Labels

Saturday, March 17, 2012

X-Klusif : Kesal Dosa Mencuri


Baru sehari aku lancarkan slot X-Klusif kat Asrol Mania, baru jerk tadi aku bukak emel dah ada seorang lelaki hantar emel ceritakan kisah beliau. Mungkin menarik slot ni. Jom kiter ikuti pengakuan beliau. Jika ada sesiapa yang boleh menasihati, sila la kemukakan komen.

Terima kasih kepada Asrol Mania sebab buat segmen ni. Aku ni cuma blog walker, tiba-tiba terjumpa blog ni. Mungkin aku orang terawal join segmen ni.

Aku ada kisah nak kongsi dengan korang semua itu pon kalau owner blog ni nak share dengan semua. Kisah aku ringkas tapi sampai sekarang aku masih ingat peristiwa ni dan membuatkan aku rasa amat bersalah sampai sekarang.

Aku pernah bekerja di sebuah kedai. Masa aku kerja, bos terlalu percayakan aku. Aku gembira sangat la masa tu. Pada mulanya aku ikhlas kerja disitu. Tapi bila aku terpaksa pikul tugas yang berat, bos pula seolah-olah terlalu beri kepercayaan kepada aku. Dia tinggalkan aku untuk uruskan kedainya. Lama kelamaan, aku dah terlalu biasa bermain dengan duit. Aku jadi buta hati sebab duit. Bermula aku curi duit sikit-sikit. Sehari sepuluh, dua puluh ringgit.. Lama-kelamaan aku makin melampau. Aku curi sehari RM50-RM100. Bos pula seolah-olah tak perasan. Semua tu berlarutan sehingga 3 ke 4 bulan.

Bila aku dah berhenti kerja (bukan kena buang), aku mula menyesal. Aku pernah mintak maaf dengan bos, aku minta dia halalkan semuanya dengan aku. Tapi aku tidak terus terang beritahu yang aku telah curi duit perniagaannya. Sekarang aku masih tertanya-tanya, dosa aku tu dah diampunkan atau tak walau bos aku dah halalkan tapi tanpa pengetahuan dia kesilapan aku. Aku selalu terfikir untuk ceritakan segalanya pada dia. Tapi aku takut. Maruah aku..

Sekarang aku berserah pada Allah. Moga segala dosa aku terampun. Sekarang aku dah berubah. Aku dah tak suke mencuri. Bila aku terambil barang walaupun nilainya kecil, aku jadi takut. Aku akan pulangkan semula.

Lelaki Buntu, Alor Star

Itu dia.. Bagi aku, asalkan dia dah bertaubat dan berubah, Allah menerima kebaikan tu. Moga Allah ampunkan segala dosa dia. Terima kasih kepada Lelaki Buntu dari Alor Star kerana sudi berkongsi.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi lagi, sila la klik pada banner X-Klusif untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment:

  1. insyaAllah kalo ikhlas & bersungguh2 Allah terima taubat & ampunkan dosa2 tu wlpn sekecil / sebesar mana..Allah maha pengampun..cuma lebih elok rasanya kalo owner tu tau kut (pandangan aku la)..tp kalo akan memudaratkan tu, x tau la pula hukumnya jatuh cmne kan..kalo nk lebih tenang di kemudian hari, leh mtk pendapat ustaz / org berilmu :) sekian..

    ReplyDelete