Ada yang cakap kalau kita nak sesuatu tapi banyak halangan, kite akan berjaya kelak tapi ada jugak yang cakap, kalau nak sesuatu lepas tu terlalu banyak halangan, baik jangan teruskan.
Tak tau aku nak cakap pe lagi da. Aku tengah usaha nak dapatkan loan. Semalam aku nak uruskan dengan bank pasal loan aku. Aku nak ke KL malas plak nak drive. Jem kot kat Ampang. Aku pon park la kete kat LRT Ampang. Nak cari parking punya la susah, siap terlanggar devider jalan. Terangkat kete aku tak lepas nak pusing. Da jumpe parking, jauh pon jauh la.
Hari ni.. Nak pegi bank lagi nak settlekan sikit hal. Aku tengok kete aku senget sebelah. Aduyai.. Tayar depan plak pancit.
Aku pon pegi la bank naik motor ke Ampang. Da settle, balik umah aku terus tukar baju, tukar tayar kete sendiri. Jenuh aku nak jumping kete, siap mintak tolong budak-budak lagi. Hahaha.. Lagi best, budak-budak tu plak yang ajar aku cara nak bukak penutup rim. Dush.. Thanks dik.. Haha..
Bukak tayar, rupa-rupanya ada paku. Pergh... Sape la makan paku campak merata. Aku rasa time parking semalam kot kene paku ni. Sib bek tayar tubeless. Lau tak, jenuh jugak la semalam kan.. Dengan panasnya.. Rini ok sikit la sebab dah kat umah. Siap bawak gi kedai, aku suh diorg tukarkan terus, upah jerk RM5 daripada aku bersusah payah nak tukar sendiri. Hehe.. Pemalas...
Bila difikir-fikir balik. Banyaknyer halangan aku nak wat loan RM100k lebih ni. Bukan ni jerk, macam-macam lagi. Aku da bape kali da jalan turun naik ke hulu ke hilir settle sal bank tak sudah-sudah. Rini maybe last kot untuk lengkapkan syarat loan tu. We will see...
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment