Friday, August 20, 2010
Apakah Maksud dan Fungsi DNS
Domain merupakan alamat internet kita. Contohnya www.google.com atau www.facebook.com. Namun, dalam dunia Internet, nama² domain tersebut akan ditukarkan kepada IP Address. Contohnya:
www.google.com (64.233.181.104)
www.facebook.com (66.220.153.15)
Kenapa DNS?
Ini kerana, manusia lebih mudah mengingati nama seperti google atau facebook. Sebaliknya, mesin/komputer, lebih cepat memproses nombor berbanding karakter/huruf.
CNAME (Canonical Name)
Ia merupakan gantian nama domain kepada nama domain lain. Contohnya, CNAME untuk asrolmania.blogspot.com adalah www.asrolmania.com. Ini bermakna, kedua² nama domain tersebut mempunyai alamat IP yang berkaitan tetapi tidak sama. Maksudnya, www.asrolmania.com menggunakan IP asrolmania.blogspot.com pada namanya.
Record(A) / A Record (Address Record)
Setiap domain seperti www.asrolmania.com memerlukan alamat IP tersendiri. Tetapi, jika www.asrolmania.com ingin menggunakan fungsi dari IP yang lain, www.asrolmania.com, perlu menyimpan IP asrolmania.blogspot.com pada domain tersendiri www.asrolmania.com. Maksudnya lagi, jika kita masuk www.asrolmania.com, ia menggunakan IPnya tersendiri contohnya 216.239.32.21, tetapi sebenarnya, www.asrolmania.com akan munggunakan IP lain untuk menggunakan fungsi lain seperti 64.233.183.191
Sekian.. Info ini 100% dari asrolmania.com. Jika ada pertembungan maklumat, sila kongsi bersama untuk meningkatkan mutu dan kualiti. Hehe..
Monday, August 16, 2010
Beratur Panjang Beli Tiket Balik Raya
Khamis lepas aku da pegi seksyen 17, Shah Alam nak beli tiket balik raya Shah Alam – Kuala Terengganu. Tapi banyak kaunter da abes tiket. Sani Ekspress mula jual hari ni 16 Ogos 2010. Aku tak pernah nak beli on time dia jual tiket. Biasa aku beli lambat, tunggu tiket abes. Hahaha..
Lebih kurang kol7.30, aku kuar umah pegi amik dwet dan isi minyak motor dulu. Pastu terus ke seksyen 17. Sampai sana dalam kol7.50 camtu. Tengok depan kaunter, ada la selonggok orang. Aku cakap lam hati “ramai da tunggu, takpe la, tunggu je la..”. Aku pon hampiri lah kaunter, berdiri depan kaunter. “Eh, eh.. Takkan tak da barisan.” Detik lam hati aku. Usha punya usha, nampak orang bertur dari belakang kaunter. “Mak ai, beratur ke belakang? Kenapa tak depan ni jerk”. Aku pon berjalanlah nak beratur belakang kaunter. Skali aku tengok, orang da beratu panjang melengkung sampai ke depan balik da rupanya. Aku tak perasan. Aku pon pergi la beratur. Cuaca ok lagi, takda la panas sangat.
Tak sampai stengah jam, da ramai macam ni da. barisan yang ada budak baju pink ngan kuning tu, dia belakang aku. banyang la macam mana barisan ni. Berpusing² da. Hahaha.. Agak lama jugak la menunggu. Sekarang da 1 jam lebih da aku berdiri.
Ada budak laki depan aku ni nak beli 3 tiket pergi, 3 tiket balik. Tapi ada akak kaunter datang check pre-tiket ni datang, da cakap 1 kepala 5 tiket jerk. Akak tu bagi cadangan suh aku tolong belikan 1 tiket, sebab aku beli 1 jerk. Aku pon cakap la, aku belikan tiket balik dak tu, jadi aku beli 4 tiket. Lam hati, harap² dia bagi dwet cukup, jangan aku plak kene tambah. Da la aku tak bawak banyak dwet. Hehe..
Gagak beterbangan atas kepala. Masa berdiri bawah pokok pon aku hati² jugak. Takot aku jadi jamban untuk gagak² tu. Haha.. Nak dijadikan cerita, aku jenguk atas, nampak gagak atas dahan, macam tepat atas kepala dak laki depan aku ni. Aku pon cuit la suh dia lari sket. Dan dan dia beralih, gagak tu pon berak. “Wo, sib bek ko sempat.” Wakaka..
Pinggang aku da sakit da ni.. Berdiri, macam da tak jauh sangat da. Tapi lama giler..
Depan sana belakang kaunter tiket. Diorang depan ni barisan belakang.
Ha, da nak sampai pon, tapi ada lam 15 minit kot nak sampai kaunter.
Akhirnya, dapat jugak aku beli tiket balik raya. Huhu.. Aku rasa 2 jam aku berdiri. Kol 9.52 pagi, aku gerak pegi opis. Dahaga betol rini. Penat berdiri dan berpeluh.
Sunday, August 15, 2010
Akhirnya Bertemu Kawan Lama Yang Aku Rindu Sangat - Jejak Kasih
Iklan
Ada sapa² jumpa this gurl? rindu la kt dia... Wong Yen Yin.. time ni (2 3 thun lepas) dia sanggup dtg umah aku smata2 nk carik aku.. then lost contact.. huhu.. | Added May 2 |
Klik untuk terus access ke page |
Mesej dari inbox |
"the pix that i always kept with me round the world whenever i stop to" - Wong a.k.a Angeline Eggers |
Ada gaya? Hehe.. |
Wednesday, August 11, 2010
Pesan Syaitan Pada Bulan Ramadhan
Dia Penyimpan Mohor Besar Syaitan² dengan ini mengistiharkan, pada bulan puasa, para syaitan sekalian tidak turun ke bumi dan bercuti selama sebulan. Oleh itu, semua umat Islam di wajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika......
- Ada umat Islam tak puasa, itu bukan hasutan Syaitan..
- Pakai seksi², dedah aurat sana sini, bukan sebab syaitan yang suruh pakai..
- Boros beli makanan kat bazar sampai buang sebab tak habis, bukan Syaitan suh beli banyak²..
- Tak reti² nak solat 5 waktu, bukan godaan Syaitan tak bagi solat..
- Buat maksiat siang malam, bukan Syaitan yang goda..
- Duk ngumpat orang tiap² hari, bukan Syaitan yang berbisik suh mengumpat..
Sehat sebelum sakit - Melakukan ibadat terutamanya solat 5 waktu sementara kita masih gagah melakukan dengan kusyuk. Bila kita sakit, susah bagi kita lakukan dengan kusyuk
Muda sebelum tua - Buat perkara berfaedah supaya kita tak menyesal pada hari tua.
Lapang sebelum sempit - Beribadat atau bertaubat sewaktu kita mempunyai masa sebelum pintu taubat tertutup.
Hidup sebelum mati - Tiada lagi peluang untuk kita beribadat selepas kita mati.
Sunday, August 08, 2010
Aku Bukan Perokok
Ada tegah sama sekali meniru aksi ini |